KLIK LAJU-LAJU!

MARI BLOGWALKING DENGAN APESAL.COM

Yang Baik Hati =)

Cari cerita lama

Aku terkini

sebelum komen, baca dulu komen orang lain boleh? Bosan la nak balas komen yang sama.. sebab jawapan aku mesti sama punya. tak pasal2 aku jadi astro karang ulang tayang beberapa kali

* jangan orang astro sentap pulak dengan aku, suda

Ahad, 24 April 2011

10 sebab kenapa blog aku tersadai.. Hehe

En. Anif telah menyarankan aku agar menulis resepi untuk mengelakkan blog ni dari terbengkalai.. Hehe.. masalahnya En. Anif, saya ni tak pandai masak la.. serius. Saya hanya pandai masak apa yang saya ajar pada budak. Itupun, takde lah pandai sangat. Saya hanya bagi arahan, budak yang pandai. Macam mana ek?

Jadi, biarlah saya jawab soalan kedua dulu buat masa ni iaitu:

10 sebab kenapa blog tidak dikemaskini (update)
1- Sibuk. terlalu sibuk. Sibuk baca komik dan baca komik lagi (aku dah jumpa komik Hajime kindaichi.. huhu)
2- Serabut dengan kerja sekolah. Jadi tak mampu nak menulis. Kalau tulis karang, tah apa-apa pula hasilnya.
3- Skil tumpul. Rentetan dari no. 2, skil jarang diasah, maka makin tumpul. Banyak entry aku tulis. Tapi semuanya hanya separuh jalan.
4- Terlalu banyak benda nak cerita. Sampai cerita tu bercampur aduk. Sangat tak sesuai untuk dijadikan bahan bacaan atau contoh karangan.
5- Tengah jiwang. Ini menyebabkan aku nak tulis entry yang jiwang-jiwang. Masalahnya entry jiwang-jiwang tak sesuai dengan pembaca blog aku yang gagah perkasa macam aku.
6- Aku penjawat awam. Ini menyebabkan aku perlu berfikir terlebih dahulu sebelum aku meluahkan semua yang aku fikirkan (biasalah.. kadang-kadang, dengan ayah sendiri pun kita bertelagah juga kan?)
7- Lagu yang aku minat macam dah takde lagi dah. Ok.. sebenarnya aku ada banyak lagi lagu yang aku suka. Cuma.. masa tengah blur haritu, lagu apa nak letak dalam blog pun, aku tak dapat nak fikir.
8- Selera tengah naik. Makan sambil baca komik adalah lagi best daripada makan sambil menaip.
9- Tengah gatal. Ok, aku akui, aku tengah gatal.. Aku cuba mencari kawan baru melalui chatroom yahoo. Siap buat nick baru lagi supaya ramai laki buzz aku.. hasilnya? Huhu.. Tak best.. tulis blog lagi best.. (tu yang aku insaf ni)
10- Sibuk blogwalking. Pernah aku tidur pukul 2 pagi sebab aku berjalan-jalan ke blog-blog yang ada dalam senarai aku (yup.. sangat blur sampai hanya mampu blogwalking dan tak mampu komen)

Yess!!! Aku berjaya!!! Berjaya!! Terima En. Anif sebab bagi idea.. hehe

"Saya tak nak hipokrit.." itu katanya..

Baru-baru ni, aku mendekati seorang remaja. Sengaja aku menyakatnya selepas aku terdengar panggilan telefon dia dengan pakwenya. Aku bertanya di mana dia tinggal, di mana pula pakwenya tinggal, bagaimana mereka berjumpa dan lain-lain lagi.

Aku melihat remaja itu, dan melihat pula gambar pakwenya. Aku bertanya kepada gadis itu adakah hubungan mereka direstui oleh keluarga? Boleh dikatakan begitu. Namun, ada juga masalah lain dalam perhubungan mereka.

