KLIK LAJU-LAJU!

MARI BLOGWALKING DENGAN APESAL.COM

Yang Baik Hati =)

Cari cerita lama

Aku terkini

sebelum komen, baca dulu komen orang lain boleh? Bosan la nak balas komen yang sama.. sebab jawapan aku mesti sama punya. tak pasal2 aku jadi astro karang ulang tayang beberapa kali

* jangan orang astro sentap pulak dengan aku, suda

Sabtu, 31 Disember 2011

SBPA (Korang pencen umur berapa?)

Seiring dengan pertukaran skim gaji penjawat awam, kami juga ditawarkan untuk menukar usia berpencen. Sebelum aku kerja dulu, tawaran dia ialah 55 tahun. Masa aku masuk kerja, kami mesti pilih 56. Tak lama lepas tu wajib pilih 58 dan yang terkini boleh kerja sampai umur 60 tahun.

Korang pilih umur berapa? Aku pilih 56. Dari dulu aku tak tukar pilihan tu. Sebab? Sebab aku baru 5 tahun kerja dan setiap hari aku berfikir "kan best kalau tak payah pergi kerja?" dan "Kalau la aku boleh pencen esok dan dapat duit pencen, aku pencen je" atau "Bila la laki kaya nak pinang aku? Aku dah bosan kerja".. ye aku masih belum cintakan kerja aku. Sebab tu aku belum rasa nak tambah tahun perkhidmatan aku. Mungkin kalau aku dah tak perlu buat faildan laporan, aku akan suka untuk bekerja (haha.. ada ke kerja tak perlu buat fail dan laporan? OK, aku memang malas.. hehe)

Tapi, rupa-rupanya, kebanyakan kawan aku ambil 60 tahun. Chup, kebanyakan ke semua ek? Semua kot.. Aku tak pasti. Yang pastinya ramai. Antara alasan mereka ambil 60 tahun ialah:
1- Kalau kau pilih 60 pun, menjelang 55/56/58 (umur pilihan lama) kau boleh pencen, so, pilih je la yang baru.
2- Nak cukupkan 30 tahun supaya dapat pencen penuh (60% dari gaji masa pencen). Kalau ikut umur lama ada 29 tahun, ada yang 28 tahun.
3- Kalau nak buat loan, dia tengok juga kita kerja berapa tahun lagi. So, kalau anak nak tumpang nama kita (tumpang nama je, bayar sendiri) untuk loan, senang
4- Kau tak tahu lagi masa depan macam mana. Mana tahu kau nak ambil cuti tanpa gaji ke.. tiba kau tak cukup 30 tahun. So, ambil je lebih untuk back up.
5- Kalau pencen umur 60, sempat naik DG52.

untuk alasan 1, seriously aku tak faham, kalau kau dah memang plan nak pencen umur 55/56/58, kenapa kau serabut nak tukar? Serously, adakah pembuat polisi ini sangat tak berfikir sampai kata ko boleh sign 60 tp boleh pencen 56? Macam main-main je.

untuk alasan 2 dan 3, huhu.. ok, aku faham. Tapi, kalau laki aku kaya, aku tak heran la dengan duit tu. Kalau laki aku tak kaya, mungkin aku kena tanda tangan cadangan pencen umur 60 kalau dia ada offer lagi.

untuk alasan 4, mula-mula aku tak terfikir pun yang aku akan ambil cuti tanpa gaji (ye la.. kalau tak dapat gaji, aku nak makan apa kan?). Tapi bila mak aku kata "kalau laki kau PTD, g oversea, ko tak nak ikut ke?" aku mula was-was.. ala.. nak g oversea jugak... soalannya ialah, dah umur nak masuk 30 ni, ada lagi ke PTD yang nak ngorat aku? Hahaha.. Ok, poin mak aku ialah, mungkin ada perkara menuntut aku minta cuti.. bukan cuti sebab nak rilek.. Huhu.. aku akan fikirkan nanti macam mana.. betul jugak kata mak.

Untuk alasan 5, respon aku ialah aku harap mereka tak naik sampai DG52. Sebab apa? Sebab, sebagai pembayar cukai, aku lebih suka nak bagi gred 52 tu kepada orang yang buat kerja betul-betul instead of mereka yang kerja semata-mata untuk pangkat. Sorry tapi cikgu ada ramai. Ramai yang bagus dan ramai juga yang suka ngelat. Lebih-lebih lagi kalau dia naik DG sahaja tanpa jawatan khas. Kerja dia sama saja dengan cikgu lain. So, baik bagi jawatan 52 tu pada yang layak. Bukan pada yang tua dan tamak.

Tengoklah macam mana. Kalau ada petunjuk yang suruh aku tukar ke umur 60, aku tukar la. Tak pun, aku tunggu je offer lain (offer ubah umur pencen). Paling penting, aku kena suka dulu dengan kerja aku sebelum aku tanda tangan nak kerja sampai 60 tapi lepas tu menyusahkan orang. 

Buat masa ni aku tanda tangan kerja sampai 56. Aku rasa, kalau aku sorang-sorang sampai tua, cukup kot duit pencen tu untuk aku sorang. Kalau aku kahwin, aku harap laki aku la yang sara aku. 

Kalau korang termasuk dalam orang yang bagi 5 alasan tu, korang tak yah terasa dengan aku. Ni pendapat aku sekarang. Nanti mungkin aku tukar pendapat sebab pendapat boleh bertukar ikut situasi. Mungkin bila aku boleh faham situasi, aku boleh terima alasan korang (well, aku dah boleh terima pun alasan 2 dan 3 kan?).

Oh, aku juga rasa kalau korang adalah berjantina lelaki dan masih kuat, aku galakkan korang pencen umur 60. Bukan apa, takut korang bosan duduk rumah takde apa nak buat (Bukannya korang nak kemas rumah, basuh baju, masak semua kan? Ala.. tak yah tipu la.. kalau ada pun, tak ramai kot). Kalau korang adalah perempuan yang suka berkerja dan selama ni bekerja, aku juga galakkan korang ambil pencen umur 60. Takut nanti korang juga bosan duduk di rumah.

So, korang pencen umur berapa? Korang rasa aku patut pencen umur berapa?
Bila aku taip perkataan 'pencen' di Google Image, gambar ni yang keluar. Mesti sangat berkaitan kan? kan?
update pada 2/1/2012 - Ayah suruh sign umur 60... huhuhuhu

Jumaat, 30 Disember 2011

Terima Kasih Cikgu!!

Aku ingat lagi, masa sekolah rendah, aku ni boleh la kata cerdik jugak.. Tapi aku ni kategori budak pinggir bandar la.. Ampang selangor masa tu sangat berbeza dengan Ampang KL. Well, sekarang pun masing berbeza. Ampang Selangor adalah kawasan pinggir bandar. Masih banyak lagi hutan simpan di daerah Hulu Langat ni. Masa aku bawa Rosam ke carrefour sekolah aku, dia siap tanya aku nak bawa mereka ke hutan mana. Ye memang Ampang selangor berbeza dengan Ampang KL

Tapi aku bukan nak cerita pasal geografi. Berbalik ke topik asal. Aku boleh la dikatakan cerdik. Keputusan UPSR aku melayakkan aku masuk ke SEMSAS. Dan dari situ, semuanya berubah. Di SEMSAS aku dah tak masuk kategori cerdik lagi. Aku dah masuk kategori biasa je. Mana taknya, semua yang masuk ke sekolah tu, sama macam aku dapat 4A. Terang-terang la sama ada mereka sama pandai atau lebih pandai dari aku.

Tapi, walaupun aku duduk di keadaan yang persaingan sangat hebat, aku masih macam tu jugak.. Malas baca buku. Malas buat nota. In fact, aku berjaya TAK HANTAR nota sejarah aku selama 3 tahun (aku belajar dengan cikgu yang sama tingkatan 1-3). Aku juga jarang (ke tak pernah?) siapkan  latihan add math sebab aku rasa susah gila. Malas nak buat. Rasanya aku je kot yang takde buku rujukan. Kalau ada pun, aku tak pernah baca. Elok je buku tu sampai ke sudah.

Aku ingat lagi betapa kuatnya raungan aku bila dapat tau aku tak dapat 8A untuk PMR. Masa tu, sampai atuk dan pakcik aku telefon dari kampung untuk pujuk aku. Aku juga ingat betapa murungnya aku bila kawan-kawan sekolah aku yang sama matrikulasi dengan aku tengok keputusan SPM aku dan beritahu aku keputusan aku walaupun aku tak nak tahu (kami dapat keputusan awal sebab mak kawan kami kerja KPM. Mak dia bagi result 1 sekolah pada dia). Mana aku tak sedih, kawan-kawan aku semua dapat agregat 8 ke bawah.. Aku je agregat 11.

Setiap kali aku dapat result teruk (tak la teruk tapi tak macam yang aku nak), aku rasa diri aku bodoh gila.. Aku salahkan diri aku. Tak terfikir langsung nak salahkan soalan yang susah (bangga kot soalan susah. Kalau result teruk pun, at least orang semua kata, "takpe, soalan memang suusah.."). Aku tak terfikir langsung nak salahkan cikgu-cikgu aku. Aku rasa kebanyakan orang macam tu. Cuba angkat tangan, siapa yang rasa diri dia gagal sebab cikgu dia tak bagus? Takde kan?

