KLIK LAJU-LAJU!

MARI BLOGWALKING DENGAN APESAL.COM

Yang Baik Hati =)

Cari cerita lama

Aku terkini

sebelum komen, baca dulu komen orang lain boleh? Bosan la nak balas komen yang sama.. sebab jawapan aku mesti sama punya. tak pasal2 aku jadi astro karang ulang tayang beberapa kali

* jangan orang astro sentap pulak dengan aku, suda

Isnin, 29 Jun 2009

kalau suami, jika suami

KALAU SUAMI
Kalau suami mula berahsia..
Itu tandanya dia tak setia
Kalau suami meninggi suara
Itu tandanya dia dah ada mak we
Kalau suami mengaku bujang tua
Itu tandanya dia nak ngurat anak dara
Kalau suami selera tak ada
Itu tandanya dia nak pasang dua
Kalau suami lambat balik aje
Itu tandanya dia dah syok kat deparment dia
Kalau suami tidur di ruang tamu
Itu tandanya dia dah jemu
Kalau suami malam jumaat buat tak tahu
Itu tandanya tak lama lagi hidupmu bermadu
Kalau suami garang macam singa
Itu tandanya hati dia dah tak cinta
Kalau suami asyik komplen aje
Itu tandanya dia dah tak suka
Kalau suami mula sepak terajang ke muka
Itu tandanya dia nak memberimu title JANDA..


JIKA SUAMI
Jika suami sayangkan isteri
Dapat gaji semua diberi
Jika suami sayangkan isteri
Kerja rumah rela dikongsi
Jika suami sayangkan isteri
Kereta diberi suami naik LRT
Jika suami sayangkan isteri
Duit poket diberi setiap hari
Jika suami sayangkan isteri
SMS dikirim tanda rindu dihati
Jika suami sayangkan isteri
Kongsi masalah nasihat dikasi
Jika suami sayangkan isteri
Diberi ciuman setiap pagi
Jika suami sayangkan isteri
I love U, I miss U katanya setiap hari
Jika suami sayangkan isteri
Isteri gemuk, dikatakan seksi
Jika suami sayangkan isteri
Sakit sikit selongkar laci ubat dicari
Jika suami sayangkan isteri
Kemana sahaja dibawa pergi
Jika suami sayangkan isteri
Sentiasa jujur perihal diri
Jika suami sayangkan isteri
Status berkahwin bangga sekali
Jika suami sayangkan isteri
Cintanya suci hingga ke mati

PESANAN KEPADA ISTERI2 :
Adakah suami2 kita tergolong dlm kategori JIKA SUAMI atau KALAU SUAMI ?

JIKA SUAMI … lebih banyak dari KALAU SUAMI maka bersyukurlah kerana
rumahtangga anda umpama SYURGA.

TETAPI ….

KALAU SUAMI…. lebih banyak dari JIKA SUAMI… maka berhati-hatilah. ..
wahai kaum isteri jangan sampai rumahtangga mu umpama NERAKA.

PERINGATAN KEPADA SUAMI2 :
Bukankah lebih baik jadikan rumahtangga itu SYURGA dari menjadikan ia
NERAKA ?????

JANGAN ANDA MERASA MENYESAL KERANA MENCINTAI ISTERI..KERANA DIALAH
BIDADARIMU DI DUNIA INI..

DAN JANGANLAH ANDA SERONOK MENZALIMINYA KERANA DOA ORANG TERANIYA DITERIMA
ALLAH YANG ESA…

Ahad, 28 Jun 2009

aku kempunan ayam masak merah

sape rasa citer batu belah batu bertangkup tu mengarut? ok..memang ngarut la batu tu boleh telan org..tapi x bohong la perasaan kecewa yg mak si pekan n si melur tu rasa.. aku sendiri dah rasa arini..

arini sekolah aku jadi tuan rumah pertandingan memasak nestle.. mcm biasa, aku jadi ajk makanan..so, mknn vip tu mmg aku hadap la..yg lain aku x kisah sangat tapi aku tengok ayam masak merah dia mmg aku teringin..so, aku dah niat, nk rasa 1..

dijadikan cerita, ajk makanan mmg biasanya yg last sekali balik.. biasanya bila org lain dah setel mkn, baru la kami yg mkn. klu ada lebih, kami tapau.. disebabkan tetamu arini ramai xde, aku pon ajak la cikgu2 mkn kat dewan..

