KLIK LAJU-LAJU!

MARI BLOGWALKING DENGAN APESAL.COM

Yang Baik Hati =)

Cari cerita lama

Aku terkini

sebelum komen, baca dulu komen orang lain boleh? Bosan la nak balas komen yang sama.. sebab jawapan aku mesti sama punya. tak pasal2 aku jadi astro karang ulang tayang beberapa kali

* jangan orang astro sentap pulak dengan aku, suda

Rabu, 9 Mac 2011

Apa tajuk yang sesuai ek?

Situasi 1
Lokasi: Kedai Runcit

Pelanggan: Mamak, berapa harga mi segera ni 1 bungkus?
Mamak: RM 1
Pelanggan: Mahalnya..

Hakikat: 
Aku selalu survey harga mi segera di pasaraya besar. Harga 1 pek mi segera dalam lingkungan RM4-RM5 mengikut jenis dan perisa. Anggap la jika harga RM4. Dibahagikan dengan 5 bungkus kecil, harga setiap bungkus ialah RM0.80. Mahalkah harga yang mamak itu kenakan? Sedangkan apabila ada pelanggan hendak membeli sebungkus mi, mamak itu terpaksa memecahkan pukal. Haruslah dia naikkan harga kan?

===========================================

Situasi 2
Lokasi: Pasar Malam

A: Berapa harga nangka ni?
B: RM 3.
A: Mahalnya.. Padahal kata pokok sendiri. Patut jual murah-murah dah la.
B: Takpelah.. sekadar lepaskan gian..

Hakikat:
Jangan la berkira sangat untuk barang yang tak berapa mahal pun. Kita nak makan sekali-sekala je. Memang la orang tu tanam sendiri patut jual murah. Tapi ada fikir tak, orang kena tanam pokok tu, jaga bagi berbuah.. nak kena balut. Pastu nak bawa ke pasar. Kena ambil kira juga semua tu. Berapa tahun baru buah tu sampai kat pasar. Dah la buah tu mungkin 1st batch. Kita nak yang ekspres, redha je la kena bayar RM3. Itu pun nak berkira.. haih la..

===============================================

Situasi: Nak Raya
Lokasi: Di mana sahaja

M: untung betul jual kuih raya ni kan? Modal kecil, boleh jual mahal. Kalau sedap, mahal sikit pun orang tak kisah.
J: Aah.. Betul tu
M: Kau kan pandai buat kuih. Kenapa kau beli? Kenapa tak buat je.
J: Memang la buat sendiri kos bahan dia murah. Tapi kau kena pikir gak kos overhead, kos tenaga (upah) dan paling penting, kos masa. Aku tak nak habiskan masa dan tenaga aku dengan buat kuih je. Banyak lagi benda lain aku kena buat. Kuih ni sekadar buat syarat je
M: Aah juga kan? Kos masa tu yang paling mahal. Kan masa itu emas..

Hakikat:
Ini adalah dialog aku dan kawan-kawan aku.. Kami sepakat, kalau setakat sikit je kuih nak, beli je lebih mudah. Buat kuih hanya berbaloi kalau nk banyak. Huhuhu..

4 ulasan:

  1. Memang patut pun bayar lebih.. Ada perkara yang tidak mampu kita buat sendiri disebabkan pelbagai kekangan.

    BalasPadam
  2. yup. betul tu. anggap je la kita byr servis org yg sanggup buat apa yg kita xdapat buat.. =)

    BalasPadam
  3. oit. aku kan salah seorang penjual almond london. penat oooo. menyenget, mengiring, melunjur. mcm2 aksi la nak menyiapkan kuih jual tau. huhu. jd berbaloi harga jual.

    BalasPadam
  4. yup.. betul tu. aku pun pernah try jual tat.. mmg dpt byk duit tp penat woo

    BalasPadam

Semua orang boleh komen. Dan aku laparkan komen dari korang.
Tapi letak la nama.. Tak suka nak panggil korang Tanpa Nama