KLIK LAJU-LAJU!

MARI BLOGWALKING DENGAN APESAL.COM

Yang Baik Hati =)

Cari cerita lama

Aku terkini

sebelum komen, baca dulu komen orang lain boleh? Bosan la nak balas komen yang sama.. sebab jawapan aku mesti sama punya. tak pasal2 aku jadi astro karang ulang tayang beberapa kali

* jangan orang astro sentap pulak dengan aku, suda
Memaparkan catatan dengan label sweet. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label sweet. Papar semua catatan

Isnin, 2 Julai 2012

As Long As You Love Me - BSB

Minggu ni serius banyak sangat lagu yang membuatkan aku teringat balik masa zaman muda-muda dulu (15 tahun dulu).. 

Mula-mula, masa dengan Fadh, Aku dengar lagu KRU dan Elite. Di Pintu Syurga. huhuhu... sangat la mengimbau masa silam masa dengar bunyi saksofon dan bila dengar suara yusri.. hahaha... neh.. melodi dia mmg buat aku ingat zaman remaja la... zaman KRU..

Lepas tu, semalam kot. Dengar pulak lagu BSB.. As Long As You Love Me.. hahaha.. lagu yang sangat comel. Klip video pun comel.

Dua-dua lagu ni memang buat aku tersengih buat beberapa ketika.. dan aku nak korang juga tersengih.. so, aku nak share lagu ni dulu..

oh, nampak je panjang padahal dia ulang je chorus tu... hehe

=====================================================================
As Long As You Love Me
BSB

As long as you love me

Although loneliness has always been a friend of mine
I'm leavin' my life in your hands
People say I'm crazy and that I am blind 
Risking it all in a glance

And how you got me blind is still a mystery
I can't get you out of my head
Don't care what is written in your history
As long as you're here with me

I don't care who you are
Where you're from
What you did
As long as you love me
Who you are
Where you're from
Don't care what you did
As long as you love me

Every little thing that you have said and done
Feels like it's deep within me
Doesn't really matter if you're on the run
It seems like we're meant to be

I don't care who you are (who you are)
Where you're from (where you're from)
What you did
As long as you love me (I don't know)
Who you are (who you are)
Where you're from (where you're from)
Don't care what you did
As long as you love me (yeah)

I've tried to hide it so that no one knows
But I guess it shows
When you look into my eyes
What you did and where you're comin from
I don't care,
as long as you love me, baby

Aku dulu minat Kevin.. hehehe

I don't care who you are (who you are)
Where you're from (where you're from)
What you did
As long as you love me (as long as you love me)
Who you are (who you are)
Where you're from (where you're from)
Don't care what you did (yeah)
As long as you love me (as long as you love me)
Who you are (who you are)
Where you're from
What you did
As long as you love me
Who you are (who you are)
Where you're from (where you're from)
As long as you love me
Who you are
As long as you love me
What you did (I don't care)
As long as you love me

Ahad, 26 Februari 2012

Kisah Sang Cicak

Aku jumpa benda ni dlam FB.. di forwardkan oleh Busuk.org dan artikel disedut dari Productive Muslim. Malas nak edit sebab aku rasa perenggan dia dah cun dah... selamat membaca

==================================

This is a STORY that happened in Japan .

Japanese houses normally have a hollow space between the wooden walls.

In order to renovate the house, someone in Japan breaks open the wall. When tearing down the walls, he found that there was a lizard stuck there because a nail from outside hammered into one of its feet.

He sees this, feels pity, and at the same time curious, as when he checked the nail, it was nailed 10 years ago when the house was first built.

What happened?...............................!!! The lizard has survived in such position for 10 years ! In a dark wall partition for 10 years without moving, it is impossible and mind-boggling.

Then he wondered how this lizard survived for 10 years!!! Without moving a single step - since its foot was nailed !

So he stopped his work and observed the lizard, what it has been doing, and what and how it has been eating.

Later, not knowing from where it came appears another lizard, with food in its mouth.

Ah! He was stunned and touched deeply.

For the lizard That was stuck by nail, another lizard has been feeding it for the past 10 years...

Imagine ! it has been doing that untiringly for 10 long years, without giving up hope on its partner.

Think. Would you do that for Your PARTNER ?
Think. Would you do it for Your MOTHER who brought you after a big struggle of nine long months ?
Or for Your FATHER, FRIENDS, BROTHERS and SISTERS ?

Imagine what a small creature can do that a creature blessed with a brilliant mind can't.

As information and communication technology advances, our access to information becomes faster and faster. But the Distance between human beings . . . is it getting closer as well ?

"Please NEVER ABANDON your LOVED ONES
Never Say YOU Are Busy When They Really Need You" ....:)

"You May Have The Entire World At Your Feet.....
But You Might Be The Only World To Them"....:)

A Moment of Negligence might break the very Heart which loves you through all odds..

Before you say something just remember -
" IT TAKES A MOMENT TO BREAK.BUT AN ENTIRE TIME TO MAKE"

"TO SURVIVE USE YOUR BRAINS, BUT TO LIVE ,USE YOUR HEART".

====================================================

p/s: Bunuh cicak dapat pahala... Hehehe

Khamis, 9 Februari 2012

Buat aku tersenyum

Aku tersenyum bila baca benda ni.. Ye la.. Biasanya, orang gambarkan kucing sebagai haiwan yang degil, suka buat ikut suka hati dia dan tak fikir tentang orang lain (ke Garfield je gitu?)

Tapi gambar ni buktikan sebaliknya.. Aku ambil gambar ni dari SINI

Selasa, 10 Januari 2012

Berbuat baik itu satu penyakit berjangkit


Seriously, klip di atas adalah antara klip yang berbaloi untuk korang tonton dan share. Aku dah share kat FB dan aku share dengan korang pulak..