ada 2 jenis makanan.. nasi ayam utk ajk dan peserta. tetamu n vip makan nasi briyani.. ayam nasi briyani tu la yg aku aim..

cikgu2 lain semua dah mkn tapi aku segan nk join sbb kak as sendiri x gi mkn.. dia sibuk kemas tempat..xpe la..lagipon dia kata dah asingkan ayam sorang 1 utk ajk mknn.. dalam masa aku menapau tu, tiba aku terpikir, nasi ayam aku ada ke x? dah la guat bee ada bagi aku 1.

rupa2nya, org dah amik nasi aym aku. sib baik, ada 1 lg tinggal, ada la rezeki aku..dalam masa aku dok menapau lak lebihan nasi beriyani, aku terpikir, mana ayam masak merah? tgk2, ada gak org dah pau..kak as kata ada org amik lebih..

ya Allah! frustnye aku..aku yg teringin dr pg td, xdpt rasa ayam tu..org lain yg dok komen mcm2 dapat lak. aku yg jarang komplen ni xdapat di kala aku teringin.. aku selalu je xdpt mkn yg full..selalu tertinggal train tapi aku leh sabar lagi sbb aku xde la teringin sangat

masalahnye, hari ni, mmg aku teringin sangat nk rasa ayam tu..siyes..aku mmg kempunan..x pernah aku rasa mcm tu.. aku nangis siap meraung2 lagi.. aku xkisah org amik nasi ayam byk2..cukup la aku dpt 1 utk rasa.. aku x kisah bawa balik sup kosong sbb aku x sanggup tgk mknn kena buang..tapi aku mmg xleh terima bila ayam yg dah konfem asingkan..org amik gak..

lama gak aku frust..siyes..nangis tahap banjir..sampai ke rumah pon aku frust lagi.. ada la insan tu dok kata dah la.. dah xde rezeki.. aku tengking je soh diam..

sori la awk sbb tengking awk.. awk xpaham betapa saya teringin nk mkn ayam tu, tiba, secebis pon xdpt rasa.. dan, saya x suka org menyampok bila saya bercakap dgn mak saya..awk tu org luar..tlg jgn sibuk.

tobat, pasni aku xnk jadi ajk mknn dah.. dah la balik lmbt..aku akan bagi helah minta jadi ajk lain.. bukan aku kisah sgt pon dpt tapau makanan ke x. aku jez xsampai hati tgk mknn membazir..

so, smk puteri titiwangsa, sori... bagi aku jawatan lain.. no more ajk mknn. kat bengkel aku xde pinggan pon. aku pgg bawang pon xleh. cari org lain. biar aku berpanas berhujan pon aku xkisah

korang rasa aku childish? semoga korang kena mcm apa yg aku kena..aku mmg xpernah memilih mknn. ni je la yg aku teringin.. nmpk bodoh kan? tapi tu la hakikatnya..aku mmg bodoh.. kpm, buang aku dr jwtn aku skrg cepat! soh org yg amik ayam aku tu ajar mpv

Sabtu, 27 Jun 2009

lelaki pemarah akan mengandung..

kisah ni sebenarnye patut jadi pengajaran untuk aku gak... kisah ni disampaikan oleh seorang ustaz masa bagi ceramah kat opis mak aku (kalau x silap la)

ada seorang lelaki..sangat la bengis a.k.a garang yang amat..semua orang dibentaknya xkira masa.. asalkan xkena dgn hatinya, dia pasti akan marah masa tu juga..lelaki ini mempunyai seorang isteri yang takutkannya. maklum la.. anytime kena je sepak terajang or paling kurang, dimarahinya.

pada suatu hari, lelaki ini rasa x sedap badan.. dia pon berjumpa dengan doktor utk membuat pemeriksaan. doktor menyerahkan botol kecil kepadanya,"encik, sila pergi ke bilik air ye? kami perlukan sampel air kencing"

"doktor ingat saya ni apa? bila2 masa boleh kencing? logik la sikit. dah saya x terasa nk kencing, xkan nak kencing!" bentak lelaki tu.

doktor yg ketakutan pon berkata," hurmm..xpe2.. encik bawa balik botol ni ke rumah. bila dah ada sampel, boleh la bawa semula ke sini."

mala itu, lelaki itu berjaya la mengumpulkan sampel yang diminta oleh doktor. disebbkan geli, dia pon biar je botol tu di bilik air(ye la..katne lagi kn?).

pada malam itu, isteri lelaki tersebut telah pergi ke tandas..isterinya terlanggar botol sampel tersebut. maka, tumpah la semua sampel tersebut.. disebabkan terlalu takut dimarahi suaminya, wanita itu telah menggantikan sampel suaminya itu dengan kencingnya sendiri..

keesokan harinya, lelaki tersebut membawa sampel itu kepada doktor...

