Sabtu lepas, sekolah aku telah mengadakan gotong-royong. Macam-macam la aktiviti yang dilakukan oleh warga sekolah. Aku dengan pembantu bengkel aku berusaha untuk mengecat gril bengkel. Sebelum ni, gril pintu bengkel warna hitam. Kami nak cat warna oren. Yeehaa!!
Budak-budak aku? Harem!!! Imamah je datang 2-3 kali. Sekali tu hantar buku koku, sekali lagi bagi oat dan baked bean yang budak-budak ni dapat masa cabutan bertuah.
Sesungguhnya kerja mengecat pintu gril adalah sangat susah untuk orang yang tak teliti. Lebih susah kalau tak buat undercoat. Banyak cat perlu dikorbankan.
Masa tengah mengecat tu, aku dapat menikmati bunyi bising yang dihasilkan oleh budak-budak tingkatan 1. mereka menjerit.. bergelak ketawa (seriously, their laughs' sounds like banshees') sangat menakutkan..
Aku pun berkata kepada pembantu bengkel aku - Kak Mas "Dahsyat betul la budak-budak ni.. Gelak macam pontianak. Tak tahu la kenapa mereka macam ni. Masa saya form 1 dulu, saya pun bising juga. Tapi tak la bising macam ni"
Kak Mas pandang aku dengan tak percaya. " Mai tak bising???"
"Err.. saya bising tapi bukan gelak la.. saya bising bersembang je. tapi takdelah bising macam ni. lebih-lebih lagi kalau tahu ada cikgu kat luar." seketika kemudian, aku dengar mereka (murid form 1) menyanyi. " ok, saya maybe menyanyi juga kot. Tapi tak kuat macam diorang ni"
Kemudian aku terdiam dan berfikir. Adakah aku masa form 1 dulu sangat bising macam mereka ni? Kalau ye, alangkah menjengkelkannya perangai aku. Tapi bila diingat balik, perngai aku memang menjengkelkan senior aku. Hahah..
Kemudian aku terfikir.. Mungkinkah Allah jadikan aku cikgu supaya aku sedar betapa buruknya perangai aku dulu? Mungkinkah Allah nak balas balik kepada aku apa yang aku pernah buat pada orang? Mungkinkah Allah nak aku tahu perasaan cikgu aku masa mengajar aku dulu?
Mungkin ya. Mungkin kalau aku dah faham pengajaran yang aku sepatutnya terima, Allah akan tunaikan hajat aku yang lain. Maka aku mula muhasabah diri aku balik.
Ya, aku seorang yang bising (suka bersembang), menjengkelkan (senior masa perjumpaan PBSM), gatal (dengan junior je.. buat adik.. kalau dengan yang sebaya, diam-diam je minat), malas (aku memang jarang hantar buku nota dan latihan), agak suka langgar peraturan (suka fly dengan cara terhormat, pernah la ponteng prep, subuh dan program kemerdekaan)
Teruk betul aku ni.. aish... Lepas ni aku tak boleh la komplen budak-budak ni sangat.
Tapi aku tetap tak gelak macam pontianak! Siap la budak-budak yang gelak macam tu! Esok juga aku cari! Huh!
Budak-budak memang suka bising :)
BalasPadamkan? huhu.. nasib baik saya jaga menengah atas
BalasPadamSekurang pengalaman baru dapat mematikan alasan murid-murid yang suka mengelat :-)
BalasPadamhaha.. murid skrg suka bagi alasan bukan2.. bukannya mereka kisah kalau elat mereka diketahui..
BalasPadam