KLIK LAJU-LAJU!

MARI BLOGWALKING DENGAN APESAL.COM

Yang Baik Hati =)

Cari cerita lama

Aku terkini

sebelum komen, baca dulu komen orang lain boleh? Bosan la nak balas komen yang sama.. sebab jawapan aku mesti sama punya. tak pasal2 aku jadi astro karang ulang tayang beberapa kali

* jangan orang astro sentap pulak dengan aku, suda

Sabtu, 27 Februari 2010

lepak bersama kawan lama..

ok.. aku baru balik dari makan2... hehe.. bukan la baru sangat.. kalau jam dalam kereta kerol betul, aku sampai umah kul 1 malam..

gile balik kul 1.. hurmm.. mmg aku jarang buat pon.. 1 thn sekali kot.. ke 2 thn sekali? n biasanya mmg berteman la aku buat.. maksud aku, teman yg parents aku kenal.. kwn sekola.. kwn matrik.. kawan la..

mula2, marina la ajak budak2 darjah 6 jumpa2 kat naili's kat ampang poin..aku dah penah gi naili's tu sekali.. aku tau harga dia agak mahal. tapi makan mmg sedap.. konon macam ramai kata ok.. last2 tgk2 aku, marina n kerol je yg ada..

marina amik aku kat umah kul 8 coz dia cadang nk gi opis.. tapi dia ubah fikiran masa nak naik mrr2.. hehe.. kul 8.30, kitorang dah sampai kat naili's.. pas dah reserve tempat utk 10org, kitorang gi gulati's.. siyes.. ni la 1st time dalam masa 5 thn ni aku masuk gulati's.. maklumla.. nama dia gulati's silk house.. mmg aku x berani la nak masuk..

bila dah masuk, eh, mcm ok lak harga.. belek sana, belek sini.. hurmm.. ok..boleh bawa mak.. tapi ada 1 benda kalau dia bagi, mmg aku nak sangat beli...huhu..apa bendanya?

cermin dia.. bapak best... aku nampak kurus seh.. agak2 dia nak jual x cermin dia tu? ada la nk dekat 10x gak aku tengok imej aku kat cermin tu.. x puas tul tgk diri ini dalam versi kurus.. seronok gile rasa.. siap snap gambar lagi.. ahakz! (igt nk attach kat sini tp henset xde kabel..)

kul 9, kami dah gi balik ke naili's.. tunggu punya tunggu, xde sape muncul. order la makanan.. aku mcm biasa, nasi goreng n cili potong.. shahirah (adik marina) order nasi lemak.. marina minta spaghetti utk anak2 dia n meatball utk diri sendiri..

mmg sedap.. tapi sikit.. x kenyang beb!

di kala kami dah nak habis makan, kerol la plak sampai.. huhu.. aku mmg saspek sama lu r bro.. sentiasa cuba melapangkan masa utk event bersama2 kwn.. aku rasa, dia je la yg xpernah missed apa2 perjumpaan yg budak2 6 raya buat..

pstt.. gadis2 di luar sana! kerol ini sangat baik.. dan dia boleh tahan juga gajinya (aku xde la tanya spesifik 'bape gaji ko ek?' kat dia) n dia sangat la suka kat budak kecik especially yang berambut kerinting.. so, jika anda adalah wanita yg sedang mencari, saya mmg pomot en. kerol kepada anda. tapi kena sabar sikit la.. sebab dia mcm suka berkawan dulu.. mencari persefahaman.. dan baru nak siyes (betul ke kerol? ko nak ala2 soulmate kan? pasangan yg leh jadi sahabat ko)

cukup la pomot en. kerol.. balik, aku x balik dgn marina.. aku ikut kerol gi downtown kat batu cave.. haha.. debor weh.. kerol adalah org laki ke5 yg aku naik keta berdua.. (aku ingat tu..) since kitorang mmg dua2 suka bercakap. jadi, xde la awkward sgt naik keta tu..

sampai downtown.. ronda2... byk gak org jual kasut croc.. hehe.. nak try beli tp aku xde saiz (cinderella size).. kerol pon nak gak 1, xde saiz gak.. (dia bukan cinderella) tiba dia nampak la org jual keta hot wheels.. apa lagi.. dia pon beli la 1.. dari situ, aku tau la sikit2 pasal hobi dia mengumpul duit syiling la.. kumpul keta mainan.. pasal dia n kwn2 dia mmg gile collect benda2 tu.. huhu..

tapi aku terkedu bila dia tanya " apa hobi kau?".. uh uh.. aku xde jawapan. apa hobi aku ek? xkn aku nak jawab "hobi saya menulis blog.." kang dia tanya plak aku tulis pasal apa.. adoi.. so, aku jawab, " hurrmm.. aku ada hobi ke? tah la.. baca komik conan kot.." hehe.. dia cuma jawab "x habis lagi eh conan tu?" dia x gelak tau.. ye la.. dosa tu kalau dia gelakkan aku.. dia sendirik kumpul keta mainan..

aku xtau apa yg kitorang cerita..kalau marina ada, mmg citer pasal uniten la.. aku dgn kerol hanya sama masa sekola rendah je.. tapi ok la.. berborak la sepanjang perjalanan balik tu..

before aku tulis blog ni, aku mesej kerol ucap tq sebab hanto aku balik n soh dia minum madu n limau (dia batuk). dia balas kata seronok lepak dgn kami.. lain kali ada can nak meet up lagi..

hehe.. en. kerol, aku tau ko mmg suka jumpa kwn2 lama.. ni baru 2nd time aku jumpa ko balik.. tapi ko mmg selalu jumpa budak2 6 raya kan? ko mmg bagus.. aku yg pemalas..

kesimpulannya:
1- kalau korang kaya, tolong la belikan aku cermin kat kedai gulati's tu.. aku nampak kurus melaluinya..
2- en. kerol bagus.. sape2 yg sedang mencari, sila hubungi saya untuk ditelangkaikan bersama en. kerol..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Semua orang boleh komen. Dan aku laparkan komen dari korang.
Tapi letak la nama.. Tak suka nak panggil korang Tanpa Nama