KLIK LAJU-LAJU!

MARI BLOGWALKING DENGAN APESAL.COM

Yang Baik Hati =)

Cari cerita lama

Aku terkini

sebelum komen, baca dulu komen orang lain boleh? Bosan la nak balas komen yang sama.. sebab jawapan aku mesti sama punya. tak pasal2 aku jadi astro karang ulang tayang beberapa kali

* jangan orang astro sentap pulak dengan aku, suda
Memaparkan catatan dengan label penghargaan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label penghargaan. Papar semua catatan

Isnin, 11 Jun 2012

Aku - En. Ken = Aku + LRT + bas

Kisahnya... En. Ken masih di spa. ke tukang jahit? Aku memang agak bengang la.. Tapi apa lagi aku nak kata? Nak tak nak, pagi tadi, ayah kena la hantar aku pergi kerja. Mujur jalan agak tenang hari ni.Orang malas pergi kerja lagi kot?

Kebetulan, hari ni aku kena tengok perlawanan bola lisut (softball) antara rumah sukan. Maka balik lambat la aku. Tak sempat nak join mak balik.

Sila ingat, aku bekerja betul-betul di hadapan Tasik Titiwangsa. Dan hari ni aku merancang nak balik naik LRT. LRT terdekat ialah di Stesen Titiwangsa. Untuk ke sana, aku bercadang nak jalan kaki je.. sebagai usaha untuk memahami seseorang yang aku kenal yang suka berjalan. Lagipun, kalau aku boleh berjalan di Singapura, kenapa aku tak boleh berjalan di KL?

5.34 petang
Aku keluar dari pagar sekolah. Aku jalan ke Jalan Tun Razak, naik jejantas menyeberang ke sebelah HKL dan menyusur menuju ke LRT. naik lagi 1 jejantas di hadapan hospital. Lalu belakang kedai-kedai.. naik tangga. Tak perasan pulak ada eskalator.. huk3... 3 tingkat kot..

Lepas beli tiket, aku baru perasan yang aku pergi tu stesen monorel. Nak pergi kel LRT, sila seberang lagi.. sempat juga aku melihat kereta yang tak berapa banyak petang tadi. Kenapa hari aku tak bawa kereta, jalan nampak best??? hahaha.. Rasa nak maki diri sendiri.. Dah jalan jauh..  Adalah lebih dekat jika aku jalan lalu Istana Budaya, Jalan Titiwangsa, seberang jejantas ke Hospital Tawakal dan jalan terus je ke LRT.. huhu.. takpe.. tabahkan hati.. Sape suruh tak tau kat mana stesen tu/.

6.05 petang
Sampai ke platform. Pergi hujung sebab nak tempat duduk.. Hahaha.. Terlepas tren ke Ampang. Kalau la tren tu bas, aku kejar je. tak jauh pun.. tapi dah terlepas..

6.10 petang
Tren Ampang lalu lagi. Dapat tempat duduk!!! Hahah.. Logiknya memang dapat la memendangkan Stesen Titiwangsa ni stesen ke3 dari hujung. Orang ramai naik di Stesen Masjid Jamek.

6.39 petang.
Keluar dari Stesen Cempaka. Cadangnya nak naik bas sebab nak jimat dan sebagai tanda protes teksi-teksi tu suka tunggu orang. Bas 324 dah tiba. Tapi pintunya ditutup. Penumpang kena tunggu di luar. Tak tahu berapa minit mereka dah menunggu depan pintu. Tapi aku bas 323 dan bas belum muncul lagi.

6.45 petang
Bas 323 sampai. Yang peliknya dia tak buka pintu untuk penumpang naik. Pemandu turun. Kami tunggu depan pintu.. Makin lama orang makin ramai. Aku dah makin bosan. Apa alasan pemandu tunggu lama-lama? Nak bagi nas penuh baru nak jalan? Patut la orang sanggup naik teksi yang mahal dan tunggu orang tu. Bas lagi lama kena tunggu.

Aku naik STAR LRT.. (yang garisan kuning) naik di Titiwangsa dan turun di Cempaka.

6.57 petang
Pintu  bas dibuka. Aku bayar RM1 untuk tiket. Kalau naik teksi kena bayar RM4, tunggu orang dalam 5 minit dan kena kongsi teksi dengan orang lain. Untung betul pemandu teksi kat Stesen Cempaka tu. Dah la mereka marah kalau pemandu teksi luar mengambil penumpang di situ. Dengan kata lain, teksi luar hanya boleh turunkan penumpang sahaja. Ambil penumpang tak boleh.

7.27 petang
Bas sampai ke perhentian bas depan 7E. Aku berjalan ke rumah.

7.31 petang
Aku masuk pintu rumah, letak beg dan terus cari air sejuk.. haha..

Tempoh dari sekolah ke rumah dengan menaiki pengangkutan awam.. 1 jam 57 minit.. Kalau naik kereta lebih kurang 45 minit. jarak rumah ke sekolah lebih kurang 13km.

Ikutkan ok je. Dan ramai warga Kl yang tempuh benda ni hari-hari.. tu belum cerita yang berulang ke Seremban dengan tren dan bas... tapi serius.. AKU NAK EN. KEN CEPAT!!!!

Dan kepada mereka-mereka yang naik pengangkutan awam tiap hari.. SAYA RESPEK DENGAN ANDA YANG TIDAK JEMU! ANDA HEBAT!


Rabu, 16 Mei 2012

Selamat Hari Guru

Tahun lepas, aku rasa sangat kesian kepada diri aku sebab ucapan Selamat Hari Guru yang aku terima kebanyakannya adalah dari kawan-kawan cikgu aku sendiri. Tak kira la kawan maktab atau kawan 1 sekolah mengajar. Dan jujur, ucapan tu tak la sebanyak mana.

Kenapa aku rasa kesian? Sebab, cikgu yang mengucapkan Selamat Hari Guru pada 1 sama lain, pada aku tak ubah seperti mengucapkan Selamat Hari Jadi pada diri sendiri. Ye la.. Cikgu yang beria ucap. Budak, orang lain, takde la heran sangat nak bagi ucapan tu pada cikgu-cikgu.

Tahun ni, aku masih tak berapa nak ucapkan Selamat Hari Guru pada rakan-rakan sejawatan aku terutama di sekolah. Cuma aku wish cikgu-cikgu yang ajar aku masa sekolah. Ucapan dari seorang murid kepada cikgu.

Yup, aku akui, aku tak berapa minat jadi cikgu. Bukan sebab aku tak suka mengajar. Tapi sebab aku tak suka kerja selain mengajar tu. Huhu.. Tapi, menjadi seorang cikgu, sedikit sebanyak membuatkan aku makin menghargai apa yang cikgu aku dah buat untuk jadikan aku hari ini..