Aku tak ingat sangat tapi pensyarah aku pernah bagitau, terdapat 1 kajian di luar negara tentang manusia. Hipotesisnya ialah, apabila seseorang itu gembira, dia akan buat baik dengan orang lain. Macam mana kajian tu dibuat? 

Mudah je, berdasarkan pemerhatian, mereka (tak tau la sape mereka ni) mendapati, walaupun seseorang tu telah menggunakan telefon awam hingga duit mereka habis, namun orang ramai tetap ada tabiat nak juga check slot duit baki, mana tau tiba-tiba mereka dapat gak duit balik (aku antara orang yang begitu.. teruk kan? Hahah). Oleh itu, mereka (pengkaji ni) letakkan duit syiling dalam telefon awam (masa tu telefon awam sangat berleluasa). Dan mereka ingin melihat kesan terhadap tindakan setiap subjek yang mendapat 'durian runtuh' itu.

Berdasarkan pemerhatian, mereka mendapati, mereka yang mendapat durian runtuh (duit baki) itu, rata-rata akan menolong seorang orang awam yang terjatuh bukunya berbanding dengan orang yang tak dapat durian runtuh (obviously, orang yang terjatuh buku tu, merupakan orang yang diupah atau pengkaji itu sendiri)

Kesimpulan yang mereka buat, apabila seseorang itu rasa gembira atau bersyukur (mungkin agak berat perkataan ni), mereka akan dengan rela hatinya akan membantu orang lain yang dalam kesusahan. Sama juga dengan klip di atas. 

Cuma, klip di atas aku rasa sangat sweet sebab ia menunjukkan yang kebaikan adalah sesuatu yang berjangkit seperti chain reaction. Dan kebaikan itu akan berterusan, hinggalah kita ditimpa kesusahan dan takde orang nak tolong.

Ini mengingatkan aku kepada cerita Pay It Forward. Cerita ni aku tengok dengan Sally dah lama dah. Tapi aku tak lupa sebab Sally menangis masa tengok cerita ni. Aku tak la menangis.. macho katakan.. cuma, aku agak terkedu kerana heronya mati. Mana boleh hero mati? Tapi, itu la yang berlaku dalam filem tu.

Cerita Pay It Forward ni juga mengajar kita supaya untuk buat kebaikan. Teori si Hero (budak kecik tu) ialah, jika ada orang buat baik pada anda, tak perlu balas pada dia, sebaliknya, pergi buat baik kepada 3 orang lain pada masa akan datang. Dia percaya, jika semua orang berbuat begitu, dunia akan menjadi tempat yang lebih baik dan teori yang dibawa beliau merentasi negeri di Amerika dan menjadikannya seorang yang terkenal...

Siapa yang belum tengok Pay It Forward, aku galakkan korang tengok cerita tu, Kalau tak dapat (sebab cerita tu dah lama), tengokla klip di atas dan sebarkan..

Kesimpulannya, kalau korang nak jadikan dunia ni tempat yang lebih baik, mulakan dengan berbuat baik pada orang. InsyaAllah, dunia ni akan jadi tempat yang lebih baik. Jangan harap orang je buat baik dengan kita tapi kita sendiri tak nak buat baik pada orang...

Ini bukan skim piramid..

Khamis, 1 Disember 2011

Mesin basuh buruk

Mesin basuh ayah atuk rosak lagi. Tak sampai berapa bulan rosak. Mak dan Cik Sally kata biasa la tu sebab banyak tangan yang guna. Sama jugak dengan periuk nasi. Hampir tiap tahun kena ganti.

Mak dengan cik Sally berbincang, mesin basuh macam mana yang terbaik untuk ayah atuk. mak suka separuh automatik sebab tak mudah rosak. Cik Sally lebih suka automatik sebab mudah untuk ayah atuk. Tekan sekali dan biarkan sahaja. Ayah atuk tak pandai nak guna spin dryer.

Masalah timbul kerana kami balik ke kampung pada hujung minggu yang bersambung dengan cuti maal hijrah. Mana ada khedai barang elektrik yang buka? Masa tu kami dah naik Avanza (kereta cik Sally) dah. Dah meronda sampai ke Parit Sulong. Takde kedai yang buka. Akhirnya Cik Sally suruh tanya Pakcik M (uh uh.. Sorry Cik Joe.. Along tak ingat nama abang ipar Cik Joe)

Cik Joe (suami Ci Sally) pun telefon la Pakcik M. Kebetulan, ada mesin basuh terpakai di rumahnya yang hendak dijual. RM50 je harganya. Hoho!!! Memang murah sangat la... Oh, lupa nak cerita, Pakcik M ni boleh repair peralatan eletrik (Cik Joe pun boleh tapi dia kata bila dah trip, dia tak berani. Lagipun dia tak boleh concentrate sebab Malaysia nak lawan Bahrain)

Sampai di rumah Pakcik M, kami melihat mesin yang dikatakan. Erkk??!! Ada baju sedang dibasuh di dalamnya. Mesin ni sedia untuk dijual ke tak? Setelah melihat-lihat, Cik Joe menelefon Pakcik M dan berkata "Dah tengok dah mesin dia. RM100 ok?" Lepas tu pakcik aku tanya pulak kat aku "Ok tak along RM100 macam tu? Ok la kan?" Nak tau jawapan ikhlas aku? TAK!!

Errkk?? Bukan tadi kata RM50? Kenapa jadi RM100? Tapi siapa aku nak komplen lebih-lebih? Biar lah. Itu abang ipar dia. Lagipun dia guna duit dia. Tapi aku rasa tak sedap hati. Aku takut nanti mak komplen sebab kalau ikutkan mak dah rancang nak beli mesin basuh tu kongsi adik beradik. Aku kena explain dari awal.

Sampai rumah, aku beritahu siap-siap pada mak. Aku cakap tu mungkin sementara je. Mungkin Cik Sally dan Cik Joe akan angkut mesin dari rumah mereka untu digunakan di kampung nanti.

