Berbual dengan mak. Mak serius berjaya buat aku menyesal sebab tak pilih untuk bersara pada umur 60. Katanya, kalau pilih untuk bersara umur 60 ni, banyak kelebihan berbanding mereka yang pencen umur 56/58.
Aku agak nyesal sebab sekarang ni, perkhidmatan aku 31 tahun 3 bulan. Kalau aku ambil cuti tanpa gaji, boleh ambil kurang dari 1 tahun je la. Kalau terlebih karang, tak cukup 30 tahun perkhidmatan, tak dapat pencen 60% dari gaji mati..
Tapi, seriously, aku larat ke kerja lebih dari umur 56 tahun? Hurmmm... kalau la aku dah tak layak nak dapat pencen penuh, apa kata, aku minta je cuti tanpa gaji banyak-banyak, sekadar cukup untuk syarat minimum dapat pencen 50% gaji? Ok tak? Tapi 50% dengan 60% tu banyak bezanya woo... Kalau gaji mati 5000, tak ke 500 beza pencen tu? Banyak tu....
Huhuhu.. Aku benci bila aku sangat materialistik. Tapi aku memang materialistik pun. Hahaha..
Dalam hal lain yang tak berkaitan... Aku masih tak tau nak sambung belajar dalam bidang apa.. Tolong bagi idea kat aku boleh tak? Aku sangat teringin untuk sambung belajar. Nope. Tak nak ambil pedagogi.. atau kemahiran berfikir. Aku tak minat subjek gitu..
Bagi idea please??? Aku ingat nak ambil geografi. tapi dengar cerita, ada di USM je. Kalau nak dekat dengan rumah, UPM atau UKM la.. Tapi orang kata, UPSI, lecturer dia boleh lebih kurang.. hurmm..
Bagi pendapat ok? Kalau boleh nak apply tahun ni. Lagi lama tangguh, lagi tua aku. Makin kurang kebolehan nak serap ilmu
Cari cerita lama
Aku terkini
sebelum komen, baca dulu komen orang lain boleh? Bosan la nak balas komen yang sama.. sebab jawapan aku mesti sama punya. tak pasal2 aku jadi astro karang ulang tayang beberapa kali
* jangan orang astro sentap pulak dengan aku, suda
Memaparkan catatan dengan label mintak idea. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label mintak idea. Papar semua catatan
Isnin, 20 Februari 2012
Ahad, 25 Disember 2011
Pening pasal beli rumah (perlukan nasihat korang)
Aku asyik merungut nak cari rumah yang aku mampu. Asyik cerita rumah makin mahal. Pada 2 minggu lepas, aku dok teman Yana mencari rumah. Cita-cita si Yana ni nak beli rumah atas tanah. Dia nak rumah teres. Jarak dia tak kisah. Dia sangat tolerate (Sangat. Dia tak kisah cari rumah sampai Desa Coalfield, Puncak Alam sana ). Aku pula ikut je la.
Ternyata rumah di situ pun sudah sangat mahal. Tak faham aku. Harga tetap 300k ke atas. Kalau gitu harganya, baik aku beli di Ampang sana tu. Sekurang-kurangnya takde la aku kena fikir duit tambang.
Dalam perjalanan pulang, kami lalu Kundang. Yana nak cari tanah pulak. Maka, aku pun mencatit la segala no. telefon orang jual tanah di kawasan Kundang tu. Teruskan perjalanan, tiba-tiba kami melewati kawasan Tasik Biru. Di situ ada Apartment Laguna Biru.
Huhu.. Tasiknya cantik! Serius aku tak tipu. Cantik sangat! Kami masuk dalam rumah contoh. Last-last, aku yang terbayar booking fee RM250. Aku terbeli apartmen tu tapi tingkat bawah je la aku beli. Tak nak beli tinggi-tinggi.. Hehe.. Jadi harga dia agak mahal. RM112, 398. Rasanya aku akan guna pinjaman bank je kot sebab sikit je.