Gadis itu memberitahu yang keluarganya tidak suka pakwenye itu mewarnakan rambut. Apabila diberitahu kepada pakwenya agar tidak mewarnakan rambut terutamanya ketika berjumpa ibu bapanya (gadis), pakwenya berkata "Saya tak nak hipokrit". huhu.. macam klise je frasa tu kan?

Sebagai seorang skeptikal, aku pun menasihatkan budak itu agar menasihatkan pakwenya. Pada aku, jawapan yang diberikan oleh lelaki itu sangat dangkal. Pada aku, ada perbezaan yang sangat nyata antara menjadi seorang yang hipokrit dan cuba menyesuaikan diri. Pada aku, jika dia (lelaki itu) menghitamkan kembali rambutnya, dia bukanlah seorang yang hipokrit. Sebaliknya dia tlah menerima keluarga gadis itu (yang sangat nyata merupakan pakej yang dia akan perolehi jika dia berkahwin dengan gadis itu)

Sama juga dengan statement seorang artis jelita ni. Masa awal kemunculan dia dalam drama berbentuk keagamaan, aku sangat menggemari dia. Sehinggalah dia didapati pergi ke kelab malam dan dalam gambar tersebut, terdapat botol arak di mejanya. Aku paling tidak suka apabila artis wanita itu mengeluarkan kenyataan "Drama itu hanya lakonan sahaja. saya di luar adalah berbeza. takkanlah sebab lakonan, saya kena ubah diri saya" (lebih kurang gitu la. kalau aku silap, tolong betulkan) sekarang, aku dah tak berapa sukakan dia (walaupun dia masih jelita. haha)

Aku tak tahu apa maksud hipokrit yang sebenar. Tapi daripada penggunaan perkataan yang selalu aku dengar, aku rasa, maksudnya ialah seorang yang berpura-pura. Jadi, persoalan seterusnya ialah, adakah seorang yang memakai tudung tapi buat kejahatan adalah seorang yang hipokrit?

Hurmm... aku seorang yang bertudung. Dan aku akui, ramai lagi orang yang tak bertudung yang lebih baik daripada aku. Adakah kerana aku tak cukup baik, maka aku sepatutnya tanggalkan tudung aku? Tidak! Aku bertudung kerana itu suruhan agama. Sama juga dengan orang lain (contohnya, maaf, remaja yang bertudung tapi melakukan maksiat). Mereka bertudung kerana itu suruhan agama. Cuma, memang kelemahan kami kerana pakaian kami (tudung) tak berjaya menjaga kelakuan kami sepenuhnya. Tidak timbul persoalan hipokrit di situ.

Berubah kepada lebih baik agar diterima orang juga bukanlah menunjukkan anda seorang yang hipokrit. Sebaliknya dipanggil menyesuaikan diri dengan orang tersebut. Sebaliknya korang la yang hipokrit bila mengaku suka atau sayang seseorang sedangkan korang langsung tak nak berubah dan menyesuaikan diri korang dengan orang yang korang sayang tu.

Pendek kata, sebelum korang mengeluarkan kenyataan "Aku tak nak jadi hipokrit. Menjadi seseorang yang bukan aku sebenar" sila fikir betul-betul. Kaji betul-betul adakah hipokrit kalau menjadi lebih baik? Adakah hipokrit kalau korang melakukan benda yang betul?


Kepada remaja yang aku ceritakan di atas, akhir sekali aku telah nasihatkan dia agar mencari orang yang lebih baik untuk diri dan keluarganya. Pada aku, orang yang tak bersedia untuk berubah (ke arah lebih baik) untuk dirinya dan orang lain, bukanlah seseorang yang sesuai dijadikan teman hidup. Apatah lagi untuk menjadi ketua keluarga.

Warna la rambut dengan warna apa sekalipun. pakailah kanta lekap warna apa sekali pun. Kalau dah kulit sawo matang, hidung kembang, kau tetap melayu. Kau takkan dapat jadi Johnny Depp.

Kaler rambut dengan warna perang! Ptuihh!!