Entah macam mana, semasa di dapur, Cik Sally bercerita tetang keluarga Pakcik M.

Rupa-rupanya dulu Pakcik M ada perniagaan membaiki barangan elektrik. 1 hari, isterinya Cik Ros (akak Cik Joe) didiagnos menghidap barah. Jadi Pakcik M pun menutup perniagaan sebab menjaga Cik Ros hingga sembuh. Sekarang Cik Ros dah sembuh la. So, mereka cuba berniaga balik. Merek cuba buka kedai makan, kedai runcit, banyaklah pekerjaan yang dicuba tapi setiap kali perniagaan mereka meningkat naik, ada sahaja dugaan yang menimpa keluarga mereka. Jadi sekarang Pakcik M sekadar mengambil upah menghantar budak ke sekolah. Tu je la mata pencarian mereka.

Baru aku faham, rupanya Cik Joe memang sengaja offer harga RM100 sebab dia berniat nak membantu keluarga kakaknya sebab dia faham mereka bukannya hidup senang. Well, Cik Joe dan Cik Sally pun bukanlah orang senang tapi mereka punya pendapatan tetap tiap bulan. Aku rasa mereka bersyukur dari sudut itu..

Hurmm.. Bila aku melihat sifat Pakcik aku tu, aku rasa segan. Aku kadang-kadang begitu berkira nak tolong orang sebab sering rasa yang diri aku sendiri tak cukup. Sedangkan? Masih ramai lagi orang lain yang tak cukup tapi mereka tak la kuat merungut macam aku.

Hurm... Aku memang kena banyak belajar bersyukur.

Isnin, 13 Jun 2011

Manisnya Senyumanmu - Elite

Seriously, put the blame on Feminin! Haha.. Ni semua gara-gara aku teringat pada lagu Faminin, Rindu. Aku tengok klip video Feminin yang lain. Tiba-tiba hari ni, aku teringat pula lagu ni.. Ah sudah!!! Back to 90's!! Balik ke zaman sekolah balik dah...


Tajuk: Manisnya Senyumanmu
Penyanyi: Elite

Ku rasa...satu dunia sudah mengerti perasaan ku ini
Mengapa oh! mengapa takkah kau sedar ku mendamba
Ataupun...dikau sengaja diam berpura memendam rahsia
Segeralah oh segera ku tahu kau hanya bermain masa

Semakin sering kita bertemu
Semakin terpaut rasa cintaku
Hari demi hari ku tetap menanti
Namun malu mula langkah pertama

c/o:
Mata bertentang mata adakah kau terasa
Cinta kian memekar dihati kita
Kau istimewa paling utama yang satu
Betapa manisnya senyumanmu
Debaran penuh makna kelu tidak terkata
Sering kali terjadi bila kau disisi
Namun yang pasti membuat ku jatuh hati
Oh! manisnya, manisnya senyumanmu

Pabila aku terdengar
Lagu cinta ku terkenang kepada mu
Aku merindu oh! merindu
Senyumanmu yang menawan kalbu

Semakin sering kita bertemu
Semakin terpaut hatiku padamu
Jika kau pun juga rasa yang ku rasa
Apa yang kau pinta katakan saja

ulang c/o
Huhu.. kiut!!!

Isnin, 9 Mei 2011

A Shoulder To Cry On - Tommy Page

Sambil berYm, aku dengan sorang kawan aku ni asyik la pula mengepost lagu kegemaran kami. Aku letak lagu aku, dia letak lagu dia.. Aku pun terjumpa lagu ni balik.. sangat bermakna.. nak kongsi dengan korang juga la

Penyanyi: Tommy Page
Tajuk: A Shoulder To Cry On

Life is full of lots of up and downs,
And the distance feels further when you're headed for the ground,
And there is nothing more painful than to let you're feelings take
you down,
It's so hard to know the way you feel inside,
When there's many thoughts and feelings that you hide,
But you might feel better if you let me walk with you
by your side,

And when you need a shoulder to cry on,
When you need a friend to rely on,
When the whole world is gone,
You won't be alone, cause I'll be there,
I'll be your shoulder to cry on,
I'll be there,
I'll be a friend to rely on,
When the whole world is gone,
you won't be alone, cause I'll be there.

All of the times when everything is wrong
And you're feeling like
There's no use going on
You can't give it up
I hope you work it out and carry on
Side by side,
With you till the end
I'll always be the one to firmly hold your hand
no matter what is said or done
our love will always continue on

Everyone needs a shoulder to cry on
everyone needs a friend to rely on
When the whole world is gone
you won't be alone cause I'll be there
I'll be your shoulder to cry on
I'll be there
I'll be the one you rely on
when the whole world's gone
you won't be alone
cause I'll be there!

And when the whole world is gone
You'll always have my shoulder to cry on....


p/s: by the way, tommy page sangat kiut.. huhu

Ahad, 24 Oktober 2010

Rabu, 22 September 2010

malam kita - kru

khas untuk kf... hak3...
p/s: video klip dia sgt dasat.. huhu... terkedu aku tgk

tajuk: malam kita
artis:kru

Sepurnama... telah kita tempuh duga
Dengan kesabaran
Kini... tiba sekali lagi
Hari yang dinanti kini tiba pasti

Ku bersyukur... kepada yang Esa
Serta anugerahnya
Girang... terasa dijiwa
Kerana restu bersamamu cinta

( korus )
Gilang gemilang sinar cahaya purnama
Ketika malam kita bersama
Melengkap keajaiban di malam ini
Wahai teman bisakah kau rasai

Indahnya... hingga tak terkata
Bersama berdua
Moga... kita berpanjangan
Selalu seiringan sejalan

( korus )
Gilang gemilang sinar cahaya purnama
Ketika malam kita bersama
Melengkap keajaiban di malam ini
Wahai teman bisakah kau rasai

Embun pagi... membasahi pipi
Kita berdua di malam yang permai
Ku berdoa kita berdua
Selalu bersama

( korus )
Gilang gemilang sinar cahaya purnama
Ketika malam kita bersama
Melengkap keajaiban di malam ini
Wahai teman bisakah kau rasai

Sabtu, 4 September 2010

30 rahsia hati wanita

 ok... entry kali ni bukan hasil tulisan aku.. aku paw kat fb jek.. sebab tu, korang akn dapati bahasa yg dia guna ni lg baik dr bahasa aku.. rata2, aku setuju dgn poin yg dia bg.. sebab tu pon aku copy.. ye, aku x manis.. ye, aku macho.. tp dalam hati aku juga ada taman.. =p

==============================================


1. Bila sorang wanita mengatakan dia sedang bersedih, tetapi dia tidak menitiskan airmata, itu bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya.