"saya xtau camna nk bagitau encik..tapi kami dah periksa berkali2.. harap encik terima dengan tabah. kami dapati encik mengandung." kata doktor

terduduk lelaki tu bila mendengar kata2 doktor. doktor juga turut nasihatkan dia agar menjaga tempernye agar x menjejaskan kesihatannya dan bayi.

sejak dr itu, lelaki itu pon berubah.. dia menjadi seorang yg penyabar. saban hari dia mengusap perutnya yg buncit, berharap agar anaknya xjadi sepertinya...

isteri lelaki ini menjadi pelik. setelah mengetahui hal tersebut, dia bercadang untuk memberitahu perkara sebenar kepada suaminya tetapi dia takut..takut dimarahi..

lelaki itu pula, makin hari semakin sayangkan kanungannya. dia mula faham segala kesusahan isterinya.. dia menjadi suami yg lebih baik..

melihatkan suaminya yang semakin baik, si isteri bercadang utk berterus terang.. pada suatu hari, si isteri mengajak si suami utk berbincang
"abang...ada 1 benda penting yg saya nk beritahu." kata si isteri.
"apa dia?"
"sebenarnye, abang x mengandung.. ingat x sampel air kencing yg abang letak di bilik air? malam tu, saya tertumpahkan sampel tu..saya takut abang marah, jadi saya ganti
dengan air kencing saya.."

lelaki itu memandang isterinya dengan terkejut lalu berkata, "ha?!! nape awak x bagitau saya awal2? awk ni memang la x guna! awak tau x saya risau bagai nak rak..." dan lelaki itu menjadi pemarah semula..


moral:
1-lelaki, jgn jadi pemarah. nnti mengandung
2- klu aku jadi isteri dia, tobat aku x gitau sampai bila2...hampeh punya laki

Isnin, 22 Jun 2009

penat jadi isteri..

Mat tidak pernah membantu isterinya membuat kerja-kerja rumah. Malah dia sering bersungut sendirian
kerana telah merasa bosan setiap hari pergi kerja,sedangkan Nab isterinya hanya tinggal di rumah.
Kalau boleh, dia mahu isterinya tahu betapa penat dan letihnya dia bekerja setiap hari untuk menanggung keluarga.

Satu malam ~~~~

Mat berdoa,"Ya Tuhanku. Aku bekerja 8 jam sehari sedangkan isteriku hanya tinggal di rumah
bersama anak-anak. Aku mahu supaya dia tahubetapa letihnya aku bekerja setiap hari. Tolonglah
ya Tuhan, tukarkanlah aku dan isteriku. Biar aku yang menjadi isteri untuk sehari sahaja supaya
dia pula dapat merasakan betapa letihnya aku bekerja. Biar aku pula yang berehat di rumah"

Tuhan Yang Maha Mengetahui telah mengkabulkan permintaan Mat. Pagi besoknya, ia bangun dari tidur,
dan pastinya sebagai seorang isteri. Bangun saja dari tidur, dia bergegas ke bilik air, cuci gigi dan terus ke dapur
menyediakan sarapan untuk suami dan anak-anak. Pastu bangunkan anak-anak dan melayan mereka bersarapan,
pada masa yang sama melayan suami bersarapan. Pastu menghantar suami yang nak pergi kerja ke pintu, kembali
membetulkan baju anak-anak yang nak ke sekolah dan menyediakan air yang anak-anak nak bawa ke sekolah.
Pastu panaskan injin kereta dan bergegas hantar anak-anak kesekolah. Balik dari sekolah terus ke pasar untuk
membeli ikan dan keperluan dapur yang lain.

Dekat dua jam baru sampai balik ke rumah. Simpan barang-barang dapur ke dalam almari dapur dan ikan simpan
dulu dalam peti ais. Komdian kutip kain busyuk untuk dicuci dengan mesin sehingga selesai dan dijemur. Pastu baru
mula memasak untuk anak-anak yang akan balik sekolah nanti. Selesai masak, jam dah pukul 12.45 tengahari.
Terpaksa pula bergegas ambil anak dari sekolah. Selesai ambil anak, beri pula mereka makan sebelum mengatur
anak-anak supaya membuat kerja sekolah. Pastu terpaksa pula kemas rumah supaya jangan bersepah sangat.