Tapi, bila aku dah jadi cikgu ni, baru aku tahu betapa result setiap anak murid tu dikira oleh cikgu (Pengetua suruh kira. hehehe). Berapa orang tak dapat 8A sebab BM? Berapa orang dapat 7A sebab Geografi? Semua tu rupanya dihitung satu-satu.. dan bagi setiap keputusan yang tak menepati kehendak, perlu diberi sebab dan alasan. Kenapa jadi begitu? Kenapa murid tak dapat A? Semua soalan menuntut jawapan dari guru.

Baru aku tahu, dalam aku meraung sedih, cikgu-cikgu pula pening mengkaji apa yang tak kena (pening fikir nak bagi jawapan pada Pengetua). Kena bagi jawapan bagi setiap kegagalan aku. Kena cari punca, analisa, perbaiki setiap kelemahan yang menyebabkan aku tak dapat A. Baru aku tahu. Kesian cikgu aku. Maafkan saya cikgu, takde niat langsung nak susahkan cikgu dengan result yang tak sepatutnya tu..

Dan kepada cikgu-cikgu, aku rasa, budak sendiri tahu tahap dia. Terutama kalau murid bijak. Mereka tahu mereka boleh buat ke tak soalan periksa tu. Tak kisahla apa yang mereka dapat, keputusan akhir yang mereka perolehi tu sebenarnya sedikit sebanyak memang datang dari usaha dorang sendiri. Yang penting, cikgu dah buat sehabis baik untuk murid-murid cikgu. Tak perlu rasa bersalah sangat-sangat (tapi, kalau cikgu tau cikgu pemalas, sila baiki diri cikgu ye)

Tapi cikgu, tak payah la kecil hati kalau Pengetua tanya macam-macam. Memang tension. Bila dia bertanya, macam la kita orang paling tak pandai buat kerja. Tak, bukan macam tu.. Dia cuma nak kita tengok apa yang tak kena, dan baiki. Dia kena harapkan yang terbaik dari kita dan akhir sekali terima sahaja apa hasil yang pelajar berikan.

Akhir sekali, aku nak minta maaf pada:
1- Cikgu Rohani sebab aku tak dapat A Sejarah masa PMR
2- Ustaz Radhi sebab aku tak dapat A bahasa Arab PMR
3- Cikgu Rosnas sebab aku telah menyebabkan rekod bersih sekolah menjadi retak seribu dengan memberi huruf C bagi subjek Geografi masa SPM (selama ni murid yang ambil Geografi SPM dapat A sahaja). 
4- Prof Bad sebab aku sentiasa dapat C dalam subjek Kejuruteraan masa di UPM

Percayalah cikgu, saya takde niat nak susahkan cikgu. 

Eh, subjek lain aku tak hebat sangat jugak. Cuma aku rasa aku lebih kecewa dengan keputusan aku berbanding cikgu sebab sekali lagi aku ingatkan, bila masuk sekolah menengah, aku tak la pandai sangat...

Terima Kasih Cikgu!!!

p/s: Wahai pensyarah-pensyarah saya di matrikulasi KPM di di KYPM Bangi, UPM dam Maktab Teknik Cheras, anda juga cikgu saya. Tanpa anda semua, saya tak pasti macam mana keadaan saya sekarang..
p/p/s: Aku tak tunggu Hari Guru untuk buat entry ni sebab mesyuarat pasal keputusan budak-budak, biasanya berlaku lepas keputusan PMR dan SPM keluar



Khamis, 29 Disember 2011

Penakut (Yuna)

Aku tak minat Yuna. Cuma antara lagu dia, memang ni la yang paling aku minat. dengan membabi buta. Aku tak pernah kisah apa lirik dia. Aku cuma suka sebab aku rasa lagu ni berbeza sikit dari lagu dia yang biasa.

Petang tadi masa aku dalam kereta, sekali lagi aku berpeluang dengar lagu ni d radio. Disebabkan aku sorang-sorang je kali ni (dan dalam keadaan jiwang), maka aku ambil peluang ni untuk dengar lagu ni betul-betul.

Dan aku makin suka dengan lagu ni. 

======================================

Tak semua kau rancang akan berlaku
Mungkin nasib tak menyebelahi aku
Entah mengapa engkau yang aku cinta
Mungkin lebih baik kau ku lepas saja

Chorus
Ini tidak adil tidak adil baginya
Ini tidak adil tidak adil bagiku
Ini tidak adil
Untuk kau bertanya jika ku mencintaimu juga
Tidak adil tidak adil baginya

Kau tak pernah cuba memahami aku
Cinta kau ucapkan tak pernah engkau tunjuk
Dan bila tiba saat ku kehilangan
Beban yang tak pernah kau cuba ringankan

(Ulang Chorus)
Kau bukan milikku

Dan aku memang penakut
Mengakui cinta kepadamu
Seribu kali ku cuba ucapkan
Bila bersamamu
Kau bukan milikku
Dan engkau pun tahu
Kau bukan milikku

masa blog ini diedit, aku asyik melihat nama dia di YM berharap dia akan online (kerana aku rindu) dan berharap dia takkan online (agar aku dapat lepaskan dia selamanya)

Isnin, 26 Disember 2011

Artis-Artis perempuan Yang paling aku minat dan jeles.. hehe

Berikut adalah perempuan-perempuan yang aku sangat jeles.. Dan minat

Macam tak tua-tua makcik ni.  Dia  masuk pertandingan Asia Bagus masa aku sekolah rendah kot..

Ni pun macam tak tua-tua. Aku ingat lagi yang dia berlakon video klip Jangan  Lafazkan Masa aku form 3 kot?
Comel gila!!!
Pun comel gak! Especially dalam Pisau Cukur
Comel!!

Ada lagi sorang artis yang aku rasa sangat awet Muda.. Kak Erin yang mengacara rancangan Alam Ria Cuti Sekolah. Dia mengacara tu dari aku darjah 1 lagi. Dan dia masih lagi staf TV# sampai sekarang. Gila awet muda!

Nora Danish bukan tak cantik tapi muka dia macam mix sangat la.. Kurang sikit.. Tapi dia memang comel tapi aku tak minat.

Ahad, 25 Disember 2011

Pening pasal beli rumah (perlukan nasihat korang)

Aku asyik merungut nak cari rumah yang aku mampu. Asyik cerita rumah makin mahal. Pada 2 minggu lepas, aku dok teman Yana mencari rumah. Cita-cita si Yana ni nak beli rumah atas tanah. Dia nak rumah teres. Jarak dia tak kisah. Dia sangat tolerate (Sangat. Dia tak kisah cari rumah sampai Desa Coalfield, Puncak Alam sana ). Aku pula ikut je la.

Ternyata rumah di situ pun sudah sangat mahal. Tak faham aku. Harga tetap 300k ke atas. Kalau gitu harganya, baik aku beli di Ampang sana tu. Sekurang-kurangnya takde la aku kena fikir duit tambang. 

Dalam perjalanan pulang, kami lalu Kundang. Yana nak cari tanah pulak. Maka, aku pun mencatit la segala no. telefon orang jual tanah di kawasan Kundang tu. Teruskan perjalanan, tiba-tiba kami melewati kawasan Tasik Biru. Di situ ada Apartment Laguna Biru.

Huhu.. Tasiknya cantik! Serius aku tak tipu. Cantik sangat! Kami masuk dalam rumah contoh. Last-last, aku yang terbayar booking fee RM250. Aku terbeli apartmen tu tapi tingkat bawah je la aku beli. Tak nak beli tinggi-tinggi.. Hehe.. Jadi harga dia agak mahal. RM112, 398. Rasanya aku akan guna pinjaman bank je kot sebab sikit je.
Inilah Tasik Biru yang buat aku terbayar booking fee.. Cantik kan? Bangunan tu la Apartment Laguna Biru

Itu berlaku pada hari Khamis. Sehari sebelum Pameran Hartanah bumiputera. Bila aku pergi Pameran Hartanah Bumiputera pada hari Ahad (18/12/11), aku sekali lagi, terletak booking fee RM1000 untuk apartmen percutian di Bukita Gambang Resort City. Harga dia RM200,800. Huhu.. cita-cita aku, nak guna pinjaman kerajaan pula untuk rumah ni.

Hari Rabu berikutnya (21/2/11), kawan aku pula melawa aku untuk melihat rumah jirannya. Lot banglo. Jiran dia nak jual RM280k dan boleh bincang lagi. Arghh!! Tawaran yang sangat menarik. aku dah serba salah. Macam mana ni ek? Macam nak rumah tu tapi aku dah bayar booking fee untuk 2 buah rumah. Macam mana ek?

Tapi aku kurang bernasib baik. Rumah banglo tu dah dibeli orang. Maknanya aku akan teruskan dengan 2 apartmen yang aku dah booke ni.. Aku tak tahu la patut atau tak teruskan dengan Apartmen Laguna Biru. Macam banyak je masalah. Ni gara-gara kontraktor tak buat kerja betul-betul. Elektrik takde la.. Antena TV tak jelas la.. Macam-macam.