2. Bila dia tidak menghiraukan kamu selepas kamu menyakiti hatinya, lebih baik kamu beri dia masa untuk menenangkan hatinya semula sebelum kamu menegur dengan ucapan maaf.

3. Wanita sukar nak cari benda yang dia benci tentang orang yang paling dia sayang (sebab itu ramai wanita yang patah hati bila hubungan itu putus di tengah jalan).

4. Sekiranya sorang wanita jatuh cinta dengan sorang lelaki, lelaki itu akan sentiasa ada di fikirannya walaupun ketika dia sedang keluar dengan lelaki lain.

5. Bila lelaki yang dia suka dan cinta merenung tajam ke dalam matanya, dia akan cair seperti coklat!!

6. Wanita memang sukakan pujian tetapi selalu tidak tau macam mana nak menerima pujian.

7. Jika kamu tidak suka dengan gadis yang sukakan kamu separuh mati, tolak cintanya dengan lembut, jangan berkasar sebab ada satu semangat dalam diri wanita yang kamu tak akan tahu bila dia dah buat keputusan, dia akan lakukan apa saja.

8. Sekiranya sorang gadis mula menjauhkan diri darimu selepas kamu tolak cintanya,biarkan dia untuk seketika. Sekiranya kamu masih ingin menganggap dia sorang kawan, cubalah tegur dia perlahan-lahan.

9. Wanita suka meluahkan apa yang mereka rasa. Muzik, puisi, lukisan dan tulisan adalah cara termudah mereka meluahkan isi hati mereka.

10. Jangan sesekali beritahu perempuan yang mereka ni lansung tak berguna.

11. Bersikap terlalu serius boleh mematikan mood wanita.

12. Bila pertama kali lelaki yang dicintainya dalam diam memberikan respon positif, misalnya menghubunginya melalui telefon, si gadis akan bersikap acuh tak acuh seolah-olah tidak berminat, tetapi sebaik saja ganggang diletakkan, dia akan menjerit kesukaan dan tak sampai sepuluh minit, semua rakan-rakannya akan tahu berita tersebut.

13. Sekuntum senyuman memberi seribu erti bagi wanita. Jadi jangan senyum sebarangan.

14. Jika kamu menyukai sorang wanita,cubalah mulakan dengan persahabatan. Kemudian biarkan dia mengenalimu dengan lebih mendalam.

15. Jika sorang wanita memberi seribu satu alasan setiap kali kamu ajak keluar, tinggalkan dia sebab dia memang tak berminat denganmu.

16. Tetapi jika dalam masa yang sama dia menghubungimu atau menunggu panggilan darimu, teruskan usahamu untuk memikatnya.

17. Jangan sesekali mengagak apa yang dirasakannya. Tanya dia sendiri!!

18. Selepas sorang gadis jatuh cinta, dia akan sering tertanya-tanya kenapalah aku tak jumpa lelaki ini lebih awal.

19. Kalau kamu masih tercari-cari cara yang paling romantik untuk memikat hati sorang gadis, cubalah rajin-rajinkan tangan menyelak buku-buku cinta.

20. Bila setiap kali gambar kelas keluar, benda pertama yang dicari oleh wanita ialah siapa yang berdiri di sebelah buah hatinya, kemudian barulah dirinya sendiri.

21. Bekas teman lelaki akan sentiasa ada di fikirannya tetapi lelaki yang dicintainya sekarang akan berada di tempat teristimewa iaitu di hatinya!!

22. Satu ucapan 'Hi' sahaja sudah cukup menceriakan harinya.

23. Teman baiknya saja yang tahu apa yang sedang dia rasa dan lalui.

24. Wanita paling benci lelaki yang berbaik-baik dengan mereka semata-mata nak tackle kawan mereka yang paling cantik.

25. Cinta bermaksud kesetiaan, ambil berat, jujur dan kebahagiaan tanpa sebarang kompromi.

26. Semua wanita mahukan sorang lelaki yang cintakan mereka sepenuh hati..

27. Senjata wanita adalah airmata!!

28. Wanita suka jika sesekali orang yang disayanginya mengadakan surprise buatnya (hadiah, bunga atau sekadar kad ucapan romantis). Mereka akan rasa terharu dan merasakan bahawa dirinya dicintai setulus hati. Dengan ini dia tak akan ragu-ragu terhadapmu.

29. Wanita mudah jatuh hati pada lelaki yang ambil berat tentang mereka dan baik terhadapnya. So, kalau nak memikat wanita pandai-pandailah...

30. Sebenarnya mudah mengambil hati wanita kerana apa yang dia mahu hanyalah perasaan dicintai dan disayangi sepenuh jiwa.

