KLIK LAJU-LAJU!

MARI BLOGWALKING DENGAN APESAL.COM

Yang Baik Hati =)

Cari cerita lama

Aku terkini

sebelum komen, baca dulu komen orang lain boleh? Bosan la nak balas komen yang sama.. sebab jawapan aku mesti sama punya. tak pasal2 aku jadi astro karang ulang tayang beberapa kali

* jangan orang astro sentap pulak dengan aku, suda

Selasa, 19 April 2011

Apa lagi? Sesi merungut dan tak puas hati la..

Ini adalah sesi merungut. Ya, aku memang suka merungut. Dan artikel ini adalah pendapat aku dan hanya aku semata-mata. Korang semua janganlah terpengaruh. Ini sekadar luahan sahaja. Esok lusa mungkin aku akan berubah pendapat.

Dari kecil, aku tak pernah bercita-cita untuk menjadi cikgu. Malah, masa aku dapat biasiswa tajaan KPM pun, aku tolak sebab tak nak jadi cikgu (kalau aku terima, aku dah jadi pensyarah politeknik. bidang kejuruteraan mekanikal lagi)

Kenapa tak nak jadi cikgu? Sebab aku tak rasa aku ada kesabaran untuk bertahan dengan perangai orang. Aku juga tahu yang aku memang tiada kemahiran untuk buat orang faham apa yang aku cuba sampaikan (sama la macam korang tak faham apa yang aku cuba bebelkan sekarang).

Tapi, akhirnya aku jadi cikgu juga. Aku buat sekadar yang termampu. Yang terbaik aku mampu dan hendak lakukan (terutama bab buat fail.. huhu). Ya, aku tahu, usaha aku tak memadai. Kan aku dah kata, aku tak pandai ajar orang? Sebab tu murid-murid aku tak perform sangat dalam SPM berbanding murid kawan-kawan aku kot? 

Oh, dan aku adalah sangat old-fashioned dan tidak memahami kehendak remaja sekarang (jadi, aku memang sangat susah nak menyelami perasaan anak murid aku. Aku bukan GTO). Aku juga seorang yang panas baran dan suka menengking (walaupun baran aku hanya untuk 5 minit, tapi kira baran jugalah.. Budak takut juga). Situasi-situasi ini menyebabkan aku tidak rapat dengan murid. Tidak seperti cikgu-cikgu yang lain.

Kaunselor sekolah aku kata, aku minat jadi cikgu. Kalau tak, masakan aku masih boleh bertahan? Haha.. aku hanya mampu gelak. Takkan la aku nak lepaskan satu-satunya kerja tetap yang aku ada semata-mata kerana aku tak suka? Bukannya aku tak cuba cari kerja lain. Aku cuba, tapi belum ada rezeki. Siapa yang nak sara hidup aku? Takkan nak harapkan mak ayah aku? Sampai umur berapa pun mereka nak sara hidup aku? Sekarang ni pun, ayah aku dah bising-bising kenapa aku tak kahwin lagi. Nampak sangat nak aku keluar dari rumah segera (dari sudut yang baik ye)

Tadi, semasa bersembang dengan rakan guru yang lain, aku sedar sesuatu. Sebenarnya dah lama sedar. Tapi perbualan tadi menguatkan lagi fakta yang aku dah lama tahu. Apakah kelemahan jawatan cikgu ni?
1- Terlalu ramai cikgu. Maka, kalau kami nak naik jawatan pun kena ikut time-based 10 tahun. Kalau penjawat awam lain, 4 tahun pun dah boleh naik. Seorang pegawai di pejabat mak aku sudah menjawat gred 48 sedangkan dia hanya tua 2 tahun dari aku.
2- Cuti rehat yang boleh diambil oleh para guru ialah 7 hari dalam setahun. Ya, aku akui, memang la cuti sekolah kan banyak. Tapi, agak-agak la, orang sakit tunggu cuti sekolah sahaja kah? Kawan aku nak menghantar anaknya ke lapangan terbang pun tidak dapat berbuat sedemikian kerana menghantar anak ke lapangan terbang tak termasuk dalam perkara yang membolehkan cuti.
3- Aku seorang yang suka berjalan. Malangnya, tugas sebagai guru tidak membolehkan aku keluar selalu (ya lah, kalau keluar selalu, siapa nak ajar murid sampai habis sukatan pelajaran?) Aku sangat cemburu dengan kawan-kawan yang dapat berjalan ke serata tempat walaupun atas alasan kerja. Sekurang-kurangnya dapat juga mereka melihat tempat orang. Aku? Kalau keluar sekolah pun, asyik-asyik ke SMK Cheras, SMK Puteri Ampang
4- Disebabkan aku nak juga berjalan, maka aku pun sangguplah mengeluarkan duit sendiri untuk melihat tempat orang. Kosnya sudah pasti lebih mahal sebab setiap kali aku cuti, memang la waktu puncak. Memang masa ni la semua pusat dan agensi pelancongan nak buat duit. Itu pun, belum tentu aku boleh rancang percutian. Macam sekarang ni. Aku dah mula tengok-tengok pakej yang disediakan oleh Airasia tapi aku tak boleh nak beli tiket sebab aku mungkin kena jaga peperiksaan SPM.

Ok, aku akui aku memang pentingkan diri sendiri. Dan ini menambah sebab kenapa aku tidak sesuai menjadi cikgu.

Tapi, aku masih berharap yang aku akan suka kerja aku ni. Aku bukanlah benci kerja aku. Belum cukup suka sahaja. Mungkin tempoh 4 tahun masih terlalu awal untuk aku jatuh cinta dengan kerja aku. Mungkin anak murid aku terlalu berdikari hinggakan aku tak rasa diperlukan oleh mereka. Sebab tu aku tak menjalinkan hubungan yang akrab dengan mereka.

Wahai anak muridku, kalau korang baca blog cikgu ni, silalah fikirkan cara untuk pujuk cikgu korang ni ye? Haha.. Serius ni.. Sila pujuk cikgu anda. Mulakan dengan tidak ponteng sekolah dan buat kerja sekolah korang. Dan jangan menjawab dengan jawapan yang bodoh. Jangan malas-malas. Kalau bukan untuk saya sekalipun, lakukanlah untuk masa depan korang sendiri..

2 ulasan:

  1. Rungutan biasa diberikan oleh guru dikelas dengan memberi psiko kepada murid-murid yang malas berlajar lebih kurang begini,'Saya tidak rugi apa-apa kalau kamu tidak mahu belajar kerana cukup bulan cikgu dapat gaji' adalah kenyataan yang biasa didengari ketika bangku sekolah

    BalasPadam
  2. hahaha.. dialog tu saya masih pakai.. see?? sangat old fashioned kan?

    BalasPadam

Semua orang boleh komen. Dan aku laparkan komen dari korang.
Tapi letak la nama.. Tak suka nak panggil korang Tanpa Nama