KLIK LAJU-LAJU!

MARI BLOGWALKING DENGAN APESAL.COM

Yang Baik Hati =)

Cari cerita lama

Aku terkini

sebelum komen, baca dulu komen orang lain boleh? Bosan la nak balas komen yang sama.. sebab jawapan aku mesti sama punya. tak pasal2 aku jadi astro karang ulang tayang beberapa kali

* jangan orang astro sentap pulak dengan aku, suda
Memaparkan catatan dengan label pengalaman. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label pengalaman. Papar semua catatan

Selasa, 20 November 2018

JANGAN BERKIRA BAGI RATING

Korang pernah tak dapat borang minta rate sesuatu perkara? Contohnya minta rate lecturer, rate speaker untuk sesuatu program.. Paling bodoh rate driver grab dengan barang beli dari shopee.. Mesti pernah kan? Kan?

Ok. Kisahnya begini.. 

Dulu², tiap kali aku dapat borang suruh rate orang, paling banyak aku bulat kat nombor 4. Kenapa? Sebab aku pegang, kalau aku bagi 5, orang tu dah sempurna. Mana ada orang sempurna?

Sampai la mak aku dok bebel bila bos dia bagi dia markah 90% untuk SKT. Aku macam, eh, tak puas hati ke? Mak nak berapa markah? Mak kata, dia biasa dapat 92-94%.

Berapa markah yg perlu bos mak aku bulat untuk pastikan mak aku boleh dapat lebih daripada 90%?

Maka, aku pun buat la kira².. Kalau aku bulatkan 5 kriteria di 4 markah, dan 5 lagi 5 markah, baru lah orang tu boleh dapat 90%.

So, kalau mak aku biasa dapat 92-94%, maknanya, almost semua kriteria mak aku dapat 5.

Wait! So, selama ni, yang aku bagi lecturer/speaker/cikgu markah 4, maknanya aku bukan la membantu memberi dia rate tinggi? Aku jatuhkan dia rupanya selama ni?? Aku bagi dia 80% je la?? Hah!! Teruknya aku!!!

Kejap, apa pentingnya dapat markah tinggi dari bos? Penting weh... Kalau ko dapat bawah 80, ko dah dikira biasa² je. Kalau ko nak apply apa², cuti belajar ke, naik pangkat ke, ko kena dapat 85 ke atas.

Kalau nak APC, lagi la markah kena 92% ke atas (bukan la wajib 92 tapi bila ko markah tinggi, memang cemerlang la gitu)..

Sejak daripada dah pandai mengira, aku dah jarang sangat bulatkan no 4. Aku bulat no 4 kalau soalan jarang, kadang², selalu je.. Kalau rate orang, memang aku bagi 5.

Selagi orang tu takmenyusahkan aku, tak menyakitkan hati aku, ada masalah sikit tapi dia tak berkira, aku akan bagi rating 5/5.

Jangan berkira sangat bagi rating, especially kalau bukan salah orang yang dinilai. Pada kita, tu mungkin sekadar bintang yang kita tekan..

Tapi pada orang yang menerima rating, benda tu mungkin akan bagi kesan pada rezeki dia nanti. Ye la.. Kita nak beli barang kat shopee pun tengok rating kan?

So, jangan kedekut ya.. Jangan jadi macam aku DULU

Nota:
1- Pelik, kadang aku baca review kat shopee, kata barang bagus, tapi nape 4* je? 1* lagi kena petik dari langitkah?
2- kalau la sistem rating boleh bagi + * aku memang nak bagi kat sesetengah seller yang memang baik hati

Isnin, 9 Oktober 2017

Beli insurans kereta? Wajib tahu. Kereta lebih 5 tahun? Wajib tahu.

Hari ni aku nak ajar korang semua klausa 'bettermen'. Apakah bettermen ni? Di mana nak jumpa bettermen? 

Oh, harap maaf, bettermen ni bukan la lelaki yang lebih baik untuk korang.. Sebab, kalau ya, aku pasti sangat gembira.

Korang akan jumpa klausa ni kalau kereta korang berusia lebih dari 5 tahun.

Seperti yang korang tau, En ken aku dah menginjak ke usia dewasa. Tahun ni dia 14 tahun.

Disebabkan:
1- dia dah dewasa
2- dia dah banyak berbakti pada aku
3- aku segan dengan mak aku bila en. Ken vibrate mengalahkan kerusi ogawa
4- aku dah banyak kali janji dengan en. Ken

maka, aku telah menghadiahkan dia rejuvenating treatment (ganti semua sparepart agar dia terasa seperti baharu) menyeluruh pada bulan puasa yang lalu.

Kos keseluruhan make over adalah rm3700. Ya, organ dalaman en ken, xde la rosak abis, tapi aku nak bagi feeling mcm kelahiran semula pada en ken (ala, mcm korang g spa la).

Malangnya, pada bulan 8 yang lalu (2 bulan kemudian), adik aku kemalangan. Dia langgar hilux.

Makanya, guna la insurans..

Malas nak kronologi panjang2, aku pendekkan je. Proses pembaikan berjalan tapi berlaku beberapa perkara:
1- bengkel call adik, kata insurans hanya cover warna standard. Warna pepel en. Ken x masuk list. So, adik aku kena tambah duit.

2- bateri kat bengkel xde yang 2nd hand. Hanya 1st hand. Adik aku kena tambah duit lagi.

3- pada hari aku ambil en ken, aku mendapati, ada jarak antara hud dan gril. Bila tanya kenapa, dia kata, barang taiwan mmg gini. Takkan sempurna mcm ori. Tapi jangan risau, ok punya. WHATTT???? Why guna Taiwan????

Bila tanya bengkel, jawapan dia ialah, insurans hanya quote harga barang 2nd hand atau barang taiwan/cina.

Sebagai orang yang asyik tak puas hati, aku pun tanya ejen insurans (kereta) aku dan ini jawapannya

"Assalamuallaikum, Utk kreta yg melebihi 5 tahun ada satu clause yg dipanggil 'bettermen', dimana jika alat ganti yg diganti itu adalah yg baru, customer kena tanggung susut nilai barangan tu,

cthnya katalah drive shaft, harga baru katalah RM1,000, kereta yg accident tu katalah umurnya sudah 7 tahun. Jadi drive shaft nya juga telah berusia 7 tahun. Jadi, harga drive shaft yg sudah berumur 7 tahun bukan lagi RM1000 tapi mungkin dlm RM450 shj.

Perlu difahami konsep dlm insuran adalah 'mengembalikan keadaan peserta sptmana ia blm kemalangan'.

Jadi, jika workshop menggantikan drive shaft yg baru peserta akn kena byr beza harga barang tadi iaitu RM550, itu baru satu barang klu banyak tentu banyak customer kena bayar.

Untuk mengelakkan keadaan tersebut mereka akn gunakan kaedah yg bersesuaian maka digunakanlah barang second hand, taiwan ka atau sbgnya supaya condition 'bettermen' tu dapat dielakkan."

So, aku boleh faham la bab warna.. Mmg asal warna en ken ialah silver..

Yang aku tak puas hati ialah
1- kos aku rejuvenate ialah rm3700 (sila ingat, ini hanya tukar barang yg wear n tear), sedangkan kos bengkel membaiki kereta aku (yang baru lepas langgar hilux) hanya rm3180.

How come rejuvenating lbh mahal dr pembedahan? How come, kos g spa buat urut bagai lebih mahal dari pembedahan kosmetik??

2- kalau betul, insurans mengembalikan kereta ke asal, awat dia x tanya, spare part semua buruk ke baharu? Sparepart aku baharu belaka kot. Sila la ganti ikut nilai dia.

So, korang, sila ingat, 
1- kalau sesuatu berlaku pada kenderaan berusia 5 tahun ke atas, klausa 'bettermen' akan terpakai utk kereta korang.

2- elakkan kereta berusia 5 tahun ke atas daripada kemalangan

3- xpayah ambil insurans tinggi2 sangat utk kereta tua. Nanti ko frust.

Sabtu, 7 Oktober 2017

Time share dengan swiss garden international vacation club (SGIVC)

Aku ada buat time share dengan swiss garden. Kena bayar rm20k (tak pasti untuk 20 tahun ke.. 30 tahun entitlement) dan tiap tahun rm300++ utk maintenance.