Isnin, 16 Ogos 2010

bila budak KL yg xpernah pegang cangkul cuba bercucuk tanam

aku selalu berangan nk tulis entry yg pendek. tp selalu x berjaya. sedih.. huhu...

kali nk citer pasal timun..

masa cuti sekolah bulan 6 haritu, siew li, yin kun, wai ling dan yik mun bersemangat dtg sekolah nak tanam pokok.. aku pon bagi je la.. aku punya la pikir.. apa agaknya benih dorang nak bawa?

last2 persoalan tu terjawab. mereka bawa benih timun dan bunga bakung.

pendekkan cite, disebabkan skil petani yg tiada dlm diri mereka (termasuk cikgu dia nih) maka, bunga bakung 1 pon x hidup.. (pikir je la cane bunga tu nk hidup? tanam benih tapi gali mcm nk tanam mayat. masa kambus, siap pijak balik tanah bagi padat. siyes macam nk tanam mayat mangsa bunuh)
yg timun dia ni lak, disebabkan oleh campur tangan cikgunya yg bertangan sejuk ni, maka, hidup la pokok itu.. disebabkan cikgu dia xde skil, maka kak mas telah meminta agar cikgu tersebut mengalihkan anak pokok timun itu ke batas yg telah disediakan... kak mas la jugak yg sediakan para (ranting kayu sebenarnya untuk bagi pokok tu melilit)

by the way, pokok ni dijaga oleh bebudak ni la.. saban hari, mereka yg dok siram dan bajakan pokok tu.. nak harap aku, jgn la..

next time, katanya nak tanam tomato pulak.. mari kita tengok hasilnya nanti.. (lambat lg kot. beih dalam peket lg.)

so, pendekkan cite, ni la hasil usaha petani2 moden kurang ilmu pertanian ni..

pokok dari tepi
anak sulung masa kecik.. comel!!!
nampak x 3 biji timun tu?
pokok dari depan


Rabu, 11 Ogos 2010

anak lelakinya sangat manis 2

dulu, aku dah cerita pasal anak kak roziah.. hari ni aku nak cerita pasal anak kak liza pulak.


kak liza sekarang ada 2 org anak. anak sulung laki. dia panggil zuhai.. anak ke2 perempuan. panggil neli (naili). zuhai ni mmg la seorang yg lembut dan sopan orgnye. kalau x silap dah masuk tadika dah. tadika islam kot (aku x la tanya satu2 kan?) yg adiknya si neli ni plak lebih ganas dan lasak dr abangnye. kalau x silap, dia baru 2 thn lebih. tp dia selalu buli abang dia... (gud girl!!)

satu hari, kak liza tengok ada orang usik telefonnya di atas meja solek, memang dah xde saspek lain, mesti si neli. tp, bila dia ingat balik yang dia nampak si zuhai lama kat meja soleknya, kak liza pon panggil dan marah si zuhai...

kak liza: zuhai, zuhai main henset mama eh?
zuhai: xde.. zuhai x main..
kak liza: xde. mama nampak pagi tadi zuhai kat sini. zuhai yg main kan?
zuhai: x.. bukan zuhai..
kak liza: zuhai.. kan mama dah kata mama xsuka kalau zuhai tipu! cakap betul2! zuhai yang main kan?!
zuhai: x...
kak liza: habis tu, apa yg zuhai buat lama sangat kat cermin mama tadi?
zuhai: zuhai baca doa tengok cermin... cikgu kata, kalau tengok cermin kena baca doa..

ok.. kak liza pon terdiam.. dan ye.. penjenayahnye mmg si neli.. sweet kan zuhai tu?

* dialog telah diolah semula secukup rasa sbb aku x berapa ingat dah ayat sebenar.. huhuhu

Rabu, 9 Jun 2010

nota cinta coffe-mate

huhu.. (asik start gini jek? ahh.. lantak la).. aku baru lepas (masih lagi actually) menonton drama pendek nota cinta yang coffemate buat.. skrg ni dah ada 2 episod.. kalau minat gi la tengok episod 1 dan episod 2 ni..

cerita episod 1 sangat sweet.. episod 2 sangat syahdu.. oh, episod lain aku x pasti lak cane..  berapa episod cerita ni pon aku x pasti. tapi agak menarik la gak.. aku sendiri x sabar2 nak tgk drama ni sampai habis.. lalala

heroin dia sangat comel ok.. suara pon comel.. aku try gak cari sape nama heroin tu, tapi x jumpa la plak. hero dia.. hurmm.. so-so la.. (maafkan aku kalau dia adalah artis terkenal dan anda minat dia.. aku xtau)

kalau ikutkan ada pertandingan untuk drama pendek ni. tapi aku mcm malas la nak masuk sbb aku tau aku xkan menang (sangat negative thinking ye? haha). kalau korang nak masuk pertandingan tu, gi la kat sini eh?

pape pon, enjoy cerita ni ye.. aku mmg suka citer2 pendek gini

p/s: aku dah try insert gambar sebab comel tapi disebabkan background aku hitam, x cantik lak jadinya..

Ahad, 30 Mei 2010

kelas math dengan cikgu Rahman..

tahun: 1997

masa prep, semua budak form 3 buat keje dengan penuh perasaan. budak 3M dengan 3S tengah beria buat latihan matematik yang cikgu Rahman bagi.. cikgu Rahman tu, nampak je kecik tapi x tau nape, rasa gerun lak dengan dia.. dia garang ke? tah. tak ingat. ataupun, kami beria nak memberi tanggapan yang baik terhadapnya.. huhu.. (kalau la budak sekarang ada niat nk buat camni..)

soalan senang je.. persamaan serentak.. masukkan atau gantikan je.. tapi, nape xdapat2 jawapan ek? dak 3M hantar wakil ke 3S untuk tanya jawapan.. lama gak nak dapat hasil.. 

lepas setengah jam, wakil 3M pulang ke kelas. "dapat!" kata wakil dengan tersenyum puas.. 1 kelas semua tiru jawapan. xpe.. cikgu Rahman pernah kata, "saya x kisah awk meniru.. sebab saya tahu, awak xkan tiru membabi buta kan? awak kalau tiru pun, mesti nak faham apa yang awak tiru.. betul x?"

masa tu, kami pegang kuat2 kata2 beliau.. siap study dulu la nape dapat jawapan gitu..
========================================

dalam kelas cikgu Rahman esoknya...