Mujur, penduduk di Laguna Biru ni agak bagus la kesatuannya. Banyak benda mereka sepakat buat sama-sama. Tapi tetap, aku macam sedikit tawar hati. Ni rumah pertama aku nak beli tau! Dah la aku tak pernah menyewa pun. Ni baru 1st time aku terlibat dengan hal rumah tiba, macam-macam pulak masalah..

Belum cerita pasal bank lagi. Aku tak tahu bank mana yang terbaik. Yang bagi -BLR yang tertinggi, boleh bagi pinjaman tertinggi dan tempoh pinjaman paling lama. Korang ada pendapat tak? Ada sorang kawan baru aku (pembeli Apartmen Laguna Biru jugak) cadangkan Hong Leong Bank atau OCBC. Korang pulak?

Korang rasa aku patut terus ke beli Apartmen Laguna Biru tu? Ke aku patut beli rumah kat tempat lain je? Kat mana aku patut beli? Argghh!! Aku tak nak menyesal je... Tolong!! Tolong!!!

Petua kecantikan..

Petua-petua ni aku dapat dari kawan-kawan aku kat FB.. Huhu.. 2 orang je reply.. menunjukkan aku bukan saja tak hot di kalangan blogger.. aku juga tak hot di kalangan rakan fb aku.. isk... syahdu siot!!!

Petua hilangkan jerawat
" kalau nk hlang kn jrawat, amik ptih telur ngn limau npis,. Gsok kt muka 2.. Slmt mcuba." - Nana S Lina

" air basuhan beras tu, buat cuci muka, insyallah parut jerawat akan hilang n kulit muka lebih licin" - Adelina Addlan

Petua untuk cantikkan parut ceaserean
" Ni petua untuk ibu yang bersalin cara ceaserean.....makan 1 biji Oren sunkist sehari tiap2 ari....insyallah, beaks belahan tempt ceaserean tu akan cantik je garis dia..." - Adelina Addlan

Petua awet muda untuk wanita
" kalau nak kulit cantik.....buah mengkudu tu, yang dah masak, blend and minum air dia sehari sekali.....jangan letak gula ya.....insyallah....kulit memang Akan cantik and badan sihat.....huhuhuhuhu..." - Adelina Addlan

Sabtu, 24 Disember 2011

Apa yang aku suka

Entry kali ni adalah berbentuk perasan.. hahaha

Aku rasa mesti korang nak tau sangat kan apa yang aku suka. Betul tak? Cakap je betul.. Aku tau korang memang nak tau tapi segan nak bagitau.. hahaha

So, ini adalah senarai apa yang aku suka dan kenapa.. Hehe:

1- HANDPHONE: kalau dulu, Ericsson (bukan sony ericsson) sebab dia tahan lasak. tapi sekarang ni aku prefer NOKIA. Aku rasa dia paling mudah diurus a.k.a user friendly (bukan easy handling ye)

2- LAPTOP: Toshiba. Mak aku kata tahan lasak dan aku percaya (walaupun sekarang ni nombor 2 aku dah x boleh pakai. Terpaksa guna on screen keyboard)

3- MAKANAN SEGERA: KFC. Aku tau aku x se hype korang yang suka McD.. What can do?? Aku tak kenyang makan burger. So, aku tak sanggup habiskan duit kat McD

4- AISKRIM: Dulu aiskrim King's yang dekat Giant tu.. Masih lagi. Sekarang suka aiskrim goreng kat Carrefour. Sedapnya perisa asam jawa, durian belanda, kiwi.. Arghh!!!

5- PIZZA: Domino's.. Err.. sebab ramai minat Pizza Hut?

6- AIR GAS: Yang berwarna jernih atau sedikit kuning dan perisa limau (bukan oren). Contoh: Sprite, 7up, 100 plus n the geng, kickapoo, mountain dew.

7. Blog/ FB/ Twitter: Of course FB lebih mudah dapat respon sebab semua kawan kat situ tapi aku rasa blog adalah lebih personal. Aku lebih open di sini. So, Blog menang lagi. Twitter? tak habis menuntut lagi

8. WARNA: Apa sahaja warna yang cantik. Takde spesifik. Cuma sekarang mata agak pink tapi tengok keadaan gak

9. EMAIL: Sheila buatkan yahoomail. Masih stick dengan yahoo.. selesa

10- LINE TELEFON: TM atau Celcom. Maxis mahal gila ah ding dong.. Celcom gak yang terbaik dengan xpax baru dia ni. Berbaloi-baloi!!!

Jumaat, 23 Disember 2011

Aku, blog dan iklan.. dan korang... =)

Aku pergi melawat blog orang tadi. Dia ada la cerita pasal pengiklanan dalam blog. Ye.. aku  pun ada.. Tuu.. Nuffnang kat atas tu ha! (kalau rajin, sila klik terus ye)

Bila aku baca komen orang yang datang, ramai yang kata nuffnang la yg paling sikit bagi tips (upah) kalau kita pasang iklan kat blog. Rata-rata, ramai kata innity yang terbaik.. Income mudah masuk.

Huhu.. sebagai seorang yang tamak, aku pun pernah gak teringin nak pasang Innity kat blog. Tapi nak buat macam mana? Syarat no. 1 dia ialah, 100k pelawat sebulan ataupun 20k pelawat unik sebulan. Blog aku? huhu.. jap aku nak check jap.

Huhu.. Sangat tak mencapai syarat.. aku hanya ada 1k je pelawat unik.. Maka, tak dapat la aku nak pasang Innity.. sedih woo..

Tapi, biar la.. Aku menulis untuk diri aku -lepas tension (wait, aku sangat kurang menulis lately.. adakah ini bermaksud aku tak tension? Tett!!! Salah ye adik-adik!!), dan untuk orang yang nak mendengar (membaca) cerita aku. Yang nak bertegur sapa dengan aku (sebab tu, aku jamin, setiap komen korang pasti dibalas. Kalau aku tak balas, sila gegar pintu umah mak ayah aku ni..)

Aku ingat nak menulis malam ni. Nak cerita pasal househunting yang aku lakukan tapi nanti la.. sakit kepala (wait! aku dah menulis pun.. ngee!!). Takpe.. aku tetap nak cerita pasal aktiviti beli rumah aku.. Sebab aku nk pendapat korang..

Dah la. Sakit kepala. Stop kejap. Bila tak sakit kepala, aku akan tulis lagi.. best-best. Dengan harapan boleh dapat 100k pelawat sebulan (hahahaha.. )

Kepada yang sayang aku, korang boleh add aku kat FB. Taip nama aku, yang ada gambar tembikai tu la aku (fikir betul-betul sebelum add sebab tindakan korang akan mendedahkan hakikat yang korang sayang aku... Hahahaha)

p/s: sapa nama aku? memang nak kena belasah la kalau korang tanya soalan tu...
p/p/s: Ramai gak nama Rumaizah dalam dunia Malaysia ni ek? Tapi aku je gambar tembikai.. hahaha
p/p/p/s: Aku sayang korang yang selalu baca blog aku... mmmuuaaahhhh
Ini bukan aku. Tolonglah percaya

Rabu, 21 Disember 2011

Tafakur Seorang Hamba Allah

aku link kan terus tajuk post ni ke blog fb ustaz tu supaya korang leh baca direct... baca kat sini pun boleh gak tapi kurang feel la... kalau korang tak reti nak klik tajuk, korang klik SINI. terus sampai blog dia

Kepada sesiapa yang bercadang untuk berzakat atau bersedekah, elok la sumbangkan kepada ustaz ni yang bercadang untuk menyiarkan syiar Islam di kalangan penduduk Sabah ni..
============================================================

Seorang hamba Allah bertafakkur mengenang hari-hari yang bakal dilaluinya, setelah lebih empat puluh tahun diizinkan Allah mengecapi nikmatNya di dunia ini. Betapa dunia ini bukan sahaja sementara malah terlalu singkat kalau dibandingkan dengan Akhirat. Satu hari di Akhirat sama panjangnya dengan seribu tahun di dunia. Andainya Allah SWT beri peluang untuk hidup hingga mencecah usia 65 tahun itu ertinya bersamaan dengan 45 minit menurut perhitungan Akhirat. Ya, sehari di akhirat itu umpama seribu tahun di dunia.

 وَإِنَّ يَوۡمًا عِندَ رَبِّكَ كَأَلۡفِ سَنَةٍ۬ مِّمَّا تَعُدُّونَ

"...sesungguhnya satu hari dari hari-hari azab di sisi Tuhanmu yakni akhirat adalah menyamai seribu tahun dari yang kamu hitung." (Al-Hajj 22:47) 


Andainya diambil kira masa tidur dan masa alam kanak-kanak yang tidak tahu apa-apa dan masa yang terbuang secara sia-sia mungkin kehidupan sebenar dalam keadaan penuh sedar hanya sekitar 30 minit menurut masa Akhirat.

Hamba Allah itu melepaskan keluhan alangkah tidak bermaknanya kehidupan dunia ini berbanding kehidupan Akhirat yang kekal abadi. Namun dia merasa hairan bagaimana dirinya lebih asyik memburu kehidupan singkat ini sehingga melupai kehidupan yang abadi itu.

Ya, aku manusia, makhluk yang sering lupa. Sesungguhnya manusia ini memang lalai dan leka serta mudah lupa akan hakikat kehidupan.

