KLIK LAJU-LAJU!

MARI BLOGWALKING DENGAN APESAL.COM

Yang Baik Hati =)

Cari cerita lama

Aku terkini

sebelum komen, baca dulu komen orang lain boleh? Bosan la nak balas komen yang sama.. sebab jawapan aku mesti sama punya. tak pasal2 aku jadi astro karang ulang tayang beberapa kali

* jangan orang astro sentap pulak dengan aku, suda
Memaparkan catatan dengan label famili. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label famili. Papar semua catatan

Jumaat, 1 Mac 2013

Update Homestay Fatimah Azahara di Sg. Kong Kong

Haha.. ingat tak haritu aku dok promot homestay pakcik aku? betul tak ingat? Ok, klik SINI. Bagai la aku cakap.. tapi aku tak cakap plak rate dia.

Ye la.. bukan aku tokeinya, cane aku nak bagitau harga? tapi aku bantai gak hentam masa buat iklan kat Mudah.my.

Sudahnya, banyak la pembetulan yang Pak Ngah aku kena buat.. dan 1 hal lah pulak aku kena betulkan iklan kat mudah.my... huhuh

By the way, ini adalah rate yang telah difikrkan oleh pakcik aku. Aku rasa macam ok. Tapi kalau korang berkampung, sila la kawtim lagi k?

========================================================

Homestay Fatimah Azahara, Sungai Kong Kong 

Harga sewaan

1- Rumah (Homestay) - RM100.00 / malam
** 1 bilik dengan queen bed. Di hall ada 1 katil single + 1 tilam tambahan. Nak tilam lagi? Bayaran tambahan RM10 dikenakan. Sesuai untuk 1 keluarga 4-6 orang

rumah

2- Rakit (pangkin + tempat memancing - 8 jam) - RM50.00

rakit
3- Bot dengan enjin 30hp (pandu sendiri - 11jam) - RM50.00 *kenalan sahaja

4- Bot cruise (20-30 minit, 4-6 orang) - RM25/pax

5- Sewa bot 60hp dengan pemandu untuk memancing - RM35.00 sejam

bot untuk cruise (60hp)

6- Bot enjin 60hp + memancing di Pengerang / Pengelih (umpan, minyak dll disediakan. Sesuai untuk 4 orang. 11 jam) - RM400

7- Tempat tambat bot tanpa enjin - RM40.00 sebulan (termasuk upah buang air hujan)

8- Tempat tambat bot dengan enjin - RM80.00 sebulan

tempat tambat bot

9- Pakej rumah 1 (1 malam)
Rumah + rakit + 1 x bot cruise (20-30min) - RM150.00

10 - Pakej rumah 2 (2malam)
Rumah + rakit + 1 x bot cruise (20-30min) - RM250.00

=========================================================

Bersusah payah aku edit benda alah ni.. silalah korang try homestay Pak Ngah aku ni.. terutamanya bagi mereka yang berada di belah selatan sana.

Hohoho.. nasib la aku jauh. kalau dekat, dah selamat aku jadi Kate Winslet kat bot Pak Ngah. hahahaha

Rabu, 20 Februari 2013

Homestay untuk kaki pancing (siap ada cruise lagi!)

Korang gila memancing? Kalau ye, meh aku jeleskan korang dengan gambar ni

Ni ikan  apa ek? Betul ke dia ikan Pipi Tebal?
dan gambar ni..

Ikan Kurau separuh tinggi aku,

OKlah. Sebenarnya aku nak promot homestay pak ngah aku ni.. Dia buat homestay ni memang untuk mereka yang suka nak rehat-rehat kat kawasan sungai. Nama Homestay tu Fatimah Azahara. Kat Sungai Kong Kong, Masai, Johor. Sangat tenang. Sesuai untuk seisi keluarga. Kalau korang nak minta dia bawa korang cruise kat kawasan sekitar pun boleh.

Bot untuk cruise di kawasan sekitar dan untuk pergi memancing di Pengelih

Kalau korang kaki pancing, korang boleh la sewa bot dia. Tak tau mana nak pergi? Apa lagi, sebab dia pak ngah aku.. korang mintak la dia tolong bawa korang kat lubuk ikan.. untuk korang, dia buat punya la. Tak pun, korang memancing je la dari rakit dia (ye.. dia ada rumah, rumah rakit dan bot)

Rumah rakit

Rumah rakit Zoom In

Baru-baru ni, parents aku dah pergi ke sana. Mak aku kata, kalau nak bawa ramai-ramai pun takpe sebab, walaupun katil tak banyak, tapi Pak Ngah aku ni sediakan banyak tilam. Korang boleh bentang dan golek puas-puas (huhu.. kami kat kampung memang bentang tilam, suka tido ramai-ramai kat hall)

Kat rumah dia juga ada dapur.. untuk korang masak hasil tangkapan korang.. Memang cun ah! (makcik aku yang bagitau. hehehe)

Pemandangan dari rumah rakit ke homestay Fatimah Azahara
Makan jangan risau. Ada banyak kedai yang murah kat sekeliling tu. Mintak je Pak Ngah aku ni tunjuk (pstt.. sebenarnya Pak Ngah aku ni sangat kebosanan.. kalau korang nak dia berkepit dengan korang sepanjang masa pun, aku rasa dia tak kisah)


Ala-ala macam kat kampung nelayan kan?

Sori, aku tak tau berapa harga penginapan kat homestay pakcik aku ni. Dia pun aku rasa, memang masih baru. Tak tau nak cas berapa. So, korang bincang la dengan dia direct ye.

Homestay ni sangat sesuai kalau korang nak lari dari kebingitan kota. Bukan rumah batu. Rumah papan je. Memang la homestay (inap desa) sebenar. Nak memancing, pergi je kat rakit dia. Dia tak marah punya. Nak cruise? Nak gi cari tempat mancing lain? Bagitau je. Memang ni la homestay yang sesuai dengan korang.

Tapi kalau korang nak homestay rumah batu berhawa dingin, jenis memancing kat kolam, well, aku ucapkan terima kasih sebab baca sampai sini. Kalau korang tak kisah, sebarkan la pada kawan-kawan yang memang berminat dengan aktiviti memancing dan alam sekitar.

Kalau korang berminat, sila hubungi Haffas Shahrom (Pak Ngah aku) di 019 777 4583. Cakap la korang kawan aku ke, peminat aku ke, pakwe aku ke, mesti dia layan baek punya!!

Ahad, 28 Oktober 2012

Bila Nak kahwin?

Pernah tak korang ditanya, " Bila nak kahwin?"
Apa jawapan korang?

Aku dah pernah try bagi macam-macam jawapan. Dari " tahun depan (tapi tak tau tahun bila)", "tunggu kurus" hinggalah " tunggu orang pinang"

Serius, aku sangat terharu sebenarnya dengan mereka yang ambil peduli dengan keadaan aku yang masih membujang. Terima kasih sebab risau aku tua sebelum sempat beranak. Terima kasih sebab risau aku mati keseorangan. Demi Allah, aku pun tak terbayang hidup sorang-sorang sampai ke tua. Aku sama macam orang lain, berharap untuk punya keluarga sendiri. Tak nak hidup sorang-sorang masa tua nanti. Tapi, adakah aku fikirkan benda tu sepanjang masa?

