KLIK LAJU-LAJU!

MARI BLOGWALKING DENGAN APESAL.COM

Yang Baik Hati =)

Cari cerita lama

Memuatkan ...

Aku terkini

sebelum komen, baca dulu komen orang lain boleh? Bosan la nak balas komen yang sama.. sebab jawapan aku mesti sama punya. tak pasal2 aku jadi astro karang ulang tayang beberapa kali

* jangan orang astro sentap pulak dengan aku, suda

Ahad, 12 Oktober 2008

KIRAAN TAJUL MULUK

Petua Melihat Rumahtangga Bersama Pasangan

Bunyi sebutan nama; iaitu jika bunyi di :-

Depan (bila sebut, vokal u: contoh nu, rul, hu)= Markah 9
Atas (bila sebut, vokal a: contoh ha, jar, sal, ma)= Markah 8
Bawah (bila sebut, vokal i: contoh him, ziz, mi)= Markah 5

Contoh:-

Nama Lelaki : azizan
Sebutan : A + zi + zan
Markah : 8 + 5 + 8
Jumlah : 21

Nama Perempuan : Noor Rumaizah
Sebutan : noor + ru+ mai + zah
Markah : 9 + 9 + 8 + 8
Jumlah : 34

So Jumlah Keseluruhan : 21 + 34 = 55

Mencari baki :-

Jumlah 55 dibahagi pula dengan nombor 9, 7, 5 dan 3.

Iaitu:-

55 bahagi 9... baki ialah 1
55 bahagi 7... baki ialah 6
55 bahagi 5... baki ialah 0
55 bahagi 3... baki ialah 1

** Oleh itu baki ialah 1, 6, 0 dan 1 (baca dari atas ke bawah)

Peringkat perjalanan usia perkahwinan (9, 7, 5, 3)

# 9 - Di masa muda (awal perkahwinan)

# 7 - Di masa memasuki pertengahan

# 5 - Di masa menghadapi masa tua

# 3 - Di masa tua (penghujung perkahwinan)

Jika baki :-

0 - Bulan Purnama
Di waktu ini rumah tangga sangat bahagia, hidup penuh dengan aman dan damai. Tidak berlaku kekecohan. Jika pasangan ini subur kemungkinan mendapat ramai anak.

1 - Biji Di Tasik
Di waktu ini pasangan hidup dengan keadaan kewangan yang hanya cukup makan. Tidak mewah (dengan kadar masing-masing) dengan kata lain tidak cukup duit atau susah sedikit untuk mendapatkan duit. Rezeki payah.

2 - Anak Raja Sekandang
Di waktu ini pasangan suami isteri romantis, rasa secocok, rasa sama padan dan saling memahami. Maka rumahtangga menjadi bahagia.

3 - Anak Raja Kepanasan
Di waktu ini sering berlaku pertengkaran, bergaduh, bermasam muka iaitu dengan kata lain perselisihan faham sering berlaku. Jika dibiarkan berlarutan rumahtangga akan hancur.

4 - Abu Atas Tunggul
Di waktu ini duit ada tapi tidak pernah cukup. Jika dapat wang pun hanya sekadar dapat lihat sahaja. Wang itu cepat habis digunakan. Ada-ada saja perkara yang hendak dibelanjakan. Senang datang senang habis. Poket sentiasa kosong.

5 - Telaga Di Bawah Bukit
Di waktu ini rezeki datang melimpah-limpah. Tidak menghadapi masalah kewangan. Hidup senang.

6 - Tanduk Seberkas
Di waktu ini pasangan menjadi romantis, penuh kemesraan dan penuh kasih sayang.

7 - Naga Seru
Di waktu ini pasangan tidak tenteram kerana masalah kuat cemburu. Selalu tidak percaya pada pasangan.