Di waktu lain hamba Allah tersebut membayangkan betapa indahnya syurga penuh nikmat yang tidak pernah terlintas oleh akal, tidak pernah dilihat oleh mata dan tidak pernah didengar oleh telinga. Di syurga tiada sebarang kesusahan, kesakitan atau keresahan. Tidak panas yang merimaskan dan tidak sejuk yang membataskan pergerakan.

Sesuatu yang dinikmati seribu tahun tidak hilang rasa nikmatnya. Para bidadari disediakan paling kurang 70 orang. Kekuatan lelaki pada ketika di syurga seratus kali ganda. Kenikmatan yang berlapis-lapis itu tidak pernah menjemukan. Dan apa saja yang terlintas atau diniatkan akan menjelma secara spontan.

Kemudian dia terbayangkan pula neraka yang penuh azab sengsara. Seorang yang paling ringan seksa neraka ialah dipasangkan kasut dikakinya yang dicipta dari bara api neraka, apabila dipakai mendidih otaknya. Itupun dia merasakan seolah-olah kemuncak segala azab. Betapalah kalau menerima seksa neraka yang sebenar. Percikan api neraka itu andainya jatuh ke bumi nescaya hancur seluruh bumi ini. Lantaran itulah maka Nabi Yahya a.s melarikan diri ke bukit memencil diri dan menangis tanpa henti hingga di pipinya ada kesan aliran air mata.

Demikian indahnya syurga dan begitu azabnya neraka lalu hamba Allah itu bertanya kepada dirinya sendiri, "Apakah yang engkau mahu wahai diri?" Lantas hatinya sendiri menjawab, "Aku mahu kembali ke dunia dengan penuh penyesalan dan aku mahu memenuhi seluruh umur dengan berbuat kebajikan."

Selepas itu hamba Allah itu kembali sedar dari tafakkurnya dan dengan penuh keinsafan dia berkata: "Eh! Mengapa aku minta kembali ke dunia untuk menyesal, bertaubat dan berbuat kebajikan? Bukankah aku kini sedang berada di dunia? Untuk apa aku minta kembali ke dunia di saat aku tidak mungkin akan dikembalikan lagi ke dunia ketika penyesalan di Akhirat nanti?"

"Apa amal yang telah kubuat bagi bekalan di akhirat nanti?" Hamba Allah itu terkenangkan betapa sedikitnya amal yang dibuat, sedang usia telah melebihi 40 tahun. Kecut perut mengenangkan apa yang dipesan Imam Al Ghazali:

Anakku tercinta,
Semaklah nasihat Rasullullah ﷺ ini. Tanda-tanda kebencian Allah terhadap seseorang ialah ketika ia menyia-nyiakan waktu dengan melakukan hal-hal yang tiada guna. Umur seseorang akan berlalu, tetapi jika ia tidak menggunakannya untuk beribadah yang diperintahkan Allah, pantas ia menyesal sepanjang masa. Barangsiapa telah berumur lebih dari empat puluh tahun, sedangkan amal baiknya belum mampu mengalahkan amal buruknya, bersiap-siaplah ia masuk neraka.

Neraka? Neraka yang itukah? Neraka yang Allah sediakan bagi hamba-hambaNya yang berdosa, yang engkar dan derhaka. Tak mungkin aku tertahan merasai azab neraka yang amat dahsyat itu. Tak mungkin aku sanggup menelan zaqqum, sejenis buah neraka yang amat pahit rasanya, menjadi makanan rasmi penduduk neraka. Tak mungkin aku sanggup meminum air panas yang menggelegak, yang diminum tidak puas-puas, malah bertambah dahaganya. Terburai perut tetapi terpaksa terus makan dan minum minuman neraka.

Aaahh! keluh berat hamba Allah itu, mengenang nasib yang belum tahu. Dia tahu Allah Maha Pengampun dan Maha Penerima taubat. Maka dia bertaubat. Apakah taubatku di terima? Nasibku belum tahu. Wahai diri...menangislah selalu, agar tangisan airmata itu akan memadamkan julangan api neraka buatmu..pujuk hati kecil si hamba Allah.

Anak-anakku? Isteriku?..oh! itu amanah Allah. sudahkah aku mendidik mereka agar mentaati Allah? Bukankah Allah telah perintahkan,

يَـٰٓأَيُّہَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ قُوٓاْ أَنفُسَكُمۡ وَأَهۡلِيكُمۡ نَارً۬ا وَقُودُهَا ٱلنَّاسُ وَٱلۡحِجَارَةُ عَلَيۡہَا مَلَـٰٓٮِٕكَةٌ غِلَاظٌ۬ شِدَادٌ۬ لَّا يَعۡصُونَ ٱللَّهَ مَآ أَمَرَهُمۡ وَيَفۡعَلُونَ مَا يُؤۡمَرُونَ

"Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari neraka yang bahan-bahan bakarannya: manusia dan batu (berhala); neraka itu dijaga dan dikawal oleh malaikat-malaikat yang keras kasar (layanannya); mereka tidak menderhaka kepada Allah dalam segala yang diperintahkanNya kepada mereka, dan mereka pula tetap melakukan segala yang diperintahkan." (At-Tahriim 66:6) 

Berapa banyak ilmu yang telah ku ajar. Berapa banyak syariat yang dapat mereka patuhi. Berapa banyak derhaka yang telah mereka buat...yang semua itu akan menarikku tersungkur walau sudah dipintu syurga. Banyak lagi yang belum ku buat. Walau kini nampak mereka taat, alhamdulillah, aku bersyukur ya Allah, tapi biarlah ketaatan itu ikhlas kerana Allah.

Air mata mengalir dan terus mengalir dari dua mata si hamba Allah. Mata? oh mata, satu nikmat yang Allah beri agar hamba itu dapat melihat kebesaran dan keindahan Allah. Tapi untuk apa mata itu digunakan selama lebih empat puluh tahun ini? Untuk bersyukur atau untuk kufur akan nikmat Allah itu? Berapa banyak haram yang dilihat, walau ditolak-tolak, namun nafsu tetap menguasai..akhirnya kalah jua. Itu baru mata, belum lain anggota.

Hamba Allah itu memejam matanya, gelap dan kelam pandangan. Bagaimana agaknya gelap dalam kubur nanti? Apa cahaya yang kubawa untuk menerangi alam barzakh itu?

Hamba Allah itu teringat Rasulullah ﷺ pernah bersabda: "Seorang manusia apabila diletakkan di dalam kuburnya, dan sahabatnya berpaling pulang dan dia mendengar suara sandal mereka, akan datang kepadanya dua Malaikat dan mendudukkannya, dan bertanya, Siapakah Tuhanmu? Siapakah Nabimu? Apakah Agamamu? Maka dia menjawab: Allah adalah Tuhanku, Muhammad adalah Nabiku, Islam adalah Agamaku. Terdengarlah seruan dari langit, Benar hambaku, hamparkan baginya tikar di syurga, lalu angin dan wangi surga datang kepadanya. kemudian diluaskan seluas mata memandang, seorang yang rupawan datang menemaninya yang tiada lain amal solehnya" (HR. Ahmad, Abu Daud, Hakim dan Baihaqi)

Amal soleh? Apa amal soleh yang sudahku buat? Rasanya aku belum berbuat apa-apa yang soleh. Maka berazamlah hamba Allah itu, akan beramal soleh, namun terasa kepayahan dek kerana nafsu ammarah masih bersarang dijiwanya. Nafsu yang senantiasa mengajak kepada kejahatan.

Namun dia tetap yakin, Allah tidak akan mensia-siakannya. Dia cuba bersangka baik dengan Allah yang Ar-Rahman, Ar Rahim, Al Ghafur. Bila dikenangkan kemurahan Allah, Maha pengampunnya Allah hati yang bergelojak itu kembali tenang.

Lalu hatinya berdetik, "Ya Allah, Wahai Tuhanku. Bila mengenangkan Qahhar-Mu, Jabbar dan
Syadiidul  ‘iqab-Mu, rasa mahu putus jantung hatiku, kerana tidak lepas dari seksa-Mu. Hamba-Mu rasa bagaikan tiada harapan, siapakah yang dapat membersihkan diri ini dari dosa yang memburu setiap hari?

Tuhanku, bila aku mengenangkan Ghofurur-Rahim-Mu, putus asaku menghilang, semangat pulih semula, lalu harapanku pada-Mu subur kembali."

Maka hamba Allah itu terus menerus memohon keampunan dari Allah atas dosa-dosanya yang lalu, serta berusaha membuat bekal amal bagi hari-hari yang payah di barzakh dan akhirat nanti.

Dia mengingatkan dirinya, "Wahai diri, ingatlah kehidupan Akhirat itulah kehidupan yang hakiki dan kekal abadi. Janganlah kerana memburu nikmat sedikit di dunia ini hingga derhaka kepada Allah SWT, yang akibatnya terlepas dari nikmat yang tidak terhingga lagi kekal. Janganlah kerana takut kepada kesusahan sedikit di dunia ini hingga lalai dari mentaati Allah SWT, hingga menanggung azab neraka yang dahsyat dan kekal."