Aku tak nak sebut nama-nama cikgu aku. Bukan sebab aku tak hargai dorang tapi sebab mereka terlalu ramai dan jasa setiap 1 dari mereka sangat banyak. Aku yakin, aku akan benci diri aku kalau aku terlupa 1 nama. Jadi, lebih baik aku tak sebut. Tak adil buat mereka. Jasa mereka semua sama tara beratnya. Beratus kot cikgu dari zaman tadika sampailah ke maktab. 


InsyaAllah, aku rasa, masa sekolah, aku bukanlah pengumpat/pembenci tegar cikgu (dengan kata lain, aku takde la anti mana-mana cikgu yang spesifik). Yup, aku pernah bengang dengan mereka (terutamanya lepas aku kantoi dengan masalah disiplin yang ringan) tapi rasanya aku takdela benci atau umpat cikgu aku. Aku rasa la. Sebab aku tak ingat diri aku membenci mana-mana cikgu aku.

Tapi, aku rasa Hari Guru tahun ni agak bermakna sepanjang aku jadi cikgu sekolah menengah ni sebab:
1- Ucapan pertama yang aku dapat adalah dari Pakcik tempat aku selalu hantar En. Ken -Pengurus ACT Pandan Indah
2- Tahun ni, ada budak-budak yang berinisiatif untuk masuk Bilik Guru dan jumpa cikgu-cikgu, bersalam dan ucap Selamat Hari Guru tanpa mengira cikgu tu ajar dia atau tak
3- Ejen takaful yang aku beli MLTA En. Firdaus pun ucap Selamat Hari Guru (wife dia cikgu.. tu dia ingat tu.. hehe)

Akhir kata, sekali lagi diucapkan Selamat Hari Guru kepada semua cikgu yang mengajar saya dari Tabika Kemas Kg. Tasik Tambahan, SKTT, SRATT, SEMSAS, Matrikulasi KPM Bangi, UPM, MPTKL, SMK Seri Tapah (praktikal), SMKPT (ye, banyak yang saya belajar masa kerja ni) dan lain-lain institusi yang saya lupa sebut.

Semua orang yang mengajar orang lain adalah guru. Tak kisah di mana tempat dia mengajar. Dan guru mesti dihormati tak kira berapa banyak / sikit ilmu yang dia beri. Tak kiralah kalau dia kawan sekali pun, kalau dia beri ilmu berguna, hormatilah dia..

Tak salah pun menghormati dan menghargai orang lain kan?

Update: aku dapat 2 hadiah. 1 dari Tan Cia Chi murid tingkatan 4 dan 1 lagi dari Farhanah Nadia murid tingkatan 5... tq girls!

Rabu, 8 Februari 2012

Khamis, 1 Disember 2011

Mesin basuh buruk

Mesin basuh ayah atuk rosak lagi. Tak sampai berapa bulan rosak. Mak dan Cik Sally kata biasa la tu sebab banyak tangan yang guna. Sama jugak dengan periuk nasi. Hampir tiap tahun kena ganti.

Mak dengan cik Sally berbincang, mesin basuh macam mana yang terbaik untuk ayah atuk. mak suka separuh automatik sebab tak mudah rosak. Cik Sally lebih suka automatik sebab mudah untuk ayah atuk. Tekan sekali dan biarkan sahaja. Ayah atuk tak pandai nak guna spin dryer.

Masalah timbul kerana kami balik ke kampung pada hujung minggu yang bersambung dengan cuti maal hijrah. Mana ada khedai barang elektrik yang buka? Masa tu kami dah naik Avanza (kereta cik Sally) dah. Dah meronda sampai ke Parit Sulong. Takde kedai yang buka. Akhirnya Cik Sally suruh tanya Pakcik M (uh uh.. Sorry Cik Joe.. Along tak ingat nama abang ipar Cik Joe)

Cik Joe (suami Ci Sally) pun telefon la Pakcik M. Kebetulan, ada mesin basuh terpakai di rumahnya yang hendak dijual. RM50 je harganya. Hoho!!! Memang murah sangat la... Oh, lupa nak cerita, Pakcik M ni boleh repair peralatan eletrik (Cik Joe pun boleh tapi dia kata bila dah trip, dia tak berani. Lagipun dia tak boleh concentrate sebab Malaysia nak lawan Bahrain)

Sampai di rumah Pakcik M, kami melihat mesin yang dikatakan. Erkk??!! Ada baju sedang dibasuh di dalamnya. Mesin ni sedia untuk dijual ke tak? Setelah melihat-lihat, Cik Joe menelefon Pakcik M dan berkata "Dah tengok dah mesin dia. RM100 ok?" Lepas tu pakcik aku tanya pulak kat aku "Ok tak along RM100 macam tu? Ok la kan?" Nak tau jawapan ikhlas aku? TAK!!

Errkk?? Bukan tadi kata RM50? Kenapa jadi RM100? Tapi siapa aku nak komplen lebih-lebih? Biar lah. Itu abang ipar dia. Lagipun dia guna duit dia. Tapi aku rasa tak sedap hati. Aku takut nanti mak komplen sebab kalau ikutkan mak dah rancang nak beli mesin basuh tu kongsi adik beradik. Aku kena explain dari awal.

Sampai rumah, aku beritahu siap-siap pada mak. Aku cakap tu mungkin sementara je. Mungkin Cik Sally dan Cik Joe akan angkut mesin dari rumah mereka untu digunakan di kampung nanti.

Entah macam mana, semasa di dapur, Cik Sally bercerita tetang keluarga Pakcik M.

Rupa-rupanya dulu Pakcik M ada perniagaan membaiki barangan elektrik. 1 hari, isterinya Cik Ros (akak Cik Joe) didiagnos menghidap barah. Jadi Pakcik M pun menutup perniagaan sebab menjaga Cik Ros hingga sembuh. Sekarang Cik Ros dah sembuh la. So, mereka cuba berniaga balik. Merek cuba buka kedai makan, kedai runcit, banyaklah pekerjaan yang dicuba tapi setiap kali perniagaan mereka meningkat naik, ada sahaja dugaan yang menimpa keluarga mereka. Jadi sekarang Pakcik M sekadar mengambil upah menghantar budak ke sekolah. Tu je la mata pencarian mereka.

Baru aku faham, rupanya Cik Joe memang sengaja offer harga RM100 sebab dia berniat nak membantu keluarga kakaknya sebab dia faham mereka bukannya hidup senang. Well, Cik Joe dan Cik Sally pun bukanlah orang senang tapi mereka punya pendapatan tetap tiap bulan. Aku rasa mereka bersyukur dari sudut itu..