Tolong bagi idea nak tulis apa

Serius, aku rasa, bulan ni adalah bulan ketandusan entry pada blog aku a.k.a bulan ketandusan idea aku. Ada banyak cerita sebenarnya tapi selalu la.. separuh jalan je, aku terberhenti..

Tolong bagi aku idea apa nak cerita? Mungkin dengan cadangan korang tu, aku boleh hasilkan 1 entry secara tiba-tiba? Sama la macam masa sekolah dulu.. bila dah terpaksa, misalnya dalam peperiksaan, boleh la pula hasilkan sesuatu yang bagus.

Jadi, fikir betul-betul apa yang korang nak aku tulis.. aku cuba.. tolong!!! Aku kesian kat blog aku ni.. huhu

Selasa, 19 April 2011

Apa lagi? Sesi merungut dan tak puas hati la..

Ini adalah sesi merungut. Ya, aku memang suka merungut. Dan artikel ini adalah pendapat aku dan hanya aku semata-mata. Korang semua janganlah terpengaruh. Ini sekadar luahan sahaja. Esok lusa mungkin aku akan berubah pendapat.

Dari kecil, aku tak pernah bercita-cita untuk menjadi cikgu. Malah, masa aku dapat biasiswa tajaan KPM pun, aku tolak sebab tak nak jadi cikgu (kalau aku terima, aku dah jadi pensyarah politeknik. bidang kejuruteraan mekanikal lagi)

Kenapa tak nak jadi cikgu? Sebab aku tak rasa aku ada kesabaran untuk bertahan dengan perangai orang. Aku juga tahu yang aku memang tiada kemahiran untuk buat orang faham apa yang aku cuba sampaikan (sama la macam korang tak faham apa yang aku cuba bebelkan sekarang).

Tapi, akhirnya aku jadi cikgu juga. Aku buat sekadar yang termampu. Yang terbaik aku mampu dan hendak lakukan (terutama bab buat fail.. huhu). Ya, aku tahu, usaha aku tak memadai. Kan aku dah kata, aku tak pandai ajar orang? Sebab tu murid-murid aku tak perform sangat dalam SPM berbanding murid kawan-kawan aku kot? 

Oh, dan aku adalah sangat old-fashioned dan tidak memahami kehendak remaja sekarang (jadi, aku memang sangat susah nak menyelami perasaan anak murid aku. Aku bukan GTO). Aku juga seorang yang panas baran dan suka menengking (walaupun baran aku hanya untuk 5 minit, tapi kira baran jugalah.. Budak takut juga). Situasi-situasi ini menyebabkan aku tidak rapat dengan murid. Tidak seperti cikgu-cikgu yang lain.

Kaunselor sekolah aku kata, aku minat jadi cikgu. Kalau tak, masakan aku masih boleh bertahan? Haha.. aku hanya mampu gelak. Takkan la aku nak lepaskan satu-satunya kerja tetap yang aku ada semata-mata kerana aku tak suka? Bukannya aku tak cuba cari kerja lain. Aku cuba, tapi belum ada rezeki. Siapa yang nak sara hidup aku? Takkan nak harapkan mak ayah aku? Sampai umur berapa pun mereka nak sara hidup aku? Sekarang ni pun, ayah aku dah bising-bising kenapa aku tak kahwin lagi. Nampak sangat nak aku keluar dari rumah segera (dari sudut yang baik ye)