محمد فضلي بن يوسف
29 Rabiul Akhir 1432H
03 April 2011

Selasa, 20 Disember 2011

3 soalan

Seorang pemuda tidak percaya pada kewujudan Tuhan. Dia mencabar orang ramai untuk membuktikan tentang kewujudan Tuhan, syaitan dan neraka. Sebelum ni, ramai yang dah gagal menjawab soalannya hinggalah 1 hari dia bertemu dengan seorang kiyai (guru agama)

Pemuda :Anda siapa Dan apakah bisa menjawab pertanyaan-pertanyaan saya?

Kiyai :Saya hamba Allah dan dengan izin-Nya saya akan menjawab pertanyaan anda.

Pemuda :Anda yakin? Sedangkan Profesor dan ramai orang yang pintar tidak mampu menjawab pertanyaan saya.

Kiyai :Saya akan mencuba sejauh kemampuan saya.

Pemuda :Saya ada 3 pertanyaan:-
1.Kalau memang Tuhan itu ada,tunjukan wujud tuhan kepada saya
2.Apakah yang dinamakan takdir?
3.Kalau syaitan diciptakan dari api kenapa dimasukan ke neraka yang dibuat dari api, tentu tidak menyakitkan buat syaitan. Sebab mereka memiliki unsur yang sama. Apakah Tuhan tidak pernah berfikir sejauh itu?

Tiba-tiba Kiyai tersebut menampar pipi pemuda tadi dengan keras.

Pemuda (sambil menahan sakit) :Kenapa anda marah kepada saya?

Kiyai :Saya tidak marah...Tamparan itu adalah jawaban saya atas 3 pertanyaan yang anda ajukan kepada saya.

Pemuda :Saya sungguh-sungguh tidak mengerti.

Kiyai :Bagaimana rasanya tamparan saya?

Pemuda :Tentu saja saya merasakan sakit.

Kiyai :Jadi anda percaya bahawa sakit itu ada?

Pemuda :Ya!

Kiyai :Tunjukan pada saya wujud sakit itu!

Pemuda :Saya tidak boleh.

Kiyai :Itulah jawaban pertanyaan pertama...kita semua merasakan kewujudan Tuhan tanpa mampu melihat wujudnya.

Kiyai :Apakah tadi malam anda bermimpi akan ditampar oleh saya?

Pemuda : Tidak.

Kiyai : Apakah pernah terfikir oleh anda akan menerima tamparan dari saya hari ini?

Pemuda : Tidak.

Kiyai : Itulah yang dinamakan takdir.

Kiyai : Terbuat dari apa tangan yang saya gunakan untuk menampar anda?

Pemuda : Kulit.

Kiyai : Terbuat dari apa pipi anda?

Pemuda : Kulit.

Kiyai : Bagaimana rasanya tamparan saya?

Pemuda : Sakit.

Kiyai : Walaupun syaitan dijadikan dari api dan neraka juga terbuat dari api, jika Tuhan menghendaki maka neraka akan menjadi tempat yang menyakitkan untuk syaitan.

Isnin, 19 Disember 2011

MAKANAN KEGEMARAN RASULULAH S.A.W

1. Barli – Bagus untuk demam jika dibuat sup.
2. Kurma – Nabi berkata rumah yang tidak mempunyai kurma adalah seperti rumah yang tidak ada makanan.

3. Buah Tin – Buah dari syurga. Boleh mengubati buasir.

4. Anggur – Nabi suka buah anggur. Ia membersihkan darah, menguatkan buah pinggang, membersihkan perut

5. Madu – Ia adalah makanan segala makanan, minuman segala minuman, ubat segala ubat. Mengubati cirit birit jika dibancuh dengan air panas, membuka selera, menguatkan perut, membuang kahak. Elok diminun waktu pagi dengan air suam.

6. Tembikai (Segala Jenis) – Nabi berkata wanita mengandung tidak akan gagal melahirkan anak yang baik dari segi karater dan wajahnya.

7. Susu – Nabi berkata susu baik untuk membuang panas badan seperti tangan membuang peluh dari dahi. Menguatkan belakang, memperbaiki otak memperbaharui pandangan mata, membuang kelupaan.

8. Cendawan – Baik untuk mata, perancang keluarga.

9. Minyak Zaitun – Rawatan kulit dan rambut. Melambatkan penuaan, merawat radang perut.

10. Delima – Membersihkan tubuh dari syaitan & bisikan syaitan selama 40 hari.

11. Cuka – Nabi selalu meminum dengan minyak zaitun (Trend yang popular di restoran Itali)

12. Air – Minuman terbaik. Jika dahaga hendaklah disedut perlahan-lahan. Jangan diteguk. Mudah mendapat sakit pada hati.

Ahad, 18 Disember 2011

10 jenis solat yang tidak diterima Allah

Aku ambil ni dari email. tapi jujur, ada beberapa bahagian yang aku sendiri tak berapa faham. Jadi, kepada mereka yang faham, tolong jelaskan pada aku.. terima kasih..

==============================
Sabda Rasulullah saw yang bermaksud;
"Sesiapa yang memelihara solat, maka solat itu petunjuk dan jalan selamat dan barang siapa yang tidak memelihara solat maka sesungguhnya solat itu tidak menjadi cahaya dan juga tidak menjadi penunjuk dan jalan selamat baginya"

1. Orang lelaki yang solat sendirian tanpa membaca sesuatu.

2. Orang lelaki yang mengerjakan solat tetapi tidak mengeluarkan zakat.

3. Orang lelaki yang minum arak tanpa meninggalkannya (bertaubat).

4. Orang lelaki yang menjadi imam padahal orang yang menjadi ma'mum membencinya.

5. Anak lelaki yang melarikan diri dari rumah tanpa izin kedua ibubapanya.

6. Orang perempuan/isteri yang memberontak apabila suaminya menegur/marah kepadanya.

7. Imam atau pemimpin yang sombong/zalim dan suka menganiaya orang.

8. Orang perempuan yang tidak menutup aurat.

9. Orang yang suka makan riba.

10. Orang yang solatnya tidak dapat menghindarnya dari perbuatan keji dan mungkar.


Rasulullah saw bersabda:
"Barangsiapa yang solatnya tidak dapat menahan daripada melakukan perbuatan keji dan mungkar, maka sesungguhnya solatnya itu hanya menambahkan kemurkaan Allah swt dan semakin jauh dari Allah swt."

Sabtu, 17 Disember 2011

Petua Mencuci Hati oleh Datuk Dr Haji Fadzilah Kamsah

Segala aspek kehidupan ini bermula daripada hati. Oleh itu, dibawah ini ada beberapa cara bagaimana hendak mencuci hati, diolah oleh pakar motivasi Datuk Dr. Haji Fadzilah Kamsah.

1. Dirikan solat dan banyakkan berdo'a - Ini adalah salah satu kaedah yang sungguh berkesan. Semasa berdo'a turut katakan: "Ya Allah, jadikan hatiku bersih."

2. Selawat keatas Nabi Muhammad s.a.w paling minima 100X sebelum tidur. Ini merupakan satu pelaburan yang mudah dan murah. Disamping dosa-dosa diampunkan, otak tenang,murah rezeki, orang sayangkan kita dan mencetuskan semua perkara kebaikan.

3. Solat taubat - Selain daripada memohon keampunan, dapat mencuci hati dan menenangkan minda.

4. Membaca Al-Quran - Selain dapat mencuci hati juga menenangkan jiwa, penyembuh, penenang, terapi. Sekurang- kurangnya bacalah "Qulhu-allah" sebanyak 3X.

5. Bermaaf-maafan sesama kawan setiap hari - Semasa meminta maaf perlu sebutkan.

6. Bisikan kepada diri perkara yang positif - Jangan sesekali mengkritik, kutuk diri sendiri, merendah-rendahkan kebolehan diri sendiri. Katakan lah: "Aku sebenarnya......(perkara yang elok2 belaka).

7. Program minda/cuci minda - Paling baik pada waktu malam sebelum tidur, senyum, pejam mata. Katakan didalam hati: "Ya Allah, cuci otak aku, cuci hatiku. Esok aku nak jadi baik, berjaya, ceria, bersemangat, aktif, positif." Menurut kajian saikologi, apa yang disebut sebelum tidur dapat dirakamkan sepanjang tidur sehingga keesokan harinya - CUBALAH!!).

8. Berpuasa - Sekiranya dalam berpuasa, terhindar dari melakukan perkara2 kejahatan.

9. Cuba ingat tentang mati (Sekiranya hendak melakukan sesuatu kejahatan, tidak sampai hati kerana bimbang akan mati bila2 masa).

10. Kekalkan wuduk.

11. Bersedekah.

12. Belanja orang makan.

13. Jaga makanan - jangan makan makanan yang subhat (was2, tidak pasti halal atau tidak).

14. Berkawan dengan ulama.

15. Berkawan dengan orang miskin (menginsafi).

16. Pesan pada orang, jadi baik.

17. Menjaga pancaindera (mata, telinga, mulut.. dsb). Jangan dengar orang mengumpat.

Khamis, 15 Disember 2011

Personaliti Anda Mengikut Nombor (tarikh lahir)

Macam dah lama aku tak letak pasal nak mengenal personaliti melalui tarikh lahir kat sini. Setelah aku selongkar email aku, jumpa gak benda ni... enjoy!!

====================================================

Pilih no mana yg kena... (aku nombor 3. ehem ehem!!)