![]() |
| Inilah Tasik Biru yang buat aku terbayar booking fee.. Cantik kan? Bangunan tu la Apartment Laguna Biru |
Itu berlaku pada hari Khamis. Sehari sebelum Pameran Hartanah bumiputera. Bila aku pergi Pameran Hartanah Bumiputera pada hari Ahad (18/12/11), aku sekali lagi, terletak booking fee RM1000 untuk apartmen percutian di Bukita Gambang Resort City. Harga dia RM200,800. Huhu.. cita-cita aku, nak guna pinjaman kerajaan pula untuk rumah ni.
Hari Rabu berikutnya (21/2/11), kawan aku pula melawa aku untuk melihat rumah jirannya. Lot banglo. Jiran dia nak jual RM280k dan boleh bincang lagi. Arghh!! Tawaran yang sangat menarik. aku dah serba salah. Macam mana ni ek? Macam nak rumah tu tapi aku dah bayar booking fee untuk 2 buah rumah. Macam mana ek?
Tapi aku kurang bernasib baik. Rumah banglo tu dah dibeli orang. Maknanya aku akan teruskan dengan 2 apartmen yang aku dah booke ni.. Aku tak tahu la patut atau tak teruskan dengan Apartmen Laguna Biru. Macam banyak je masalah. Ni gara-gara kontraktor tak buat kerja betul-betul. Elektrik takde la.. Antena TV tak jelas la.. Macam-macam.
Mujur, penduduk di Laguna Biru ni agak bagus la kesatuannya. Banyak benda mereka sepakat buat sama-sama. Tapi tetap, aku macam sedikit tawar hati. Ni rumah pertama aku nak beli tau! Dah la aku tak pernah menyewa pun. Ni baru 1st time aku terlibat dengan hal rumah tiba, macam-macam pulak masalah..
Belum cerita pasal bank lagi. Aku tak tahu bank mana yang terbaik. Yang bagi -BLR yang tertinggi, boleh bagi pinjaman tertinggi dan tempoh pinjaman paling lama. Korang ada pendapat tak? Ada sorang kawan baru aku (pembeli Apartmen Laguna Biru jugak) cadangkan Hong Leong Bank atau OCBC. Korang pulak?
Korang rasa aku patut terus ke beli Apartmen Laguna Biru tu? Ke aku patut beli rumah kat tempat lain je? Kat mana aku patut beli? Argghh!! Aku tak nak menyesal je... Tolong!! Tolong!!!
Ahad, 24 April 2011
10 sebab kenapa blog aku tersadai.. Hehe
En. Anif telah menyarankan aku agar menulis resepi untuk mengelakkan blog ni dari terbengkalai.. Hehe.. masalahnya En. Anif, saya ni tak pandai masak la.. serius. Saya hanya pandai masak apa yang saya ajar pada budak. Itupun, takde lah pandai sangat. Saya hanya bagi arahan, budak yang pandai. Macam mana ek?
Jadi, biarlah saya jawab soalan kedua dulu buat masa ni iaitu:
10 sebab kenapa blog tidak dikemaskini (update)
1- Sibuk. terlalu sibuk. Sibuk baca komik dan baca komik lagi (aku dah jumpa komik Hajime kindaichi.. huhu)
2- Serabut dengan kerja sekolah. Jadi tak mampu nak menulis. Kalau tulis karang, tah apa-apa pula hasilnya.
3- Skil tumpul. Rentetan dari no. 2, skil jarang diasah, maka makin tumpul. Banyak entry aku tulis. Tapi semuanya hanya separuh jalan.
4- Terlalu banyak benda nak cerita. Sampai cerita tu bercampur aduk. Sangat tak sesuai untuk dijadikan bahan bacaan atau contoh karangan.
5- Tengah jiwang. Ini menyebabkan aku nak tulis entry yang jiwang-jiwang. Masalahnya entry jiwang-jiwang tak sesuai dengan pembaca blog aku yang gagah perkasa macam aku.
