KLIK LAJU-LAJU!

MARI BLOGWALKING DENGAN APESAL.COM

Yang Baik Hati =)

Cari cerita lama

Aku terkini

sebelum komen, baca dulu komen orang lain boleh? Bosan la nak balas komen yang sama.. sebab jawapan aku mesti sama punya. tak pasal2 aku jadi astro karang ulang tayang beberapa kali

* jangan orang astro sentap pulak dengan aku, suda

Khamis, 31 Mac 2011

Ana dan cencorot..

" Cencorot ni dah melampau!" kata Ana. "Pagi tadi, masa Ita tengah memasak, dia boleh duduk di kaki Ita. Dah lapar sangat la tu. Paling aku risau, dia dah mula masuk almari baju kita tu. Mula la nanti baju tu semua bau tikus"

"Dah try perangkap tak?" aku bertanya.

"Dah. Tapi tak dapat pun. mungkin sebab cencorot tu kan kecil kan? Mungkin dia boleh lepas ikut celah-celah perangkap tu. Perangkap lama katakan. Tapi tengok makanan tak luak pun."

"Aish.. Lampu aku ni tak menyala lagi. Ni mesti tikus main wayar lampu aku lagi" aku pula merungut. Ini kali kedua lampu kereta aku tidak mahu menyala. Kali pertama dahulu, semua lampu tidak menyala. Terpaksa pula aku menghantar kereta kepada mekanik. Kali ini, lampu kecil pula tidak menyala. Mujur lampu besar berfungsi lagi.

" Ha.. kenapa la cencorot tu gatal masuk rumah kan? Aku tengok dia dah kurus je.. Tak dapat makanan la tu. Kan bagus kalau dia join mak bapak dia duduk kat luar ni. Gemuk je dapat makanan tiap-tiap hari" kata Ana lagi.

"Isk.. Tikus yang kat luar ni memang dah macam raksasa dah. Sebesar lengan aku ni ha" aku menunjukkan lenganku yang gebu "Dah macam tikus dalam filem Gnaw: Food od the God. Isk.. ngeri.."


Kami berdua diam seketika. Agak membosankan jika perjalanan selama 15 minit hanya dipenuhi dengan cerita tikus dan cencorot.

"Macam ni lah. Petang nanti, kita pergi beli gam tikus tu. Aku tengok hari tu, kawan aku pakai berkesan."

"Aah la.. Ayah aku pakai pun menjadi. Tapi 1 la.. Jangan lupa lak letak di mana. Kang nanti, dah jadi bangkai, busuk 1 rumah pun tak jumpa kat mana."

"Ok. So, on la ye. Petang ni kita beli. Aku rasa, aku pernah nampak di kedai RM2.

***********************

" Haha.. tu la pasal.. Mana ada gam tikus di kedai RM2.."

"Huhu.. Aku tersilap.. Aku ingatkan gam tikus, rupanya gam lipas kat kedai RM2 tu.." Aku menghidupkan enjin kereta.

"Aku rasa, benda macam tu, kedai hardware ada la kot"

" Ok, kita singgah kedai hardware di Taman Watan."

Aku memandu kereta menuju ke Taman Watan. Setibanya ke kedai hardware, Ana bergegas untuk membeli gam tikus tersebut. Aku pula perlu berpusing mengelilingi blok rumah kedai kerana tiada tempat untuk meletak kereta. Selesai membeli, Ana masuk semula ke kereta.

"Malam ni letak terus." aku berkata

"Oh, kena letak umpan juga ye kat gam ni?" tanya Ana sambil membaca arahan penggunaan.

"Kena la. Kalau tak, dia takkan datang."

Ana hanya mengangguk kecil "Hurmm... Kalau dah dapat tangkap, macam mana nak bunuh? Aku takut, tiba-tiba je karang dia melompat kat aku."

"Ketuk je kepala dia.."

"Isk.."

Aku hanya tergelak. "Lemaskanlah macam biasa"

Ana mengangguk..

*********************************

"Aku dah letak lagi gam tu. Semalam, aku umpan ikan, dia aku tak dapat, tapi ikan dia dapat. agaknya sebab ikan tu lembut, dia dapat la koyakkan.. Hari ni aku letak umpan ayam. Nak tak nak, dia kena juga berdiri di gam tu lama.. Hehe.."

"Perghh.. macam dendam betul kau dengan cencorot tu ye"

" Ye la... Aku risaukan barang-barang kita. dia dah masuk dalam bilik yang paling banyak barang. Buatnya dia gigit semua tu?"

"oo... ok ok.. moga-moga dia melekat pada gam tu. Kalau dah melekat, kau nak bunuh macam mana?

"err...errr.."

*****************************

Pagi itu, seorang pencari sampah keliru apabila dia melihat seekor cencorot kurus melekat pada sekeping plywood berhampiran dengan tong sampah rumah bernombor 29. Berhampiran tikus itu terdapat sehelai kertas berisi sedikit makanan. Si tikus makan dengan gembira tanpa menghiraukan kakinya yang terlekat pada plywood itu.

** Latest update! 1 ekor cencorot telah berjaya dibunuh. Ada lagi seekor terlepas

8 ulasan:

Semua orang boleh komen. Dan aku laparkan komen dari korang.
Tapi letak la nama.. Tak suka nak panggil korang Tanpa Nama