Kalau anda dilahirkan pada 1Hb, 10Hb, 19Hb, 28Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.1

Kalau anda dilahirkan pada 2Hb, 11Hb, 20Hb, 29Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no..2

Kalau anda dilahirkan pada 3Hb, 12Hb, 21Hb, 30Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.3

Kalau anda dilahirkan pada 4Hb, 13Hb, 22Hb, 31Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.4

Kalau anda dilahirkan pada 5Hb, 14Hb, 23Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.5

Kalau anda dilahirkan pada 6Hb, 15Hb, 24Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.6

Kalau anda dilahirkan pada 7Hb, 16Hb, 25Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.7

Kalau anda dilahirkan pada 8Hb, 17Hb, 26Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.8

Kalau anda dilahirkan pada 9Hb, 18Hb, 27Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.9


no.1
----
Anda sangat cerdik, jujur, lucu, degil, rajin, terus-terang, cemburu dalam asas pertandingan, baik hati, peramah dan autoriti. Anda ingin mendahului dalam apa jua keadaan. Anda seorang yang berdikari, berkeyakinan dan tidak pernah berada di bawah pimpinan orang lain. Anda akan bercinta dalam usia yang muda tapi akan berkahwin pada usia yang matang.. Anda tidak suka akan orang yang bertentangan pendapat dengan anda. Malah anda juga menyimpan dendam dengan orang yang bersalah dengan anda. Anda seorang yang kuat belanja. Pada masa hadapan anda adalah professional dalam kerjaya yang anda ceburi. Namun terdapat juga orang yang kecil hati dengan pencapaian anda. Anda mempunyai keluarga yang bahagia. Pasangan ideal anda adalah no.4, 6, 8.

no.2
----
Tak kira apa pun, anda akan disukai oleh semua orang kerana anda berperanankan Bulan dan semua orang suka akan bulan. Em...bagus! Anda suka bermimpi siang. Anda kurang berkeyakinan terhadap diri sendiri. Jadi and perlu membuat perubahan ke atas hidup anda. Anda adalah seorang yang sukar diramal kerana anda membuat perubahan berdasarkan masa dan keadaan. Anda juga seorang yang mementingkan diri sendiri tetapi and mempunyai bakat dalam muzikal, seni dan komunikasi lisan. Sikap anda seperti bulan yang datang keredupan dan pudar jadi semua orang boleh mengetahui perubahan anda. Anda boleh menjadi Mahatma Gandhi yang kedua kerana cinta akan keamanan. Anda juga seorang yang bertanggungjawab dalam keluarga. Pasangan ideal anda adalah no.2, 5, 9.

no.3
----
Anda adalah seorang yang berhati keras, pentingkan diri sendiri, kuat agama dan suka untuk mempertingkatkan kehidupan sendiri. Anda mempunyai masalah keluarga dan anda dapat mengharungi dengan kesabaran anda. Anda sangat pandai bercakap, wajah yang cantik, jadi ke mana saja anda pergi anda akan dapat apa yang anda inginkan. Daripada hari lahir anda, anda perlu berkerja keras untuk berjaya. Anda juga seorang yang menghormati orang yang lebih tua daripada anda. Bukannya senang nak menjalinkan hubungan sama ada percintaan, kekeluargaan atau persahabatan. Sekiranya anda suka akan sikap seseorang itu, maka hubungan itu akan berpanjangan. Anda suka akan kebebasan, pencipta di mana ada anda akan membawa harapan, kegembiraan dan keceriaan ke dunia ini. Pasangan ideal anda adalah no.6, 9.

no.4
----
Anda adalah seorang yang amat degil dan rajin. Mungkin anda akan menjauhkan orang lain daripada anda kerana kata-kata anda. Anda seorang yang bertimbang rasa akan masalah orang lain. Anda berbakat dalam penyelidikan dan seni. Anda akan membantu ahli keluarga atau kawan-kawan yang menghadapi masalah tanpa berfikir panjang. Anda kena berhati-hati dengan orang sekeliling anda kerana mereka mungkin akan mempergunakan anda. Kawan-kawan anda akan menghabiskan masa dan wang ringgit anda dan selepas itu menjauhi daripada anda apabila anda dah tak ada nilai buat mereka lagi. Walau bagaimanapun anda tetap seorang yang sabar dan tegas. Pasangan ideal anda adalah no.1, 8.

no.5
----
Anda sangat popular dalam komuniti. Anda boleh menyelesaikan sesuatu perkara hanya secara lisan. Anda mempunyai akal fikiran dalam menjalani perniagaan. Namun anda terlalu terburu-buru. Anda adalah seorang yang humor di kalangan kawan-kawan dan ahli keluarga. Kawan-kawan dan ahli keluarga anda juga akan minta bantuan anda apabila mereka memerlukan bantuan. Anda bukan seorang yang setia dalam hubungan percintaan. Anda suka perubahan dan kebebasan. Anda mempunyai ciri-ciri seorang pengembara dan ahli silap mata. Anda mempelajari hidup melalui pengalaman. Pasangan ideal anda adalah no.1 , 2, 9.

no.6
----
Anda dilahirkan untuk menikmati hidup ini. Anda tidak pedulikan apa-apa perkara dan hanya ingin berseronok dalam hidup anda saja. Anda sangat pandai dalam pelajaran dan pengurusan perniagaan. Anda seorang genius, baik hati (tapi hanya orang yang beranggapan anda orang baik), mempunyai paras rupa yang cantik atau kacak. Semua benda yang baik akan datang pada anda. Anda mengambil berat ke atas ahli keluarga dan kawan-kawan anda. Pada pandangan mereka, anda adalah seorang yang murah hati, peramah, adil saksama dan mempunyai penilaian yang tajam. Pasangan ideal anda adalah no.1, 3, 9.

no.7
----
Anda mempunyai daya tarikan kepada sesiapa saja. Anda adalah seorang yang realistik, yakin, gembira dan merupakan seorang yang genius dalam bidang pendidikan, muzik, seni dan nyanyian. Anda mempunyai masalah sikap iaitu panas baran. Namun demikian, anda banyak melakukan pengorbanan untuk keluarga. Anda meletakkan keluarga di tempat yang amat tinggi sekali sehingga kadang-kadang mengabaikan kebahagian diri sendiri. Anda telah dilahirkan untuk memberi sumbangan kepada dunia ini. Jadi anda seorang yang bagus dan seorang yang amat gembira. Pasangan ideal anda adalah no..2.

no.8
----
Anda mempunyai personaliti yang sangat kuat jadi tak ada orang yang memahami anda. Kepakaran anda hanyalah menuding jari pada sesuatu benda. Anda juga mengalami pelbagai dugaan dalam hidup. Semua masalah ini telah menjadikan anda lebih kuat dan tabah. Anda memperjuangkan keadilan. Kebanyakan masa anda telah dihabiskan bersama-sama dengan kawan-kawan. Anda seorang yang disiplin dalam hidup, tidak putus asa dan berani. Faktor-faktor ini telah membawa anda ke puncak kejayaan. Anda juga adalah seorang ahli pasukan, keluarga dan pejuang yang sangat bagus. Pasangan ideal anda adalah no.1, 4.

no.9
----
Anda adalah seorang yang sangat tabah dari segi fizikal dan juga mental. Anda mempunyai penilaian yang sangat tajam. Anda juga adalah seorang yang sangat dihormati dalam komuniti. Anda adalah orang yang boleh menerima cabaran dan berjaya dalam apa jua yang anda buat. Pada usia yang muda anda selalu bertentangan dengan ibu bapa anda. Tapi apabila usia anda telah semakin meningkat anda adalah seorang anak yang taat dan hormati mereka. Anda sesuai menceburi bigan kejuruteraan atau perbankan kerana orang lain percaya dan yakin akan anda. Anda merupakan model teladan kepada orang lain. Pasangan ideal anda adalah no. 3, 5, 6.

Sabtu, 10 Disember 2011

20 JANGAN!!

1 Jangan sengaja lewatkan solat. Perbuatan ini Allah tidak suka. Kalau tertidur lain cerita..
2 Jangan masuk ke bilik air tanpa memakai alas kaki (selipar). Takut kalau² terbawa keluar najis, mengotori seluruh rumah kita.
3 Jangan makan dan minum dalam bekas yang pecah atau sumbing. Makruh kerana ia membahayakan.
4 Jangan biarkan pinggan mangkuk yang telah digunakan tidak berbasuh. Makruh dan mewarisi kepapan.
5 Jangan tidur selepas solat Subuh, nanti rezeki mahal (kerana berpagi² itu membuka pintu berkat).
6 Jangan makan tanpa membaca BISMILLAH dan doa makan. Nanti rezeki kita di kongsi syaitan.
7 Jangan keluar rumah tanpa niat untuk membuat kebaikan. Takut² kita mati dalam perjalanan.
8 Jangan pakai kasut atau selipar yang berlainan pasangan. Makruh dan mewarisi kepapaan.
9 Jangan biarkan mata liar di perjalanan. Nanti hati kita gelap diselaputi dosa.
10 Jangan bergaul bebas ditempat kerja. Banyak buruk dari baiknya.
11 Jangan menangguh taubat bila berbuat dosa kerana mati boleh datang bila² masa.
12 Jangan ego untuk meminta maaf pada ibu bapa dan sesama manusia kalau memang kita bersalah.
13 Jangan mengumpat sesama rakan taulan. Nanti rosak persahabatan kita. Hilang bahagia.
14 Jangan lupa bergantung kepada ALLAH dalam setiap kerja kita. Nanti kita sombong apabila berjaya.. Kalau gagal kecewa pula.
15 Jangan bakhil untuk bersedekah. Sedekah itu memanjangkan umur dan memurahkan rezeki kita.
16 Jangan banyak ketawa. Nanti mati jiwa.
17 Jangan biasakan berbohong, kerana ia adalah ciri² munafik dan menghilangkan kasih orang kepada kita.
18 Jangan suka menganiaya manusia atau haiwan. Doa makhluk yang teraniaya cepat dimakbulkan ALLAH.
19 Jangan terlalu susah hati dengan urusan dunia. Akhirat itu lebih utama dan hidup di sana lebih lama dan kekal selamanya.
20 Jangan mempertikaikan kenapa ISLAM itu berkata JANGAN. Sebab semuanya untuk keselamatan kita. ALLAH lebih tahu apa yang terbaik untuk hamba ciptaannya.