Apa aku dapat?
7 hari (5 weekdays + 2 weekends) kelayakan menginap di hotel2 swiss garden

Tapi..
1- hotel dia x berapa banyak
2- hotel yang bersekutu pun tak banyak
3- selalunya penuh sahaja

Dan paling best.
Baru2 ni (cuti sekolah bulan 8), aku dan keluarga menginap di damai laut. Dapat la 2 unit (1 bilik + 1 apartment). Redha la sbb memang last minute.

Belek punya belek, aku terbaca yg entitlement yg digunakan adalah 2 weekend 2015 + 2 weekend 2016.

Soalan:
kenapa staf sgivc x maklumkan baki entitlement aku dan maklumkan aku cara nak convert entitlement? Kalau aku tak baca la benda tu, memang tak perasan.  Sedangkan, pada aku, sepatutnya customer svc nasihatkan aku untuk gunakan kesemua entitlement 2015 aku sebab entitlement akan expired pada 9/9/17.

Terpaksa la aku yg call dan tanya cara nak convert entitlement.

So, aku telah hantar (fax) borang convert entitlement pada 7/9, 8/9 dan 11/9

Yang bestnya, dia kata terima fax pada 11/9. Untung buat sgivc, kerugian buat aku sebab entitlement aku expired pada 9/9. Hahaha

Apakah yang aku bebelkan ni?
Tak payah la beli time share dgn hotel2 ni semua. Masa nk ko join, kemain manis mulut dia. Lepas dapat duit, gudlak! Dah la keje aku, mmg hanya cuti masa peak season.

Baik simpan duit korang baik2 dan book je hotel melalui web2 tempahan yang banyak tu.

Kalau korang baca sampai habis, tahniah! Aku sekadar nak tunaikan janji aku pada sgivc utk tulis pasal dorg kat fb.

Ahad, 6 Julai 2014

En. ken kena langgar (a.k.a aku ada bengkel ketuk dan cat best nak cadang kat korang)

Huhu... Seminggu sebelum puasa hari tu, di keheningan pagi aku nak pergi kerja, aku telah dilanggar oleh kereta exora... Huk3...

Mujur owner exora tu tak banyak cerita, dia sanggup je bayar ganti rugi. 

Mula-mula aku ingat sikit aje la.. Tapi bila aku perasan yang pintu bonet pun kemik, bumper pun pecah sikit, bumper pun dah jatuh dan main cuddle-cuddle dengan ekzos (maka bising la sebab En. Ken ni memang nervous breakdown sikit. Kuat menggigil), dengan reverse sensor 1 dah tak duduk kat soket dia.. pantang reverse mesti bunyi macam kereta dah nak langgar benda,  aku tau ni mesti banyak kena ni. Maklumlah, sebab warna En. Ken ni kan lain dari yang lain.. Warna dia 1 set je dah berapa. Menyesal aku pilih kaler ni. Aish....

Aku pun mensurvey la kat area Ampang ni, kat mana yang murah.. Dulu dah pergi kedai zali. Dia la yang catkan kereta aku. Tapi aku nak survey tempat lain gak. Mana tau ada yang lagi murah..

Bengkel 1
Aku pergi kedai zali. Dia kata, kalau takat ketuk dan cat, dia cas rm500 lebih sebab warna tu mahal (padahal aku tahu cat aku ada lagi baki kat kedai dia.. Haha =p). Dia boleh siap dalam 2 hari.

Bengkel 2
Aku survey pulak harga di kedai di Bandar Baru Ampang. Uncle tu kata perlu rm400 lebih kalau ketuk dan cat. Kalau ganti bumper perlu rm700 lebih.. Pun boleh siap dalam 2 hari.

Bengkel 3
Orang yang langgar aku cakap, dekat Cheras Baru ada bengkel ketuk murah di belakang petronas. Aku try la pergi sana. Tak jumpa la pulak.. Ye la, bukan tempat aku, tak berani la nak jadi kucing lorong (alleycat) nak menyerbey. So, sekali pusing aku tak jumpa, terus aku balik

Bengkel 4
Last sekali, aku g ke bengkel dekat taman tasik. Bengkel yang mengadap pasar malam hari Khamis dan Ahad. Bengkel ni kata untuk ketuk dan cat dia cas rm400 lebih.. Kalau tukar bumper rm500 lebih. Aku jadi "Whatt???? Murahnya!!!" ( tapi cakap dalam hati je la. Mana boleh cakap kuat- kuat. Nanti tak boleh tawar lagi). Tapi orang ni ambil masa 3 hari. Kalau bulan puasa, 5 hari. Aku jadi alamak, kena cepat! Aku survey dah selasa, kalau nak 3 hari, esok (rabu) gak kena hantar. Kalau tak, seminggu la aku takde kereta.

Siap tampal dengan sweet tape lagi ok.. Punya la tak nak lampu tercabut.. Nampak tak bumper cuddle dengan ekzos?

Hari Jumaat, dengan berdebarnya, aku pergi menjemput En. Ken.. Takut kalau warna tak sama. Berdebar nih.. Berdebar!

Alhamdulillah, En. Ken kembali hensem seperti dulu. Takde lagi kemik2.. Reverse sensor pun ok dah. No more bunyi bising (ekzos dah bercerai dengan bumper). Lampu pun dah masuk balik..

Setelah aku tawar sikit.. Aku hanya perlu bayar rm550.. Pada aku memang murah sangat la. Bumper kenari je dah rm220 paling murah. Cat aku je 1 set dah rm250.. Boleh la kata upah susah payah dia ketuk, cat, beli bumper, buatkan nombor plet, letak klip kat kereta semua dia cas rm80 je.. Mu ah kan? Sangat murah..  Terima kasih encik Mustafa.. 

Bengkel en. Mustafa ni ialah bengkel 4. Nama bengkel dia M&D. No telefon dia 017-882 5093. Aku memang up sangat bengkel dia ni..

Aku takde la harap kereta korang problem.. Tapi kalau korang perlukan khidmat ketuk dan cat, boleh kontek en mustafa. Bengkel dia boleh buat kerja lain gak, tapi kawan dia la yang buat.

Alhamdulillah, orang yang langgar aku tu jujur orangnya. Dia bayar aku tanpa banyak soal. Malah tak minta diskaun pun. Terima kasih en. Roslan..

Ahad, 21 Julai 2013

Sebelum Ke Korea (Bahagian 2)

Hurm.. Hari ni aku nak sambung bahagian kedua tentang persiapan ke Korea.. hurmm... Untuk baca Bahagian 1 boleh klik SINI

5- Makanan.

Aku tanya la pada kawan yang dah pergi ke Korea dan baca la sikit-sikit. Boleh tahan gak harga makanan kat Korea ni. Mahal!!! Jadi, Kalau nak berjimat, sila bawa makanan siap-siap dari sini. Lagipun, kena ambil kira gak senang atau tak nak cari makanan kan?

Maka, kami pun menyediakan lebih kurang 5-10kg makanan termasukla beras. Sardin, bubur segera, mi segera.. ok la untuk 3 orang kan?


Bubur segera kegemaran aku. Ada 2 jenama. Berasli dan Natures Own. Dua-dua sama sedap. Aku suka perisa cendawan dan rumpai laut. Perisa ayam agak banyak halia. Tambah pepper lagi.. sedapnya.. humm..


6- Pakaian

Disebabkan sekarang ni musim panas, maka kami bawa baju biasa-biasa je. Aku bawa 7 helai baju kot (serius banyak kan? Berat gile beg aku. Tu belum campur baju tidur lagi.Tapi mujur la aku bawa baju banyak. takde ruang nak ampai baju)


7- Tukar duit

Setelah membaca dan menelefon sana sini, akhirnya aku tukar duit di Ampang Park. Nama pengurup wang tu ialah Agensi AntaraDuit. Harga dia memenag best! Di kala orang lain cas RM2.85/KRW1000, tempat ni cas RM2.818 je. Kawan aku kata, pengurup wang kat Giant Taman Dagang pun murah jugak. Try la banding ye.

Aku tukar RM2500, jadi aku dapat la dalm KRW887. hurmm.. cukup tak agak-agak untuk 11 hari? Mula-mula aku cadang nak roamingkan kad ATM aku, tapi terlupa. Harap-harap cukup la.

duit-duit korea. lepas ni aku malas nak sebut KRW1000. Aku sebut $1 je. $1 @ KRW1000 lebih kurang RM3.


