KLIK LAJU-LAJU!

MARI BLOGWALKING DENGAN APESAL.COM

Yang Baik Hati =)

Cari cerita lama

Aku terkini

sebelum komen, baca dulu komen orang lain boleh? Bosan la nak balas komen yang sama.. sebab jawapan aku mesti sama punya. tak pasal2 aku jadi astro karang ulang tayang beberapa kali

* jangan orang astro sentap pulak dengan aku, suda
Memaparkan catatan dengan label kelakar. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label kelakar. Papar semua catatan

Rabu, 27 Oktober 2010

kisah telangkai lagi

masih ingat najib si tokei kantin? ala.. yang dikenenkan dengan aku tu.. x ingat gak? ok.. baca kat SINI dan SINI. mesti baca dua2 tau. kalau x, xcukup ilmu utk baca entry ni.

dipendekkan citer, Pn. Norlina kata aku tersilap langkah bila aku sms dia. huh! aku salah? apa hal?? aku  nk sms dia sbb aku nk ckp kat dia, harus la kami kenal dulu sebelum jumpa kan? kang xleh nk ckp lak. kalau dia betul nk kenal aku, xkan nama aku pun dia x tanya kan? kalau nama aku pon dia x amik port, maknanya dia berminat ke dgn aku?

2 hari ni (semalam dan hari ni) aku mesyuarat kat sekolah si najib ni la. semalam berlalu dengan selamat. hari ni, dia dtg lak jumpa pn. norlina.. hurmm.. apa lagi, semua cikgu lain dok sengih2 kat aku.. aku lak dok malu2 miow.. tapi dalam masa yg sama, of course la aku usha sebab aku x tau yang mana 1 sebenarnya najib ni. bila dah tgk, baru la aku tau, rupa2nya selama ni aku salah ingat muka dia (siapakah sebenarnya jejaka yg tertanam dalam ingatanku itu?)

tiba, pn norlina panggil nama aku, pastu dia pandang aku. pastu pn. norlina siap cakap lagi, ha, yg tu la.. haha.. gila malu. korang boleh bayangkan x situasi tu? sebijik macam dalam drama2.. duh... cikgu2 lain? semua bantai gelak la.. aku pun cakap la.." aduh pn. norlina.. kalau ye pon, jgn la skrg.. malu arr"

pastu pn norlina kata, najib yang tanya aku yg mana.. aduh laki tu.. kok ye pon.. jgn la layan pn norlina.. sekali2 jgn layan pn norlina tu leh x? tapi, dengan usikan Pn. norlina tu, kami dapatla 8 cawan ice blended free.. huhu..

oh, ye.. najib skrg sgt bz.. dia cuba mengembangkan sayap perniagaan dia. tgh deal usahasama dgn syrkt dr indonesia yg mengeluarkan perencah belacan.. nope! jgn gelak! at least dia ada bisnes. korang apa ada?

mujur tadi adalah hari terakhir aku g smk cheras thn ni. aku harap, tadi aku selekeh (ada ke pompuan yg harap dia kelihatan selekeh?) supaya dia x terpikat dgn aku (hahaha!!!! poyo gile ayat!) tapi aku siyes. aku harap dia x minat nk kenal aku (what's wrong with me actually??)

najib, all the best for you. kita? haha.. kalau dah tertulis, ada la kita.. kalau x, hehe...

p/s: aku siyes kena check apa yg x kena dgn diri aku neh

Rabu, 6 Oktober 2010

musim chicken pox?

orang yang sakit, ayam yang dapat nama.. nama buruk lak tu! aish!!
satu hari di bengkel...

aku: imamah kena chicken pox eh?
budak2: aah cikgu.. dia kena chicken pox
ruby: cikgu, sekarang ni musim chicken pox ke cikgu?
aku: takde la. mana ada.. ingat buah-buahan ke ada musim?
ruby: habis tu cikgu?
aku: dia orang2 yang nakal je yang kena chicken pox tu..
ruby: habis tu, imamah, cik anis pon kena?
aku: sebab diorang tu nakal.. awak x nampak ke imamah dan cik anis tu nakal?
ruby: cikgu pernah kena chicken pox x?
aku: tak..
ruby: kenapa cikgu?
aku: laa.. sebab saya baik la.. sebab tu saya tak kena.. awk tak perasan ke yang saya ni baik?
budak: perasan la cikgu!! (masing2 buat muka menyampah)
aku: jeles la tu... =p

Jumaat, 30 Julai 2010

argh!!!! malu gile!!!!

kadang2 aku rasa hisup ini sangat kelakar.. korang x rasa camtu? huhu.. igt x aku serabut yg aku nk ditelangkaikan aritu? x ingat lagi? baru berapa hari ok.. tu la.. dah pesan jgn makan asam.. maggi.. degil.. kan dah pelupa..

ok.. dipendekkan cerita, atas nasihat akak2 kat sekolah, aku minta no telefon mamat itu dari pn. norlina. alasan aku adalah untuk berkenalan dengan dia terlebih dulu sebelum berjumpa agar kami x keseganan nanti.. dipendekkan cerita, aku dapat la no dia...

so, semalam aku amik keputusan utk sms dia.. so, ini adalah sedutan sms kami berdua...

aku: salam.. maaf mengganggu... saya rumaizah
dia: w'salam.. ye kenapa?
aku: saya minta no awak dr pn. norlina.. huhu..
dia: oh ye.. tau..tau.. nape nak order makanan ke? maaf ye, saya tgh drive ni..
aku: oh, xpe la.. teruskan memandu ye...

ok.. siyes shit aku malu gile.. aku terus terpikir, betul ke pn norlina pomot aku kat mamat nih? mcm x je.. sudahnya skrg ni, aku lak yg nampak beria.. adoii.. malu gile seh.. aku tergolek2 gelakkan diri aku...

aku cite benda ni kat akak2 sekalian di sekolah.. mereka pon bantai gelakkan aku.. tapi mereka kata, 
 "ok gak tu.. nanti kita buat la pot luck, tempah dari dia.. leh kita kenal dia yg mana.. lagipun leh la kita kenakan dia balik.. ada 2. sama ada sebelum puasa atau lepas raya.."
perghh.. planning xleh blah ah kwn2 aku nih..


tu update terkini aku dan mamat itu.. aku xde la sms dia lagi. kalau ditakdirkan cite kami lebih panjang, mungkin:
1- dia pula akan sms aku nk tanya jadi x nak order makanan.. atau 
2- pn norlina gitau dia aku minta no.. atau
3- aku betul2 akan order mknn dr dia

kalau x, maaf la sebab ni je la kisah plg kelakar yg aku ada buat masa nih.. hehe

frust? x.. aku dah lama perlukan sesuatu yg boleh buat aku gelak sakan. dan insiden ni mmg berjaya wat aku gelak.. aku happy.. (of course la.. bercampur malu)

argh!!!! malu gile!!!