Khamis, 8 Disember 2011

Asyik nak yang terbaik tapi kau tu?

Aku mengajar di sekolah perempuan di Kuala Lumpur. Boleh dikatakan, kalau di Kuala Lumpur ni, kalau nak letak la nama sekolah perempuan yang bagus, nama sekolah tu iala Convent Bukit Nenas (CBN). Siapa yang tak kenal CBN kan?

Maka, memang menjadi cita-cita budak sekolah aku la nak masuk CBN ni. Bukan mudah ok nak masuk CBN. CBN hanya nak budak yang performed dalam peperiksaan umum. Mereka perlu dapat 8A dalam PMR (tu yang aku tahu la). Well, tu kelebihan sekolah kluster. Ko boleh buat syarat ko sendiri.

Baru-baru ni, kawan aku pulak keluarkan senarai universiti terbaik di Malaysia. Aku tak tengok la pulak senarai tu. Nak gak tau apa ranking UPM kan? Masa zaman aku dulu, memang orang pandang tinggi la pad UM, UKM, USm dan UIA. UPP? Ikutkan aku pun  tak nak masuk UPM. Apa kelas pertanian kan?

Sama juga masa pemilihan kelas tingkatan 4. Semua murid berebut nak ambil kelas sains. Tak dapat kelas sains, dapat masuk kelas akaun pun ok jugak la.. Apa kelas masuk kelas MPV dan ERT.. tu kelas budak bodoh...

Selalu, kita nak yang terbaik je. Tak tau la sebab kita rasa hanya yang terbaik tu yang boleh janjikan masa depan yang lebih untuk kita, ataupun kita rasa kita cukup hebat untuk dapat benda yang terbaik tu. Sampaikan, tak habis-habis, kerja kita membandingkan apa yang terbaik. Sedangkan belum tentu benda yang diiktiraf terbaik tu, terbaik untuk kita.

Tak faham? Meh aku cuba explain. Memang kelas sains tu kelas terbaik dalam sekolah, tapi ko larat ke nak belajar sains? Aku tau aku larat tapi kau larat ke? Kalau kau tak larat tapi kau amik jugak sains, apa akibatnya? Tak ke teruk result kau?

CBN sekolah terbaik. Tapi kalau kau belajar di sekolah sekarang pun boleh dapat 8A, tak ke tu bermakna yang sekolah kau sekarang pun dah cukup baik? Kenapa kau nak pergi sana jugak? Sebab dia nampak elit? Apa yang menyebabkan mereka nampak elit? Jawpan dia mudah. Sebab mereka bangga nak mengaku mereka murid CBN. Kalau suruh pakai stokin CBN, t shirt CBN, mereka tak segan. Nak suruh kutip duit untuk sekolah pun mereka tak segan. Kau? Pakai stokin pn macam belacan (kalau tak mampu tu aku faham juga tapi ni semata-mata sebab style), pakai t shirt sekolah pun tak mahu, minta derma untuk sekolah pun kau boleh pulangkan kad kosong. Orang macam kau, jangan kata CBN, mana-mana tempat pun tak layak.

Universiti sekalian tu, kalau dah kerajaan punya, mana pun sama je. Orang terima je sijil kau. Kau tak perlu risau. Kau cuma perlu berhati-hati jika masuk universiit swasta sebab ada beberapa kursus kerajaan (SPA) tak iktiraf kalau kau nak kerja kerajaan. Tak kisah la kau masuk universiti mana pun, sama je. Yang penting, kau dapatkan keputusan yang bagus. Dan jujur, aku agak bangga jadi budak UPM walaupun orang masih anggap UPM sebagai picisan. Lantak kau la! Kau pun bukan pandai sangat!

Kesimpulan, tak payahla beria nak kelaskan mana yang terbaik mana yang tak. Aku rasa semua cikgu di sekolah berusaha mengajar sebaik mungkin. Bila anak murid berjaya, dorang pun tumpang bangga. so, takde isu, sekolah mana terbaik, mana tak. Usaha pihak sekolah dan guru sama je. Yang menentukan kualiti, tahap dan bagus atau tak bagus sesuatu benda tu sebenarnya korang tu sendiri. Kalau hantar guru dari langit pun, tapi korang memang takde niat nak belajar, korang memang tahap tu juga. Tapi, kalau korang nak, sengal macam mana pun keadaan, korang mesti berjaya punya

So, berani lagi nak gred-gredkan mana sekolah terbaik, universiti yang terbaik? Gredkan la. Yang pastinya, apa sahaja gred yang korang bagi pada orang/ institusi/ benda lain takkan ubah gred diri korang tu melainkan korang kaji balik diri dan gred korang tu sendiri.

Isnin, 5 Disember 2011

writer's block

1 masalah aku dengan menulis blog ialah, aku mesti menulis secara beterusan barulah blog aku ni akan terus berisi. Kalau tengah aku bersemangat waja tiba-tiba muncul halangan dan menyebabkan aku terberhenti menulis, alamatnya, berminggu la blog ni tak ber update. penyakit mental block aku datang.

Hari tu (minggu lepas), aku rasa, aku banyak idea tapi streamyx pula buat hal. Terus tak boleh menulis. Terus tersekat. Terus takde idea. Terus blog kosong sampai sekarang.. (see???). Cuba kira berapa btanyak perkataan terus yang telah aku gunakan. Inilah yang dikatakan chain reaction atau tindakbalas berantai.. hahaha..

Apa-apa pun, streamyx dah ok balik. Mak suruh aku call tm bagitau kata dah ok tapi perlu ke? Haha.. Bukan maksudnya aku tak hargai usaha korang it's just that aku kena la rujuak report nombor berapa.. then korang kena check.. then after all the trouble.. aku just nak kata thanks.. tak ke hampeh?

Anyway, terima kasih kepada staf TM atas khidmat anda. Aku amat menghargainya.

Esok paper MPV termasuk la paper Pemprosesan Makanan. Harap-harap budak aku boleh buat. Lepas ni sudah merdeka ya!! yeehaa!!

Adakah ini bermakna akan ada entry yang lebih bermakna selepas ini memandangkan cikgu ni dah takde alasan untuk stress?

Khamis, 1 Disember 2011

Mesin basuh buruk

Mesin basuh ayah atuk rosak lagi. Tak sampai berapa bulan rosak. Mak dan Cik Sally kata biasa la tu sebab banyak tangan yang guna. Sama jugak dengan periuk nasi. Hampir tiap tahun kena ganti.

Mak dengan cik Sally berbincang, mesin basuh macam mana yang terbaik untuk ayah atuk. mak suka separuh automatik sebab tak mudah rosak. Cik Sally lebih suka automatik sebab mudah untuk ayah atuk. Tekan sekali dan biarkan sahaja. Ayah atuk tak pandai nak guna spin dryer.

Masalah timbul kerana kami balik ke kampung pada hujung minggu yang bersambung dengan cuti maal hijrah. Mana ada khedai barang elektrik yang buka? Masa tu kami dah naik Avanza (kereta cik Sally) dah. Dah meronda sampai ke Parit Sulong. Takde kedai yang buka. Akhirnya Cik Sally suruh tanya Pakcik M (uh uh.. Sorry Cik Joe.. Along tak ingat nama abang ipar Cik Joe)

Cik Joe (suami Ci Sally) pun telefon la Pakcik M. Kebetulan, ada mesin basuh terpakai di rumahnya yang hendak dijual. RM50 je harganya. Hoho!!! Memang murah sangat la... Oh, lupa nak cerita, Pakcik M ni boleh repair peralatan eletrik (Cik Joe pun boleh tapi dia kata bila dah trip, dia tak berani. Lagipun dia tak boleh concentrate sebab Malaysia nak lawan Bahrain)

Sampai di rumah Pakcik M, kami melihat mesin yang dikatakan. Erkk??!! Ada baju sedang dibasuh di dalamnya. Mesin ni sedia untuk dijual ke tak? Setelah melihat-lihat, Cik Joe menelefon Pakcik M dan berkata "Dah tengok dah mesin dia. RM100 ok?" Lepas tu pakcik aku tanya pulak kat aku "Ok tak along RM100 macam tu? Ok la kan?" Nak tau jawapan ikhlas aku? TAK!!