Tett!!! Aku tak fikirkan benda tu sepanjang masa. Aku lebih risau berat badan yang tak turun-turun. Aku risaukan simpanan aku yang belum banyak lagi. Aku risaukan tiket yang makin lama makin mahal hingga aku tak mampu nak jalan-jalan. Ahh!! Pendek kata, banyak je benda yang aku fikirkan.

Ayah aku adalah antara orang yang risau aku tak kahwin-kahwin lagi. Ye la.. kawan yang sebaya dekat kawasan ni, masing-masing dah kahwin. Pernah sampai 1 tahap, ayah aku terfikir nak pinang laki untuk aku. aku ulang balik dengan huruf besar. "AYAH AKU NAK PINANGKAN MANA-MANA LAKI UNTUK AKU". Mujur dia tak cakap depan aku. Dia cuma cakap dekat mak. 

Adakah aku begitu terdesak? Aku harap tak la. Aku kesian sebenarnya dekat ayah aku. Serius, dia dah berumur 60 tahun dan dia je pakcik tua kat sini yang masih belum ada cucu. Aku faham kerisauan dia. Mesti dia asyik fikir, apa yang tak kena sampai anak dara dia tak laku-laku sampai sekarang?

Tu belum cerita lagi tentang saudara mara yang asyik bertanya. Tanya direct kat aku takpe la. Ni siap bercerita kat belakang. Aik??!! Kenapa kau risau pasal aku? Sebab anak kau semua dah kahwin? Jadi kau dah takde apa nak risau? Begitu? Kalau betul risau, tolong la carikan. Jangan sekadar bertanya dan bercerita.

Tapi sekarang aku rasa aku dah dapat jawapan yang baik kalau-kalau aku ditanya lagi lepas ni.

Baru-baru ni, ustazah kat sekolah aku bercerita tentang jodoh. Tentang dia orang Terengganu yang tak suka orang Terengganu tapi akhirnya kahwin dengan orang Terengganu juga. Ikutkan dia dah bertunang dengan orang lain dah tapi sebab jodoh, jadi juga dengan orang yang dia tak suka tu.

Ok, cerita tu nampak cliche. Memang la.. Sebab ni blog aku. Aku tak nak cerita pasal ustazah tu panjang-panjang. Aku cuma nak sedut ayat ustazah tu iaitu:
" Pada masa kita disenyawakan, telah tertulis untuk kita jodoh, ajal dan maut kita. Dah siap tertulis denagn sape dan bila kita kahwin. Sebab tu, kadang-kadang kita nak juga tapi tak dapat. Maknanya bukan rezeki kita, bukan hak kita, bukan jodoh kita la. Dan ada juga yang kita elak, tapi memang itu la yang ditentukan untuk kita. Kadang-kadang kita rancang nak kahwin umur berapa tapi Tuhan dah tentukan lebih dulu nak kita kahwin bila"

Tu jawapan pertama yang aku akan guna lepas ni. Dan ada lagi 1 jawapan yang aku rasa sesuai juga untuk digunakan lepas ni iaitu:
"Tuhan takkan uji hambaNya dengan ujian yang tak mampu mereka pikul. Mungkin, ujian untuk aku ialah jodoh yang lambat. Tu bermakna aku mampu terima ujian tu. dan mungkin, ujian jenis ni  je la yang aku mampu tanggung. Tuhan tak bagi ujian tu pada kau mungkin sebab kau tak boleh hidup tanpa pasangan kau."

Aku harap, dengan jawapan ni dan nada yang betul, aku dapat la membuatkan orang yang banyak soal tu diam sekejap. Berhenti-berhenti la kata aku memilih. Beli ikan di pasar pun kita nak pilih yang elok. Inikan pula lelaki yang bakal jadi pasangan seumur hidup. Takkan tak boleh memilih kot? Lagipun, kita boleh memilih kalau ada calon. Kalau takde calon, nak pilih apanya?

Ok, saje je tulis pasal ni. Takde isu atau cerita pun di sebaliknya. Cuma, aku dah takde idea sangat dah nak tulis apa.. hehehe...

Aku akan jawab A terus sebab terharu yang dia tak bagi  pilihan jawapan 'NO'



Isnin, 3 September 2012

Duit Raya 2012

Duit raya.. Biasanya budak yang dapat. Tapi tahun ni atas cadangan Shairah, aku bagi duit raya pada makcik pakcik aku. Alasan Shairah, " sebab mak ayah dia yang bagi kita duit raya selama ni." hahah.. Dan aku terpedaya. Maka, no no duit raya untuk sepupu kecil tapi duit raya untuk makcik pakcik.

Tapi, bila aku hulur duit raya pada makcik pakcik aku, mereka semua terkejut. "Ye ke ni? Sampul kosong aku tak nak la." jawapan aku ialah "Betul.. buat apa nak tipu? Hanya untuk makcik dan pakcik. Anak-anak along tak bagi."

Aku rasa ada betulnya bagi duit raya kat pakcik makcik ni sebab secara logiknya, mereka yang banyak berbelanja bila raya tiba. Nak beli baju, nak beli makanan, semua mak ayah yang buat. Jadi, walaupun duit yang aku bagi tak banyak, aku rasa mereka layak mendapatnya.

Ada yang kata, "bagi duit raya kat kanak-kanak lagi bagus sebab mereka tu tak banyak dosa. Masih belajar lagi.." Haha... kan? 

Tapi, bak kata Haji Bakhil, " Budak kecil tak boleh pegang duit banyak-banyak." dan aku setuju. Sebab mereka banyak duit la nanti mereka tambah koleksi mainan, beli top up la, tukar handphone la.. Zaman dah berubah kan?

Dan mereka akan kata lagi, " Tapi budak kecik lagi happy dapat duit raya. Orang tua tak sangat.."

Banyaknya duit raya dia!!! Ambil gambar dari SINI

Ye ke? Cuba korang bagi duit raya dekat orang tua. Korang akan nampak 1 reaksi yang lain dari mereka. Serius. Aku nampak reaksi tu dari pakcik makcik aku. Mereka rasa tak percaya. Mereka tak sangka ada orang ingat mereka. Lebih-lebih lagi kalau kau bagi pada pakcik makcik yang kau jarang bersembang. Makcik yang dah biasa, jadi jurucakap lagi bagi pihak aku. Haha..

Tapi aku tak tau la kalau aku yang perasan sorang. Tapi, entry ni tertulis sebab aku rasa gembira sangat dapat duit raya masa pergi open house Sabtu lepas. See?? Siapa kata orang tua tak happy dapat duit raya?  Tah berapa kali aku cakap terima kasih pun aku tak ingat. Aku memang happy sangat-sangat. Bercampur segan.. hihihi..