Hurmm.. Bila aku melihat sifat Pakcik aku tu, aku rasa segan. Aku kadang-kadang begitu berkira nak tolong orang sebab sering rasa yang diri aku sendiri tak cukup. Sedangkan? Masih ramai lagi orang lain yang tak cukup tapi mereka tak la kuat merungut macam aku.

Hurm... Aku memang kena banyak belajar bersyukur.

Sabtu, 12 November 2011

blogger ini tak pernah kering idea!

Aku selalu kata yang tahun ni entry aku agak lemau. Ok, bukan entry je. seluruh kehidupan serius aku adalah lemau. Hanya dalam bab enjoy tak ingat dunia je yang ku sangat berjaya. Enjoy di sini bermakna aku takde tanggungjawab terhadap sesuatu yang lain la.

Contoh aktiviti enjoy yang aku lakukan ialah,
1- berjalan-jalan (hingga ke KK),
2- menjadi model tak bertauliah untuk kawan (ye, aku dah pandai perasan cantik! oh, nama kawan aku tu di FB ialah Buaya Lensa. Kalau korang nak cari photographer budget, sila hubungi dia.. harga memang ok lah!),
3- Berjalan pergi ke GM tiap minggu
4- Jalan-jalan cari makan (tuhan je tahu betapa banyak aku keluarkan duit untuk makan kali ni..)
5- Shopping semuanya sebab aku dipengaruh oleh Fadhlina
6- Baca komik online..

Tapi, aku rasa, bukan aku je yang ketandusan idea untuk menulis tahun ni. Rata-rata, blog yang selalu aku baca pun sama kurang update atau entry dah tak berapa kena dengan selera aku.

TAPI ada la pulak beberapa blogger ni yang aku tengok macam tak pernah kering idea. Tapi blogger yang paling aku follow ialah En. Anif. Dia tulis pasal apa? Biasanya pasal daily life. Ada gak tips-tips berkaitan IT dan lain-lain lagi.. Yang paling buat aku suka dengan dia ialah, dia pasti akan balas komen korang tak kira la korang komen kat entry kurun ke berapa (tapi entry dia la.. korang komen entry orang, idak la dia nyibuk sama)

Aku memang tak pandai nak tulis karangan. Serius. aku tak pandai nak wujudkan kesinambungan antara perenggan. Jadi, aku akan berhenti di sini dahulu. Kalau korang sayang aku dan sayang blog ni, doakan aku tak terus lemau. Aku pun lemau memikirkan kelemauan aku ni.. Aish!!!

Ahad, 6 Mac 2011

Tolong beritahu ukuran kaki korang... please!!!

Aku tak bercadang nak buat entry panjang-panjang.

Aku ada kawan. Aku panggil dia Sally. Dia sangat baik. Sally bekerja sebagai seorang CSI tapi sekarang dia tengah cuti belajar. Dia nak ambil master.

Sally ni tengah nak buat research.untuk Master dia ni. Dia tengah nak hasilkan formula untuk kaitkan ukuran tapak kaki dengan ketinggian orang. Kiranya, kalau formula dia ni boleh diterima pakai, lepas ni, kalau polis jumpa je kesan tapak kaki, polis boleh agak ketinggian orang yang disyaki.

Suci kan niat Sally ni? Tapi, Sally perlukan bantuan semua orang untuk mendapatkan maklumat untuk dia buat formula ni. Dia perlukan sebanyak mungkin ukuran tapak kaki orang dari jantina dan bangsa yang berbeza. So, sudikah korang semua tolong Sally?

Tolonglah Sally. Dia sangat baik. Aku tak tipu. Tanyalah Sheila kalau korang tak percaya. By the way, nama Sally tu, aku yang bagi dia. Sebab nickname makcik aku pun, Sally.. hehe..



Seklai lagi, bantulah Sally. Dia sangat baik. Hasil research dia, penemuan baru dalam bidang sains, semuanya terletak di tangan korang (grand tak ayat aku?) maklumat yang Sally perlukan adalah:
umur:
bangsa:
jantina:
tinggi:
panjang tapak kaki:
lebar tapak kaki:

Korang boleh letak maklumat di ruangan komen atau kalau korang segan, bolehlah email kepada aku di brat2104@yahoo.com. Aku (dan Sally) amat mengharapkan bantuan korang. Tolong berikan maklumat ini ye. dan tolong gunakan sistem metrik (cm). Jangan la guna ukuran jari, depa, hasta dan sebagainya.

Segala kerjasama korang amat kami hargai. Sally kerana korang dah membantu dia. Dari aku pula, kerana Sally dah janji nak bagi aku hadiah kahwin yang special kalau aku tolong dia (walaupun aku sendiri tak pasti bila aku akan kahwin)
Sekali lagi, tolong la beri maklumat yang aku (dan Sally) minta. Aku serius ni. Minta kat FB, respon kurang memberangsangkan =(

Aku akhiri entry ini dengan ucapan jutaan terima kasih kepada mereka yang beri maklumat. Kalau korang rajin, masukkan juga maklumat orang yang terdekat dengan korang. Tak kira umur, jantina, bangsa ataupun saiz badan.

Sekian, terima kasih. 

"Sumbangkan maklumat anda untuk kejayaan CSI Sally kita"

Yang bersungguh-sungguh memerlukan maklumat,
brat2104

Ahad, 7 November 2010

beza otak laki dan otak perempuan

kalau korang taip je mens brain vs womens brain, korang akan diforwardkan ke video NI. aku malas nak attach video ni.. aku sekarang berada dalam musim malas. tapi video ni sangat best! percaya la aku cakap.. aku 1st time tgk masa kat blog HAPACRITA. oh, sebelum korang baca lebih lanjut, apa yang aku nak cerita ni bukan la OTAK tapi cara berfikir..

apa yang dikatakan oleh pakcik dalam video itu? well, basically, pakcik tu kata..

OTAK LELAKI
terdiri daripada kotak-kotak yang menyimpan maklumat.. ada kotak untuk kereta, ada kotak untuk wanita, kotak untuk rumah, kotak untuk segala-galanya.. dan yang paling penting ialah kotak itu saling x bersentuhan antara 1 sama lain. jadi, mereka xkan mix up 1 isu dengan 1 isu yang yang lain. dan ada 1 kotak dalam otak laki yang dipanggil kotak kosong. maknanya xde apa-apa dalam tu. xde pikir apa-apa. dan inilah kotak yang paling lelaki gemari.. malah kalau ada masalah, laki lebih suka untuk pergi ke kotak kosong tu. mereka xnak berfikir tentangnya atau bercerita tentangnya. kalau dia nak bercerita tentang masalah dia pada seseorang, tu bermakna dia nak orang tu tolong setelkan masalah dia.
sekali lagi, aku telah memilih Homer impson.. apakah??