Ok, tu dulu kali ni. Sambung lagi nanti..

Sabtu, 20 Julai 2013

Sebelum ke Korea (bahagian 1)

Bahagian Ke 2 di SINI

Setelah ditegur oleh, En. Anif sebab tak menepati janji (hok3), maka hari ini aku akan cuba menulis serba sedikit tentang perjalanan aku ke Korea. Tapi disebabkan ni adalah bahagian 1, maka korang takkan dapat cerita aku di Korea. Sebaliknya aku akan ceritakan kisah sebelum perjalanan bermula.(sejak bila la aku buat preview post ni?)

Semuanya bermula pada tahun lepas. Aku tak pasti, kenapa aku nak sangat pergi Korea. Mesti ada sebabnya kan? Tapi aku dah lupa. Beberapa kali jugak la aku try ajak kawan pergi tapi selalu la, kalau bukan masalah masa, masalah tambang agak mahal.

Entah macam mana, pada pertengahan / akhir tahun 2012, ada la AirAsia buat promosi pergi ke sana. Aku terus tak fikir panjang, terus tempah tiket. Bila aku kata aku tak fikir panjang, sila la percaya ye. Sebab aku sedang membayar harga tindakan terburu-buru aku tu sekarang.


1- Tiket

Dipendekkan cerita, aku telah menempah tiket untuk pergi ke Korea pada 2-12/6/2013 (11 hari ya! Jangan tak tau).. Agak tersedak juga aku dengan ketamakan aku ni. Siap terlajak dari tarikh cuti sekolah. Tapi nak buat macam mana? Nasi dah jadi bubur. Kalau tukar tiket, aku kena bayar denda dan beli tiket baru. Tak mampu aku.. huhu.. Patutnya aku boleh la gunakan CRK aku yang tak pernah berguna lagi. Tapi aku silap, Pengetua nak juga aku ambil CTG. Dengan kata lain, perkhidmatan aku pada bulan 6 tidak dikira kerana aku telah mengambil cuti selama 3 hari. Jangan tanya perasaan aku. Frust tak terkira.

Disebabkan kami ada 11 hari di Korea, maka aku pun buat keputusan nak ke Jeju. Tempat cerita My Girl tu!!! Aku tempah tiket dari syarikat Eastar Jet. Mujur la syarikat tu ada web bahasa Inggeris. Mula-mula aku nak minta tolong dengan orang yang boleh cakap Korea tapi dia minta duit servis RM100 (huk3!! mujur dia balas email lambat, aku dah beli dulu!)

Ada banyak syarikat penerbangan yang pergi ke Jeju tapi kalau dari Seoul, syarikat penerbangan bajet yang ada ialah Jeju Air, Eastar dan T'ways. Aku mula-mula macam minat t'ways sebab dia paling murah (kot?) tapi disebabkan web dia dalam hangul, aku pun riki Jeju Air dan Eastar Jet je. Harga kedua-dua syarikat ni lebih kurang je tapi kebetulan, tiket Eastar lagi murah masa tu, maka, Eastar la yang kami pilih.



Sebenarnya, aku tempah bilik dulu baru tempah tiket flight. Nak dijadikan cerita, aku boleh pulak tersalah beli tiket dekat Eastar Jet. patut aku pergi Seoul 5 Jun tapi aku terbeli tiket 4 Jun. Akibatnya, aku kena bayar denda tukar tiket. Mujur Eastar ni tak cekik darah macam AirAsia. Kos tukar tarikh hanyalah RM15. Malah, kalau aku tukar tiket dalam 24 jam, aku tak payah bayar denda. Tak macam AirAsia. Pantang ada peluang, nak cekik darah je.


2- Tempat Penginapan

Setelah menempah tiket ke Korea, maka aku pun mula la menempah bilik di sana. Seperti biasa, partner in crime aku mesti la si Fadh. Maka, berlaku la beberapa malam kami dok mencari bilik untuk tidur sepanjang kami di sana. Macam-macam kaedah carian kami guna. Akhirnya kami guna khidmat Booking.com untuk menempah bilik di Seoul dan Hostels.com untuk menempah bilik di Jeju. Pada aku, website-website ni sangat memudahkan. Harga dia pun berbaloi-baloi.. cuma, korang kena rajin survey la..Ingat tak masa aku pergi Singapura dulu pun aku guna khidmat AsiaRooms.com?


3- Mencari Maklumat

Percayalah bila aku kata, Korea adalah negara paling mudah kalau korang nak pergi berjalan secara backpacking. Ada sangat banyak blogger yang cerita pasal pengalaman mereka ke sana (oh, aku pun akan jadi salah seorang dari mereka!! Wow!!) Tetapi, maklumat yang paling best, kami dapat dari forum cari.my. Perghh.. ada berbelas-belas 'rumah' di bawah tajuk melancong ke Korea. Apa maklumat korang nak? semuanya ada. Terima kasih kepada ahli-ahli forum cari.my. Semua maklumat yang mereka letak di situ adalah dari hasil pengalaman dan pembacaan mereka dari blog-blog lain. dan mereka meletak maklumat tersebut dengan sangat tersusun. Mudah kerja korang.

Sambil-sambil tu, kami buka juga website Korea Tourism. Saja gatal.. Cari no telefon bagai.. buat apa cari no telefon? Aish... Nanti aku cerita ye.


4- Pengangkutan.

Disebabkan sistem tren di Seoul adalah sangat awesome, maka korang yang berjimat dan muda, haruslah naik tren sepanjang berada di Seoul. Kalau korang ada tablet, sila la download aplikasi sistem subway dia. sangat membantu korang untuk begerak semsa di Seoul.

Tak seperti di Seoul, Pulau Jeju takde train. Baca punya baca, kebanyakan backpackers sewa teksi (dengan pemandu) tetapi harganya agak mahal (kira-kira 130,000 won = RM390 untuk khidmat selama 8 jam). Sebenarnya ok harga tu, tapi kata nak jimat.. cari la cara lain.. Tapi, aku sempat la jugak kontek driver teksi tu. Dan mereka membalas dengan sangat pantas! Seperti la internet tu sentiasa kat tangan, tak lepas-lepas. 

Dan memang itu maksud aku. Sebab, driver teksi tu balas email aku guna iphone ye.. ada pulak sorang driver ni, siap add aku dalam fb lagi. Tak ke hebat tu?

Setelah, berfikir dan membaca blog-blog orang, kami buat keputusan untuk menyewa kereta sahaja. Kami sewa kereta dengan KT Kumho. Tak la mahal sangat terutamnaya kalau korang jadi ahli. Kami sewa kereta yang paling murah iaitu Kia Morning/Picanto. Kos sewa kereta kami selama 4 hari 3malam hanyalah KRW58,500 (RM175.50). Cuma, kami kena la mohon permit memandu antarabangsa. Orang yang terpilih ialah Fadh. Harga permit ialah RM150/tahun.



Panjang sangat dah.. sambung bahagian 2 nanti ye.. huhu..

Gambar? Eh, tak berlepas lagi kan? Gambar apanya??

Sabtu, 22 Disember 2012

Jalan-jalan di Singapura (bahagian 4)

Assalamualaikum..

Lama dah aku tak update blog ni. Malas. Tu je alasan aku. Dah-dah la salahkan benda lain..

Sebenarnya, banyak perkara berlaku masa bulan November hari tu. Tapi Aku takde resa na menaip. Ni pun aku menaip sebab aku rasa aku kena bertanggung jawab ke atas apa yang aku dah mulakan. Oh, ini mengingatkan aku kepada kerja sekolah yang aku tak buat-buat lagi. Hahah..

Jadi, seperti yang aku janjikan, ini adalah bahagian ke 4 tentang lawatan aku ke Singapura. Kalau nak baca tentang yang sebelum ni, klik la kat link ni:

Apa yang aku nak cerita ye? Hurrmmm..


PERSIAPAN PERGI JALAN-JALAN (tanpa pakej):



1- Sila tahu apa tujuan korang nak gi sana. Adakah untuk menikmati pemandangan? Adakah untuk melihat monumen? Untuk berhibur? Untuk menikmati makanan?

- Untuk bahagian ni aku buat silap. Aku tak tahu apa tujuan aku pergi ke Singapura. Banyak kali aku ditanya 'nak ke mana?' 'tahu tak cara nak pergi?'. Aku pergi memang pakai terjah tanpa fikir panjang. So, korang tau la apa akibatnya kalau buat sesuatu tanpa tujuan kan? Korang akan lost. Takde hala tuju.