Cuma 1 yang aku kurang suka. Masa raya haritu, ada la budak yang berbunyi, " Jangan pergi dekat dia. Dia bagi RM1 je. Sikit". Memang selamat la budak tu kena ceramah dengan aku. 

Bukan budak je yang ada bunyi. Makcik aku sorang pun ada yang bunyi macam tu. Aku tau dia gurau tapi gurau tu, biar la bertempat.. boleh tak? Jangan tunjuk sangat yang kau materialistik boleh tak? Tapi disebabkan dia orang tua, aku takde la membidas sangat. Ikut mulut aku yang laser ni, memang... aiii.... nak kena ni. Tapi aku biar otak kawal lidah aku dulu.

Duit raya.. Tak boleh dinafikan, walaupun berapa umur kita, bila kita dapat duit raya, kita tetap happy gila. Cuma ingat 2 perkara:
1- Setiap RM1 yang kita bagi pada orang, kecil je nilai dia
2- Setiap RM1 yang kita dapat dari orang, sangat besar nilai dia.

Jangan komplen, jangan banding. Lagipun, ini berkaitan dengan keseronokan mengumpul duit dari sanak saudara kan? Dan sila ingat. Dengan RM1, kau boleh dapat 2 keping kuih. Nak banyak lagi, kumpul lagi duit baru beli..

Akhir sekali, duit raya aku sekarang dah RM6. Korang ada? Hahaha..

p/s: aku dah tahu.. Budak kecil dapat duit raya rasa gembira. orang tua dapat duit raya rasa terharu. =)

Ahad, 26 Februari 2012

Kisah Sang Cicak

Aku jumpa benda ni dlam FB.. di forwardkan oleh Busuk.org dan artikel disedut dari Productive Muslim. Malas nak edit sebab aku rasa perenggan dia dah cun dah... selamat membaca

==================================

This is a STORY that happened in Japan .

Japanese houses normally have a hollow space between the wooden walls.

In order to renovate the house, someone in Japan breaks open the wall. When tearing down the walls, he found that there was a lizard stuck there because a nail from outside hammered into one of its feet.

He sees this, feels pity, and at the same time curious, as when he checked the nail, it was nailed 10 years ago when the house was first built.

What happened?...............................!!! The lizard has survived in such position for 10 years ! In a dark wall partition for 10 years without moving, it is impossible and mind-boggling.

Then he wondered how this lizard survived for 10 years!!! Without moving a single step - since its foot was nailed !

So he stopped his work and observed the lizard, what it has been doing, and what and how it has been eating.

Later, not knowing from where it came appears another lizard, with food in its mouth.

Ah! He was stunned and touched deeply.

For the lizard That was stuck by nail, another lizard has been feeding it for the past 10 years...

Imagine ! it has been doing that untiringly for 10 long years, without giving up hope on its partner.

Think. Would you do that for Your PARTNER ?
Think. Would you do it for Your MOTHER who brought you after a big struggle of nine long months ?
Or for Your FATHER, FRIENDS, BROTHERS and SISTERS ?

Imagine what a small creature can do that a creature blessed with a brilliant mind can't.

As information and communication technology advances, our access to information becomes faster and faster. But the Distance between human beings . . . is it getting closer as well ?

"Please NEVER ABANDON your LOVED ONES
Never Say YOU Are Busy When They Really Need You" ....:)

"You May Have The Entire World At Your Feet.....
But You Might Be The Only World To Them"....:)

A Moment of Negligence might break the very Heart which loves you through all odds..

Before you say something just remember -
" IT TAKES A MOMENT TO BREAK.BUT AN ENTIRE TIME TO MAKE"

"TO SURVIVE USE YOUR BRAINS, BUT TO LIVE ,USE YOUR HEART".

====================================================

p/s: Bunuh cicak dapat pahala... Hehehe

Rabu, 8 Februari 2012

Khamis, 1 Disember 2011

Mesin basuh buruk

Mesin basuh ayah atuk rosak lagi. Tak sampai berapa bulan rosak. Mak dan Cik Sally kata biasa la tu sebab banyak tangan yang guna. Sama jugak dengan periuk nasi. Hampir tiap tahun kena ganti.

Mak dengan cik Sally berbincang, mesin basuh macam mana yang terbaik untuk ayah atuk. mak suka separuh automatik sebab tak mudah rosak. Cik Sally lebih suka automatik sebab mudah untuk ayah atuk. Tekan sekali dan biarkan sahaja. Ayah atuk tak pandai nak guna spin dryer.

Masalah timbul kerana kami balik ke kampung pada hujung minggu yang bersambung dengan cuti maal hijrah. Mana ada khedai barang elektrik yang buka? Masa tu kami dah naik Avanza (kereta cik Sally) dah. Dah meronda sampai ke Parit Sulong. Takde kedai yang buka. Akhirnya Cik Sally suruh tanya Pakcik M (uh uh.. Sorry Cik Joe.. Along tak ingat nama abang ipar Cik Joe)

Cik Joe (suami Ci Sally) pun telefon la Pakcik M. Kebetulan, ada mesin basuh terpakai di rumahnya yang hendak dijual. RM50 je harganya. Hoho!!! Memang murah sangat la... Oh, lupa nak cerita, Pakcik M ni boleh repair peralatan eletrik (Cik Joe pun boleh tapi dia kata bila dah trip, dia tak berani. Lagipun dia tak boleh concentrate sebab Malaysia nak lawan Bahrain)

Sampai di rumah Pakcik M, kami melihat mesin yang dikatakan. Erkk??!! Ada baju sedang dibasuh di dalamnya. Mesin ni sedia untuk dijual ke tak? Setelah melihat-lihat, Cik Joe menelefon Pakcik M dan berkata "Dah tengok dah mesin dia. RM100 ok?" Lepas tu pakcik aku tanya pulak kat aku "Ok tak along RM100 macam tu? Ok la kan?" Nak tau jawapan ikhlas aku? TAK!!

Errkk?? Bukan tadi kata RM50? Kenapa jadi RM100? Tapi siapa aku nak komplen lebih-lebih? Biar lah. Itu abang ipar dia. Lagipun dia guna duit dia. Tapi aku rasa tak sedap hati. Aku takut nanti mak komplen sebab kalau ikutkan mak dah rancang nak beli mesin basuh tu kongsi adik beradik. Aku kena explain dari awal.

Sampai rumah, aku beritahu siap-siap pada mak. Aku cakap tu mungkin sementara je. Mungkin Cik Sally dan Cik Joe akan angkut mesin dari rumah mereka untu digunakan di kampung nanti.

Entah macam mana, semasa di dapur, Cik Sally bercerita tetang keluarga Pakcik M.

Rupa-rupanya dulu Pakcik M ada perniagaan membaiki barangan elektrik. 1 hari, isterinya Cik Ros (akak Cik Joe) didiagnos menghidap barah. Jadi Pakcik M pun menutup perniagaan sebab menjaga Cik Ros hingga sembuh. Sekarang Cik Ros dah sembuh la. So, mereka cuba berniaga balik. Merek cuba buka kedai makan, kedai runcit, banyaklah pekerjaan yang dicuba tapi setiap kali perniagaan mereka meningkat naik, ada sahaja dugaan yang menimpa keluarga mereka. Jadi sekarang Pakcik M sekadar mengambil upah menghantar budak ke sekolah. Tu je la mata pencarian mereka.

