KLIK LAJU-LAJU!

MARI BLOGWALKING DENGAN APESAL.COM

Yang Baik Hati =)

Cari cerita lama

Aku terkini

sebelum komen, baca dulu komen orang lain boleh? Bosan la nak balas komen yang sama.. sebab jawapan aku mesti sama punya. tak pasal2 aku jadi astro karang ulang tayang beberapa kali

* jangan orang astro sentap pulak dengan aku, suda

Ahad, 17 Julai 2011

Mak Ayah Aku Tak Sabar Nak Sambut Menantu

Ceh, tadi masa mandi, bukan main banyak idea datang untuk update blog. La ni bila dah terpacak depan komputer, takde idea la plak. Aishh!!!

Oh, apa kata aku cerita kat korang pasal kerisauan mak ayah aku? Uh uh.. apa agaknya yang mak ayah aku risaukan tu ye? Sudah tentu la mereka risau hakikat yang aku masih lagi belum kahwin walaupun dah berumur 29 tahun (Alamak!!! Aku 30 tahun tahun depan!!! Biar betul??)

Aku pun tak tahu kenapa, dalam 2 minggu ni, beria-ia mak aku ajak pergi mandi bunga la.. mandi limau la supaya jodoh melekat kat aku. Muahaha.. 2 reaksi aku tiap kali mak aku bertanya bila masa yang sesuai untuk kami pergi ke sesi mandi manda tu:
1- aku hanya tergelak dan bertanya pada mak aku, " mak rasa, along dah ready ke untuk kahwin? Along kesian la dekat laki tu... "
2- Aku hanya mengeluh (part ni mak aku tak perasan). 

Aku cuak sebenarnya. Aku tak tahu aku dah ready ke nak kahwin. Macam belum. Buat masa ni aku pandai masak nasi goreng je. Masak yang lain belum pandai lagi. Mi segera pun harapkan Ika masakkan untuk aku.
Pandai urus rumah tangga 1 hal, nak cari duit untuk kahwin pun 1 hal. Duit aku di bank bukannya banyak pun.. Aishh!!!


Aku ceritakan la kepada kawan aku tentang keinginan mak aku yang nak bermenantu ni. Aku juga memberitahu kawan aku ni siap-siap yang aku bukanlah seorang yang memilih (ok, aku tipu) cuma, aku memang tiada peluang untuk berkenalan dengan lelaki (anak ikan jangan kira ye. itu anak ikan.Aku perlukan orang untuk menaja hidup aku. Bukan sebaliknya)

Betul aku tak tipu.. Aku pukul 6.45 pagi dah keluar rumah menuju ke sekolah. Pukul 4.20 petang aku dah mula bergerak balik ke rumah. Dalam perjalanan balik, aku jemput mak aku. Itulah rutin aku selama 5 hari seminggu. Jadi, Bilanya aku nak jumpa lelaki? Dah la persekitaran kerja aku memang penuh dengan perempuan je. dah la cikgu-cikgu laki tentu-tentu kahwin awal. Dapat kerja je, terus cari calon isteri. Dah la cikgu laki pun edisi terhad.

Err... aku tak tahu macam mana nak akhiri catatan kali ni. boleh tak aku nak berhenti tiba-tiba je kat sini? boleh ya? Ok. Jumpa lagi.

p/s: Kalau korang nak tolong penuhi impian mak ayah aku, tolong carikan aku lelaki yang hensem, kurus, putih, tinggi, bujang, kaya, baik, beriman, memahami, serta penyabar. Romantik? Ala... kalau dia sayangkan aku, automatik romantik datang sekali.

7 ulasan:

  1. Hujung minggu pi jogging :D Manalah tau jumpa di sana nanti.. hehe

    BalasPadam
  2. haha.. cadangan yang baik!! saya pun memang tengah kembang semangkuk ni =)

    BalasPadam
  3. herp kawan aku pun ajak bersosial sbb dia pun risau x kawin2. dia ajak aku pergi river rafting! errrkkk! nak join?

    BalasPadam
  4. berapa keratkah lelaki yang akan berwater rafting? haha..

    tapi aku mmg nak buat. cuma dia agak mahal la..

    p/s: murid aku dpt bf sebab buat rafting. tapi bf dia instructor tu la

    BalasPadam
  5. kalau dpt carik kawan ramai2, harga dpt murah : dia kata. huhuhu.

    BalasPadam
  6. mai, register la kat myjodoh. dulu spupu sy suggest buat gitu, tapi tak buat2 pun sebab masa tu blaja lagi;p

    BalasPadam
  7. Asa syarikat pinjaman pinjaman bersedia untuk meminjamkan mana-mana jumlah yang anda perlukan untuk memulakan perniagaan peribadi anda. kami memberi pinjaman pada kadar faedah 3%, juga jika anda ingin membeli rumah di atas ansuran bulanan kita juga boleh menjual rumah untuk anda. supaya Sila memohon pinjaman pertanian pertanian. jika anda memerlukan hubungan pinjaman e-mel kami: asaloantransfer@gmail.com, anda juga boleh menghubungi e-mel ini: finance_institute2015@outlook.com, Mungkin ada banyak sebab mengapa anda perlu akses kepada beberapa wang tunai tambahan - daripada yang tidak dijangka pembaikan kereta atau rumah untuk membayar perkahwinan anda atau cuti khas. Tetapi apa sahaja yang anda memerlukannya, apabila anda meminjam antara $ 5,000 USD untuk 100,000 USD di atas.

    pengkhususan Syarikat.
    1) Kami memberi pinjaman pada kadar faedah 3%.
    2) Kami juga boleh membeli sebuah rumah pilihan anda dalam mana-mana lokasi pilihan anda.

    BalasPadam

Semua orang boleh komen. Dan aku laparkan komen dari korang.
Tapi letak la nama.. Tak suka nak panggil korang Tanpa Nama