2- Dah tau mana nak pergi, sila la cari maklumat, macam mana caranya korang nak pergi ke tempat yang hendak dituju tu.
-Dah semestinya, kalau Singapura ni, yang mudahnya adalah dengan menaiki MRT. Sebab? Kitorang tak reti nak drive kat Singapura. Lagipun dengar cerita macam leceh je. Lagipun harga parking dia agak meruntun jiwa jugak la. Kalau boleh, dapatkan terus peta-peta yang sepatutnya. 

3- Jangan lupa juga survey kat mana korang nak tidur. Jangan la bajet yang korang ni hebat sangat sanggup tidur kat mana-mana. 
-Macam aku aritu, aku survey bilik guna Asiaroom.com. Dapat la bilik RM120/malam termasuk cukai. Aku suka Asiaroom sebab dia bagi dari serendah-rendah bajet yang ada.

4- Tukar duit siap-siap
- Biasanya tukar duit kat Malaysia lagi untung. Tapi beza sikit je kalau tukar kat sana pun. Kalau korang guna ATM maybank, korang boleh buat roaming supaya boleh cucuk duit kat oversea. Sila buat sebelum bergerak ke sana. Boleh gak pakai kad kredit tapi aku tak reti. hehe.


5- Sila maklum yang kebanyakan negara luar ni jenis wipe je.. istinjak tanpa air. 
-Hehe.. so, kalau korang tak biasa, maka, sila la bawa botol air kosong banyak-banyak untuk tadah air sebelum berurusan di bank. Aku dapat pengajaran ni masa pergi China dulu.

6- Kalau boleh, bajet siap-siap perbelanjaan
- Hurmm.. harga barang kat Singapura lebih kurang harga barang kat Malaysia. TAPI kadar matawang dia tak sama. SGD1 = RM2.50. Jadi, kalau korang beli nasi goreng biasa kat Malaysia RM4, kat sana SGD4. Jadi, agak-agak la nak makan berapa kali sehari, dan berapa bajet makan.


APA YANG AKU NAMPAK

1- Harga barang mahal
-Serius, masa mula-mula aku sampai Singapura, aku asyik ulang "Aku sayang Malaysia" "Nasib baik aku duduk Malaysia". Haha.. Semua benda mahal kot. So, aku agak terkira-kira apa aku nak beli, nak makan. Ye la.. mungkin kalau aku bergaji SGD mungkin aku tak kisah sangat kot. Makanan punya harga macam ok la kot. Tengok tempat. Tapi yang aku tak boleh terima ialah, ada setengah tempat tu (bukan hotel), selipar jepun pun mahal. Tak terhadam aku!

2- Bahasa
- Huhu.. bukan berniat nak racist tapi aku mendapati, kalau nak tanya apa-apa, kalau tanya pada orang cina, dia akan jawab BI tapi kalau tanya bangsa lain, ada harapan jawapan dalam BM. Maka, dalam masa aku kat Singapura tu, aku memang sangat tere bertanya arah dalam bahasa inggeris. Nak tulis balik dah lupa dah. Haha

3- Pengangkutan Awam
- Hurmm.. MRT. Nak kata kedudukan dekat, ada la 7 minit gak berjalan dari hotel. Tapi dah namanya pergi negeri orang, pandai la nak hidup kan? Kalau kat sini, ada aku nak jalan? Waalaikumussalam. Dan jaringan antara MRT dia boleh tahan bagus gak la. Walaupun kadang-kadang antara stesen pertukaran tu tak dekat, tapi tak terasa sangat sebab sepanjang perjalan berbumbung dan berhawa dingin (macam dalam bangunan). Macam kita, nak tukar, kena keluar jalan, lalu panas bagai. Masa menunggu pun pendek sedikit. Memang beza 1-2 minit tu tak banyak tapi, bilangan orang dalam tren sangat berbeza dalam 1-2 minit tu. Tu yang buat orang Malaysia berkira kot. Tapi aku nampak, kita sedang berusaha ke arah yang lebih baik.
-Teksi, rate agak mahal. Kalau malam, lagi la mahal. Dan, mereka biasa call teksi kalau kat kawasan Orchard Road. So, kalau ada teksi  lalu, tak yah la susah-susah tahan. Ada orang punya tu.
- Kat sana ada lorong bas. Malaysia pun ada. Tapi rakyat kita selfish di negara sendiri. Peduli hapa dengan lorong bas? Yang penting, dia cepat. Rakyat kat sana ikut peraturan sebab tak nak kena saman.


4- Sampah
- Aku duduk kat Geylang.. Ada je sampah. Cuma mungkin la tak sedahsyat Chowkit. Heheh..

5- Orang sana tak gemuk.
- Huhu.. mungkin gaya hidup dia sangat laju, sibuk, dan mereka bergantung pada MRT, jadi mereka bergerak sangat laju. Berjalan pun laju. Masa masuk dalam MRT, boleh dikatakan, payah nak jumpa orang gemuk. Selalunya, kami-kami la yang paling gemuk. Huhu.. 
See?? Diorang tak gemuk kan?


*****************************************

Secara keseluruhan, perjalan aku ke Singapura memang agak terkebil-kebil sebab kami tak berapa tahu apa yang kami nak lihat di Singapura (aku nak dating je sebenarnya. hahah) tapi bagi aku, terkebil-kebil tu juga merupakan 1 pengalaman. Memang tak sama dengan pengalaman kalau berjalan dengan pakej yang lebih teratur dan dah tau tarikan tempat yang dilawati.

Pape pun, aku ok je. Nama pun cari pengalaman. Mungkin pergi lagi kot lain kali. Tapi kali ni, tujuan nak masuk USS je la. Aku sebenarnya tak heran sangat taman tema sebab aku seakan ada nasib buruk dengan taman tema. Tiap kai pergi, mesti ada barang hilang. Tapi kali ni, try je la kot. Mana tau. itu pun tengok keadaan macam mana.

Dari segi bajet...
Hari pertama - RM 192.13
Hari kedua - RM 139.50
Hari ketiga - RM 44.45
Jumlah - RM 372.08 @ SGD 148.83

Tolak RM 171.70 yang aku dah spent siap-siap sebelum masuk Singapura dan setelah balik semua ke JB, jumlah perbelanjaan aku setelah jejak kaki ke Singapura ialah RM 200.375 @ SGD 80.15

p/s: Puan Zaiton, saya belanja RM200 ok! Hahah.. Tapi saya rasa lebih sikit sebab kira-kira aritu macam RM225.. huhu

Isnin, 24 September 2012

Jalan-jalan di Singapura (bahagian 3)

Aku tak pasti dah berapa hari sejak entry pertama pasal aku jalan-jalan kat Singapura dan aku masih takde mood sebenarnya tapi aku bertekad kena habiskan jugak. Lantak la. Kalau nak baca Bahagian 1 dan 2 boleh klik sini:
Jalan-jalan di Singapura (bahagian 1)
Jalan-jalan di Singapura (bahagian 2)

Jalan-jalan di Singapura (bahagian 4)

============================================

Hari Ketiga (30/5/2012 - Rabu)


Hari terakhir. Hari ni akan balik ke Batu Pahat. Dan nampak gayanya aku takde can la nak jumpa orang kegemaran aku.. huhu.. eh, tah-tah dia tengah shooting kat KL kot masa tu? Oh, Aaron Aziz!! Haha..

Kami kemas beg dari malam tadi. Hari ni niatnya nak cari sarapan kat tempat yang best sikit. Jadi, kalau kena keluar awal cari makan, tu la yang kami akan buat. 

Kami check-out hotel. Kami tanya la orang kaunter macam mana nak pergi Chinese Garden. Tiba adik tu kata, "tak best la pergi situ kak. Baik pergi Botanical Garden". Ah.. kat mana pulak tu?

Jeng! Jeng! Jeng!!!! Adik tu keluarkan peta. Peta yang menunjukkan stesen MRT dan tarikan di sekitarnya. Erkk?? Awat dia tak tunjuk awal-awal??? jawapan dia "Dah akak tak mintak!" Erk!