6- Aku penjawat awam. Ini menyebabkan aku perlu berfikir terlebih dahulu sebelum aku meluahkan semua yang aku fikirkan (biasalah.. kadang-kadang, dengan ayah sendiri pun kita bertelagah juga kan?)
7- Lagu yang aku minat macam dah takde lagi dah. Ok.. sebenarnya aku ada banyak lagi lagu yang aku suka. Cuma.. masa tengah blur haritu, lagu apa nak letak dalam blog pun, aku tak dapat nak fikir.
8- Selera tengah naik. Makan sambil baca komik adalah lagi best daripada makan sambil menaip.
9- Tengah gatal. Ok, aku akui, aku tengah gatal.. Aku cuba mencari kawan baru melalui chatroom yahoo. Siap buat nick baru lagi supaya ramai laki buzz aku.. hasilnya? Huhu.. Tak best.. tulis blog lagi best.. (tu yang aku insaf ni)
10- Sibuk blogwalking. Pernah aku tidur pukul 2 pagi sebab aku berjalan-jalan ke blog-blog yang ada dalam senarai aku (yup.. sangat blur sampai hanya mampu blogwalking dan tak mampu komen)
Yess!!! Aku berjaya!!! Berjaya!! Terima En. Anif sebab bagi idea.. hehe

Jumaat, 4 Mac 2011
Musim kering yang panjang
Percaya atau tak, aku sentiasa buka tab blog ni. Aku tak pernah tutup page blog aku. Online je, mesti blog aku yang aku tengok dulu.
Percaya atau tak, sepanjang aku tak menulis entry ni, hampir tiap hari aku klik butang New Post sebab aku nak post sesuatu. Tapi tiap kali sampai kat kotak menaip ni, aku hanya boleh memandang dengan kosong dan pergi ke halaman utama semula.
Ya, seperti tajuk blog aku, " Bila Hati Terdetik, Otak Terfikir.." aku sangat bergantung kepada apa yang ada dalam hati aku dan otak aku. Baru aku boleh menulis (atau menaip?) Kalau hanya ada salah satu, aku tak dapat nak letak post baru kat blog ni.
Aku rasa aku ada je benda nak nak cerita. pasal En. Ken tersangkut dengan helmet, pasal budak-budak aku, pasal saman, pasal budak-budak aku yang sengal (banyak citer kelakar berlaku kebelakangan ni)... tapi, tu lah.. idea datang tapi hati tiada.. hati ingin bercerita, tapi otak tak terjana.
Boleh dikatakan, sejak aku mula berblog, inilah era kekeringan dan ketandusan aku yang paling panjang. Maaf. Itu je yang aku boleh ucap. Dan terima kasih sebab masih ada yang datang menjenguk blog aku..
Aku masih menunggu mood yang sesuai untuk tiba. Mungkin cuti sekolah nanti, tiap hari aku menulis entry kot? Siapa tahu?

| Aku menunggu hujan turun membasahi idea aku yang kering ni.. sungguh tak seronok perasaan ketandusan ini tau |
Aku masih menunggu mood yang sesuai untuk tiba. Mungkin cuti sekolah nanti, tiap hari aku menulis entry kot? Siapa tahu?
Label:
aku semata2,
maaf,
mintak idea,
semasa
Jumaat, 4 Februari 2011
Apa?
Apa komen korang terhadap blog aku?
Cepat load? Lambat load? Terang sangat? Gelap sangat? Bising sangat? Apa yang perlu aku tambah atau buang? Widget apa patut ada? Widget apa yang tak?
Tolong respon ya? Walaupun tak ramai yang membaca, tapi aku nak la orang yang sudi membaca blog aku ni, membaca dengan gembira... =)
p/s: Gi la KEDAI AKU. Kalau tak nak beli untuk diri sendiri sekali pun, boleh beli untuk mak, adik, akak...

