KLIK LAJU-LAJU!

MARI BLOGWALKING DENGAN APESAL.COM

Yang Baik Hati =)

Cari cerita lama

Aku terkini

sebelum komen, baca dulu komen orang lain boleh? Bosan la nak balas komen yang sama.. sebab jawapan aku mesti sama punya. tak pasal2 aku jadi astro karang ulang tayang beberapa kali

* jangan orang astro sentap pulak dengan aku, suda

Ahad, 6 Mac 2011

Tolong beritahu ukuran kaki korang... please!!!

Aku tak bercadang nak buat entry panjang-panjang.

Aku ada kawan. Aku panggil dia Sally. Dia sangat baik. Sally bekerja sebagai seorang CSI tapi sekarang dia tengah cuti belajar. Dia nak ambil master.

Sally ni tengah nak buat research.untuk Master dia ni. Dia tengah nak hasilkan formula untuk kaitkan ukuran tapak kaki dengan ketinggian orang. Kiranya, kalau formula dia ni boleh diterima pakai, lepas ni, kalau polis jumpa je kesan tapak kaki, polis boleh agak ketinggian orang yang disyaki.

Suci kan niat Sally ni? Tapi, Sally perlukan bantuan semua orang untuk mendapatkan maklumat untuk dia buat formula ni. Dia perlukan sebanyak mungkin ukuran tapak kaki orang dari jantina dan bangsa yang berbeza. So, sudikah korang semua tolong Sally?

Tolonglah Sally. Dia sangat baik. Aku tak tipu. Tanyalah Sheila kalau korang tak percaya. By the way, nama Sally tu, aku yang bagi dia. Sebab nickname makcik aku pun, Sally.. hehe..



Seklai lagi, bantulah Sally. Dia sangat baik. Hasil research dia, penemuan baru dalam bidang sains, semuanya terletak di tangan korang (grand tak ayat aku?) maklumat yang Sally perlukan adalah:
umur:
bangsa:
jantina:
tinggi:
panjang tapak kaki:
lebar tapak kaki:

Korang boleh letak maklumat di ruangan komen atau kalau korang segan, bolehlah email kepada aku di brat2104@yahoo.com. Aku (dan Sally) amat mengharapkan bantuan korang. Tolong berikan maklumat ini ye. dan tolong gunakan sistem metrik (cm). Jangan la guna ukuran jari, depa, hasta dan sebagainya.

Segala kerjasama korang amat kami hargai. Sally kerana korang dah membantu dia. Dari aku pula, kerana Sally dah janji nak bagi aku hadiah kahwin yang special kalau aku tolong dia (walaupun aku sendiri tak pasti bila aku akan kahwin)
Sekali lagi, tolong la beri maklumat yang aku (dan Sally) minta. Aku serius ni. Minta kat FB, respon kurang memberangsangkan =(

Aku akhiri entry ini dengan ucapan jutaan terima kasih kepada mereka yang beri maklumat. Kalau korang rajin, masukkan juga maklumat orang yang terdekat dengan korang. Tak kira umur, jantina, bangsa ataupun saiz badan.

Sekian, terima kasih. 

"Sumbangkan maklumat anda untuk kejayaan CSI Sally kita"

Yang bersungguh-sungguh memerlukan maklumat,
brat2104

3 ulasan:

  1. Hmm jap check..

    Umur: 23 thun
    Bangsa: Melayu
    Jantina: Lelaki
    Tinggi: 160 cm
    Panjang tapak kaki: 24cm
    Lebar tapak kaki: 8.5 cm

    good luck~

    BalasPadam
  2. Asa syarikat pinjaman pinjaman bersedia untuk meminjamkan mana-mana jumlah yang anda perlukan untuk memulakan perniagaan peribadi anda. kami memberi pinjaman pada kadar faedah 3%, juga jika anda ingin membeli rumah di atas ansuran bulanan kita juga boleh menjual rumah untuk anda. supaya Sila memohon pinjaman pertanian pertanian. jika anda memerlukan hubungan pinjaman e-mel kami: asaloantransfer@gmail.com, anda juga boleh menghubungi e-mel ini: finance_institute2015@outlook.com, Mungkin ada banyak sebab mengapa anda perlu akses kepada beberapa wang tunai tambahan - daripada yang tidak dijangka pembaikan kereta atau rumah untuk membayar perkahwinan anda atau cuti khas. Tetapi apa sahaja yang anda memerlukannya, apabila anda meminjam antara $ 5,000 USD untuk 100,000 USD di atas.

    pengkhususan Syarikat.
    1) Kami memberi pinjaman pada kadar faedah 3%.
    2) Kami juga boleh membeli sebuah rumah pilihan anda dalam mana-mana lokasi pilihan anda.

    BalasPadam

Semua orang boleh komen. Dan aku laparkan komen dari korang.
Tapi letak la nama.. Tak suka nak panggil korang Tanpa Nama