cikgu Rahman: ok.. awak dapat x jawapan untuk soalan 1?

budak 3M: hurmm.... dapat cikgu...

cikgu Rahman: kalau awak semua dapat, saya memang kagum! maknanya awak semua mmg hebat! lebih hebat dari saya. saya sengaja buat soalan no 1 tu xde jawapan. nak lemahkan semangat awak semua.. nak tengok, awak akan teruskan x buat kalau soalan no 1 pon dah fail.. tapi.. awak semua sangat hebat! saya sendiri xdapat jawapannya...

ye.. ada nada sindiran di situ.. 

uh..uh..ok cikgu.. kami jatuh dalam perangkap cikgu.. tapi kami siapkan semua latihan kami kan? =)

Selasa, 20 April 2010

Pujaanku

adit, ko sangat romantik. kalau ada kembar, tolong gitau ye
tita, ko memang sengal. masa dia bawa ko gi restoran mahal, ko nk gi jalan2..
pastu kata dia x romantik..


masa aku belajar dulu, semua orang heboh, minat gile kat cerita Ada Apa Dengan Cinta. huhu.. jujur, aku hanya suka lagu2 dalam cerita tu. cerita, aku xberapa suka. sebab? aku rasa Cinta tu hampeh, lagi dulukan bf dari kawan..

antara cerita indon yg paling aku minat ialah Eiffel I'm In Love. ye, cerita itu juga ada sedikit bangang tapi aku suka gak. watak hero sangat sweet ok.. dan hensem.. dan heroin sangat kiut.. uh.. uh.. aku suka segala2nya tentang cerita itu..

dan apa yg buat aku lebih suka sangat dengan cerita itu ialah, semasa birthday aku yg ke 24, orang yang aku suka telah menghadiahkan aku cd (burn je..) cerita ni. walaupun sekadar cd burn, aku sangat menghargainya. hanya Tuhan je yg tau berapa kali aku tengok cerita tu.. huhu..

apa khabar dia sekarang? hehe.. x lama lagi, nak jadi ayah dah.. tahniah awak! =)

anyway, dalam cerita tu, lagu ni la yg paling aku suka.. siap minta dia tolong download mp3 lagi! (aku kan baru je belaja download lagu nih..)

enjoy ye!
========================================================

Tajuk: Pujaanku (OST Eiffel i'm in love)

Penyanyi: Melly Goeslow dan Jimmy


Melly:
Andaikan malam tiada pernahkan berakhir
Setiaku bersamamu mungkin tak berujung
Betapa rindu ini tak pernah mati
Kekasih hatiku hanyalah engkau

Jimmy:
Saat mulut manismu memanggil namaku
Hatiku pun bergetar bagai terserang rindu
Bertapa aku menyanjungimu
Buta mata dan hati untuk yang lain

Korus:
(Melly & Jimmy)
Memetik gitar menyanyi syair yang tulus
Persembahan kalbuku
Nantikan dikau ditidur lelapku
Pujaanku

Jimmy:
Burung berkicau tanda setia pada pagi
Ku dengan engkau tak bisa dipisahkan lagi
Jantungku kau mintapun kan ku berikan
Betapa dalamnya cinta untukmu

Ulang korus

Isnin, 19 April 2010

Ku Pinjam Satu Bintang


Tajuk: Ku Pinjam Satu Bintang
Penyanyi: Alyah & Riz

[P] Ku rindukan dia
Ku mahu belaian manja
Ku ingin selalu di sisinya

[L] Inikah bahagia
Inikah kasih asmara
Bernyanyilah hatiku dengan cinta

chorus 1:
[L&P] Ku tak ingin lagi berjauhan
Usah kau hampiri perpisahan
Seharusnya kau mengerti kasih
Hanya engkau di hatiku

chorus 2:
[L&P] Andai mampuku menyentuh awan
Akan ku pinjamkan satu bintang
Dan ku pancar seri yang gemilang itu
Kasih ke wajahmu

[L] Ku berjanji sayang
[P] Ku menunggu dikau pulang
[L] Membawa cintamu yang terindah
[L&P] Dengarlah kata hati
Oooo… oooo…

[L] Ku rindukan kasih dia
[P] Ku mahu belaian manja
[L&P] Takkan ku lupa cinta pertama

#chorus 1 dan chorus 2#

[L] Ku berjanji sayang
[P] Ku menunggu dikau pulang
[L] Membawa cintamu yang terindah
[L&P] Dengarlah kata hati

Dengarkanlah kata hati
Dengarkanlah bicaraku

Ahad, 21 Mac 2010

aku dan sesuatu 2 (aku dan rama2)

cerita ini adalah berdasarkan perbincangan fb di atas..

ini adalah kupu-kupu.. sila siasat sesungut dan kepaknya.. aku pau dari blog TMukmkd

ini adalah rama-rama.. lain kan? pau dari blog jilie baharin. dia ni fotografer


=================================================================

kami melangkah masuk ke taman rama-rama itu. macam x percaya, banyak betul rama-rama. betul-betul banyak. kiranya, berbaloi la kami bayar tiket mahal-mahal.. pemandangan memang cantik. ala2 macam dalam cerita kartun atau cerita taiwan yang karut2 tu.. rama2 terbang sana sini, xkisah kat org..