Selasa, 25 Januari 2011
nak minta blogger-blogger sekalian tulis karangan kekanak..
kalau aku buat pertandingan karangan, agak2 ramai tak yg join? ingat nk buat pertandingan bertajuk " aku sebuah layang-layang" ok tak?
hadiah macam biasa la.. takdelah hebat sangat tapi ada lah sikit.. gula2 barang sebiji dua mungkin? entahlah. aku tak pasti.
yang aku pasti, aku teringin nak membaca hasil nukilan blogger-blogger terhadap tajuk ksrangan darjah 3 ni..
so, should i proceed with the plan?

Isnin, 27 Disember 2010
Aku patut marah. Siapa setuju?
Mulanya aku ingat hendak mengolah situasi ini dalam bentuk cerita. Namun, bila aku kenangkan yang biasanya aku akan mengambil masa sekurang-kurangnya 2 jam untuk menaip cersapen (cerita sangat pendek), maka aku ambil keputusan untuk bercerita secara langsung je. Oh, peringatan, ini bukanlah kisah cinta.. hehe.. takut korang semua salah sangka..
=======================================
Aku berkenalan dengan seorang lelaki di FB. Pangkat adik la dia ni kerana umurnya baru 23 tahun. Kita panggil dia A. pada mulanya, kami berkawan melalui sms. Biasalah, setelah beberapa bulan berkawan melalui sms, A ajak aku berjumpa. Sebagai seorang perempuan yang memang open minded dan tak kisah untuk keluar dengan boyfriend orang (awek dia juga kawan fb aku), aku pun bersetuju untuk berjumpa dengan A. aku membawa jiranku sebagai teman dan tempat kami merayap adalah di downtown cheras.
![]() |
| A yang tangkap. Aku suka gambar ni sebab aku suka detail bangunan Sultan Abdul Samad. Klik Untuk besarkan |
Agaknya, disebabkan aku seorang akak yang best dan sporting, A mengajak aku berjumpa lagi. Kali ini kami berjalan-jalan di Dataran Merdeka. Oh, A ni baru berjinak-jinak dalam bidang fotografi. oleh itu, alasan yang dia gunakan untuk mengajak kami (aku dan jiran aku) berjalan adalah untuk menangkap gambar. Sebagai seorang yang minat dengan kamera tetapi kurang skil, aku pun bersetuju la untuk keluar dengan A. dapat juga aku menangkap 1-2 keping gambar menggunakan DSLR nya..
![]() |
| Aku yang tangkap. warna dan pencahayaan kureng tapi aku suka. lantak la korang suka ke tak. Kalau suka, klik like (poyo) |
Selepas Dataran Merdeka, kami ke Tasik Ampang Hilir. Menyedari yang aku tidak fotogenik sebagai model dan aku lebih gemar menangkap gambar dari menjadi gambar, pada pertemuan seterusnya aku telah membawa emak dan adik untuk menjadi model dan aku diberi kebenaran untuk menggunakan kameranya.
![]() | ||
| Di Taman Tasik Ampang Hilir. Aku sedar aku tak fotogenik.. bagi gambar belakang suda.. Gambar ini ditangkap dan diedit oleh A |
Kenapa aku cerita semua ni dengan teliti? Kerana aku nak menunjukkan betapa akrabnya hubungan kami. Tapi aku tak sangka, orang yang aku percaya, rupa-rupanya sangat tak percaya pada aku.
| A tangkap gambar adik aku.. |
A ada memberitahu aku yang keluarganya akan datang ke KL (A orang Sabah). Alasan yang diberi adalah sengaja untuk melihat-lihat. Keluarganya telah pun selamat sampai pada hari Jumaat yang lalu. Aku ada bertanyakan agenda A sekeluarga pada hari Sabtu. jawapan yang diberi agak kabur, jadi aku anggap dia hendak membawa keluarganya bersiar-siar di sekitar KL. sambil-sambil tu ada juga kami berbalas sms.
| Gambar aku yang paling aku suka. lepas ni, takde dah nak berangan lagi.. |
Malam itu, apabila aku online, aku terbaca status awek A yang sudahpun bertukar kepada 'bertunang'. aku lihat pula gambar-gambar. ya, memang sah lah yang A sudah bertunang siang tadi. Huh! cuba teka apa perasaan aku? Teka! Teka! Teka la cepat!