Tadi, semasa bersembang dengan rakan guru yang lain, aku sedar sesuatu. Sebenarnya dah lama sedar. Tapi perbualan tadi menguatkan lagi fakta yang aku dah lama tahu. Apakah kelemahan jawatan cikgu ni?
1- Terlalu ramai cikgu. Maka, kalau kami nak naik jawatan pun kena ikut time-based 10 tahun. Kalau penjawat awam lain, 4 tahun pun dah boleh naik. Seorang pegawai di pejabat mak aku sudah menjawat gred 48 sedangkan dia hanya tua 2 tahun dari aku.
2- Cuti rehat yang boleh diambil oleh para guru ialah 7 hari dalam setahun. Ya, aku akui, memang la cuti sekolah kan banyak. Tapi, agak-agak la, orang sakit tunggu cuti sekolah sahaja kah? Kawan aku nak menghantar anaknya ke lapangan terbang pun tidak dapat berbuat sedemikian kerana menghantar anak ke lapangan terbang tak termasuk dalam perkara yang membolehkan cuti.
3- Aku seorang yang suka berjalan. Malangnya, tugas sebagai guru tidak membolehkan aku keluar selalu (ya lah, kalau keluar selalu, siapa nak ajar murid sampai habis sukatan pelajaran?) Aku sangat cemburu dengan kawan-kawan yang dapat berjalan ke serata tempat walaupun atas alasan kerja. Sekurang-kurangnya dapat juga mereka melihat tempat orang. Aku? Kalau keluar sekolah pun, asyik-asyik ke SMK Cheras, SMK Puteri Ampang
4- Disebabkan aku nak juga berjalan, maka aku pun sangguplah mengeluarkan duit sendiri untuk melihat tempat orang. Kosnya sudah pasti lebih mahal sebab setiap kali aku cuti, memang la waktu puncak. Memang masa ni la semua pusat dan agensi pelancongan nak buat duit. Itu pun, belum tentu aku boleh rancang percutian. Macam sekarang ni. Aku dah mula tengok-tengok pakej yang disediakan oleh Airasia tapi aku tak boleh nak beli tiket sebab aku mungkin kena jaga peperiksaan SPM.

Ok, aku akui aku memang pentingkan diri sendiri. Dan ini menambah sebab kenapa aku tidak sesuai menjadi cikgu.

Tapi, aku masih berharap yang aku akan suka kerja aku ni. Aku bukanlah benci kerja aku. Belum cukup suka sahaja. Mungkin tempoh 4 tahun masih terlalu awal untuk aku jatuh cinta dengan kerja aku. Mungkin anak murid aku terlalu berdikari hinggakan aku tak rasa diperlukan oleh mereka. Sebab tu aku tak menjalinkan hubungan yang akrab dengan mereka.

Wahai anak muridku, kalau korang baca blog cikgu ni, silalah fikirkan cara untuk pujuk cikgu korang ni ye? Haha.. Serius ni.. Sila pujuk cikgu anda. Mulakan dengan tidak ponteng sekolah dan buat kerja sekolah korang. Dan jangan menjawab dengan jawapan yang bodoh. Jangan malas-malas. Kalau bukan untuk saya sekalipun, lakukanlah untuk masa depan korang sendiri..

Selasa, 12 April 2011

Mungkin semua ini balasan dariNya

Sabtu lepas, sekolah aku telah mengadakan gotong-royong. Macam-macam la aktiviti yang dilakukan oleh warga sekolah. Aku dengan pembantu bengkel aku berusaha untuk mengecat gril bengkel. Sebelum ni, gril pintu bengkel warna hitam. Kami nak cat warna oren. Yeehaa!!

Budak-budak aku? Harem!!! Imamah je datang 2-3 kali. Sekali tu hantar buku koku, sekali lagi bagi oat dan baked bean yang budak-budak ni dapat masa cabutan bertuah.

Sesungguhnya kerja mengecat pintu gril adalah sangat susah untuk orang yang tak teliti. Lebih susah kalau tak buat undercoat. Banyak cat perlu dikorbankan.

Masa tengah mengecat tu, aku dapat menikmati bunyi bising yang dihasilkan oleh budak-budak tingkatan 1. mereka menjerit.. bergelak ketawa (seriously, their laughs' sounds like banshees') sangat menakutkan..

Aku pun berkata kepada pembantu bengkel aku - Kak Mas "Dahsyat betul la budak-budak ni.. Gelak macam pontianak. Tak tahu la kenapa mereka macam ni. Masa saya form 1 dulu, saya pun bising juga. Tapi tak la bising macam ni"

Kak Mas pandang aku dengan tak percaya. " Mai tak bising???"