Komdian angkat kain di jemuran. Tiba-tiba anak bongsu menangis kerana terjatuh. Dah nak kena beri rawatan dan pujuk
supaya tangisan tidak berlarutan. Dah selesai, kain-kain yang baru diangkat perlu pula dilipat dan disusun dalam almari. Sedar
tak sedar, waktu Zohor dah tinggal tak berapa minit saja lagi. Terpaksa bergegas pulak tunaikan Zohor sebelum tertinggal.
Selesai salam, azan Asar kedengaran. Selesaikan pulak solat Asar sebelum menyambung apa-apa kerja yang belum siap. Belum
sempat rehat, terpaksa pula balik ke dapur untuk menyiapkan makan malam.

Lepas Maghrib, terpaksa layan suami dan anak-anak makan, pastu cuci pinggan mangkuk, pastu mandikan anak yang masih
kecil, pastu uruskan supaya anak-anak masuk tidur.... dan macam-macam pastu lagi. Dekat pukul 11.00 malam barulah semua
kerja rumahtangga selesai. Badan pun dah longlai lohe...Bolehlah rasanya nak berehat sikit.

Opps.... belum boleh rehat rupanya. Suami juga mahukan layanan. Berdosa isteri kalau tak melayani kemahuan suami.
Tambahan pulak malam ni malam Jumaat. Maka suami dilayani dengan sewajarnya sehinggalah dia terkulai dua kali lohe dan langsung
tertidur....... tak pasti pukul berapa. Setelah terjaga sebelum dinihari,

Mat segera bangun dan berdoa semula,"Ya Tuhanku. Barulah kini aku tahu.... Aku dah tak sanggup lagi jadi isteri.
Aku keluar bekerja seharian pun tak penat macam ni. Ada juga masa berehat, minum kopi dan berbual dengan kawan-kawan.
Tolonglah kembalikan aku sebagai suami semula. Tobat aku tak sanggup dah jadi isteri. Salah sangkaanku selama ini bahawa
kerja-kerja isteriku di rumah begitu mudah. Biarlah isteriku terus di rumah dan aku keluar bekerja"

Sekonyong-konyong Mat terdengar satu suara ghaib berkata,"Wahai Mat,kamu belum boleh kembali menjadi suami sebab
persetubuhanmu malam tadi telah menjadi benih. Kamu kenalah tunggu 9 bulan 10 hari lagi untuk melahirkan anak sebelum kamu
dapat menjadi suami kembali...."

