KLIK LAJU-LAJU!

MARI BLOGWALKING DENGAN APESAL.COM

Yang Baik Hati =)

Cari cerita lama

Aku terkini

sebelum komen, baca dulu komen orang lain boleh? Bosan la nak balas komen yang sama.. sebab jawapan aku mesti sama punya. tak pasal2 aku jadi astro karang ulang tayang beberapa kali

* jangan orang astro sentap pulak dengan aku, suda

Jumaat, 18 Jun 2010

Rahsia Lelaki - forward dari email ja..

di copy paste dari email... setuju ke x, sila bagitau ye sebab aku sendiri xtau.. lalalala... oh ya.. yg tulisan sendeng tu, pendapat aku ye.. hehe

=========================================================
Beberapa Perkara Tentang Lelaki

* Lelaki juga boleh menjadi seseorang yg begitu sensitif dan mengambil berat (prihatin) - ok la.. mmg ada la.

 
* Jika seseorang lelaki meminati wanita, wanita itu tak semestinya cantik. Cukup dgn budi bahasa dan kesopanan yg tinggi. Malah lelaki boleh menyukai wanita yg mempunyai banyak persamaan dengannya sama ada dari segi pemikiran atau minat. Oleh itu, banyak yg boleh dibualkan atau dikongsi bersama. - ye kot? tah. xtau

* Kebanyakan masa, lelaki sebenarnya tidak mengetahui perasaan sebenar yg dirasakan oleh seorang wanita. - duh.. tanya je la.. masalahnya korang xnak bertanya..

* Lelaki boleh menerima penolakan dgn baik. - ye ke?
 

* Lelaki cuba menonjolkan sikap kelakiannya utk menambat hati wanita... - be yourself sudah..

* Lelaki memang dilahirkan dgn perasaan yg kuat terhadap wanita..sebab itu mereka suka melihat wanita, menjeling wanita dan menonton Baywatch! Atau mencuci mata di tepi pantai atau swimming pool. - alasan.. padahal x semua laki gitu kan? saje je bagi alasan yg tah pape nk pertahankan diri.. duh..

* Kebanyakan lelaki resah bila berhadapan dgn situasi ingin mengajak wanita keluar kali pertama! - betulkah?


* Lelaki cuba meniru gaya selebriti atau berlagak macho hanya kerana ingin memikat hati wanita. - ok.. nampak gaya, xde sesapa pernah cuba nak memikat hati aku.. xpernah lagi jumpa lelaki yg berlagak macho

 
* Bila lelaki cakap.."Emm..tengoklah dulu"..itu seringkali bermaksud dia berkata tidak atau kurang setuju. - oohh.. ok.. baru tau.. sorry.. pasni xkan paksa lagi dah kalau dengar ayat tuh

* Bila lelaki cakap direct to the point dalam sesuatu hal, dia sebenarnya ingin bersikap jujur dan berterus-terang dan mengharapkan wanita memahami maksudnya. - ok, aku leh terima yg nih. tapi tolong la guna perkataan yg x menyakitkan hati.. boleh x?
 

* Kebanyakan lelaki yg nampak 'desperate', datang dari sekolah all boys! - no comment! aku ajar sekolah all girls

* Adalah biasa lelaki cemburu terutamanya apabila perempuan asyik menyebut nama lelaki lain. - oohh.. korang sebut boleh?? kitorang x leh pulak? dan korang kata pompuan kuat cemburu

* Lelaki tak boleh belajar kesemuanya pasal perempuan dari library atau buku semata2. Oleh itu mereka selalu keliru dengan sikap perempuan..dan tak faham kenapa perempuan bersikap begitu begini... Kadang2 lelaki perlu mengetahui lebih mendalam tentang bagaimana berhadapan dengan perempuan supaya hubungan dapat berjalan dgn lebih baik. - tu la.. lain kali tanya.. dan tolong peka.. payah la kalau semua benda kena cakap..

* Betapa hebatnya lelaki itu bersikap romeo dan 'flirting' dengan ramai wanita..dia tetap hanya ada seorang teman wanita yg istimewa... yang lain hanya kawan.. - sama la dengan pompuan.. kitorang pon saje je jamu mata.. xde niat lain pon..

* Bila lelaki tertengok dada wanita dan wanita itu menyedari... maafkan saja. Kebanyakan lelaki tak sengaja... .Mereka merasakan kejadian wanita itu begitu indah! - eww.. tah pape punya alasan.. yak! tengok muka dah la..

 
* Bila sesuatu hubungan putus di tengah jalan, lelaki juga rasa bersedih..cuma dia tak menunjukkannya kesedihannya di depan orang. - ye ke? ok la.. ada la yang begitu..

* Bila seorang perempuan meminati seorang lelaki, perempuan itu patut bagi hint! Mana tau lelaki itu juga menaruh minat. Senang usahanya nanti... - ok.. kenapa lak pompuan yg kena bagi hint dulu? kenapa bukan laki? kang nanti kalau gitau suka, tiba korang lak x suka, mana kitorang nak letak muka? tolong ingat ye, pompuan lagi pemalu dari laki

* Adalah memalukan bagi lelaki jika tak berupaya menolong wanita. - harus!!! korang kan lagi gagah dr pompuan!!

* Kebanyakan lelaki cukup lemah dgn air mata perempuan. Mereka lebih tewas sekiranya air mata itu mengalir dari perempuan yg dikasihi. Sebab itu dikatakan air mata senjata perempuan. - ok wanita2 sekalian.. kumpul air mata banyak2.. tapi jangan nangis masa pakai maskara.. huduh la kalau maskara tu cair!
 

* Lelaki bukanlah sempurna 100%, walau bagaimanapun rupanya atau pandangan luarannya. Jadi, perempuan janganlah mengharapkan semua yg hebat dari lelaki! Mereka juga normal dan mempunyai kelemahan! - sama gak dengan pompuan.. so, jangan la harap sgt yg pompuan ni paham korang ataupun pandai buat semua benda yg mak korang pandai..


==============================================


p/s: obvious sgt ke yg aku saje nak up trafik ke blog aku? hahaha...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Semua orang boleh komen. Dan aku laparkan komen dari korang.
Tapi letak la nama.. Tak suka nak panggil korang Tanpa Nama