Aku bengang! Aku sms A " Kenapa tak bagitau akak yang awak nak bertunang?"
Jawapan A " A takut, kalau A bagitau, akak tak nak keluar dengan A"
| Aku banyak tangkap gambar A. Kesian, dia ada gambar orang je. Gambar sendiri tak banyak |
Ok... situasinya sekarang ialah, aku tumpang happy yang si A ni dah bertunang. Tapi dalam masa yang sama aku bengang kerana A tak beritahu aku perkara itu lebih awal. Jujur, kalau dia beritahu lebih awal pun, aku tak kisah keluar dengannya. Tetapi aku marah kerana dia tidak jujur dengan aku. Dia tidak percaya pada aku. Siapa yang faham point yang aku cuba sampaikan?
Kami masih berkawan. Ya lah, takkan lah aku nak putus kawan kerana isu itu? Tetapi memang aku sudah tambah 1 lingkaran baru untuk menambah jarak antara aku dengan dia.
![]() |
| Gambar aku yang kononnya macam cover novel. Blah lah.. tak caye |
Wahai lelaki, kenapa anda berselindung benda yang tak patut diselindungkan? Jujurlah dalam perhubungan. Terutamanya bila menjadi kawan. Takkan la aku tak nak berkawan dengan orang semata-mata kerana dia nak bertunang. Aku moden ok.. Setakat berkawan, aku tak kisah.
Aish.. Tak paham aku!
Label:
gambar,
keliru,
me n fren,
mintak idea
Isnin, 6 September 2010
blog aku makin bagus atau makin teruk?
pukul 3.25 pg...
nape x tido lg? barulepas makan megi.. hehe.. sementara nk tunggu lemak ni mendak, aku pun g la baca balik blog2 aku yg lama.. ada dua. 1 blog kat friendster, dan 1 lg blog kat myspace.. oh, aku dah letak dua2 blog ni.. ada kat page tempat aku lepak
hurmm.. aku mendapati, dulu, blog aku pendek2 je coretannya. tp skrg.. ya ampun!! berjela2.. dari segi penceritaan.. tah la.. rasanya cara penceritaan aku dulu lebih hip dan in (tah apa tah 2 perkataan ni) dgn selera org. maklumla, cara penulisan aku krg agak.. hurmm.. agak matang kot? lalala
kalau korang rajin, gi la baca sikit blog lama aku.. pastu gitau, korang lagi suka style yg mana. yg lama atau yg baru? saje je nk tau am i getting better or worse?
dah la. xnk bebel panjang2. nnti masa tido jadi pendek.
jumpa lagi
p/s: malam ni dah mlm ke 27..
p/p/s: kepada sesapa yg nk menderma, sila la klik tab Jom Menderma. ada la beberapa org yg boleh korang derma.. ada gak link blog2 lain yg berkaitan..

Selasa, 10 Ogos 2010
kenapa ek??
1- kita selalu lebihkan org lain lebih dr org yg syg kita. (mak, ayah, famili)
2- kita selalu nampak apa yg org ada, lebih best dr yg kita ada. kita selalu nk yg org punya.. padahal, yg kita punya pon ok apa...
3- kita sanggup keluar dgn kwn dr jemput adik dr sekolah
4- makin kita syg org tu, makin kita berkira nk tunjuk perasaan kita pada dia.
5- pada masa kita berazam nk buat sesuatu, masa tu gak la kita teringin nk melanggarnya (cth: masa kata nk diet la, selera mkn mcm apa tah)
ok.. maybe aku je kot.. korang x.. tapi.. kenapa ek?