OTAK PEREMPUAN
seperti segumpal wayar yang sangat besar. dan wayar ini saling berkait antara 1 sama lain.dan wayar ini pula menerima tenaga (macam elektrik la) yang menggalakkan lagi aktivitinya.. tenaga ini dipanggil emosi. emosi mengaitkan sesuatu isu dengan isu lain dan ini menyebabkan mereka selalu ingat benda tu.. perkara yang sama boleh berlaku pada lelaki.. tp lelaki kurang tenaga (emosi) ni. sebab x berapa hebat kesannya.. dan kalau ada masalah, perempuan akan berfikir tentang masalah tu. perempuan memang xleh berhenti berfikir.. maklumkah, tenaga (emosi) tu banyak sangat.. dan mereka mesti meluahkannya. for the sake dia kena luahkan. bukan dia nak selesaikan. dia xnak tau pandangan orang, dia xnak orang tolong selesaikan. dia cuma nak orang dengar dan lagi best, orang tu SOKONG dia.. makin bertambah la tenaga emosi dia nanti.. hehe

sebab tu, laki lebih rasional dan cepat buat keputusan. sebab setiap perkara ada ruang masing2.. perempuan lak lambat nak buat keputusan sebab setiap perkara adalah berkait..dan kalau boleh, perempuan ni dia nak puaskan setiap pihak yang terlibat...

Rabu, 8 September 2010

minal aidil walfaizin.. maaf zahir dan batin

kalau dikira secara realitinya. kita (aku dan korang), xpernah pon bersua muka. kalau ikutkan, kita ni xde la kawan sangat kan? tapi memandangkan korang datang blog aku.. korang reply segala bebelan aku, pujuk aku bila aku down/mengada, aku anggap korang sebagai kawan aku. sebab, kalau korang betul2 kenal aku pun, mmg ni la aku yg sebenar. sama je luar blog dan dalam blog (luar blog, aku lebih pemalu terhadap lelaki.. aww!!!)

dan kedudukan korang makin tinggi sebab korang la tempat aku mengadu. hehe.. kawan2 dunia nyata aku, x ramai yg tau segala cerita aku.. cerita yg ok, dorang tau la.. cerita karut marut tu dorang x tau sangat. jadi, korang ni lebih tau aku lebih dalam sikit dr dorang... (ok, aku kena revise balik ayat aku ni nanti sebab mcm ada yg x kena.. part mana ek?)

apa yg pasti, aku sgt terharu sbb korang setia membaca segala luahan aku.. masa aku mengada, masa aku marah, masa aku happy.. pendek kata, hampir setiap masa la. 1 je kelebihan korang yg x dinikmati oleh org lain.. korang x pernah dengar aku menyumpah.. huhu

ok.. stop syahdu2... aku ni jenis malas nk attach lagu segala bagai... tapi pendek katanya, aku nk ucapkan:
* moga ramadhan kali ini membawa keberkatan kepada kita semua
* moga syawal ini kalian sekeluarga mendapat rahmat dari Yang Esa
* andai ada terlanjur kata, tersilap bicara, minta maaf sangat2.. aku dah beli insurans mulut dan jari.. tu yg berani cakap/ taip bukan2 tu.. ada kompeni swasta cover kalau jadi pape (ok, jgn caye)
* siyes, aku sangat hargai apa yg kita ada ni.. ada yg dah nk dekat 2 thn dah kenal aku..
* terima kasih banyak2 utk korang semua..
* kalau aku ada hutang dgn korang yg x setel, jgn segan, gitau je.. aku akan setelkan insyaAllah..

last sekali.. minal aidil wal faizin. maaf zahir dan batin..

Rabu, 16 Jun 2010

aku enggan kehilangan kalian..

ingat x, aku pernah tanya:
1- anda sangat menyayangi seseorang itu hingga anda berharap, jika ajal yang memisahkan, biarlah..
a) anda yang pergi dahulu
b) dia yang pergi dahulu
kenapa?

x ingat? kalau x ingat, gi baca balik kat SINI

xde sape pon jawab soalan aku tuh.. hampeh tul la.. haha.. aku pun sebenarnya susah nak bagi jawapan.. hingga lah malam tadi.. aku rasa, aku dah dapat jawapan yg solid.. aish..

jawapan aku ialah..
a) biar aku yg gi dulu

dulu, aku rasa aku kuat.. dan aku rasa aku sgt x selfish.. hinggakan aku tergamak kata, biar dia yg gi dulu.. biar aku yg tanggung penderitaan merindui dia.

tah mcm mana tah, malam tadi, sebelum tido, aku terbayang muka ayah atuk dan mak atuk di kampung (aku baru pulang dari kampung, ingat?).

aku terbayangkan ayah atuk aku yang makin kurus, yg makin kurang pendengaran dia, yg tgh berkira2 utk menempah gigi palsu sbb sekarang dia terpaksa mengunyah dengan gusi, yg sangat suka makan benda2 manis (cth: kek coklat) dan yg 3x masuk ke raudhah masa umrah baru2 ni berdoa utk anak cucu dia..

teringat plak kat kat mak atuk yang pakai inai dengan aku. yang tgh dok merancang warna langsir dan sarung kusyen untuk raya tahun ni.. yang mesti teringin nak makan sate tiap kali kami balik kampung..

terbayang pula kat ayah aku yg garang. yg boleh dikatakan selalu x approve apa2 je yg anak dia buat. ajak makan luar pon xnak (tp kecik hati bila tau kitorang selalu makan kat luar x ajak dia) ayah yg membolehkan kami makan udang goreng yg besar (kami jarang makan udang besar-ayah x bagi. dia gatal) sebab udang yg patut jadi umpan dia mancing x abis..

terbayang kat mak.. mak yg teman aku tido saban malam kat hospital masa aku baru lepas operation apendiks pecah dulu.. mak tido kat kerusi je.. sbb xtahu yg kami boleh minta katil utk dia.. mak yg saban pagi bangun pukul 4.30 pagi untuk masak sarapan untuk aku dgn ika.. yg kejut aku pukul 5.30 utk rasa masakan dia cukup rasa ke x.. mak yg teringin sangat nak makan rambutan.. dah 2 minggu dah ni.. hurmm..

ye! keputusan aku muktamad.. aku xnak kehilangan mereka.. kalau dikira dari segi umur, mungkin mereka yg pergi dulu.. tp tah la.. aku x rasa aku sanggup kehilangan dorang.. bila difikir2 balik, alhamdulillah, aku belum pernah kehilangan org yg rapat dengan aku. sama ada saudara yg rapat, kawan yg rapat. sape2 je la yg rapat. aku x pernah lagi kehilangan mereka.

mungkin, sbb tu, buat masa ni, aku pilih A sebagai jawapan aku.. dan aku xnak pikir kemungkinan B yg berlaku..

mak, ayah, mak atuk, ayah atuk, angah, oden, ika, kawan2 sekalian.. aku sayang korang semua.. maaf la kalau aku selalu sakitkan hati korang. tp siyes, aku hargai kehadiran korang dalam hidup aku.