Pergi ke MRT bersama misi. Nak pergi Marina Bay. Orang kata cantik nak bergambar situ. Lepas beli tiket, pandangan teralih ke belah kiri "Eh, cafe ni halal la!!" Nama cafe tu Ananas Cafe. Aku tak sure MRT lain ada ke tak tapi kat MRT Al- Juneid ada cafe ni.

Boleh tahan juga la menu dia. Aku beli bubur ayam (memang kegemaran aku). Budak lain beli nasi lemak dengan lauk sampingan. Serius aku suka bubur ayam aku! Dah la sedap! murah lak tu!
Bubur aku yang best! Macam bubur McD ok!

Nasi lemak Fadh. Juga SGD2! Antara makanan murah kat Singapura

Lepas makan, kami pergi ke Marina Bay. Hurmm.. secara dasarnya dia adalah pusat membeli-belah ala-ala KLCC.. Besar. Tapi 1 kedai pun kami tak masuk. Lalu je. Tujuan kami nak bergambar je. Nak dapatkan view. Nak tunjuk bukti dah sampai Singapura. Hahaha!!! Jadi, Ini buktinya!! Tadaa!!

Dari Marina Sand Bay menghadap Bandar Singapura

Budak peramah dengan pakcik peramah

Lepas bergambar dan budak laki 2 orang tu puas sembang dengan sorang pakcik ni, kami pun bergerak ke MRT. Masa ni, KESEMUA beg kami diperiksa. Makcik yang periksa tu baik. Siap buat lawak lagi tapi dia tetap periksa semua beg.

Fadh nak beli lagi cenderamata. Jadi, sekali lagi kami ke Jalan Bugis. Lagipun, Restoran Zam Zam terletak di  Jalan Arab yang memang dekat dengan Stesen Bugis.

Selepas menambah cenderamata, kami try jugak beli air buah yang dijual di situ dan seperti yang aku jangka, rasanya agak tawar (air + buah je kot) tapi ok la jugak.. dan kami pun mencari Restoran Zam Zam..

Fadh apa lagi! dengan pantas dia order Murtabak Singapore perisa kambing. Acap perisa ayam kot. Aku? Nasi goreng biasa! Hahaha.. Murah dan kenyang untuk perut aku.

aku makan nasi goreng yang boleh tahan. Fadh dan murtabak kambing dia. Semua order air kathira (yang warna putih tu) kecuali aku. Tak minat! Huhuhu

Lepas makan, kami solat di Masjid Sultan. Lepas solat, kami pun bergerak ke stesen MRT Bugis untuk beli tiket ke Woodland. Di Woodland, kami naik bas ke ICQ (kastam johor) dan dari situ, kami tukar bas lagi ke stesen bas Larkin.

Di Larkin, aku ambil tiket ke Batu Pahat sementara 3 kawan aku balik ke KL

So, perbelanjaan aku pada hari ketiga
1- Sarapan (bubur ayam) = RM5 (SGD2)
2- MRT Al-Juneid - Marina = RM3.75 (SGD1.50)
3- MRT Marina - Bugis = RM2.75 (SGD1.10)
4- Nasi goreng biasa = RM10 (SGD4)
5- MRT Bugis - Woodland = RM5.50 (SGD2.20)
6- Bas Woodland - ICQ = RM3.25 (SGD1.30)
7- Bas ICQ - Stesen bas Larkin = RM1.70 (SGD0.68)
8- Bas Larkin - Batu Pahat = RM10 (SGD4)
9- Air buah Bugis Street = RM2.50 (SGD1)
Jumlah = RM44.45 (SGD17.78)

Dalam bahagian 4, kita akan buat kesimpulan, kesilapan dan pengajaran sepanjang berada di Singapura ye

Selasa, 4 September 2012

Jalan-jalan di Singapura (bahagian 2)

Huhu.. sori.. Janji nak update kelmarin. Ni dah berhari-hari baru aku update bahagian 2. Boleh la kata aku sibuk beraya.. heheh.. Kalau nak baca bahagian 1 boleh baca kat

Jalan-jalan di Singapura (bahagian 1)
==========================

Hari Kedua (29/5/2012 - Selasa)

Hurmm.. masih lagi terkesan dengan kepenatan semalam. Aku demam. Malam tak payah cerita la. Siap berdengkur. Punya la dahsyat..

Kami gerak pukul 8 kot.. Aku dah lupa. Kami ambil keputusan untuk sarapan di kedai mamak yang berhampiran dengan hotel kami. Aku yang dalam keadaan bajet gila pilih untuk makan nasi lemak kosong berlauk telur. Aku tak ingat aku minum air apa. Mungkin teh ais la kot. Sebab untuk nasi lemak basic + air, aku dicaj SGD4.30.
syahdu kan?
Hari ni, kami rancang nak pergi Sentosa Island!!!! Yeehaa!!! Ok, aku tak tahu kenapa aku excited tapi boleh la. Kami ambil MRT ke Front Harbour. Dekat situ, kami pergi Vivo dan ambil Sentosa Express ke Pulau Sentosa. Ada 4 stesen dan kami pergi ke stesen paling hujung iaitu kawasan pantai.

Tahukah anda yang orang Singapura takde pantai lain selain yang terdapat di Pulau Sentosa ni? Maka, andai kata mereka teringin nak berkelah, maka Pulau Sentosa ni la tempatnya. Ada pembaca beritahu aku, selain Pulau Sentosa, Singpura ada beberapa pantai lagi. Huhu.. maaf ye. Aku silap sebelum ni. Masih ada beberapa pantai di Singapura seperti Pantai Changi, Pantai di East Coast Park, Sembawang Park dan Pasir Ris Park. Ada juga Pulau Ubin dan Pulau Kusu.

Berbalik kepada pantai-pantai di Pulau Sentosa. Ada 3 atau 4 pantai di sini. yang aku ingat ialah Siloso dan Palawan. Lagi 2 aku lupa (sori..) dan pantai ni boleh dikatakan sangat bersih. Aku tak pasti la sebab orang Singapura memang pembersih atau pekerja pembersihan Pulau Sentosa sangat cekap. Cuma 1 downside mandi kat sini ialah, kau boleh nampak kapal daa kat belakang. aish!!


Pantai Siloso

Kawasan paling hujung di Singapura


Ikutkan aku sangat teringin nak naik skyline dan luge. Tapi atas sebab-sebab tertentu, kami batalkan. Nak naik segway. Mahal gila ok! SGD12 untuk 5 minit. Kejadah? Ada orang kata ada di Taman Tasik Perdana. Baik naik di situ je. Ada juga sky ride. Pun mahal. Boleh dapat kat Genting highland.

Segway yang mahal.

Last-last kami ambil keputusan nak try 4D cineblast. Aku dan Fadh beli 2 je. Extreme Log Adventure (naik 1 benda macam bot, lepas tu kita terasa macam kita ni kayu balak dan melalui perjalanan kayu balak dari masa ditebang hingga ke tempat pengumpulan balak. Best!) dengan Pirate (cerita pendek pasal seorang budak cuba gagalkan usaha lanun rampas harta bapa dia. Memang real la lebah dia. huhu). Kami tak try Desperado (naik atas plana mekanikal dan cuba tembak penjahat dekat skrin. Siap ada markah lagi!) dan mungkin kami tersilap sebab Acap dengan Safwan main Desperado 4 kali! Kalau bukan sebab kami suruh berhenti, aku rasa sampai ke malam mereka masih main Desperado tu.

2 hero yang tak bosan-bosan main Desperado

Dan aktiviti paling penting yang kami lakukan di Pulau Sentosa ialah bergambar dekat globe USS. Tak masuk pun USS sebab tak bawa duit. Bergambar je dulu. Lain kali kot.


Pukul 3 lebih. Kami dah penat dan lapar. Kami pun pergi ke Vivo City untuk makan. Berpusing-pusing cari foodcourt halal, Mujur ada. Aku makan nasi goreng biasa. Hohoho.. puas hati. Kenyang! Air aku tak beli. Aku just minum air yang aku bawa (jimat beb!)

Sama ada aku memang kantoi adalam bab arah ataupun Vivo City sengal sebab tak buat papan tanda ke surau, kami gagal jumpa surau. Aku dah mula baran. Dah la aku baran dengan toilet dia yang sangat cerewet. Takde air 1 hal. Nak tadah air kat sinki pun payah. Sakit hati aku!