"Err.. saya bising tapi bukan gelak la.. saya bising bersembang je. tapi takdelah bising macam ni. lebih-lebih lagi kalau tahu ada cikgu kat luar." seketika kemudian, aku dengar mereka (murid form 1) menyanyi. " ok, saya maybe menyanyi juga kot. Tapi tak kuat macam diorang ni"

Kemudian aku terdiam dan berfikir. Adakah aku masa form 1 dulu sangat bising macam mereka ni? Kalau ye, alangkah menjengkelkannya perangai aku. Tapi bila diingat balik, perngai aku memang menjengkelkan senior aku. Hahah..

Kemudian aku terfikir..  Mungkinkah Allah jadikan aku cikgu supaya aku sedar betapa buruknya perangai aku dulu? Mungkinkah Allah nak balas balik kepada aku apa yang aku pernah buat pada orang? Mungkinkah Allah nak aku tahu perasaan cikgu aku masa mengajar aku dulu?

Mungkin ya. Mungkin kalau aku dah faham pengajaran yang aku sepatutnya terima, Allah akan tunaikan hajat aku yang lain. Maka aku mula muhasabah diri aku balik.

Ya, aku seorang yang bising (suka bersembang), menjengkelkan (senior masa perjumpaan PBSM), gatal (dengan junior je.. buat adik.. kalau dengan yang sebaya, diam-diam je minat), malas (aku memang jarang hantar buku nota dan latihan), agak suka langgar peraturan (suka fly dengan cara terhormat, pernah la ponteng prep, subuh dan program kemerdekaan)

Teruk betul aku ni.. aish... Lepas ni aku tak boleh la komplen budak-budak ni sangat.

Tapi aku tetap tak gelak macam pontianak! Siap la budak-budak yang gelak macam tu! Esok juga aku cari! Huh!

Ahad, 10 April 2011

Air mata

Seriously aku merupakan seorang yang sangat ketagih menonton tv. Menonton tv adalah antara hobi aku selain daripada tidur, makan dan online. Jadi, banyak juga la falsafah-falsafah yang aku ambil yang berasal dari drama atau cerita-cerita dalam tv ni.

Selain daripada drama tv, 1 lagi tempat yang aku selalu pau prinsipnya ialah buku cerita. Jadi, jangan la pelik kalau prinsip-prinsip aku sedikit jiwang/puitis dan macam pernah dibaca.. (heh)

So, hari ini aku nak bercerita pasal air mata.

Dalam 1 drama, (aku tak ingat drama apa tapi aku rasa Korea) ada 1 watak ni kata, kalau dia rasa nak menangis, dia akan berdiri atas tangan supaya air mata dia x mengalir ke luar.

Dalam 1 novel lak, orang tu kata, air mata gembira dengan air mata sedih berbeza (mesti lah kan?). Air mata kesedihan rasanya panas. kalau air mata gembira, rasanya sejuk sikit. 



Ni belum lagi aku kira cerita CSI yang kata kandungan garam dalam air mata sedih dan gembira adalah berbeza..

Soalan aku ialah:
1- Dalam situasi sebenar, boleh ke kita tahan air mata dari keluar? Kalau yang sikit-sikit tu boleh la.. Maksud aku, bila emosi dah tak tertahan

2- betul ke air mata kegembiraan tu sejuk sikit? Aku rasa, air mata aku macam panas je sentiasa.



Jumaat, 8 April 2011

Misai kucing

Kelmarin aku kacau kucing seorang pakcik ni. Ekor dia bergoyang-goyang. Aku baca kat 1 blog ni, orang tu kata, tu tandanya kucing tu nyampah dengan aku.. uh uh.. sorry kucing..