"weh, apa kau buat tu?" aku menegur linda yg aku lihat sibuk berjalan dari satu bunga ke 1 bunga..
"xde apa.. saje nak tangkap rama-rama ni.. cantik.." jawab linda.
"xyah kejar.. lagi kau kejar, lagi la dia lari. kau duduk je diam-diam.. pandai la dia hinggap kat kau nanti."
"oh.. ye ke?" kata linda. dia pun berhenti mengejar rama-rama itu. banyak juga rama-rama yang datang.

kami menikmati pemandangan yang sangat indah itu.. sungguh melekakan.
"korang tau x beza antara rama-rama dengan kupu-kupu?" ai memecah kesunyian.
"hurm.. rama-rama lawa, kupu-kupu huduh sikit tapi anatominya sama aje.." jawab sally..
"kalau macam tu, yg hinggap kat aku semua ni, kupu-kupu je la?" tanya ai lagi. dia mula menepis rama2 yang datang padanya.. hehe.. ai memang memilih.
"haha..ai.. ko bagi dia hinggap.. aku tengok cantik je.. dah bosan, kau gerak2kan badan kau. mesti dia terbang balik. xyah la tepis2.." jawab sheila. dia gelak-macam biasa

"err.. tu kalau tengok dari segi lahiriah je.. sebenarnya, perbezaan fizikal utama ialah pada sesungutnya. Kebanyakan rama-rama mempunyai sesungut berfilamen yang langsing dan berbentuk belantan di hujungnya. Sesungut rama-rama pula lebih berbulu." jawabku. mereka sally dan ai hanya menganggukkan kepala. linda? selamat dah pergi ke kawasan lain.

"Perbezaan lain adalah kupu-kupu akan merentangkan sayapnya apabila berehat, (dah mendarat) sementara rama-rama sayapnya terlipat tegak di atas tubuh pada waktu berehat. Kebanyakan rama-rama aktif pada siang hari dan oleh itu berwarna-warni, manakala kupu-kupu aktif pada malam hari dan tertarik kepada cahaya lampu. tapi, ada gak rama-rama yang berwarna warni.." tambahku lagi.

"wah.. terenya.. mana kau tau ni mai?"kata linda dari belakang. bila tah dia muncul, aku x sedar.
"hahaha.. wikipedia je.."
"don't tell me yang ko gi tengok wikipedia pasal rama-rama bila aku ajak korang ke sini" kata sheila.
" haha.. saje nak bersedia.. sebenarnya, aku nak cari 'cara-cara supaya semua rama-rama datang pada anda' tapi xde la pulak.. haha" ujarku berlawak.
"ada benda, sometimes, lebih baik kita gamble je. baru ada surprise" ujar sally menggelengkan kepala. dia berlalu ke pokok bunga di sebelah kanan. mengejar rama-rama kecil.

4 jam di dalam taman itu berlalu begitu pantas. kami keluar semula apabila matahari mula tegak di kepala. rata-rata, kami puas hati dengan trip kali ini. sally dan linda dihinggapi banyak rama-rama. malah, rama-rama yg mereka gemari turut hinggap pada mereka. sempat la minta aku tangkap gambar utk mereka.

ai pun dapat banyak rama-rama. kadang2, dia siap tepis balik kalau dia merasakan rama-rama itu tidak cantik. dasar memilih! ;p.. haha... ai.. ai..

sheila la yang paling pelik.. begitu banyak rama-rama yang datang padanya.bila ditanya apa rahsianya, jawapannya mudah.. "aku pakai perfume bau bunga hari ni.. tapi pakai sikit je.. supaya natural.. haha.. taktik beb.. taktik.."

aku? yang terbaik yang aku dapat hanyalah menangkap gambar rama-rama yang datang dekat padaku. xde yang hinggap.. paling hebat pon, ada 1 yang sipi-sipi nak hinggap tapi tiba2 x jadi. xtau nape. tapi xpe la.. aku dah cukup gembira melihat rama-rama itu terbang berhampiranku.

"mai, aku ada 1 soalan. kau dah beria wiki pasal rama-rama, kenapa xde yang hinggap pada kau?" tanya sheila.

ah, pedih betul soalan itu.. namun aku hanya tersenyum. membiarkan soalan itu berlalu tanpa jawapan..

kami meneruskan perjalanan pulang ke rumah. mungkin 1 hari nanti, kami akan datang semula ke taman ini..

===============================================================
p/s: rama-rama sering dikaitkan dengan cinta. jujur, aku xtau jawapan yg sebenar. mana datang ala-usul dia.. tapi aku ada pendapat. terserahlah korang rasa boleh pakai atau x.

rama-rama berasal dari ulat beluncas. mula2 x cantik langsung. lepas tu, dia akan bina kepompong dan beransur-ansur membesar, tumbuh kaki dan kepaknya yang cantik. selepas itu, rama-rama kecil ini perlu berusaha keluar sendiri dari kepompongnya tanpa bantuan. ini adalah penting untuk memastikan kepak rama-rama cukup kuat agar ia boleh terbang nanti.

kepak rama-rama pula, sangat nipis dan rapuh. mudah terkoyak jika dipegang oleh manusia. namun, kepak itu dapat menahan tekanan dari angin.. kepaknya juga begitu cantik dan berwarna warni mengundang kegembiraan pada org yang melihatnya

begitu juga cinta.. cinta tu tidak mudah untuk kita miliki. jika kita dah memiliki sesuatu cinta itu, kita perlu pula berusaha untuk mempertahankannya-sendiri. tanpa mengharapkan bantuan orang. cinta itu juga amat rapuh.. namun cukup kuat. dan cinta itu juga indah terutamanya antara 2 pecinta itu sendiri..

p/p/s: giler aku jiwang kali ni. hahaha... sabor ye korang.. x jiwang pon.. kalau cakap depan2 xkan jadi jiwang.. untuk blog, aku tambah2 ayat jiwang. =p

p/p/p/s: aku guna masa yang amat panjang untuk buat entry ini. sila baca penuh perasaan k!

Khamis, 18 Mac 2010

aku dan sesuatu 1


setelah hampir 10 minit menunggu, akhirnya komuter yg aku tunggu tiba. aku melangkah ke dalam, memilih tempat duduk di sebelah tingkap dan merenung ke luar. aku x mengendahkan orang lain di sekeliling aku. aku selalu begitu.