Baru aku faham, rupanya Cik Joe memang sengaja offer harga RM100 sebab dia berniat nak membantu keluarga kakaknya sebab dia faham mereka bukannya hidup senang. Well, Cik Joe dan Cik Sally pun bukanlah orang senang tapi mereka punya pendapatan tetap tiap bulan. Aku rasa mereka bersyukur dari sudut itu..

Hurmm.. Bila aku melihat sifat Pakcik aku tu, aku rasa segan. Aku kadang-kadang begitu berkira nak tolong orang sebab sering rasa yang diri aku sendiri tak cukup. Sedangkan? Masih ramai lagi orang lain yang tak cukup tapi mereka tak la kuat merungut macam aku.

Hurm... Aku memang kena banyak belajar bersyukur.

Sabtu, 10 September 2011

Makan Sabun

Ini kisah makcik aku dan anaknya. Aku tak sure yang mana..

Sekarang kan ada iklan sabun lifebuoy yang ada sorang perempuan ada kulit kering lepas tu ada doktor yang asyik tegur, "Lina, jaga kesihatan ye". Tengok tak? 1 hari, selepas beberapa kali menonton iklan itu, adik saudara aku bertanya emaknya (makcik aku).

Adik saudara: Mak, mak, sabun tu ada banyak vitamin eh?
makcik aku: aah..
Adik saudara: Elok la kan banyak vitamin?
Makcik aku: Aah..
Adik saudara: Dia asyik kata banyak vitamin, banyak vitamin, sabun tu kena makan eh mak?
Makcik aku: Errr.....


Selasa, 6 September 2011

BUNUH LAMPU

Pada suatu malam, selepas makan malam, aku tengok ayah atuk macam dah nak terlelap. Aku pun tanya  tanya la pada atuk aku.

Aku: Ayah atuk nak tidur dah ke? Nak Along matikan lampu ke?
Ayah Atuk: Takpe takpe.. Kejap lagi ayah atuk nak turunkan tilam.. nak pasang kelambu.. Takpe, dah siap nanti, ayah atuk BUNUH sendiri lampu. Ko matikan kipas je.
Aku: Ooo.. ok... (bunuh lampu???)

Sampai sekarang aku tak pasti, ayah atuk aku serius atau bergurau guna perkataan bunuh tu.. Tapi aku tengok, lampu boleh menyala lagi esok.. Mungkin atuk aku pengsankan je lampu tu kot... =p

Jumaat, 2 September 2011

Catatan Syawal 1432H Bahagian 1

Lama aku tak update. Ada macam-macam sebab. Sebab utama adalah aku takde idea. Takde cerita sangat. Hinggalah aku balik beraya.

Raya kali ni agak sederhana. Mungkin kerana hakikat yang duit aku pun agak sederhana amaunnya. Ya, aku dapat bonus setengah bulan gaji.. Dan aku dapat tunggakan selama 8 bulan. Memang best! Masa tengok akaun bank... WALAWEH!!!! 
Agak-agak berapa RM ada ni?

Tapi, setelah ditolak hutang (jangan berhutang tanpa sebab ye kawan-kawan) dan membaiki En. Ken kesayangan (hurmm.. haritu aircond je prob. Tiba-tiba semalam dengan bau hangit, asap putih, aircond bocor.. apakah?) maka duit aku tinggal tak berapa banyak la.
Asap putih ye.. en. ken? bukan..

Tahun ni aku dapat menganyam ketupat dengan jayanya. Aku juga dapat memasukkan beras dalam ketupat (dengan dibantu oleh adik saudara aku). Aku juga dapat tengok CSI (yang diulang-ulang) di ASTRO. Tahun ni kami tak gerak ke mana-mana. Sekadar duduk di rumah menunggu tetamu sebab dah menjadi kebiasaan, sanak saudara yang akan mengunjungi rumak atuk aku sebab atuk aku merupakan Pak Long/ Abang Long.

Jahat tak jahat, kami di rumah yang menjadi tukang bancuh air dan mencuci gelas, mengira, berapa rombongan yang dah datang, dan berapa lagi yang akan datang =) (penat woo basuh gelas..)
banyak gelas terlibat woo..

Masuk hari kedua, kami dah tak larat nak makan makanan raya. Kami dah mula mencari ikan dan sayur untuk dijadikan lauk. Tapi, seperti yang dijangka, tidak banyak kedai yang buka.

Masuk raya ketiga, kami dah mula terintai-intai kedai Hasim di pekan (mi bandung kedai Hasim sangat Rock ok!!) tapi kedai dia sentiasa penuh. Tapi petang tersebut kami dapat juga pergi kedai Hasim sebab kami menerima tetamu yang tak dijangka.
Aku rasa sebenarnya ni gambar mi rebus. Setahu aku, mi bandung takde tauhu kan?

Petang raya ketiga, kami diziarahi oleh cucu atuk aku (sepupu aku) yang dah lama terpisah. 2 orang anak pakcik aku dengan isteri pertama dia. Mereka curi-curi pergi ke rumah ayah mereka dan pakcik aku bawa mereka ke rumah atuk aku. 2 orang lagi adalah anak pakcik aku yang dah lama membawa diri (ada konflik sikit dulu) tapi berhubung semula sebab mereka perlukan atuk aku sebagai wali.

Aku bukan seorang yang mudah menangis. Tapi aku sangat happy. Ye, mereka takkan boleh mesra lagi dengan kami seperti kami rapat dengan sepupu-sepupu lain tapi.. sekurang-kurangnya kami berkenalan semula. =)

Aku dengan makcik pergi ke kedai Hasim membeli nasi goreng dan mi goreng untuk tetamu-tetamu istimewa kami (lauk di rumah habis sebab beli cukup-cukup). Tapi mak dan ayah aku tak sempat untuk membeli mi bandung. Sold out! Inilah kali pertama kami balik kampung tak dapat makan mi bandung. Frust beb!

Catatan kali ni tiada motif. Hanya kisah raya tahun aku kali ni. Mungkin, ada orang akan kata, entry aku patutnya dia singkan kepada beberapa entry. Biarlah.. Aku memang tak pandai menggarap cerita. Kalau aku pandai, dah lama BM aku dapat A1 (kalau sekarang, A+)

Ada cerita lain. Tapi nanti-nanti la aku cerita. Aku ni tengah potong baris adik aku guna komputer ni.. Huhu..

Ahad, 17 Julai 2011

Mak Ayah Aku Tak Sabar Nak Sambut Menantu

Ceh, tadi masa mandi, bukan main banyak idea datang untuk update blog. La ni bila dah terpacak depan komputer, takde idea la plak. Aishh!!!