Ahad, 25 April 2010

tq kepada semua =) =)

birthday aku adalah pada 21/4 yg lalu.. ye.. terang2 aku letak kat kat nick aku yg aku pakai merata2.. jadi aku amat malas nak jawab bila seseorang yg aku anggap rapat tanya, "bila birthday awak?" duh.. aku pompuan ok.. kalau ada nombor kat nick tu, biasanya mesti birthday.. xkan la plak no plet kereta?

aku terima ucapan selamat hari jadi, seawal pukul 5.32 ptg hari selasa (20/4) org tu takut dia miss birthday aku kah? xtau.. pape pon, terima kasih, kepadanya. ucapan kedua dari yin kun dalam fb.. yg ketiga, dr cik oryza dalam ym.. ye, kesemuanya pada 20/4.. psstt.. cik oryza berangan nak jadi org pertama.. tapi dapat jadi org ketiga je.. hehehe

so, masa birthday aku, aku mmg ada kelas dengan 5 MPV. macam biasa, mula2 aku marah dorang sakan.. lepas tu buat amali lolipop..

lepas amali lolipop, aku nk budak2 ni check kertas jawapan diagnostik masing2. mana tau, aku kena tambah markah ke.. apa ke.. tp dorang leh buat perangai sengal gerak slow2.. main2.. aku dah kata jgn lepak kat tepi bengkel, lepak gak.. paling best, siap leh main tutup lampu.. xpe.. aku sabor.. budak2 aku mmg sengal.. xpe..

sampai la kak mas berbunyi.. "cik rumaizah... tengok anak murid cik rumaizah ini..." adoi!!! apa la plak ni?? aku pun bangun..

yeah!!! kek hari jadi untuk aku!!! sekali lagi! tahun lepas diorang dah celebrate birthday aku. tahun ni mereka celebrate lagi!! waa.. tq.. tq..

xnak panjang2.. sebab banyak gambar.. tgk gmbr sudah...


ye.. aku xtau nk buat reaksi apa.. aku terkejut.. siyes terkejut.. sila tgk lilin itu.. aku berumur 20 tahun, tahun ini ye!


aku share birthday tahun ni dengan thurga.. masa tgh buat amali, dia hadiahkan aku 1 gula2 dan kata, " hari ini birthday saya cikgu!"
tahun lepas ada fadhilah jugak yg sama birthday dengan aku..


inilah kek nye.. comel kan?



dorang suruh aku ambil lilin yang dipacak dalam kek dengan gigi. masa aku tgh nk amik lilin tuh, wai ling tekan lak kepala aku kat kek. ah!! xleh jadi nih! habih hidung aku!


aku cepat2 kejar wai ling dan lap hidung dan mulut serta tudung aku yg comot kat lab coat dia.. hahaha!! nk buli aku!


hadiah birthday dari cheah shin..


huhu... tq to:
1- 5 mpv..
2-2 darling aku.. 1 menyanyi dalam fon, 1 sms lagu happy birthday
3-semua kawan yg wish. tahun ni la paling ramai org wish aku..
4- fb sebab menyiarkan tarikh lahir aku..
5- kepada late wisher.. korang wish gak walau terlewat

tq... =)

p/s: to all guys blogger, ini baru la entry gadis2, ok?

Ahad, 11 April 2010

terima kasih segalanya


aku ada 1 pengakuan..

aku ni sangat la rendah diri.. ok.. statement tu nampak mcm mengada gile.. aku paham. tapi cane aku nak hurai ek? n trust me, walaupun aku nampak kelihatan seperti suka membebel, aku sangat x pandai nak menghurai.. mengarut je lebih.

mudahkan ayat..
mcm aku sering cakap, aku selalu jeles dengan org yg ramai follower, traffic dia mantop, komen dari pembaca dia punya berlambak.. err.. aku pernah cakap kan? tapi aku redha je sebab dari dulu lagi aku bukan jenis yang boleh menarik orang dengan statement aku.. kiranya, aku bukan la orang yang baik untuk diajak bersekongkol dalam MLM.

tiba tadi aku check feedjit. tengok, ada orang dari surabaya yang mencari blog aku.. uish!!! bangga giler!! dah la dulu ada orang pernah cari aku kat internet.. dan aku pasti, tu bukan kerja aku sebab orang tu salah eja nama ayah aku..

ok, benda ni mungkin perkara biasa je bagi sesetengah org tapi bagi aku sangat bangga dan riak la.. sebab aku x rasa aku ni jenis yg boleh buat org menoleh 2x untuk mendengar apa yg aku cakap.. korang paham ke maksud aku ni?

gini.. masa aku sekolah dulu, aku ni sangat la x glamer (ok aku tipu! aku sangat glamer masa sekolah menengah atas sebab yang sangat x best. aku dibenci oleh semua budak laki- tapi tu x kira la kan?). kiranya, orang jarang la nampak aku.. perasan sape aku. siyes.. aku sangat low profile. kalau ada la org yg kata aku x low profile, orang adalah kawan aku sendiri-aku kecoh bila bersama rakan.. tapi caya la. org yg x kenal aku, mesti x perasan kewujudan aku kat mana2 (fakulti.. sekolah.. kolej.. bla3..)

nape? sbb xde pape yang striking pada aku. aku x cantik (bukan hodoh!). aku x happening (ye, aku lebih suka terperuk di hostel menonton tv).. aku x pandai (bukan bodoh!) dan aku x segala2nya.. aku adalah sangat everage. so, manusia yg everage ni selalu la xdiperasani oleh sesapa kan? ye la.. nak describe pon susah.. " mai yang mana?" "ala.. yang biasa2 tu.." pernah ke? xkan berlaku kan?

dan, aku sangat la jenis yang memerlukan feedback dari orang. sebab pada aku, tu la tanda yang orang perasan aku wujud. dan mereka sudi untuk melayan aku.. sebab tu la, aku sangat la suka membaca komen yang orang tinggalkan kat aku. kalau ada, memang aku balas laju2.. dan aku juga suka tinggalkan komen kat orang walaupun, mungkin ada antara komen aku tu macam lame gile

disebabkan aku sedar sangat kelemahan aku ini, maka aku sangat la gembira dan berterima kasih bila ada orang sudi:
1- menjadi follower aku (walaupun aku dulu x paham apa fungsi follower dan masih lagi paham)
2- ulang datang ke blog aku
3- memberikan komen utk setiap perkara yg aku bebeli.
4- membaca entry ni sampai sini

sekian. terima kasih

yang sangat menghargai anda:
~Mai~

Khamis, 25 Februari 2010

aku, blog dan kamu...