Errkk?? Bukan tadi kata RM50? Kenapa jadi RM100? Tapi siapa aku nak komplen lebih-lebih? Biar lah. Itu abang ipar dia. Lagipun dia guna duit dia. Tapi aku rasa tak sedap hati. Aku takut nanti mak komplen sebab kalau ikutkan mak dah rancang nak beli mesin basuh tu kongsi adik beradik. Aku kena explain dari awal.

Sampai rumah, aku beritahu siap-siap pada mak. Aku cakap tu mungkin sementara je. Mungkin Cik Sally dan Cik Joe akan angkut mesin dari rumah mereka untu digunakan di kampung nanti.

Entah macam mana, semasa di dapur, Cik Sally bercerita tetang keluarga Pakcik M.

Rupa-rupanya dulu Pakcik M ada perniagaan membaiki barangan elektrik. 1 hari, isterinya Cik Ros (akak Cik Joe) didiagnos menghidap barah. Jadi Pakcik M pun menutup perniagaan sebab menjaga Cik Ros hingga sembuh. Sekarang Cik Ros dah sembuh la. So, mereka cuba berniaga balik. Merek cuba buka kedai makan, kedai runcit, banyaklah pekerjaan yang dicuba tapi setiap kali perniagaan mereka meningkat naik, ada sahaja dugaan yang menimpa keluarga mereka. Jadi sekarang Pakcik M sekadar mengambil upah menghantar budak ke sekolah. Tu je la mata pencarian mereka.

Baru aku faham, rupanya Cik Joe memang sengaja offer harga RM100 sebab dia berniat nak membantu keluarga kakaknya sebab dia faham mereka bukannya hidup senang. Well, Cik Joe dan Cik Sally pun bukanlah orang senang tapi mereka punya pendapatan tetap tiap bulan. Aku rasa mereka bersyukur dari sudut itu..

Hurmm.. Bila aku melihat sifat Pakcik aku tu, aku rasa segan. Aku kadang-kadang begitu berkira nak tolong orang sebab sering rasa yang diri aku sendiri tak cukup. Sedangkan? Masih ramai lagi orang lain yang tak cukup tapi mereka tak la kuat merungut macam aku.

Hurm... Aku memang kena banyak belajar bersyukur.

Selasa, 29 November 2011

7 Perkara Ganjil

Macam biasa, ambil dari email... err.. korang check la kesahihan benda ni.. pastu bagitau aku ye...

======================================

Terdapat seorang pemuda yang kerjanya menggali kubur dan mencuri kain kafan untuk dijual. Pada suatu hari, pemuda tersebut berjumpa dengan seorang ahli ibadah untuk menyatakan kekesalannya dan keinginan untuk bertaubat kepada Allah s.w.t. Dia berkata, "Sepanjang aku menggali kubur untuk mencuri kain kafan, aku telah melihat 7 perkara ganjil yang menimpa mayat-mayat tersebut. Lantaran aku merasa sangat insaf atas perbuatanku yang sangat keji itu dan ingin sekali bertaubat."



Yang pertama, aku lihat mayat yang pada siang harinya menghadap kiblat. Tetapi pabila aku menggali semula kuburnya pada waktu malam, aku lihat wajahnya telahpun membelakangkan kiblat. Mengapa terjadi begitu, wahai tuan guru?" tanya pemuda itu.

Wahai anak muda, mereka itulah golongan yang telah mensyirikkan Allah s.w.t. sewaktu hidupnya. Lantaran Allah s.w.t. menghinakan mereka dengan memalingkan wajah mereka dari mengadap kiblat, bagi membezakan mereka daripada golongan muslim yang lain," jawab ahli ibadah tersebut.



Sambung pemuda itu lagi, "Golongan yang kedua, aku lihat wajah mereka sangat elok semasa mereka dimasukkan ke dalam liang lahad. Tatkala malam hari ketika aku menggali kubur mereka, ku lihat wajah mereka telahpun bertukar menjadi babi. Mengapa begitu halnya, wahai tuan guru?"

Jawab ahli ibadah tersebut, "Wahai anak muda, mereka itulah golongan yang meremehkan dan meninggalkan solat sewaktu hidupnya. Sesungguhnya solat merupakan amalan yang pertama sekali dihisab. Jika sempurna solat, maka sempurnalah amalan-amalan kita yang lain,"



Pemuda itu menyambung lagi, "Wahai tuan guru, golongan yang ketiga yang aku lihat, pada waktu siang mayatnya kelihatan seperti biasa sahaja. Pabila aku menggali kuburnya pada waktu malam, ku lihat perutnya terlalu gelembung, keluar pula ulat yang terlalu banyak daripada perutnya itu."

"Mereka itulah golongan yang gemar memakan harta yang haram, wahai anak muda," balas ahli ibadah itu lagi.



Golongan keempat, ku lihat mayat yang jasadnya bertukar menjadi batu bulat yang hitam warnanya. Mengapa terjadi begitu, wahai tuan guru?"

Jawab ahli ibadah itu, "Wahai pemuda, itulah golongan manusia yang derhaka kepada kedua ibu bapanya sewaktu hayatnya. Sesungguhnya Allah s.w.t. sama sekali tidak redha kepada manusia yang menderhakai ibu bapanya."



Ku lihat ada pula mayat yang kukunya amat panjang, hingga membelit-belit seluruh tubuhnya dan keluar segala isi dari tubuh badannya," sambung pemuda itu.

Anak muda, mereka itulah golongan yang gemar memutuskan silaturrahim. Semasa hidupnya mereka suka memulakan pertengkaran dan tidak bertegur sapa lebih daripada 3 hari. Bukankah Rasulullah s.a.w. pernah bersabda, bahawa sesiapa yang tidak bertegur sapa melebihi 3 hari bukanlah termasuk dalam golongan umat baginda," jelas ahli ibadah tersebut.



Wahai guru, golongan yang keenam yang aku lihat, sewaktu siangnya lahadnya kering kontang. Tatkala malam ketika aku menggali semula kubur itu, ku lihat mayat tersebut terapung dan lahadnya dipenuhi air hitam yang amat busuk baunya,"

Wahai pemuda, itulah golongan yang memakan harta riba sewaktu hayatnya," jawab ahli ibadah tadi.



Wahai guru, golongan yang terakhir yang aku lihat, mayatnya sentiasa tersenyum dan berseri-seri pula wajahnya. Mengapa demikian halnya wahai tuan guru?" tanya pemuda itu lagi.

Jawab ahli ibadah tersebut, "Wahai pemuda, mereka itulah golongan manusia yang berilmu. Dan mereka beramal pula dengan ilmunya sewaktu hayat mereka. Inilah golongan yang beroleh keredhaan dan kemuliaan di sisi Allah s.w.t. baik sewaktu hayatnya mahupun sesudah matinya."



Ingatlah, sesungguhnya daripada Allah s.w.t kita datang dan kepadaNya jualah kita akan kembali. Kita akan dipertanggungjawabkan atas setiap amal yang kita lakukan, hatta amalan sebesar zarah.

Isnin, 28 November 2011

Aku frust + stress

Jumaat (25/11/11), 7.30pm

Entry ini adalah entry terjadual. Dengan kata lain, ia mungkin tak menggambarkan perasaan aku pada waktu tu tapi sekurang-kurangnya ia menggambarkan perasaan aku sekarang.

Hurmm.. Aku berada dalam keadaan frust. apakah perkataan frust dalam BM? Kejap aku nak Google translate.. Ok..Google translate kata takde perkataan frust. yang ada frustrated. Dalam BM bermaksud kecewa. Ya, aku sedang kecewa sekarang.

Kenapa?

Aku bakal berumur 30 pada tahun depan tapi apa yang aku ada? Aku tak ada rumah lagi. Aku belum sambung belajar lagi. Aku takde pakwe.

Aku dah biasa duduk dalam rumah yang besar jadi, bila aku nak beli rumah, aku terbayang, rumah aku, mestilah sekurang-kurangnya sebesar rumah yang mak ayah aku mampu sediakan untuk kami adik beradik. Tapi, disebabkan aku bekerja di KL, dengan peruntukan perumahan aku, aku tak layak nak beli apartment pun dah. Rumah flat je layaknya. Berlaku jugaklah house hunting hingga ke Seremban tapi siapa nak duduk di sana? Terfikir juga hendak membeli rumah flat dan sewakan sahaja tapi ayah hanya mencebik. Boleh pulak dia cadangkan aku membeli rumah di Ijok sana. Apa hal? Stress aku!

Aku memang nak sambung belajar tapi aku sedar aku tak boleh buat dua benda dalam satu masa. Sebab tu aku nak ambil cuti untuk sambung belajar. Sanggup la aku tunggu sehingga ada orang ganti aku mengajar dan kononnya MPV nak mansuh. Tiba, dengar cerita, KPM letak peraturan ketat nak mampus terhadap orang yang nak sambung belajar sepenuh masa. so, korang agak-agak, aku akan sambung belajar tak sudahnya?

Serius, sebelum ni aku tak berapa kisah takde pakwe. Selama ni aku ada ramai kawan yang boleh melayan aku sms. Tapi semenjak 'dia' berkahwin dan 'dia' (yang seorang lagi) sudah tiada masa untuk aku, aku makin sunyi. Sape nak jadi kawan sms aku?