Oh, apa kata aku cerita kat korang pasal kerisauan mak ayah aku? Uh uh.. apa agaknya yang mak ayah aku risaukan tu ye? Sudah tentu la mereka risau hakikat yang aku masih lagi belum kahwin walaupun dah berumur 29 tahun (Alamak!!! Aku 30 tahun tahun depan!!! Biar betul??)

Aku pun tak tahu kenapa, dalam 2 minggu ni, beria-ia mak aku ajak pergi mandi bunga la.. mandi limau la supaya jodoh melekat kat aku. Muahaha.. 2 reaksi aku tiap kali mak aku bertanya bila masa yang sesuai untuk kami pergi ke sesi mandi manda tu:
1- aku hanya tergelak dan bertanya pada mak aku, " mak rasa, along dah ready ke untuk kahwin? Along kesian la dekat laki tu... "
2- Aku hanya mengeluh (part ni mak aku tak perasan). 

Aku cuak sebenarnya. Aku tak tahu aku dah ready ke nak kahwin. Macam belum. Buat masa ni aku pandai masak nasi goreng je. Masak yang lain belum pandai lagi. Mi segera pun harapkan Ika masakkan untuk aku.
Pandai urus rumah tangga 1 hal, nak cari duit untuk kahwin pun 1 hal. Duit aku di bank bukannya banyak pun.. Aishh!!!


Aku ceritakan la kepada kawan aku tentang keinginan mak aku yang nak bermenantu ni. Aku juga memberitahu kawan aku ni siap-siap yang aku bukanlah seorang yang memilih (ok, aku tipu) cuma, aku memang tiada peluang untuk berkenalan dengan lelaki (anak ikan jangan kira ye. itu anak ikan.Aku perlukan orang untuk menaja hidup aku. Bukan sebaliknya)

Betul aku tak tipu.. Aku pukul 6.45 pagi dah keluar rumah menuju ke sekolah. Pukul 4.20 petang aku dah mula bergerak balik ke rumah. Dalam perjalanan balik, aku jemput mak aku. Itulah rutin aku selama 5 hari seminggu. Jadi, Bilanya aku nak jumpa lelaki? Dah la persekitaran kerja aku memang penuh dengan perempuan je. dah la cikgu-cikgu laki tentu-tentu kahwin awal. Dapat kerja je, terus cari calon isteri. Dah la cikgu laki pun edisi terhad.

Err... aku tak tahu macam mana nak akhiri catatan kali ni. boleh tak aku nak berhenti tiba-tiba je kat sini? boleh ya? Ok. Jumpa lagi.

p/s: Kalau korang nak tolong penuhi impian mak ayah aku, tolong carikan aku lelaki yang hensem, kurus, putih, tinggi, bujang, kaya, baik, beriman, memahami, serta penyabar. Romantik? Ala... kalau dia sayangkan aku, automatik romantik datang sekali.

Ahad, 8 Mei 2011

Keputusan UPU dan kolej matrikulasi dah keluar..

Keputusan ke universiti dan kolej matrikulasi dah keluar. Adik aku dapat:
1- Kolej Matrikulasi Selangor di Banting
2- Unimas di Kota Samarahan

Adik aku ni, alkisahnya, tak pernah la duduk sendiri. Jadi bab pengurusan diri tu kurang sikit (macam aku lebih la kan?) jadi, bila keputusan dah keluar, bila diberitahu je dapat Sarawak, perkara pertama yang adik aku keluhkan ialah, " Ala.. siapa nak basuh baju Ika?"

Biar aku ulang semula ayat aku. Adik aku ni memang kurang sikit kalau bab pengurusan diri. Sepanjang dia bercuti ni, bab masak memang tak perlu risau la. Lepas la kalau untuk dia mengisi perut sendiri. Cuma bab membasuh ni, dia memang kurang sikit.

Cadangnya, kalau dia dapat Matrikulasi Banting tu, memang balik tiap minggu la gamaknya. Tapi bila mengenangkan persaingan antara pelajar matrik, calon STPM, diploma dan pelajar program foundation universiti, program matrikulasi ni seperti menjadi pilihan akhir. Adalah lebih baik ambil foundation sebab universiti mesti mendahulukan pelajar foundationnya dahulu berbanding calon lain kan?

Selain dari itu, kawan adik aku juga mengajaknya untuk menyambung pelajaran di Mesir dalam bidang perubatan (by the way, kerajaan nak stop sekejap pengambilan student medic? Apa kes? Selalu fikir pendek la menteri-menteri sekarang ni! Takpe, benda ni aku ulas lain kali)

Mak aku sekarang sedang berkira-kira nak pindah ke Sarawak. Dia nak teman adik aku sebab dia risau takde orang nk tengok adik aku. Kalau dia pindah sana, semua ikut, rumah ini aku yang punya!!! Wakakakaka!!!

Adakah kalau adik aku nak peri sambung belajar di Mesir, mak aku akan ikut jugak? Tidak. Alasan dia mudah. Kawan adik aku ada.. Haha

Serius, kalau mak aku tunaikan kata-kata dia, mak aku akan jadi emak yang pertama minta tukar tempat kerja dan berpindah sebab anak sambung belajar..

By the way, aku sedang berkira-kira untuk mewasiatkan komputer aku ni kepada adik aku. Dengan kata lain, aku akan berpisah dgn Adik Toshi yang hensem, yang baik, yang taat, yg kadang2 ngada tapi aku sangat sayang.. Hurm.. kena peluk cium selalu, kena format, kena pindahkan fail..

Anyway, tahniah utk adik aku kerana dapat sambung belajar.. Lepas ni aku dah tak yah ambil nombor untuk online!! Yess!! (padahal adik aku yang selalu mengalah! haha!!)

Selasa, 29 Jun 2010

mak aku masuk wad.. =l

hurm.. mak aku masuk wad. semalam.

mula2 dia jez gi hospital sebab tgn dia xleh nak genggam. so doktor pon tulis surat utk dibawa ke hospital Al Islam kat kg baru. dah terlanjur gi sana, aku soh la dia check segala sakit2 dia.

disebabkan sungguh banyak la yang nak diperiksa, maka mak aku ditahan di wad. malam tu, kami ke hospital untuk membawa pakaian, telekung serta peralatan mandian mak. mak kata maybe esok (hari ni) akan keluar.

so, pagi tadi aku ke sekolah tanpa bekal (ye, mak yg masak bekal aku selama ni.. jangan jeles!) dah la aku bangun lambat. huhu.. oh! aku masih boleh gelak2 kerana boleh dikatakan mak aku yg menyerah diri ke hospital. patut xde pape.. semua akan ok..

tengah hari tadi, mak aku sms kata tangannya akan dibedah. aik?? kerana apa ye? rupanya tangannya sudah agak kronik.. kalau x silap pendengaran aku (kerana hp aku sudah tua telinganya) saraf tangan mak aku bertindih. lutut pula perlu diinjek sebab rawan sudah nipis..

so, mak aku akan bermalam sehari lagi di hospital. hurmm.. lauk aku dah beli dah (apa? masak? hahah).. nasi dah masak dah.. cuma, sanggup ke ayah aku gi KL mlm ni sorang2? hehe..