Last-last, kami balik. Malas nak cari. Jama' takhir la hari ni. Kami pergi ke Bugis street untuk cari cenderamata. Berdasarkan pemerhatian aku selama ni, adalah sangat useless aku beli barang macam-macam. So, aku tumpang Fadh untuk beli keychain (SGD5/12pcs). Fadh, Safwan dan Acap beli t shirt. Ok gak la harganya. SGD10 boleh dapat 3 atau 4 t shirt.

Kedai di Bugis street. Nasib baik tutup hari tu. hahaha!!

Lepas shopping, kami balik. Penat kot! Malas nak fikir nak dinner di mana, kami ambil keputusan untuk makan mi segera je. Kami beli di 7E yang berhampiran dengan hotel kami. Jenama Myojo. Ni la satu-satunya barang buatan Singapura yang aku beli. Hehe..

product of Singapore
Dan sekali lagi, malam itu, selepas solat, kami pengsan! Tapi mesti kemas barang dulu!!! Esok nak gerak pagi-pagi. Banyak lagi tempat nak cover. Acap je yang masih bertenaga. Entah berapa banyak tempat malam tu dia jalan sorang-sorang aku pun tak pasti..


So, catatan perbelanjaan untuk hari kedua yang panjang ialah:
1- Sarapan: RM10.75 (SGD4.30)
2- Tambang MRT Al-Juneid - Front HArbour: RM4.50 (SGD1.80)
3- Sentosa Express (2 hala): RM7.5 (SGD3)
4- 4D Log Ride + Pirate: RM75 (SGD 30)
5- Nasi goreng di Vivo City: RM11.25 (SGD4.50)
6- Tambang MRT Frount Harbour -  Bugis: RM4.50 (SGD1.80)
7- Keychain 12pcs: RM12.5 (SGD5)
8- Tambang MRT Bugis - Al-Juneid (ulang alik): RM3.25 (SGD 1.30)
9- Mi segera: RM6,25 (SGD2.5)
JUMLAH = RM135.50 (SGD54.20)

so.. tinggal 2 bahagian je lagi. Tunggu!!!

Isnin, 3 September 2012

Duit Raya 2012

Duit raya.. Biasanya budak yang dapat. Tapi tahun ni atas cadangan Shairah, aku bagi duit raya pada makcik pakcik aku. Alasan Shairah, " sebab mak ayah dia yang bagi kita duit raya selama ni." hahah.. Dan aku terpedaya. Maka, no no duit raya untuk sepupu kecil tapi duit raya untuk makcik pakcik.

Tapi, bila aku hulur duit raya pada makcik pakcik aku, mereka semua terkejut. "Ye ke ni? Sampul kosong aku tak nak la." jawapan aku ialah "Betul.. buat apa nak tipu? Hanya untuk makcik dan pakcik. Anak-anak along tak bagi."

Aku rasa ada betulnya bagi duit raya kat pakcik makcik ni sebab secara logiknya, mereka yang banyak berbelanja bila raya tiba. Nak beli baju, nak beli makanan, semua mak ayah yang buat. Jadi, walaupun duit yang aku bagi tak banyak, aku rasa mereka layak mendapatnya.

Ada yang kata, "bagi duit raya kat kanak-kanak lagi bagus sebab mereka tu tak banyak dosa. Masih belajar lagi.." Haha... kan? 

Tapi, bak kata Haji Bakhil, " Budak kecil tak boleh pegang duit banyak-banyak." dan aku setuju. Sebab mereka banyak duit la nanti mereka tambah koleksi mainan, beli top up la, tukar handphone la.. Zaman dah berubah kan?

Dan mereka akan kata lagi, " Tapi budak kecik lagi happy dapat duit raya. Orang tua tak sangat.."

Banyaknya duit raya dia!!! Ambil gambar dari SINI

Ye ke? Cuba korang bagi duit raya dekat orang tua. Korang akan nampak 1 reaksi yang lain dari mereka. Serius. Aku nampak reaksi tu dari pakcik makcik aku. Mereka rasa tak percaya. Mereka tak sangka ada orang ingat mereka. Lebih-lebih lagi kalau kau bagi pada pakcik makcik yang kau jarang bersembang. Makcik yang dah biasa, jadi jurucakap lagi bagi pihak aku. Haha..

Tapi aku tak tau la kalau aku yang perasan sorang. Tapi, entry ni tertulis sebab aku rasa gembira sangat dapat duit raya masa pergi open house Sabtu lepas. See?? Siapa kata orang tua tak happy dapat duit raya?  Tah berapa kali aku cakap terima kasih pun aku tak ingat. Aku memang happy sangat-sangat. Bercampur segan.. hihihi..

Cuma 1 yang aku kurang suka. Masa raya haritu, ada la budak yang berbunyi, " Jangan pergi dekat dia. Dia bagi RM1 je. Sikit". Memang selamat la budak tu kena ceramah dengan aku. 

Bukan budak je yang ada bunyi. Makcik aku sorang pun ada yang bunyi macam tu. Aku tau dia gurau tapi gurau tu, biar la bertempat.. boleh tak? Jangan tunjuk sangat yang kau materialistik boleh tak? Tapi disebabkan dia orang tua, aku takde la membidas sangat. Ikut mulut aku yang laser ni, memang... aiii.... nak kena ni. Tapi aku biar otak kawal lidah aku dulu.

Duit raya.. Tak boleh dinafikan, walaupun berapa umur kita, bila kita dapat duit raya, kita tetap happy gila. Cuma ingat 2 perkara:
1- Setiap RM1 yang kita bagi pada orang, kecil je nilai dia
2- Setiap RM1 yang kita dapat dari orang, sangat besar nilai dia.

Jangan komplen, jangan banding. Lagipun, ini berkaitan dengan keseronokan mengumpul duit dari sanak saudara kan? Dan sila ingat. Dengan RM1, kau boleh dapat 2 keping kuih. Nak banyak lagi, kumpul lagi duit baru beli..

Akhir sekali, duit raya aku sekarang dah RM6. Korang ada? Hahaha..

p/s: aku dah tahu.. Budak kecil dapat duit raya rasa gembira. orang tua dapat duit raya rasa terharu. =)

Jumaat, 31 Ogos 2012

Jalan-jalan di Singapura (Bhgn 1)

Bismillahir rahmanir rahim...

Aku mulakan penulisan kali ni dengan basmalah sebab aku risau entry kali ni pun separuh jalan je. Sekali lagi, aku salahkan kedudukan laptop aku di atas lantai yang menyebabkan aku tak berapa selesa menaip.. jap aku ubah kedudukan jap.

OK. Kali ni aku nak ceritakan trip aku ke Singapura bersama dengan kawan aku pada cuti sekolah dulu (bukan cuti raya ni ye.. Cuti bulan 6). Haha.. Aku tau cerita basi. So what? Mana lagi korang nak dapat cerita basi kalau bukan dari blog aku kan? Heheh..

Jalan-jalan di Singapura (Bhgn 2)
Jalan-jalan di Singapura (Bhgn 3)
Jalan-jalan di Singapura (Bhgn 4)

=================================================

Hari Pertama (28/5/2012 - Isnin)

Sila ingat, duit yang aku bawa adalah SGD80 (RM200) untuk 3 hari 2 malam.

Aku siap lambat. Haha.. Bas pukul 8.30 am kot... Pukul 7.30 am aku baru start En. Ken.. Ambil Fadhlina dan Safwan. Lepas tu ke Bukit Indah ambil Saufi sebab dia yang akan hantar En. Ken balik. Masa tu Fadh dah bising suruh aku laju. Dia risau tertinggal; bas. Aku lak lek je... Padahal tak tau TBS (terminal Bersepadu Selatan) kat mana. OK, aku takde lak rilex sebenarnya cuma masa tu kereta aku membawa 4 orang dewasa yang bersaiz XL. Jadi aku terasa yang inersia dia agak di luar kawalan kalau bawa laju-laju.. Kenari je kot. Kesian dia.. Dan tuan dia kalau ada pape jadi nanti.

Sempat pun sampai ke TBS. Acap tengah berurusan di kaunter tiket. Jangan tak tau, nak beli tiket sekarang kena bagi no IC bagai. Fadh pula pergi kedai beli roti dan susu kotak sebagai sarapan kami.