Whatttt???... 9 bulan 10 hari??? .....Beranaaak???.......Waaaaaa.. tak nak,
tak nak, tak naaaaaaaaaaaaaaaaaaakkkkk...!!!

~~~~~

"Bang, bang... Abangggg... apasal niii.....??"

Sergah satu suara disisinya. Mat melompat bangun dari katilnya dan terus
memegang isterinya sambil bertanya,"Nab, Nab yang jadi suami atau abang
yang jadi suami???

"Laaaaa... tebiat apa pulak abang ni. Kan Nab nie pompuan. Tentulah abang
yang jadi suami..... Apa punya lawak pagi-pagi buta ni....."

Hari tu Mat mengambil cuti emergency dan sehari suntuk membantu isterinya
membuat kerja-kerja rumah..... Hinggakan seluar kecik dan baju kecik Nab pun habis
Mat kutip basuh... Nab terkedu beghok, terlopong dan jadi bisu seharian
melihat gelagat suaminya.........

Moral cerita : Isteri perlu disayangi dan lindungi kerana ia adalah
anugerah Tuhan yang tidak ternilai..
so orang suami2 di luar sane mahupun di dalam sini..hargai la isteri anda..

Sabtu, 6 Jun 2009

hari ini (6 jun)

besday sheila yg ke 27... selamat hari lahir..

tarikh petabalan agong kot?

alia nikah.. patut sanding arini gak.. punya la aku delay flight, kenduri esok lak..pe la dia nih..

famili hadi sambut menantu (yan).. last week mereka nikah n kenduri kat umah yan di taiping.. tahniah..

mlm nnti, or pagi nnti, aku akan bertolak ke lcct utk pergi ke china. 1st time aku nk tinggalkan keluarga nk jalan jauh2... x biasa sangat.. rasa nk nangis pon ada.. baju x kemas lagi.. rasa x bersemangat... rasa keseorangan.. rasa xde teman.. arghh.. ada gak terpikir.. dah nak sampai ajal ke? hurmm.. aku harap2 ni je sindrom nk jalan jauh.. hurmm.. buah tangan, aku x janji ye.. ada duit, ada la sikit2... kalau x, minta maaf la.. mmg tgh catu duit ni...

korang yg selalu teman aku chat.. aku yakin, aku mesti akan rindu korang... yg selalu tmn aku sms pon..

Rabu, 3 Jun 2009

ayah atuk aku

nk tulis pasal ayah atuk.. tapi mlm ni mcm xde mood... gmbr ayah atuk pon aku x edit lagi...

hurmm.. balik kg aritu, ayah atuk bangga sgt dgn buku pakcik fareez 'benarkah iskandar bukan zulkarnanin?' dalam buku tu, ada tulis biodata penulis.. fareez ni masa sekolah rendah belaja kat amerika.. pastu skrg ni pon, dia ada peluang utk belajar kat oversea.. pastu buat research pon sampai ke greece..

sape fareez ni? dia kira pangkat sepupu mak aku. anak sedara atuk aku.. atuk aku anak sulung.. jadi, dia kena cepat kerja utk sara adik2 dia.. sbb tu, atuk aku belajar x tinggi.. jadi cikgu sekolah rendah je..

ayah si fareez ni plak adik bongsu atuk aku.. dia pon jadi cikgu gak..
bezanya?
1-atuk aku, aku x sure ada spm ke x, yg pastinya dia ada syarat minimum jadi cikgu, ajar sekolah rendah..pencen gaji rm500 kot..ayah si fareez ni (tok busu aku)belajar tinggi, jadi cikgu. sambung belajar lagi..(masa tu hidup dah senang sikit) jadi lecturer n lepas pencen disebabkan kelayakan dia, dia jadi konsultan..

2-disebabkan pendapatan atuk aku pon xberapa tinggi, maka anak2 atuk aku pon xde la yg belajar tinggi2.. dorang x bodo.. tapi nk lanjutkan pelajaran perlukan duit.. masa tu, dorang xterpikir pasal biasiswa semua.. anak2 tok busu lak, semua dapat belajar tinggi2..

nape aku ni? aku jeles dg tok busu n famili dia.. dia baik dgn atuk aku.. siyes.. tapi mmg berbeza sgt apa yg dia n famili dia capai dgn apa yg atuk aku n anak2nye capai..

aku syg atuk aku.. aku mmg kagum dgn dia.. dah tua skrg ni pon masih lagi kuat..masih lagi mmpu jaga cucu dia.. siyes, kalau atuk aku meninggal dunia, aku xtau reaksi aku camne

sori post ni berterabur.. aku taip pe je yg terlintas kat otak..

along sayang ayah atuk... err.. mak atuk pon along syg gak.. mak atuk jgn la jeles..

aku nampak mcm.... tapi sebenarnye....

aku nampak mcm setia.. tapi sebenarnya, aku baru sedar td.. aku cepat berubah hati.. tiba2 terasa kenari tu mcm dah lama.. x sabar2 nk try keta baru.. viva mungkin? tapi xyah la..stereng berat.

aku nampak mcm giler2... tapi sebenarnye aku ni sensitif giler... aku cepat terasa klu org kata aku pendek.. gelakkan aku.. tu yg plg aku benci.. kata aku gemuk xpe..aku salah.. tapi pendek, jgn..

aku nampak mcm macho (perasan).. tapi sebenarnye aku ni jiwang giler... kalau ada bf,nk yg caring.. yg romantik, yg leh buat aku terharu..dan aku kuat cemburu... kalau org lain dilayan lebih atau aku dipinggirkan, aku mesti cepat terasa hati..

aku nampak mcm x kisah.. tapi sebenarnye aku cepat kecik hati.. cuba la korang ignore aku.. x bls sms aku.. aku diam je kan? tapi sebenarnye aku sgt terasa hati dgn apa yg korang buat...

aku nampak mcm mature.. tapi sebenarnya aku mature utk sesetengah perkara je.. ada sesetengah hal plak, aku lebih suka dimanjakan n menjadi budak2... tapi sesetengah hal, aku amat serius.. so, timing kena betul k