Aku tengok pula misai kucing tu. Aku pernah baca kat blog juga (dan sekali lagi aku lupa blog mana), kucing menggunakan misainya untuk mengukur sama ada dia muat atau tak untuk lalu lorong yang sempit. Jadi, bolehla dikatakan, misai ni la ukuran kelebaran seseekor kucing kan?

Jadi, kalau nak tau, kucing tu gemuk ke.. kurus ke... cukup la kalau kita ukur misai dia kan? Betul tak?

Cuba tanya dia ni.. "Betul ke fakta tadi awak? Masih boleh pakai lagi ke kat awak?"
So, siapa yang boleh verify untuk aku.. betul ke fakta yang aku baca ni, ataupun aku yang salah faham, ataupun aku salah baca..

Selasa, 5 April 2011

Hurmm..

Esok..
1- Pertandingan Usahawan Muda
* Kena buat susun atur meja
* Sediakan borang pemarkahan

2- Pertandingan Inovasi Produk
* Kena buat susun atur meja
* Sediakan borang pemarkahan
* Sediakan hadiah untuk pemenang

3- Latihan Rumah Sukan
* Agihkan Tugas Guru
* Rancang Latihan

4- Latihan Bola Jaring
* Stayback?

Argghhh!!! Kenapa baru bulan April?? Hurmm... =(

Ahad, 3 April 2011

Kesal - Ella

Dah beberapa kali niat nak post lagu ni tapi asyik tertangguh. Akhirnya, post jugak.. best lagu ni.. tak tipu. Cuba nyanyi sekarang

Tajuk: KESAL
Artis: ELLA

Berulang kali, ku cuba mengerti
Namun kau tak pernah, untuk menyedari
Walaupun akhirnya, semua kan berlalu
Hadapi kenyataan
Biarpun penuh duri
Harusku hadapi

Tuk sejenak diri, lupakan problema
Agar lepas dari segala prasangka
Aku cuba berlari, ikuti langkahku
Menyongsong matahari
Biarlah kan ku tempuh
Jalan hidup sendiri

Tanpa engkau lagi, ingin kubuktikan semua
Bahwa diri ini, bukanlah sekadar
Boneka, yang dapat, kau jadikan mainan

Resahku, kerna dia
Kesalku, kerna dia
Harapan hidup berdua
Ternyata sia-sia...

Resahku, kerna dia
Kesalku, kerna dia
Lebih baik putus saja
Daripada tersiksa...
Hidupku jadinya...
Ohh...

Aku cuba berlari, ikuti langkahku
Menyongsong matahari
Biarlah kan ku tempuh
Jalan hidup sendiri

Tanpa engkau lagi, ingin kubuktikan semua
Bahwa diri ini, bukanlah sekadar
Boneka, yang dapat, kau jadikan mainan

Resahku, kerna dia
Kesalku, kerna dia
Harapan hidup berdua
Ternyata sia-sia...

Resahku, kerna dia
Kesalku, kerna dia
Lebih baik putus saja
Daripada tersiksa...
(Hidupku jadinya...
Ohh...)

Feng Shui Baik Punya!!

Baru je dapat mesej dari kawan:
Tahun ini kita akan mengalami 4 tarikh yang jarang berlaku iaitu 1/1/11, 11/1/11, 1/11/11 dan 11/11/11.
Bukan itu sahaja, cuba ambil 2 nombor terakhir tahun anda lahir dan tambahkan dengan usia anda tahun ini, anda akan mendapat jumlahnya 111! Ini ialah tahun KEKAYAAN!
Pada bulan Oktober pula akan ada 5 kali hari Sabtu, Ahad dan Isnin. Ini hanya terjadi sekali pada setiap 823 tahun!

Ok, bukan tu je mesej. Dia kata tahun ni tahun kekayaan.. kalau kita share dengan org, kita akan kaya pada hari keempat ikut feng shui cina. Tapi disebabkan aku bukan orang cina, aku rasa benda tu tak apply pada aku. Tapi aku nak gak share benda ni yang menarik. Apa lagi? Try la!