Dipendekkan cerita, kami sampai ke Singapura dalam pukul 1 lebih kot. Kami turun di Beach Road. Agak-agak waktu Zohor gitu. Tapi disebabkan hotel kami check in pukul 3, kami pun berjalan-jalan la dulu. Kami pergi ke stesen MRT Nicoll Highway. Tanya MRT mana paling dekat dengan Arab Street. Orang tu kata, jalan depan ni je.. Maka kami pun jalan..

Sampai la ke Jalan Baghdad kot.. Aku tak ingat. Yang pastinya kami dah lapar, jadi kami makan la kat Cafe Gelam. Ikutkan Fadh nak cari Restoran Zam Zam. Takpe la.. makan ni dulu la.. Lapar sangat dah ni. So, untuk lunch pertama aku di Singapura, aku makan Mi Rebus dengan Teh O ais. Yang lain makan nasi. 

Kami bertanya pada orang kedai macam mana nak pergi ke Mustafa (Gedung ala-ala Mydin. Orang kata lagi murah dari Mydin. Isk.. Kena check ni. Betul ke?). Orang tu kata, kalau naik teksi, dalam SGD5. Kalau jalan kaki dalam 15 minit. Mengenangkan yang kami ni tidak berduit. Kami pun pilih untuk berjalan kaki. Lagipun, orang tu kata jalan terus je boleh sampai.

Lalu pasar barang antik tapi tak berani berhenti. Mahal kot walaupun barang lama. huhuh

Orang tu tipu!!! Lebih kurang 30 minit kot kami jalan. Dah la tak terus je.. Ada pulak pembinaan bagai tapi akhirnya kami sampai juga la. Masa tu, kasut Fadh dah barai. Terus pergi ke bahagian kasut. Aku tengok je la. Pada aku, tak la murah sangat. Harga bedak Silky Girl dia sama dengan harga kat Guardian kat One Utama (ikut matawang dia). Yang murah kat situ ialah minyak wangi dia. Barang lain tak murah sangat. Ye la. Dia pun import dari Malaysia kan?

Pukul 4 lebih kami check in hotel kami Fragrance Crystal yang terletak kat Lorong Geylang 18. Hotel ni kami dapat murah gak la. Terima kasih kepada AsiaRooms.com. Jaraknya 5 minit Jalan kaki ke MRT Al-Juneid.

hotel kami

Serius kami penat gila! Kami macam dah ronda 20% Singapura dalam usaha mencari Mustafa tadi (dan tak dapat hasil). Aku penat gila. Mandi sikit-sikit, solat. Rancangannya pukul 5 nanti nak pergi bergambar ke Merlion dan pergi Orchard Road pada sebelah malam. Tapi..

Aku sorang terpergi Orchard Road awal. Tak join bergambar dekat Merlion. Huhu.. ada janji dengan seseorang. Hehe.. Kena ambil peluang. Dah la susah nak jumpa.. Sembang punya sembang, dah malam.. Fadh, Acap dan Safwan dah sampai ke Orchard Road, kami pun makan la di KFC yang berhampiran.

Secara umumnya, Orchard Road ni ala-ala kawasan Bukit Bintang di Malaysia. Ada kedai-kedai berjenama. Orang kata harga barang-barang kat sini murah dari di Malaysia. Tapi disebabkan aku leka bersembang dan 3 kawan aku dah penat masa sampai ke Orchard Road, maka kami tak la window shopping (plus, aku cuma ada SGD80 ok?)

Cer teka. Mana 1 Merlion?

Safwan dan Acap dan... err.. apa tu ek?

Acap dan Fadh dan beberapa lelaki asing. Tak malu sungguh Fadh berlagak kasual dengan pakcik itu.

KFC Fadh. Tapi aku amik kulit semua. Aku makan burger je


Lepas makan, kami dah tak larat. Ingat nak balik naik teksi je. Kaki dah sakit tapi nak tunggu teksi punya la sengsara.. Maka, naik MRT juga la kami.. Nak kena menapak ke hotel lagi... 1 hal la pulak..

Sampai hotel, mandi lagi. Rendam kaki dalam air panas. Sembang sikit. Akhirnya aku dan Fadh berdengkur..

Dan aku demam.. hahah

So, catatan perbelanjaan untuk hari pertama ialah:
1- Hotel: RM120 (SGD48)*
2- Bas TBS-Singapore: RM36 (SGD14.4)*
3- Roti dan susu (sarapan): RM2.5 (SGD1)**
4- Panadol: RM1.5 (SGD 0.6)**
5- Mi rebus + Teh O ais limau: RM10.75 (SGD4.30)
6- Tambang MRT Farrer Park - Al-Juneid: RM4 (SGD1.6)
7- Tambang MRT Al-Juneid - Orchard x 2 (ulang alik): RM7.5 (SGD 3)
8- KFC Kids Meal: RM9.88 (SGD3.95)
JUMLAH = RM192.13 (SGD76.85)

* - Bayaran yang aku dah buat siap-siap sebelum berjalan. Jadi tak masuk dalam bajet SGD80 aku..
** - Barang yang dibeli di Malaysia. Sebab tu harga dia murah.

Kita sambung Bahagian 2 esok OK?
  

Isnin, 11 Jun 2012

Aku - En. Ken = Aku + LRT + bas

Kisahnya... En. Ken masih di spa. ke tukang jahit? Aku memang agak bengang la.. Tapi apa lagi aku nak kata? Nak tak nak, pagi tadi, ayah kena la hantar aku pergi kerja. Mujur jalan agak tenang hari ni.Orang malas pergi kerja lagi kot?

Kebetulan, hari ni aku kena tengok perlawanan bola lisut (softball) antara rumah sukan. Maka balik lambat la aku. Tak sempat nak join mak balik.

Sila ingat, aku bekerja betul-betul di hadapan Tasik Titiwangsa. Dan hari ni aku merancang nak balik naik LRT. LRT terdekat ialah di Stesen Titiwangsa. Untuk ke sana, aku bercadang nak jalan kaki je.. sebagai usaha untuk memahami seseorang yang aku kenal yang suka berjalan. Lagipun, kalau aku boleh berjalan di Singapura, kenapa aku tak boleh berjalan di KL?

5.34 petang
Aku keluar dari pagar sekolah. Aku jalan ke Jalan Tun Razak, naik jejantas menyeberang ke sebelah HKL dan menyusur menuju ke LRT. naik lagi 1 jejantas di hadapan hospital. Lalu belakang kedai-kedai.. naik tangga. Tak perasan pulak ada eskalator.. huk3... 3 tingkat kot..

Lepas beli tiket, aku baru perasan yang aku pergi tu stesen monorel. Nak pergi kel LRT, sila seberang lagi.. sempat juga aku melihat kereta yang tak berapa banyak petang tadi. Kenapa hari aku tak bawa kereta, jalan nampak best??? hahaha.. Rasa nak maki diri sendiri.. Dah jalan jauh..  Adalah lebih dekat jika aku jalan lalu Istana Budaya, Jalan Titiwangsa, seberang jejantas ke Hospital Tawakal dan jalan terus je ke LRT.. huhu.. takpe.. tabahkan hati.. Sape suruh tak tau kat mana stesen tu/.

6.05 petang
Sampai ke platform. Pergi hujung sebab nak tempat duduk.. Hahaha.. Terlepas tren ke Ampang. Kalau la tren tu bas, aku kejar je. tak jauh pun.. tapi dah terlepas..

6.10 petang
Tren Ampang lalu lagi. Dapat tempat duduk!!! Hahah.. Logiknya memang dapat la memendangkan Stesen Titiwangsa ni stesen ke3 dari hujung. Orang ramai naik di Stesen Masjid Jamek.

6.39 petang.
Keluar dari Stesen Cempaka. Cadangnya nak naik bas sebab nak jimat dan sebagai tanda protes teksi-teksi tu suka tunggu orang. Bas 324 dah tiba. Tapi pintunya ditutup. Penumpang kena tunggu di luar. Tak tahu berapa minit mereka dah menunggu depan pintu. Tapi aku bas 323 dan bas belum muncul lagi.

6.45 petang
Bas 323 sampai. Yang peliknya dia tak buka pintu untuk penumpang naik. Pemandu turun. Kami tunggu depan pintu.. Makin lama orang makin ramai. Aku dah makin bosan. Apa alasan pemandu tunggu lama-lama? Nak bagi nas penuh baru nak jalan? Patut la orang sanggup naik teksi yang mahal dan tunggu orang tu. Bas lagi lama kena tunggu.