Label:
bla3...,
keliru,
kenal diri,
mintak idea
Khamis, 24 Jun 2010
kaitan PTK dengan PBS
nak tanya.. dulu, prestasi penjawat awam dinilai oleh pegawai atasan dia (utk tujuan anjakan gaji - melintang/ menegak) nape tukar ke PTK?
* sila kaitkan dengan peperiksaan awam yang akan digantikan dengan PBS
sekian =D
p/s: xde 1 pon kaedah pentaksiran yang sempurna setiap kaedah ada kelebihan dan kelemahan. cuma, sila la pastikan kaedah itu sesuai digunakan pada sasaran.. dunia ini bukan eksperimen kawalan (ideal). ada banyak faktor yg perlu dititikberatkan

Khamis, 10 Jun 2010
atas permintaan seseorang.. dah tukar baju dah
Atas permintaan seorang dan sokongan beberapa orang (kalau cakap semua, mcm ramai sangat. tapi hakikatnya mmg semua la - yang membaca blog aku), aku dah salin baju blog ni..
tapi, aku kena korbankan aku punya tab menu yang link ke blog/page yg lain.. dan innit aku. mana dia pergi ek? xpe la.. insyaAllah boleh buat kot. tapi nanti la.
so, apa komen 'baju' baru aku ni? ok ke? ke patut tukar apa2 lagi? ke.. patut balik ke asal? ke..? ke..? bagitau je la pe korang rasa.. kalau aku mampu, aku ubah le.. kalau x, aku buat toya je..
selamat memberi sokongan!!
terima kasih!!

Sabtu, 22 Mei 2010
minyak enjin apa yg best?
gambar amik kat forum KDI.
aku biasanya akan servis kereta aku kat autocare tyre service (ACT). suka g situ sbb dah biasa. agak mahal la.. standard ala2 gi pusat2 servis kereta yg rangkaian punya.. tp aku suka sbb dia simpan kita punya rekod servis.. lagipun, aku suka kat owner dia.. boleh lebih kurang. dulu masa musim aku langgar lubang sampai rim kemik (2 insiden ye) aku membetulkan rim aku kat dia je.. dia caj murah.. rm100. tempat lain kurang2 mintak rm120..
tapi kali ni, aku mcm nak minta tolong jiran aku tolong tukarkan minyak hitam aku. nape?
1) aku ada oil filter yang masih lom pakai
2) kereta aku dah lama xcuci.. aku xnak org2 bengkel tu tahu aku dah lama x cuci kereta. last time kereta tu dibasuh adalah masa aku servis kereta di situ.. lalala..
tapi aku ada masalah. masalah kecik je.. tapi nak gak jadikan masalah untuk aku fikirkan hari ini.. huhuhu. masalah aku ialah, apakah minyak enjin yang baik tapi murah untuk kereta aku? yang aku tau:
1- shell helix 3L (biasa org ACT tu pakai yg ni)
2- castrol (baca kat forum orang kata itu yang terbaik)
3- jenama NASA, eneos, motul..
4- yang terkini, ada orang kata boleh pakai minyak masak sebagai minyak enjin
uh..uh.. cane ek? mana yang terbaik? siyes.. jangan perli2.. aku ni kadang2 bendul sikit. org perli pon aku anggap tu jawapan sebenar (walaupun aku sendiri seorang yg kuat menyindir). aku ada la baca pasal minyak enjin ni tapi aku x berapa paham da.. heheh.. so, sila bantu aku yg x reti pape ini..
oh, pastu aku terbaca lak pasal nak jimat minyak guna ubat gegat.. isk.. mcm2 tul idea dorang nih..
p/s: aku pernah pakai oilyman.. dia ni mcm lancarkan enjin la.. aku x perasan sangat apa perbezaan dia sbb kereta aku cc kecik dan aku bukanla kaki rempit tapi kawan aku yg pakai kat satria dia kata, mmg ada beza dari segi pick up..
Langgan:
Catatan (Atom)