oh.. doakan mak aku ok ye...

p/s: masa aku dapat tau mak aku akan bermalam lagi sehari di hospital, aku tanya mak kalau nak aku bawa apa2 ke hospital. tau apa jawapan dia?
" mak nak nasi beriyani yang ko masak"
even kawan2 aku pun kata, "dasat tul lawak mak ko nih.. aish... saje perli ko suruh masak"

Rabu, 16 Jun 2010

aku enggan kehilangan kalian..

ingat x, aku pernah tanya:
1- anda sangat menyayangi seseorang itu hingga anda berharap, jika ajal yang memisahkan, biarlah..
a) anda yang pergi dahulu
b) dia yang pergi dahulu
kenapa?

x ingat? kalau x ingat, gi baca balik kat SINI

xde sape pon jawab soalan aku tuh.. hampeh tul la.. haha.. aku pun sebenarnya susah nak bagi jawapan.. hingga lah malam tadi.. aku rasa, aku dah dapat jawapan yg solid.. aish..

jawapan aku ialah..
a) biar aku yg gi dulu

dulu, aku rasa aku kuat.. dan aku rasa aku sgt x selfish.. hinggakan aku tergamak kata, biar dia yg gi dulu.. biar aku yg tanggung penderitaan merindui dia.

tah mcm mana tah, malam tadi, sebelum tido, aku terbayang muka ayah atuk dan mak atuk di kampung (aku baru pulang dari kampung, ingat?).

aku terbayangkan ayah atuk aku yang makin kurus, yg makin kurang pendengaran dia, yg tgh berkira2 utk menempah gigi palsu sbb sekarang dia terpaksa mengunyah dengan gusi, yg sangat suka makan benda2 manis (cth: kek coklat) dan yg 3x masuk ke raudhah masa umrah baru2 ni berdoa utk anak cucu dia..

teringat plak kat kat mak atuk yang pakai inai dengan aku. yang tgh dok merancang warna langsir dan sarung kusyen untuk raya tahun ni.. yang mesti teringin nak makan sate tiap kali kami balik kampung..

terbayang pula kat ayah aku yg garang. yg boleh dikatakan selalu x approve apa2 je yg anak dia buat. ajak makan luar pon xnak (tp kecik hati bila tau kitorang selalu makan kat luar x ajak dia) ayah yg membolehkan kami makan udang goreng yg besar (kami jarang makan udang besar-ayah x bagi. dia gatal) sebab udang yg patut jadi umpan dia mancing x abis..

terbayang kat mak.. mak yg teman aku tido saban malam kat hospital masa aku baru lepas operation apendiks pecah dulu.. mak tido kat kerusi je.. sbb xtahu yg kami boleh minta katil utk dia.. mak yg saban pagi bangun pukul 4.30 pagi untuk masak sarapan untuk aku dgn ika.. yg kejut aku pukul 5.30 utk rasa masakan dia cukup rasa ke x.. mak yg teringin sangat nak makan rambutan.. dah 2 minggu dah ni.. hurmm..

ye! keputusan aku muktamad.. aku xnak kehilangan mereka.. kalau dikira dari segi umur, mungkin mereka yg pergi dulu.. tp tah la.. aku x rasa aku sanggup kehilangan dorang.. bila difikir2 balik, alhamdulillah, aku belum pernah kehilangan org yg rapat dengan aku. sama ada saudara yg rapat, kawan yg rapat. sape2 je la yg rapat. aku x pernah lagi kehilangan mereka.

mungkin, sbb tu, buat masa ni, aku pilih A sebagai jawapan aku.. dan aku xnak pikir kemungkinan B yg berlaku..

mak, ayah, mak atuk, ayah atuk, angah, oden, ika, kawan2 sekalian.. aku sayang korang semua.. maaf la kalau aku selalu sakitkan hati korang. tp siyes, aku hargai kehadiran korang dalam hidup aku.

Khamis, 22 April 2010

tag: gambar ke 8 dari folder ke 8

aku telah di tag. oleh sape lagi kalau bukan PUAN SUHIDA? tq su.. aku pun tgh xde idea ni nak tulis apa.. dapat tag ni, at least, leh cover kekeringan aku..

syarat2 tag ni:
1. Go to your photo files, select the 8th photo folder.
2. Select the 8th photo in that folder.
3. Post that photo along with the story behind it.
4. Then challenge 8 blogging friends to do the same
====================================================


hohoho.. ini dia gambar bertuah itu.. gambar lama nih.. kanak2 kecil itu adik bongsu aku) kini sudah mahu ambil spm tahun ini.. dia kata, rasanya masa ni, dia darjah 3.. kalau ye, maknanya masa tu, umur aku dalam 20 thn.. huiyo!!

siyes, aku x berapa ingat bila (tahun) gambar ni diambil. yg aku tau, ni la 1st time aku jejak kaki ke cameron highland.. famili trip.. ada famili cik non, cik han, cik sally, mak atuk, ayah atuk.. huhu.. semua ada.

kami dapat sewa apartment. xsure la guna nama cik non atau cik han. best gak apartment tu. tapi ingatan aku mcm xberapa terang.. lagipun masa tu musim hujan.. banyak kabus.. ye ingatanku berkabus..

gambar ni ditangkap sebelum kami gi ladang strawberi kot.. best ladang strawberi tuh.. yg paling best sebab dia jual aiskrim strawberi yg sangat pekat.. nyum! nyum!

bila nk gi cameron lagi ek?
=======================================================

xtau nak tag sape.. nak tag semua boleh? yang paling utama adalah
jijan (dia pantang nampak kamera. suka bergambo.)
cik oryza (aku tau, mesti gambar makanan),
rye (lg 1 suka bergambo)
mie (mesti ko byk gambo kan?buat la.. buat la..)
safinah (kamera mahal bukan utk disorokkan)
en. anif ( buat la.. plz...)
uthe ( jgn sedih2.. buat tag ni)
kak dila (tolong la reti)

selamat membuat.... hahaha

Ahad, 28 Mac 2010

1 hari menjadi shopaholic

gi pesta buku.. dengan tension.. sebab tau, mesti sesak.. mak punya la kejut kul 9 suruh bersiap. sebelum kul 9.30 dah bertolak pergi. rasanya kul 9.15 kot pergi.

alhamdulillah dapt parking dgn mudah (walaupun aku jahat di jalan). gi je, ika dgn mak tuju sasbadi. aku jalan sorang2.. xde hati weh nak tgk buku rujukan. mcm best la plak buku2 ni. aku nk beli buku kisah nabi tapi mengenangkan buku thn lepas pon aku x baca lagi, hold dulu la..

last2, aku beli 1 buku (rm16.90). banyak lagi nak browse tapi mak dh tepon kata dia kat pintu kuar. masa tu, org dah start ramai dah. huhu.. aku kuar gak la walaupun xdapat cari buku kak anita. on the way, sempat gak tgk beberapa buku best tapi xterbeli. haha.. aku suka beli buku.. tapi x feel la nak beli laju2.. suka browse2 dulu..