Aku naik STAR LRT.. (yang garisan kuning) naik di Titiwangsa dan turun di Cempaka.

6.57 petang
Pintu  bas dibuka. Aku bayar RM1 untuk tiket. Kalau naik teksi kena bayar RM4, tunggu orang dalam 5 minit dan kena kongsi teksi dengan orang lain. Untung betul pemandu teksi kat Stesen Cempaka tu. Dah la mereka marah kalau pemandu teksi luar mengambil penumpang di situ. Dengan kata lain, teksi luar hanya boleh turunkan penumpang sahaja. Ambil penumpang tak boleh.

7.27 petang
Bas sampai ke perhentian bas depan 7E. Aku berjalan ke rumah.

7.31 petang
Aku masuk pintu rumah, letak beg dan terus cari air sejuk.. haha..

Tempoh dari sekolah ke rumah dengan menaiki pengangkutan awam.. 1 jam 57 minit.. Kalau naik kereta lebih kurang 45 minit. jarak rumah ke sekolah lebih kurang 13km.

Ikutkan ok je. Dan ramai warga Kl yang tempuh benda ni hari-hari.. tu belum cerita yang berulang ke Seremban dengan tren dan bas... tapi serius.. AKU NAK EN. KEN CEPAT!!!!

Dan kepada mereka-mereka yang naik pengangkutan awam tiap hari.. SAYA RESPEK DENGAN ANDA YANG TIDAK JEMU! ANDA HEBAT!


Rabu, 4 April 2012

Update kemalangan dengan motor

1st of all, aku nak maklumkan yang kemalangan dengan motor semalam merupakan 1st time aku berlanggar dengan benda bergerak. Dan aku harap, ini kali terakhir.. huhu..

Hari ini hari Bidang Teknik dan Vokasional untuk Minggu Akademik. Maknanya aktiviti hari ni memang melibatkan aku. Minggu ni juga aku bertugas sebagai guru brtugas mingguan. Dan apa yang aku sedang buat sekarang? Ye! Aku cuti!!! Yeehaa!!!

Ok, sebenarnya aku dah dalam perjalanan ke sekolah dah bila aku mendapati yang aircond aku tak berfungsi. Cermin depan aku berkabus semacam. Bila aku cuba nak buka tingkap, tak boleh. Aku dah cuak. Tapi dapat juga la aku hantar mak ke pejabat.

Bila aku telefon Saufi nak mengadu pasal aircond (haha.. kami selalu telefon 1 sama lain untuk mengadu benda-benda bodoh), dia suruh aku periksa semua termasuk la suhu enjin. Masa tu la baru aku perasan yang suhu dah sampai warna merah. Aku dah terkejut habis dah! Terus matikan enjin. huk3..

Saufi suruh aku isi air di radiator. Macam la aku tahu radiator tu apa. Tapi aku berjaya jugalah cari tempat yang sepatutnya aku isi air. Dapat la juga En. Ken bergerak ke parking yang sepatutnya. Mujur la masih di pejabat mak. Takde la aku cuak sangat.

Mak minta tolong kawan pejabatnya periksa kereta aku. Daripada pemerhatian awal, mereka dapati yang radiator aku bocor teruk. Kalau aku nak pandu ke bengkel berdekatan sekalipun, aku mungkin kena isi air 4-5 kali. Nak mudah, mereka tolong  tanggalkan radiator tu dan kawan mak aku akan bawa radiator ke bengkel untuk dibaiki.
Kepada yang tak tahu, inilah radiator. Tapi aku isi air tadi kat spare tank (bekas warna putih sebelah dia)

Dari pemerhatian mereka juga, mereka kata agak teruk juga kemalangan tu. Alamak! aku dah mula risaukan penunggang motor semalam. Macam mana keadaan dia? Nampak macam ok tapi tak tahu lah.

Saufi telefon untuk bertanya khabar En. Ken (Ye, dia memang lebih berminat tahu khabar en. Ken). Aku beritahu dia yang kawan mak aku kata, kemalangan tu teruk. Saufi bertanya, "Kenapa akak tak berhenti tepi jalan dan periksa?". Uh..uh.. Aku jawab la yang aku dah perlahankan kereta tapi aku tengok orang tu tak datang, maka aku teruskan perjalanan.

"Akak boleh kena cas langgar lari tau! Kenapa akak tak berhenti tepi jalan? Berhenti je la. Emergency, takkan orang nak marah" ye, macam tu la aku kena sound sebijik.

Ye la.. dah orang tak datang kat aku, aku ingat tak teruk la.. tu yang aku terus je. Bukan aku tak tengok-tengok belakang.. Tapi, ye, memang aku ada silap di situ. Cuma, benda tu dah lepas. kalau orang tu nak lapor pun, apa aku boleh buat? hurmm... Cuma, aku harap, dia (penunggang motor tu) sihat luar dalam (maksud aku tak cedera langsung). Aku tak nak jadi penyebab kematian seseorang. Biarla  motor dia teruk, aku kena bayar ganti rugi untuk repair. Tapi jangan la apa-apa yang serius jadi pada dia.. Nauzubillah..

Tentang En. Ken.. Hurmm.. aku rasa aku kena la cucuk duit ASB atau Tabung Haji aku. Duit gaji memang dah habis dah.

Doakan orang tu ok ye? Aku risau ni.. Risau kena pergi balai pun ye jugak. Tapi aku lebih risau dengan kecederaan orang tu. Harap-harap ok la.

10.21am: baru dapat panggilan dari ayah bertanya tentang kereta aku. Dia baru perasan yang ada coolant  tumpah di tempat letak kereta.

Rabu, 22 Februari 2012

Update Aku, Adik Toshi, Ram dan External HD

Akhirnya, adik toshi pulih.. Takde la aku sentap dan cuak lagi nk on komputer..

Wahai encik kedai, saya nak pulangkan ram awak. Dia tak berfungsi kalau dok sorang. Nape la awak tak check betul-betul masa jual? RM110 tau! sekarang, saya ada ram 2gb tak tau nak buat apa.

Encik kedai juga.. betul ke casing external HD saya tu rosak? Ke kabel dia je? Kawan saya pakai tadi ok je? (tapi kabel lain la..) Saya tak la ralat nak bagi casing tu pada kawan saya. Yang saya ralat adalah sebab saya kena beli casing harga RM50 (kedai lain RM40) sedangkan kalau kabel je mungkin murah..

Boleh jugak berlaku ram tak compatible antara 1 sama lain ye?

Isnin, 20 Februari 2012

Kesal dan Keliru

Berbual dengan mak. Mak serius berjaya buat aku menyesal sebab tak pilih untuk bersara pada umur 60. Katanya, kalau pilih untuk bersara umur 60 ni, banyak kelebihan berbanding mereka yang pencen umur 56/58.

Aku agak nyesal sebab sekarang ni, perkhidmatan aku 31 tahun 3 bulan. Kalau aku ambil cuti tanpa gaji, boleh ambil kurang dari 1 tahun je la. Kalau terlebih karang, tak cukup 30 tahun perkhidmatan, tak dapat pencen 60% dari gaji mati..

Tapi, seriously, aku larat ke kerja lebih dari umur 56 tahun? Hurmmm... kalau la aku dah tak layak nak dapat pencen penuh, apa kata, aku minta je cuti tanpa gaji banyak-banyak, sekadar cukup untuk syarat minimum dapat pencen 50% gaji? Ok tak? Tapi 50% dengan 60% tu banyak bezanya woo... Kalau gaji mati 5000, tak ke 500 beza pencen tu? Banyak tu....

Huhuhu.. Aku benci bila aku sangat materialistik. Tapi aku memang materialistik pun. Hahaha..

Dalam hal lain yang tak berkaitan... Aku masih tak tau nak sambung belajar dalam bidang apa.. Tolong bagi idea kat aku boleh tak? Aku sangat teringin untuk sambung belajar. Nope. Tak nak ambil pedagogi.. atau kemahiran berfikir. Aku tak minat subjek gitu..

Bagi idea please??? Aku ingat nak ambil geografi. tapi dengar cerita, ada di USM je. Kalau nak dekat dengan rumah, UPM atau UKM la.. Tapi orang kata, UPSI, lecturer dia boleh lebih kurang.. hurmm..

Bagi pendapat ok? Kalau boleh nak apply tahun ni. Lagi lama tangguh, lagi tua aku. Makin kurang kebolehan nak serap ilmu