mula2 dulu, aku nak jadikan blog ni sebagai diari aku.. maknanya xyah ramai2 baca pon xpe.. tapi aku nak la beberapa pembaca yg xkenal aku untuk memberi komen.. nasihat bagi setiap hal yg aku tulis.. kalau boleh, jgn la ada kenalan aku yg membaca blog aku.. ye la.. dah nama diari, tempat ngadu, maybe ada cerita pasal dorang.. kang kantoi kang!

tapi, dalam proses belaja nk berblog, aku dapati, yg aku leh buat duit dgn blog ni.. leh letak iklan, org klik n aku dapat duit.. so, aku rasa, ok gak la.. tapi blog ni xleh jadi diari laa.. kena ubah style.. biar semua leh baca..

problemnya 1.. aku kena dapatkan ramai pembaca untuk blog aku agar aku leh dapat banyak klik.. ini menyebabkn aku dah menyebarluaskan blog aku ke merata tempat (dalam lingkungan network aku yg xseberapa ni). dan hasilnya tetap mengecewakan.. haha.. x ramai datang blog aku.. of course, xramai yg klik iklan.. of course, xde la income pon..

aku gi tengok2 blog org, nak gak tau, cane dorang leh dapat ramai follower.. nak gak merasa dapat duit dari nuffnang banyak2.. tapi aku still xdapat idea.. haha.. ye la.. idea n cara serta gaya bahasa semua orang berbeza..

tetapi.. ada orang dah sedarkan aku balik tujuan aku berblog.. nak luahkan pendapat aku.. nak bercerita.. n alhamdulillah.. dari blog ni, aku dah kenal ramai kawan baru yg terdiri dari kalangan blogger.. n dorang pon dah mula meninggalkn komen untuk aku.. benda yg memang aku harapkan..

klik nuffnang dan income? hehe.. slow gak.. tapi xpe la.. bukan aku xde gaji pon tiap bulan..

tapi, yg paling buat aku bersemangat hari ni ialah bila aku ym dengan kak chik petang tadi... ni sedutan perbualan kami..
....
brat2104: yeay.. ada geng!
kchik: tgh bc blog mai ni
kchik: srnk jer
brat2104: waa.. saya tgh sedih pon seronok?
brat2104: apa yg seronok tu?
kchik: sedih ker??????
brat2104: hehe
kchik: td ckp biasa jer
brat2104: tah..
brat2104: saje je..
kchik: bestla
kchik: akak selalu jer senyum sorang2 bc blog mai
brat2104: blog kak dila x gi?
.....

huhu.. kak chik.. saya memang terharu bila dapat tau akak tersenyum masa membaca blog saya.. saya x sangka apa yg saya tulis dapat menggembirakan orang.. sebab pada saya, menggembirakan org, bukan la kepakaran saya.. terima kasih sebab bagitau saya perkara ini..

so, blogger.com.. here i come!! rumaizah dah ada semangat baru! idea.. hurmm.. kena check dulu..

kepada semua yang lain, tanx kerana menyokong! tau benda ni sound cliche.. tapi siyes, aku suka sangat bila ada org mendengar bila aku bercerita.. apatah lagi memberi respon! terima kasih sesangat.

p/s: sori xde gambar.. xtau nak letak gambar apa.. =)

Khamis, 18 Februari 2010

kenangan terindah - samson

akhirnya, setelah penat berkompang secara solo, aku telah meletakkan kompang aku.. aku bercadang untuk berehat seketika dari arena bertepuk sebelah tangan.. kepada kompang, aku katakan yang aku hanya lepaskannya untuk seketika..

tapi hatiku berharap biarlah aku meletakkan kompang tu selama2nya.. kita cari kompang baru! hahaha!!! sedihkah aku? gembirakah aku? aku sendiri x pasti..

untuk kompang, aku tujukan lagu ini untukmu..

Tajuk: Kenangan Terindah
Penyanyi: Samson

Aku yang lemah tanpamu
Aku yang rentan karena
Cinta yang tlah hilang darimu
Yang mampu menyanjungku

Selama mata terbuka
Sampai jantung tak berdetak
Selama itu pun
Aku mampu tuk mengenangmu

Darimu...
Kutemukan hidupku
Bagiku...
Kau lah cinta sejati

Ooh...

Bila yang tertulis untukku
Adalah yang terbaik untukmu
Kan kujadikan kau kenangan
Yang terindah dalam hidupku
Namun takkan mudah bagiku
Meninggalkan jejak hidupku
Yang tlah terukir abadi
Sebagai kenangan yang terindah

Ooh...

Isnin, 18 Januari 2010

terima kasih malaysia!

huhu... keterharuan ni...(ada ke perkataan tu?) kenapa? sbb aku telah ditegur oleh salah seorang pelawat blog.. kami saling xmengenali.. huhu.. berguna gak pingbox aku tu.. (cik oryza, aku tetap hargai ko ok?)

miss marmalade (pelawat blog itu) kata dia suka baca blog aku.. huhu.. ada gak org yg suka baca aku ngarut nih.. terima kasih ye.. siap dia cuba tenangkan aku lagi bila tau aku masih single.. aish.. malu la plak aku.. huhu..

anyway, sori la miss marmalade sbb x tunaikan arahan yg terakhir iaitu tulis dgn lebih baik lagi. nnti, bila idea dah dtg, saya tulis balik yg best2 k?

oleh itu, saya ingin mengambil kesempatan ini utk mengucapkan terima kasih kepada rakan2 dan para pelawat blog yg sudi mebaca segala karutan saya ini.. huhuhu...huwaaa.... terharu!!!

Rabu, 13 Januari 2010

biasa la.. bercelaru lagi.. hehehe

seseorang (A) memperkenalkan aku kepada seseorang (B).. A meminta aku supaya berkawan baik2 dengan B. A juga berpesan agar aku tidak melayan B seperti aku melayan dia. B seorang yg baik katanya.

kata2 A membuatkan aku terfikir. ada silap ke cara aku melayan A? jujur, aku suka, sangat suka berkawan dengan A. maybe, antara semua kenalan berbeza jantina, dengan A la aku paling manja (mengada). tp, A pula berpesan begitu kepada aku.

aku tanyakan kepada A di mana silap aku... A memberi alasan, latar mereka (A dan B) berbeza.. jadi mereka x harus dilayan setara. hurmm.. A siap pesan supaya biarkan kepercayaan antara B dan aku terbina secara semula jadi (terjemahan langsung ye)

A juga berpesan agar aku tidak memaksa hubungan kami (aku dan B) nanti but 'built it with passion'.. mungkin kerana A menggunakan bahasa inggeris, aku kurang mengerti apa yg A cuba sampaikan.. tapi, baru ketika tadi, tika aku sedang berusaha menterjemah sms nye, aku tersedar..

mungkinkah aku seorang yg suka memaksa bagi A? kalau ye, maafkan la.. aku x sengaja.. mungkin, aku sangka aku tengah berlagak manja dgn berbuat demikian.. baru aku tau apa yg A rasa..

hurmm.. A, terima kasih sebab kenalkan B ye.. minta maaf la sebab selalu buat awk tension. xsangka lak sampai gitu sekali awk rasa. insyaAllah, sampai masa nanti, saya betul2 akan lepaskan awk. bagi saya masa eh?

