Hurm.. Hari ni aku nak sambung bahagian kedua tentang persiapan ke Korea.. hurmm... Untuk baca Bahagian 1 boleh klik SINI
5- Makanan.
Aku tanya la pada kawan yang dah pergi ke Korea dan baca la sikit-sikit. Boleh tahan gak harga makanan kat Korea ni. Mahal!!! Jadi, Kalau nak berjimat, sila bawa makanan siap-siap dari sini. Lagipun, kena ambil kira gak senang atau tak nak cari makanan kan?
Maka, kami pun menyediakan lebih kurang 5-10kg makanan termasukla beras. Sardin, bubur segera, mi segera.. ok la untuk 3 orang kan?
Bubur segera kegemaran aku. Ada 2 jenama. Berasli dan Natures Own. Dua-dua sama sedap. Aku suka perisa cendawan dan rumpai laut. Perisa ayam agak banyak halia. Tambah pepper lagi.. sedapnya.. humm.. |
6- Pakaian
Disebabkan sekarang ni musim panas, maka kami bawa baju biasa-biasa je. Aku bawa 7 helai baju kot (serius banyak kan? Berat gile beg aku. Tu belum campur baju tidur lagi.Tapi mujur la aku bawa baju banyak. takde ruang nak ampai baju)
7- Tukar duit
Setelah membaca dan menelefon sana sini, akhirnya aku tukar duit di Ampang Park. Nama pengurup wang tu ialah Agensi AntaraDuit. Harga dia memenag best! Di kala orang lain cas RM2.85/KRW1000, tempat ni cas RM2.818 je. Kawan aku kata, pengurup wang kat Giant Taman Dagang pun murah jugak. Try la banding ye.
Aku tukar RM2500, jadi aku dapat la dalm KRW887. hurmm.. cukup tak agak-agak untuk 11 hari? Mula-mula aku cadang nak roamingkan kad ATM aku, tapi terlupa. Harap-harap cukup la.
duit-duit korea. lepas ni aku malas nak sebut KRW1000. Aku sebut $1 je. $1 @ KRW1000 lebih kurang RM3. |
Ok, tu dulu kali ni. Sambung lagi nanti..
Bagus tips tukar duit tu.. :D
BalasPadamhuhu.. kalau orang ampang bagus la.. orang jb tukar duit ktne?
BalasPadamperghhh... dia baru balik dari Korea aaaaa... jeles jeles... koh koh koh
BalasPadamala.. kita budget traveller je... dia lg grand..
Padamtertunggu2 entry semasa di korea... =)
BalasPadamhuk3.. sori.. tahun ni akk malas sgt.. nnti akk try ye..
PadamHaiiiii..Cakkk!!
BalasPadamdone follow sini no. 148
sudilah kiranya follow me back yea..
he2.. salam kenal.. keep in touch yea..=)
http://tengkubutang.blogspot.com/
dan my 2nd blog
http://kucenkucenbelog.blogspot.com/
ok.. tq...
PadamAsa syarikat pinjaman pinjaman bersedia untuk meminjamkan mana-mana jumlah yang anda perlukan untuk memulakan perniagaan peribadi anda. kami memberi pinjaman pada kadar faedah 3%, juga jika anda ingin membeli rumah di atas ansuran bulanan kita juga boleh menjual rumah untuk anda. supaya Sila memohon pinjaman pertanian pertanian. jika anda memerlukan hubungan pinjaman e-mel kami: asaloantransfer@gmail.com, anda juga boleh menghubungi e-mel ini: finance_institute2015@outlook.com, Mungkin ada banyak sebab mengapa anda perlu akses kepada beberapa wang tunai tambahan - daripada yang tidak dijangka pembaikan kereta atau rumah untuk membayar perkahwinan anda atau cuti khas. Tetapi apa sahaja yang anda memerlukannya, apabila anda meminjam antara $ 5,000 USD untuk 100,000 USD di atas.
BalasPadampengkhususan Syarikat.
1) Kami memberi pinjaman pada kadar faedah 3%.
2) Kami juga boleh membeli sebuah rumah pilihan anda dalam mana-mana lokasi pilihan anda.
Kak...sewa kereta dengan pemandu ade ke
BalasPadamErr... Mcm sewa teksi la kan? Kat jeju ada. Tp baik drive sendiri.. Seronok.. Peta sangat membantu
Padam