KLIK LAJU-LAJU!

MARI BLOGWALKING DENGAN APESAL.COM

Yang Baik Hati =)

Cari cerita lama

Aku terkini

sebelum komen, baca dulu komen orang lain boleh? Bosan la nak balas komen yang sama.. sebab jawapan aku mesti sama punya. tak pasal2 aku jadi astro karang ulang tayang beberapa kali

* jangan orang astro sentap pulak dengan aku, suda

Jumaat, 18 Mac 2011

Mari bayar Cukai Pendapatan

Pagi tadi aku telah pergi ke LHDN untuk mengisi borang cukai aku. Tahun ni borang cukai telah dipos ke rumah aku (menambah rasa bersalah dalam diri sebab tahun lepas aku tak pergi isi borang). Mulanya aku bercadang untuk buat e-filing. Tapi, kalau nak minta no pin e-filing melalui email sekalipun, pihak LHDN minta salinan i/c. Jadi, aku pergi terus ke sana. Lebih mudah aku rasa.

Sampai di sana, aku telah dibantu oleh pegawai LHDN. Pegawai tu mesra gak la. Dia telah tolong aku untuk set up e-filing aku. So, tak sampai pun 5 minit, aku telah selesai dengan e-filing dan taksiran tahun 2010 aku. Cuma sedikit masalah timbul kerana aku bukanlah manusia yang suka menyimpan segala resit dan bukti pembayaran. Agak kena Sound jugak la dengan pegawai tu. Dia kata " memang kena simpan semua resit dan dokumen selama 7 tahun. Kan dah dimaklumkan dalam internet?"

Well madam, for your information, i never give a damn  whatever LHDN said on the website. Siapa Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia (KPPM)pun aku baru tahu (itupun sebab kawan aku sound sebab KPPM tu bekas pengetua aku masa sekolah dulu). Inikan pula department orang lain. Memang aku tak kisah punya la. Ini baru kali kedua aku isi borang. Kira baik la ni aku berjanji nak simpan resit2 lepas ni. Lagipun gaji aku ciput je, InsyaAllah takkan kena cukai hinggalah 2-3 tahun lagi. Kalau nak juga claim cukai, pergi cari orang lain yang gaji dia lagi besar. Gaji saya, dapat RM20-30 je.. hehe.. Pergi minta kat pakcik esso saya. Mesti dapat banyak. =p

Pendek cerita, aku masih tak perlu bayar cukai (See??? aku dah kata, gaji aku ciput, tak perlu bayar cukai punya.. ngee). Sebab utama aku tak perlu bayar cukai adalah kerana aku bayar zakat pendapatan. Sambil tu, dia tolak juga la KWSP, insurans, derma, beli buku, alat sukan dan broadband. Malang sikit untuk aku kerana walaupun aku yang bayar bil streamyx tapi nama bil atas nama ayah aku. aishh.. rugi nih.. Ayah aku dah la dah tak perlu bayar cukai. Tahun depan nak tukar nama la. Tapi sekali lagi, gaji aku kecil, aku tak perlu bayar cukai. Ngee...

Kepada mereka yang dah biasa, nak tanya sikit. Apa kes ek, aku takde resit-resit kehidupan aku 7 tahun yang lalu ni? Agak-agak takpe ke? Aish... payah la kalau nak kena simpan semua resit.. nampak gaya kena ada fail la pulak. Aish.. lagi satu soalan, siapa agaknya yang akan buatkan potongan cukai berjadual  (PCB) tu? Kita sendiri atau majikan? Untung la siapa yang pakai KWSP. Dah la kira macam saving, dapat pula tolak income tax.. aih.. dengki neh.. hehe

So, adakah anda semua membayar cukai anda? Aku dah. Siap dah boleh buat e-filing lagi. Jangan jeles ye.. Ngee.. =D

* Ingat nak link kan web e-filing kat sini tapi tak tau kenapa google kata xleh percaya.. Nak link ke tak? Nak link ke tak? Hurm... Encik Anif tolong jawab!!! Ngee..

6 ulasan:

  1. ini adalah isu aku dgn kwn aku. dok tertanya2 perlu ke byr cukai. pastu check kt web lhdn. ooooo x layak lg. sbb gaji x cukup. hahaha. tp aku mmg x penah simpan resit2 tu weh.

    BalasPadam
  2. haha.. once ko dah buat fail, sila simpan resit k? aku tak tau gaji aku dah kena taksir atau tak. aku cuma buat je

    BalasPadam
  3. awak x rase ke simpan resit tu mcm kumpul sampah sarap? hahahahaha

    BalasPadam
  4. haha.. nampak gayanya, lepas ni, saya kena sediakan fail utk 'sampah-sampah' sekalian... =p

    BalasPadam
  5. geng2 lhdn tu pun belum tentu ader simpan resit utk 7 tahun kebelakang... or mmg dia org di 'kecualikan' dari membayar cukai..

    BalasPadam
    Balasan
    1. haha.. itu no komen.. kalau dia dapat privilage utk xyah byr cukai, harap dia buat kerja sebaiknya... tak terima rasuah or pentingkan kroni...

      well, kalau dia kena bayar sekali pun, harap dia bekerja dgn integriti

      Padam

Semua orang boleh komen. Dan aku laparkan komen dari korang.
Tapi letak la nama.. Tak suka nak panggil korang Tanpa Nama