B, selamat berkenalan.. jgn risau, awk x perlu nk impress saya.. tapi saya memang hargai usaha awk utk tegur saya. betul kata A, awak mmg baik. biarkan masa tentukan sama ada kita sesuai berkawan atau x. tapi minta maaf la.. saya ni sgt la slow tindak balasnye.. saya hanya beria pada sesetengah org yg kenal saya je.

hati, aku xtau nk pesan apa pada kau.. boleh x jgn tersalah parking lagi kali ni? boleh x tolong jgn bercelaru dan keliru sangat? tolong contohi orang lain yg normal boleh x?


Sabtu, 9 Januari 2010

bila cikgu2 smkpt bersukan- majulah sukan untuk negara

seperti yang aku jangkakan, LDP hari ni mmg best.. aku gi sekolah hari ni lagi awal dari hari2 biasa. haha.. dah la jalan x jem.. terlebey suda.. sampai sekolah, ramai gak yg dah ada.. cikgu2 smkpt ni mmg bagus.. aku je yg x punctual..

tapi cikgu2 yg ajar xsampai lagi.. so, kak ton la yg handle kami panaskan badan.. jgn tanya apa yg kitorang buat. mmg xsama dgn conductor kat depan. ni namanya panaskan badan secara syok sendiri. mmg berkesan..

pastu sarapan dulu. bihun goreng ok... sia2 bersenam. tp xnk la ketinggalan merasa masakan kantin kan?

cikgu dah sampai.. kitorang pecah kepada 2 group. 1 group gi belajar acara padang, 1 group acara balapan. pas rehat, tukar sesi..

group aku gi acara padang dulu. 3 acara; lontar peluru, lempar cakera dan rejam lembing. mmg best la cikgu yg ajar nih. dah la ajar satu2.. xcukup dgn tu, kitorang sorang2 dia soh try campak bnda dalam tgn.. (err.. peluru x cukup, pakai bola sofball ok..)

mmg seronok.. selama ni, cikgu2 ni suruh anak murid je.. dia xdpt peluang pon.. arini dapat peluang, apa lagi.. berebut2.. sekali setahun peluang nih.. aku? haha.. tgn paling pengkoh antara semua.. org campak ke depan, aku gi campak kat pokok.. tp pokok x sakit pon.. aku rasa, dia gelakkan je skil aku tuh..

abis je sesi, aku, kak anita n goh x puah hati lagi.. sambung sesi sendiri merejam lembing sesuka hati (jgn lakukan ini di rumah tanpa pengawasan pakar). saja suka2 sebab lembing paling senang kot.. haha... mmg membencikan.. kak anita dgn goh mmg tere.. dua2 berlumba2 rejam jauh2.. aku? err... mcm xcecah 1/3 jarak dorang pon.. benci la...

pastu, mkn lagi. nasi lemak ok.. jgn main2.. mmg nk kena sekeh la penganjur kali ni.. saje je.. cikgu2 yg melatih kami xmkn.. ye la.. mana leh bersenam dan makan. sia2..

10.30, sambung lg.. kali ni belajar berlari.. kasut kami masing2 dh mcm buaya.. berkaki ayam la.. sib baik kat dewan.. mula2, cikgu tunjuk kat kami cane nk drill pelajar utk larian.. mmg kelakar.. masing2 buat gaya yg tah pape.. aku je yg tere.. huhu.. (yo la tu!)

pas dril, buat kelenturan.. yeah.. kepakaran ni.. apa guna berkaki pendek kalau semua acara pgg kaki sambil berdiri aku xleh buat? malas aku nk explain. yg pastinya ni aktiviti kelenturan badan. korang bayangkan je la.. siap2 baring2 ok.. sekali tgk, mcm urutan siam pon ye gak.. tapi mmg best..

pas buat kelenturan, cikgu ajar cane nak buat pelepasan dari garisan permulaan larian dan cara pas baton.. banyak la bnda berguna kitorang dapat..

aku xtau bg acara balapn tapi masa buat acara padang, semua cikgu bising konon patut buat acara utk cikgu gak.. hahaha.. kalau markah kira dr penyertaan, mesti semua rumah markah penuh. kalau dari segi skil.. hurmm.. hurmm.. mmg aku xdpt la nk menyumbang markah. jadi tukang sorak je la..

best.. mmg best LDP arini.. aku suka gile.. balik rumah je, terus aku tido x hengat dunia.. tp mmg clear la kepala hotak.. lupa la segala tension minggu pertama sekolah.. lupa la tension minggu pertama dah buat LDP.. terima kasih kepada cikgu yang mengajar.. mmg best la. (sebenarnye semua cikgu2 sukan best.. sebab ajar cikgu2 gak kot)

ha, apa lagi? lari setempat sekarang! tinggi lagi lutut tu.. ok... laju lagi!!

Sabtu, 2 Januari 2010

ayah atok seorang lagi.

aku syg ayah atok aku..

td ayah atok tepon mak.. dia tanya, " dah makan ke?"
mak jawab, " siang dah mkn.. mlm ni ingat nk makan kat luar.. arini kan birthday siti.."
"oo.. ye ke... 1/2 birthday sape plak?"
" tu oden.."
"oo... ko mkn nnti.. ingat2 la kat abah.."

aduh.. sedih tul bila mak citer kat aku.. rupanya ayah atok tinggal sorang lagi. mak atok ikut cik sally gi johor.. ayah atok sayang benor nk tinggalkan rumah.. kalau dulu, arnab la yg jadi alasan dia.. tapi skrg, dia risau, kalau ada org sakit perlukan bantuan dia, dia xde kat umah. sian kat org tu...

hurmm.. tu la ayah atok.. pikir org je dulu.. kdg2 kecik ati anak dia. ajak berjalan pon payah.. aku dgn mak lak risau dia sorang2.. dia bukannya muda lagi.. dah 83 thn kot.. harap2 ayah atok ok..

sayang ayah atok (nape mata mcm bergenang ek?)