8 - -sama seperti nombor 0-

so, utk aku:
mula2 kawin (1):
Di waktu ini pasangan hidup dengan keadaan kewangan yang hanya cukup makan. Tidak mewah (dengan kadar masing-masing) dengan kata lain tidak cukup duit atau susah sedikit untuk mendapatkan duit. Rezeki payah.

pertengahan perkahwinan (6):
Di waktu ini pasangan menjadi romantis, penuh kemesraan dan penuh kasih sayang.

masa dah tua (0):
Di waktu ini rumah tangga sangat bahagia, hidup penuh dengan aman dan damai. Tidak berlaku kekecohan. Jika pasangan ini subur kemungkinan mendapat ramai anak.

masa dah nak tunggu waktu (1):
Di waktu ini pasangan hidup dengan keadaan kewangan yang hanya cukup makan. Tidak mewah (dengan kadar masing-masing) dengan kata lain tidak cukup duit atau susah sedikit untuk mendapatkan duit. Rezeki payah.

kiranya, aku x digalakkan bersama dengan si azizan ni la...hahahah

Peringatan : Korang jgn percaya sangat.. ni saje jek utk mengisi masa terluang sambil membuat kerja kira-mengira.. ehehehe...

* saje letak nama sendirik..tapi tolong ye, xkenal sesapa dengan nama azizan...nama itu hanya utk tujuan komersil

13 ulasan:

  1. memang pun.. masa buat dgn kwn2, kami bantai gelak je

    BalasPadam
  2. aku dah lah tak minat matematik.. terpaksa kene kira pulak dah

    BalasPadam
  3. kalau ko nak aku kirakan, boleh je.. bak sini nama ko dan pasangan ko.. hehe

    BalasPadam
  4. saje nk cube2 bukan nk caye..nk tnye xfhm yg kire Mencari baki :-

    Jumlah 66 (66 ni dr mne) dibahagi pula dengan nombor 9, 7, 5 dan 3.(9753 ni ambil dr mne?)

    Iaitu:-

    55 (no ni plak dr mne?)bahagi 9... baki ialah 1
    55 bahagi 7... baki ialah 6
    55 bahagi 5... baki ialah 0
    55 bahagi 3... baki ialah 1

    ** Oleh itu baki ialah 8, 9, 0 dan 1 (baca dari atas ke bawah)----(no ni xsme dgn no yg dh dibahagikan pun spt diatas?)

    BalasPadam
  5. Tanpa nama...

    saya nak tolong, tapi macam mana awak nak tau saya online ke tak? kalau masih nak tau, email saya k?

    brat2104@yahoo.com

    BalasPadam
  6. AHAHA.. MACAM SERONOK...
    TP X FAHAM LA...
    Jumlah 66 dibahagi pula dengan nombor 9, 7, 5 dan 3.

    Iaitu:-

    55 bahagi 9... baki ialah 1
    55 bahagi 7... baki ialah 6
    55 bahagi 5... baki ialah 0
    55 bahagi 3... baki ialah 1

    ** Oleh itu baki ialah 8, 9, 0 dan 1 (baca dari atas ke bawah)
    CAMNE 2

    BalasPadam
  7. haha.. ok ok.. dah paham.. ralat.. saya betulkan skrg.. tq..

    BalasPadam
  8. cuba kajian nama rita dgn zakuan, dato k dgn rozita che wan dan siti nurhaliza.... bagi saya, jika kita kawin itu atas pilhan Allah, bukan pilihan kita, insyaAllah apa yg ditulis dlm kitab TM ini, hanya gurauan semata, tapi jika dipilih atas pilihan kita, mungkin akan berlaku.... dlm kitab hikam ada dinyatakan apa itu tajrid... pilihan kita atau pilihan Allah. manusia sekarang, mulut cakap bergantung dgn Allah, tapi hati tidak?... Walahu'alam

    BalasPadam
  9. Balasan
    1. hehe.. meh saya tolong kira. saya suka kira2 ni..

      Padam
  10. Assalamualaikum,
    Seriously kat mana Tuan belajar ni?
    sebab saya selalu mendengar perkataan telaga bawah gunung - anak Raja kepanasan..perkara2 mcmni dlm menilai pasangan. Saya tak lah percaya 100% tetapi saya percaya la jugak cuma tak lah kepercayaan ni sehingga Menyekutukan Allah. saya percaya ada ilmu ramalan ni. Nabi Yussuf A.S juga ada mukjizat meramal mimpi. kita mungkin dapat ilmu yang sedikit tapi tak lah sehingga boleh meramal Ilmu mimpi setepat apa yang diramalkan Nabi Allah Yussuf. jadi persoalannya sekarang dimana Tuan belajar ilmu Tajul muluk ni?
    Terima Kasih :D

    BalasPadam

Semua orang boleh komen. Dan aku laparkan komen dari korang.
Tapi letak la nama.. Tak suka nak panggil korang Tanpa Nama