===========================================================

"maaf, saya duduk sebelah awk ye?" suara itu mematikan lamunanku.
aku menganggukkan kepala. malas nak ambil kisah. dia ni pun 1. duduk je la.. aku bukan bayar utk 2 kerusi.
"awak dari mana?" dia cuba menegurku.
"ampang" jawabku sepatah.
"ampang??" wajahnya berkerut.. "err.. sejak bila komuter lalu ampang?"
baru aku sedar maksudnya yang sebenar. aku tersenyum dan menjawab soalannya.

sungguh tidak disangka, perbualan kami begitu lancar. perjalanan komuter yang tidak berapa laju membolehkan kami berbual panjang. banyak yang kami kongsikan.

pernah, komuter terhenti di tengah2 perjalanan akibat gangguan teknikal. biasanya, aku akan marah tetapi, kali ini aku gembira kerana ini bermakna aku mempunyai lebih masa dengannya.

dari perbualan, aku mendapat tahu yang dia bekerja di KL dan tinggal di seremban. banyak lagi yang aku tahu. tapi, ahh.. malas ku nak huraikan satu2..

'serdang'
ah, cepat benar dah sampai ke serdang. kenapa terasa laju sangat perjalanan hari ni? lagi 2 stesen, aku terpaksa turun. aku x puas hati. aku masih mahu bersama dengannya. mahu mendengar suaranya.

dia seperti dapat mengesan keresahanku. dia berkata, "pertemuan memang macam ni. ada permulaan dan ada penamat. kita mesti jangka benda ni. walau seindah mana pertemuan, pasti ada perpisahan. ini kita kena terima kerana kita mempunyai destinasi yang berbeza. cuma, dengan izinNya kita bertemu di tengah jalan."

entah kenapa, aku juga dapat mengesan perubahan dalam nadanya. kami saling berpandangan. kemudian, aku mengalihkan semula pandangan ku ke luar. kami menghabiskan sisa2 perjalanan dengan senyap.

'UKM'
aku telahpun sampai di perhentianku. aku keluar. tidak seperti selalu, kali ini, aku biarkan komuter hilang dari pandangan mataku barulah aku melangkah keluar stesen. dalam hatiku berharap yang kami akan bertemu lagi walaupun aku tahu bukan mudah untuk itu berlaku

=======================================================

lamunanku terputus bila aku tersedar ada orang di sebelahku.
"oh.. sorry.. terkena awak ke?"
aku hanya tersenyum sambil menggelengkan kepala.
"awak asal dari mana?.." dia bersuara.. dan kami mula berbicara ceria..

p/s: huhu.. cerita ni metafora moden.. aku jarang naik komuter. tapi pada aku, mcm tu la hubungan kita sesama manusia. ada pertemuan, ada perpisahan.. dan aku dah selalu mengalaminya..

pedih? sudah pasti.. serik? tentu tidak. masih banyak lagi orang yang kita boleh kenal dalam perjalanan ini.

Selasa, 16 Mac 2010

teringat balik 1 - cikgu dollah

tahun: 1997
masa: prep
tempat: 3 makmur

aku dan kebanyakan geng2 aku memang minat KRU la. az antara yg core. siap ada poster rekruit lagi. dia tampal kat fail buat boost semangat. kat fail dia tu, depan muka norman, dalam muka yusri n kat belakang muka edry. kira ikut urutan la tuh.

malam tu, tah cane, aku gi tempat az, nak ushar poster yusri (ye.. aku paling minat dia.. aku suka orang kurus). tah camne, belek punya belek, aku terasa poster yusri tu mirp seseorang. seseorang yang aku minat. dan mamat itu ada dalam kelas aku.. ya!!! muka yusri adalah seperti mizan ok.. pada sudut itu dan dalam poster itu.

tgh syok usha2 poster, datang la cikgu dolah.. " wah, cantiknye poster tu.. koyakkan sekarang."
" tapi cikgu, bukan apa2 pon.. saje je.." az menjawab
" xde, koyakkan sekarang.."
" tapi cikgu.."
" sekarang!! kan lagi baik awak letak gambar keluarga awak dari letak gambar artis ni?"
" ye la cikgu.." az jawab dengan bengang. tangan dia merentap poster yusri. aku nak je menjerit "jangan!!!" tapi suara x terkeluar..

ok.. poster tu koyak akhirnye.. az sangat marah.. sampai dia terpaksa amibil wudhu' sebab nak tahan marah.. siyes aku respek dia..

aku pun tumpang marah kat cikgu dolah. kalau poster tu dah koyak, cane aku nak lepaskan rindu dendam aku kat mizan? dah la nk usha dalam kelas aku x berani! arghh.. cikgu dolah ni...

siyes.. kami marah sangat dengan cikgu dolah. memang la dengki dia tu.. letak gambar kat fail pun x boleh.

balik prep, macam biasa, kami (aku, az dengan sape tah lagi sorang.. sori..) singgah kantin. supper terpaksa dibeli (kalau nak makan) sebab sekolah pilih minum pagi dan minum petang. sampai kat kantin, kami nampak cikgu dolah..

tapi kami x marah. sebaliknya kami lebih tertarik dengan apa yg ada kat tgn cikgu dolah..
"cikgu.. mcm sedap je durian tu"
"nape? awak nak ke?"
"nak la cikgu.."
"aah cikgu.."

desakan 3 anak dara comel berusia 15 tahun telah mencairkan hati cikgu dolah. kami dapat la merasa durian sorang seulas.. masa tu, dah xde rasa marah dah kat cikgu dolah. rasanya, dia x ingat pon yg dia cari gaduh dgn kitorang kat kelas masa prep tadi..

tq cikgu..


p/s: al-fatihah untuk cikgu dolah. beliau meninggal disebabkan kemalangan semasa menunggang motor.. masa tu aku tahun 2 kat u..

p/p/s: az memang letak gambar famili dia kat dalam fail keesokan harinya.. tapi depan dan belakang fail masih gambar norman dan edry.. heheh