Percaya atau tak, sepanjang aku tak menulis entry ni, hampir tiap hari aku klik butang New Post sebab aku nak post sesuatu. Tapi tiap kali sampai kat kotak menaip ni, aku hanya boleh memandang dengan kosong dan pergi ke halaman utama semula.
Ya, seperti tajuk blog aku, " Bila Hati Terdetik, Otak Terfikir.." aku sangat bergantung kepada apa yang ada dalam hati aku dan otak aku. Baru aku boleh menulis (atau menaip?) Kalau hanya ada salah satu, aku tak dapat nak letak post baru kat blog ni.
Aku rasa aku ada je benda nak nak cerita. pasal En. Ken tersangkut dengan helmet, pasal budak-budak aku, pasal saman, pasal budak-budak aku yang sengal (banyak citer kelakar berlaku kebelakangan ni)... tapi, tu lah.. idea datang tapi hati tiada.. hati ingin bercerita, tapi otak tak terjana.
Boleh dikatakan, sejak aku mula berblog, inilah era kekeringan dan ketandusan aku yang paling panjang. Maaf. Itu je yang aku boleh ucap. Dan terima kasih sebab masih ada yang datang menjenguk blog aku..
Aku menunggu hujan turun membasahi idea aku yang kering ni.. sungguh tak seronok perasaan ketandusan ini tau |
Aku masih menunggu mood yang sesuai untuk tiba. Mungkin cuti sekolah nanti, tiap hari aku menulis entry kot? Siapa tahu?
:) Bila tiada idea atau tiada mood menulis.. tulislah pasal apa yang menyebabkan perkara tersebut terjadi.
BalasPadamTentu blog tidak akan terabai lagi.
hehe.. terima kasih bagi idea.. akan cuba nanti.. (sebenarnya saya sekarang kuat tido.. tapi macam tak sesuai dijadikan alasan.. hehe)
BalasPadamBagi blogger tegar tiada isu yang tidak boleh ditulis!
BalasPadamSemua isu adalah "raw idea". Jadi ia tidak boleh dibazirkan begitu sahaja.. :)
hehe.. baiklah, saya akan cuba menulis malam ni.. =)
BalasPadamterima kasih kerana memberi sokongan..=)
Ini pun sudah dikira entri juga walaupun cerita hal kekeringan ide :-)
BalasPadamyup.. hehe.. paksa diri bercerita.. hehe
BalasPadam