oh, MOY publication bawa kartunis bawang tadi. leh tahan jugak =p (aku mmg gatal)

kat bawah, aku dapatkan mak dan ika. aku suruh ika amik kad sim SOX. pe salah? dah la free.. xde expired lak tu sampai umur dia 25. dalam masa ika dok daftar, boleh pulak budak SOX tu approach aku nak soh aku apply SOX (ok, aku akui aku kembang gile bila dia kata aku nampak macam umur 24 despite of 28 x lama lagi).

oh, aku di approach oleh 2 budak SOX. sama ada aku benar2 nampak muda or dorang sangat desperate nk abiskan kad dorang.

makan kat the mall.. aku makan set nasi tomyam (aku xkan makan benda yang xkenyang kalau keluar). elok je nak tunggu makanan, aku order lak nasi mandiy (terpengaruh dgn cik oryza punya entry la ni.. dush! dush!) so, aku makan 2 set nasi.. (diam!)

nasi tomyam ayam+kangkung aku pada aku ok gak la.. tomyam mmg masam.. nasi goreng mak pon ok.. mi hailam ika pon pada aku ok.. nasi mandiy tu, haha.. aku yg gatal nk makan kambing kan? amik ko.. ok gak sebenarnya tap sedikit dry la. sebab kita dah biasa daging itu digulaikan.. yg ni plak mcm daging tu direbus pastu dikeringkan..

anyway, makanan xde yg membazir. aku mmg tere.

dalam usaha mencari toilet, aku terjumpa kedai yg menjual blouse ala2 t shirt.. aish!! rm15 je? huhu.. belek2.. ika amik 1.. aku terus belek2.. ya!! tahniah! rumaizah telah membeli 4 baju dalam masa kurang dari 20minit (tolong la jangan kata aku berkira atau kedekut lagi lepas ni ye. dan aku juga adalah kaki shopping.. wait! kenapa aku nak explain diri aku? kenapa lak aku rasa bersalah kalau x memiliki sifat buruk seperti perempuan lain?)

ok.. balik, seklai lagi aku menjadi jahat. aku benci dengan org yg langgar lampu merah padahal dia tau org dari arah lain amat berharap dengan lampu yg amat sekejap tu.. memang kena la segala vocab aku mmg kuar. malangnye yg dengar, org2 dlm kereta aku je (mak dan ika).

soalan: susah sangat ke ko nak ikut lampu tu? yg sesak memang area tu je.. area lain semua clear. berapa minit je ko stuck. pikir la sikit manusia2 lain yg turut beratur panjang.

seperti aku kata, area pwtc n the mall je yg sesak sikit. tu pun kerana manusia yg x reti nk ikut peraturan tuh. so, perjalanan balik agak indah. hinggalah aku bertemu dgn sorang mamat askar yg agk berlagak.. mula2 aku biar je.. sekali, masa kat traffic light, aku kat sebelah dia.. hahah...

masa ni, dia pecut,aku pun pecut.. maintain muka je.. sampai ke seudah, dia xdapat pecut kereta aku.. hahahah.. (jangan bayangkan aksi yg bahaya ye.. kami memecut pada 3000 rpm je. agak laju tp depan kami xde org..)

singgah carefour ampang. mak beli barang dapur. sekali lagi, aku try usha kasut crocs (padahal kat pasar malam semalam, aku baru beli 2 pasang kasut). semalam, aku try saiz 6 terlalu besar, try saiz 5 lak. tiba arini, try saiz 5 pon besar gabak.. apa kes? adakah aku mmg x berjodoh dgn kasut crocs?(oh, ini bukan crocs ori ye)

oh.. hari shopping rama kami berakhir dengan pembelian kasut sekolah ika kerana mak risau melihat kasut dia yg terlalu buruk. sian kat budak kedai bata tu. dia duty sorang2.. dia la tukang cari kasut, dia la cashier, mmg x menang tangan..

aku pun ada jumpa gak kasut yg aku berkenan. tapi mengenangkan baru lagi beli kasut (x pakai pon lagi), aku tangguhkan niat.. bulan depan la kot.. aku harap, kasut yg aku minat tu dah murah.. aish..

padahal bulan ni bukan turn aku dapat duit kutu.. kenapa aku berbelanja macam dapat bonus 3 bulan gaji?

p/s: padahal gi pesta buku.. duit utk beli buku la paling sikit aku keluarkan.. benda lain lak aku beli bagai nak rak. harus x bershopping selama 6 bulan pasni

Rabu, 17 Mac 2010

teringat balik 2 - toncet atas kepala

tahun: 1990 (darjah 2)
masa: kul 6 lebih, bulan ramadhan (nak berbuka dah)
tempat: umah - klinik - sekolah

masa tu, baru belajar tahan nafas dalam air. pakcik aku la ajar masa mandi kat bukit belacan kot. so, sangat excited la dengan ilmu baru itu..

sebelum berbuka ptg tu, mak suruh aku dengan angah mandi.. share bilik air.. standard la budak lagi.. angah mandi guna paip yg kat kolah.. dia pasang salur getah. aku lak, kunun nak test skill yg pakcik aku baru ajar.. aku tadah air dalam besen, kunun nak selam kepala dalam tu la.. lampu bilik air x buka. x sampai. huhu..

bila air dalam besen dah penuh, aku pun mula la selam kepala dalam tu. tahan nafas 10 saat, keluarkan kepala. masuk kali ke berapa tah, excited sangat, kepala aku terantuk kat paip..

aduh!! sakit gile.. merengek aku jap.. masa tu, kepala rasa panas je.. mak aku dah mula ketuk pintu tanya kenapa. aku diam je.. takut kena marah. hehe.. angah la kot buka pintu bilik air.. mak pun menjerit.. " ya Allah! along!"

tah cane, aku dah pakai baju.. mak pekup kepala aku dengan tuala. pergi klinik, doktor suruh aku meniarap kat katil hitam tu. tanpa belas kasihan, dia jahit kepala aku.. wawawawa!!!

dari penerangan doktor, luka aku 2 jahitan je tapi agak dalam.. haha!! menunjukkan betapa berianya aku keluarkan kepala dari besen..

balik, mak bagi aku minum air milo. konfius aku. mak aku kata, kalau nangis, puasa batal. mengenangkan aku memang nangis bagai nak rak masa kena jahit, aku pun minum je la.. rugi woo x minum.. puasa memang dah batal dah... hehe..

lepas2 tu, baru aku tengok tuala yg mak aku guna utk pekup kepala aku.. wa... sangat penuh dengan darah.. darah aku juga ada menitis sikit2 atas lantai.. banyak tul darah kat kepala aku ek?

doktor yg jahit kepala aku ada letak kapas (aku rasa gousse utk tahan darah kot..) kapas tu xleh tanggal hingga jahitan dibuka sekali. since jahitan aku hanya akan dibuka seminggu kemudian, aku terpaksa la pergi ke sekolah dengan toncet itu.. masa tu, merasa balik la pakai pinafore gi sekola sebab nak pakai baju kurung takut kena jahitan.