Khamis, 31 Disember 2009

orientasi..derma darah.. dah kurus? yeay!!!

orientasi tingkatan 1 kat sekola.. aku terlibat.. persiapan dewan.. siyes.. ni la antara jwtn yg paling aku x buat pape.. bawa lari bunga rostrum je. dah la dtg lambat.. huhu...

kul12 lebih aku gi pusat darah. ada 2 tujuan...
1) nak timbang berat (mcm siot je.. tapi dah aku timbang b4 puasa kat situ..)
2) derma darah (of course..xkn kenduri kawin kan?)

sampai kat pusat darah,a ku menikmati pemandangan yg jarang2 sekali aku lihat sebelum ni.. bapak ramai org dtg derma darah.. seat menunggu hampir penuh ok.. pastu, ada plak parents yg yg tanya kalau2 ank dia umur 14 thn leh derma gak.. isk.. dasat...

hurmm.. masuk ni dah 6x aku derma...2x sblm ni, aku pitam sikit before sempat penuh 450ml.. so, kali ni, pegawai yg bertugas, bg aku beg kecik (350ml. utk mereka yg 45-50kg). pegawai tu pon amik bacaan darah aku sampai 3x.. katanya darah aku agak rendah. dan aku disuruh mkn dahulu b4 derma sbb dah lama sgt aku mkn.. kena isi perut lagi...

adeh... td dh mkn biskut.. masuk pantry tu, dpt biskut lagi.. n air milo.. betapa aku xsuka milo panas.. mmg nk buat aku termuntah.. dan mengantuk.. nk kata xcukup tido.. rsanya, keje aku membuta je semalam. haha..

sekali lagi, bila aku masuk tempat derma, semua katil pendermaan penuh.. biar betul?? lepas katil dah kosong, baru aku dapat derma..

huhu.. betapa lajunya darah aku memenuhi beg kecik tu.. menyesal lak rasa x minta beg besar sikit. isk.. bila nurse tu dtg sbb nk amik beg tu, terasa mcm darah tu lmbt lak nak penuh. adoii... buat malu aku jek..

lepas dah penuh, dia potong wayar, dia amik darah, dia cabut jarum... aku dah batuk... betul2 pon ada.. buat2 pon ada (bengong).. yeah.. insiden biasa berlaku.. aku nk pitam... nurse berkejar ke katil... tarik, turunkan katil..

wah... best giler bila terasa darah mengalir ke otak... mcm tekak yg kering dibasahi air sejuk.. perghh... xlama lepas tu, datang air kotak tebu kat aku.. hehe..

keputusan:
1) berat sebelum bulan puasa (3 jam selepas mkn soto)=> 67.8kg
berat siang td (selepas 4.5jam makan bihun sup) => 61.3kg..
yeehaa!!!!

2) darah sempat diambil sebanyak 350ml.. dan dpt air kotak.. dan air milo lg.. (siyes nk muntah masa tu gak)

tgn aku masih lagi lebam.. nk manjakan diri xnk angkat benda berat.. tgk la thn depan.. eh, dah thn ni.. klu rajin, aku derma lagi.. leh tgk berat naik ke turun.. hehehe

p/s: pas dah derma, baru aku tau nape ramai org gi derma.. rupa2nya aritu ada iklan merayu org derma darah sbb bekalan darah x cukup.. bagus la.. sambutan mmg hangat.. prihatin gak sesetengah rakyat malaysia nih.. terima kasih malaysia!

Selasa, 29 Disember 2009

hari yang panjang

huhu.. aku terlambat bangun.. so, dgn segeranya aku mandi dan terus ke sekola.. x sempat nk sarapan..

sampai sekola dalam 8.15.. aku antara yg lmbt la.. xpe.. tu perkara biasa.. aku mmg sentiasa lambat attend mesy.. kang kalau awal, pelik lak org semua..

aku xtau apa yg berlaku. tapi aku dpt tgkp kawan aku cakap, "huhu.. sampai 9.30, intro pon x abis lagi.." erk? ye ke baru intro nih?

10.35, baru la minit mesyuarat disahkan.. adoi.. pastu ada taklimat pengetua.. lagi? adoii.. mujur, kul 12.30, taklimat tamat, kitorang dibanarkna utk lunch.. best woo.. nasi kukus ayam dara.. sempat gak zohor jemaah..

kul 1.40 naik balik.. taklimat pk1 plak.. pastu pk hem.. pastu pk koku.. pastu pk t6... apa dorang citer? tah.. semua dah x masuk otak.. sian dorang.. tp xpe.. aku tau, semua maklumat tu ada dlm buku panduan yg diedarkan..

mesyuarat bersurai pada jam 4.35 ptg... esok mesyuarat guru kelas plak.. dan upacara menyusun kerusi utk orientasi form 1... adoi... bangun awal lagi...

p/s: tahniah kepada semua guru smkpt yg terlibat dgn kejayaan pelajar dalam peperiksaan PMR. tahniah sbb berjaya jadikan smkpt sekolah harian terbaik di kl..
p/p/s: aku risau plak dgn budak spm aku.. apa la result dorang nnti ek?

Khamis, 24 Disember 2009

komen utk perbaiki blog.. kat sini tau! kat sini!

haha.. tanx su atas komen anda..tul kata su.. jadi diri sendirik je.. lantak la org lain (diquote dalam ayat kasar)..

pastu aku gi lak kat poll aku tu.. saje nk tgk, dah bertambah x bilangan org yg mengundi. baru aku tau, ramai gak yg dah jenguk blog ni.. ramai gile... kadang2 sampai 13 org.. (haha.. org lain lagi ramai.. tp aku rasa dah ramai sgt dah 13 org tu.. terima kasih kepada yg menjenguk)

berbalik kepada poll.. ada 2/5 poll kata aku suka copy paste.. hehe.. aku akui.. mmg ada byk yg aku copy paste. aku copy dr email yg aku dah save 4-5 thn.. dan aku xkn save serta pasteemail tu dalam blog kalau aku rasa isi dia xbest. aku paste benda yg aku rasa bermanfaat. aku nk semua baca.. lagipon, aku xde benda lain nak citer.. tu yg aku paste. tapi, klu korang xsuka, xpe la.. boleh skip post2 tu..

3/5 pula kata blog aku perlu diperbaiki lagi... ha.. di sini la fungsi korang yg setia baca bebelan aku ni.. bagitau la aku.. apa yg perlu aku perbaiki.. aku akan cuba.. tapi kalau x berjaya, minta maaf banyak2 ye..

ada pon manfaat poll tu pada aku.. so.. kepada sesapa yg x lokek nk share pendapat, komen la ttg blog ni kat post ni.. kalau lokek... err.... err..

k la.. dgn ini, aku tarik balik 2 perenggan post aku yg sebelum ni yg mengondem blog aku sendiri... uh..uh.. tanx pada su dan iem yg mengomen di post itu