ingat x, aku pernah tanya:
1- anda sangat menyayangi seseorang itu hingga anda berharap, jika ajal yang memisahkan, biarlah..
a) anda yang pergi dahulu
b) dia yang pergi dahulu
kenapa?
x ingat? kalau x ingat, gi baca balik kat SINI
xde sape pon jawab soalan aku tuh.. hampeh tul la.. haha.. aku pun sebenarnya susah nak bagi jawapan.. hingga lah malam tadi.. aku rasa, aku dah dapat jawapan yg solid.. aish..
jawapan aku ialah..
a) biar aku yg gi dulu
dulu, aku rasa aku kuat.. dan aku rasa aku sgt x selfish.. hinggakan aku tergamak kata, biar dia yg gi dulu.. biar aku yg tanggung penderitaan merindui dia.
tah mcm mana tah, malam tadi, sebelum tido, aku terbayang muka ayah atuk dan mak atuk di kampung (aku baru pulang dari kampung, ingat?).
aku terbayangkan ayah atuk aku yang makin kurus, yg makin kurang pendengaran dia, yg tgh berkira2 utk menempah gigi palsu sbb sekarang dia terpaksa mengunyah dengan gusi, yg sangat suka makan benda2 manis (cth: kek coklat) dan yg 3x masuk ke raudhah masa umrah baru2 ni berdoa utk anak cucu dia..
teringat plak kat kat mak atuk yang pakai inai dengan aku. yang tgh dok merancang warna langsir dan sarung kusyen untuk raya tahun ni.. yang mesti teringin nak makan sate tiap kali kami balik kampung..
terbayang pula kat ayah aku yg garang. yg boleh dikatakan selalu x approve apa2 je yg anak dia buat. ajak makan luar pon xnak (tp kecik hati bila tau kitorang selalu makan kat luar x ajak dia) ayah yg membolehkan kami makan udang goreng yg besar (kami jarang makan udang besar-ayah x bagi. dia gatal) sebab udang yg patut jadi umpan dia mancing x abis..
terbayang kat mak.. mak yg teman aku tido saban malam kat hospital masa aku baru lepas operation apendiks pecah dulu.. mak tido kat kerusi je.. sbb xtahu yg kami boleh minta katil utk dia.. mak yg saban pagi bangun pukul 4.30 pagi untuk masak sarapan untuk aku dgn ika.. yg kejut aku pukul 5.30 utk rasa masakan dia cukup rasa ke x.. mak yg teringin sangat nak makan rambutan.. dah 2 minggu dah ni.. hurmm..
ye! keputusan aku muktamad.. aku xnak kehilangan mereka.. kalau dikira dari segi umur, mungkin mereka yg pergi dulu.. tp tah la.. aku x rasa aku sanggup kehilangan dorang.. bila difikir2 balik, alhamdulillah, aku belum pernah kehilangan org yg rapat dengan aku. sama ada saudara yg rapat, kawan yg rapat. sape2 je la yg rapat. aku x pernah lagi kehilangan mereka.
mungkin, sbb tu, buat masa ni, aku pilih A sebagai jawapan aku.. dan aku xnak pikir kemungkinan B yg berlaku..
mak, ayah, mak atuk, ayah atuk, angah, oden, ika, kawan2 sekalian.. aku sayang korang semua.. maaf la kalau aku selalu sakitkan hati korang. tp siyes, aku hargai kehadiran korang dalam hidup aku.
Cari cerita lama
Aku terkini
sebelum komen, baca dulu komen orang lain boleh? Bosan la nak balas komen yang sama.. sebab jawapan aku mesti sama punya. tak pasal2 aku jadi astro karang ulang tayang beberapa kali
* jangan orang astro sentap pulak dengan aku, suda
Rabu, 16 Jun 2010
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Asa syarikat pinjaman pinjaman bersedia untuk meminjamkan mana-mana jumlah yang anda perlukan untuk memulakan perniagaan peribadi anda. kami memberi pinjaman pada kadar faedah 3%, juga jika anda ingin membeli rumah di atas ansuran bulanan kita juga boleh menjual rumah untuk anda. supaya Sila memohon pinjaman pertanian pertanian. jika anda memerlukan hubungan pinjaman e-mel kami: asaloantransfer@gmail.com, anda juga boleh menghubungi e-mel ini: finance_institute2015@outlook.com, Mungkin ada banyak sebab mengapa anda perlu akses kepada beberapa wang tunai tambahan - daripada yang tidak dijangka pembaikan kereta atau rumah untuk membayar perkahwinan anda atau cuti khas. Tetapi apa sahaja yang anda memerlukannya, apabila anda meminjam antara $ 5,000 USD untuk 100,000 USD di atas.
BalasPadampengkhususan Syarikat.
1) Kami memberi pinjaman pada kadar faedah 3%.
2) Kami juga boleh membeli sebuah rumah pilihan anda dalam mana-mana lokasi pilihan anda.