boleh x korang bayang betapa comelnya budak darjah 2 pakai pinafore, kat kepala dia ada terjahit kain kasa warna putih+kuning (ubat)? cumel gile kan? tapi kecumelan tu seminggu je la..

p/s: aku tanya mak, nape milo yg dia bagi aku macam dah tinggal sikit? rupa2nya, mak x tahan tengok darah aku kat tuala dan menitis atas lantai.. mak buka puasa petang tu gak. kira yg aku minum tu, belen yg x abis la..

tragedi balik haram - part 3

aku sampai kat umahsetelah menapak 1 km dari taman putra (moral: jangan tido dalam bas henti2).. mak ada.. kehidupan kami dijalankan seperi biasa.. seperti tiada apa2 yg berlaku.. ye.. aku x bagitau mak aku kehilangan wallet..

malam tu, telefon berdering (mcm la malam lain x berdering). angah angkat telefon tu. panggilan tu untuk aku rupanya. masa lau dekat angah, angah kata, "laki" sambil angkat kening (anak2 pompuan en. muhammed bin atan sangat jarang menerima panggilan dari manusia berlainan jantina. ini kerana encik muhammed sangat pantang anaknye menggatal masa sekolah)

uh..uh.. aku dah konfius.. sape plak nih? aduii.. penyakit.. penyakit.. "hello"
"hello.. ni noor rumaizah binti muhammed ke?"
sah. memang laki. angah x tipu.. " ye.. saya rumaizah.. ni sape nama?" cis, aku dah perasan ada secret admirer.. x pernah beb laki aku x kenal tepon umah.. besa aku yg menggatal tepon org laki.. ooppss...
"Ahmad.." jawab lelaki tu..
alamak... buat lawak iklan la plak mamat ni.. (masa tu glamer iklan ktm pasal budak ahmad dr chemor.. ingat x? ingat x?)
" awak ada hilang apa2 x?"
tanya lelaki tu lagi.. aku dah cuak dah.. apehal mamat nih?? pastu baru aku ingat pasal wallet aku tu.. dengan suara yg perlahan aku kata, " ya.. beg duit saya."

pendekkan cerita, lepas aku letak je ganggang tepon, aku dapatkan mak.. aku bagitau mak hal sebenar. aku minta mak teman aku gi pekeliling utk claim balik beg duit aku..

keesokan harinya, kami pun pergi la claim beg tu.. sambil tu, mak terus belikan aku tiket balik ke kuantan. bila mak tanya bila tarikh, aku laju je bagitau tarikh kena balik sekolah. tapi, bila sampai ke rumah, kami dapati, aku tersalah tarikh.. aku terbalik ke sekolah sehari lewat...

so, cuba kira berapa hari aku cuti masa raya haji tahun tu? hehe.. 3 hari mmg cuti.. tambah 2 cuti yg aku cipta sendiri.. wakakak... untung beb!! untung!!

==================================================================

p/s: hutang RM1 aku dengan makcik jual nasi lemak telah aku lunaskan pada hari aku balik ke kuantan.. masa hantar kat pudu, kami 1 famili cari makcik tu.. tapi mmg xbest tul cara makcik tu..
masa aku tanya, " aritu, makcik ke yg bagi saya pinjam rm1 utk tambang bas?"
dia boleh kata, " hai.. awk yg berhutang dengan org, awk x ingat pulak?"

tah la.. mcm psiko je makcik tu.. aku takut tersalah org je.. pukul 6.30, mana nampak sangat muka...

anyway, terima kasih makcik. atas jasa baik makcik, saya dapat balik rumah pagi jumaat tu. kalau makcik xde, mau saya kena dok lokap sebab tendang vending machine. cuma, jangan la psiko org gitu.. dah 12 tahun pon saya ingat lagi.. isk3..

Khamis, 4 Februari 2010

aku jual semua.. kucing je x

(xpernah lagi berlaku)


harini aku bawa tudung ke tempat mesy.. syytt... jgn cakap kuat2.. kena marah kang.. bukan aku pon yg nak menjual (ye la tu) sbb tudung tu aku bawa utk kwn2 kat tempat keje..

apa yg aku jual? kuih frozen... tudung.. brooch.. baju.. avon.. vitagen.. cadar.. tu je kot kan? hehe.. so, sape rasa aku suka bisnes sila angkat tangan! tinggi2!

aku sebenarnye xde la minat sangat pon bisnes ni.. caye la.. x minat pon.. korang ingat, best ke, nk keluar duit beli barang.. layan kerenah org nk itu nk ini.. dan disebabkan aku jual face-to-face, mcm2 la permintaan.. nak besar, nk kecik, nk biru, nak purple, nak bayar masa dapat gaji... mcm2 la nak nye.

cuma 1 je yg menyebabkan aku menjual semua benda ni. aku dan mak aku mmg sangat suka shopping dan selalu rambang mata! ye, itu la hakikat sebenar! kami suka shopping! tapi kami xsuka memiliki barang yg kami beli itu kerana kami tahu kami xkan pakai pon sudahnya.. dah la rambang mata! semua nk diambilnya.

jadi, jalan mudah, jual! sebab tu la aku jual semua barang tu.. siyes, mmg enjoy tul masa membeli.. tunjuk je nak mana. xyah sekat2.. pilih yg cantik2.. dgn harapan orang berkenan (hakikatnya, taste mak aku je yg ok. taste aku hancur!)

kalau xlaku, kami akan tukar dgn warna or design yg org request. percaya la.. leceh sebenarnye.. tapi disebabkan kami ni mmg suka shopping, benda2 gitu nampak kecik je..

so, jgn la kata aku suka bisnes lagi eh? tolong eh? aku segan la.. aku xreti bisnes pon..

tp mmg la.. seronok betul tengok bila bisnes datangkan hasil.. sape yg x suka duit kan? keperluan tuh!

Isnin, 1 Februari 2010

ika dan timba

(benda warna merah tu...)


kisah ini mungkin berlaku semalam... aku xsure sbb aku xde di rumah. masa tu ayah tgh basuh kereta rasanya.. adik bongsu aku tgk kartun pagi ahad itu.. mak aku tgh masak sarapan kot.

ayah: ika.. tolong ambilkan timba!
ika: timba tu yg mana 1 ayah? (kat rumah kami, xpernah guna perkataan timba. mak org johor, maka kami biasa guna perkataan baldi)
ayah: yang kat bilik air tu warna merah..

ika ke bilik air. mencapai benda berwarna merah. sebelum membawa 'timba' itu kepada ayah, dia bertanya kepada mak..

ika: mak, ni timba eh?
mak: erk?? tu bukan timba la ika... tu papan gonyoh utk basuh baju...
ika: habis tu, timba yg mana?
mak: timba = baldi... aduhai anak aku ni...
ika: mana ika tau.. ayah kata benda warna merah..

sape leh tolong setelkan masalah adik aku ni?