Cari cerita lama
Aku terkini
Rabu, 26 Oktober 2011
Diagnos Penyakit Melalui Jari Tangan!
Rabu, 2 Februari 2011
let's get itchy... hahaha (mari menggatal)
sorry la.. my english is all mixed up..
Ahad, 7 November 2010
beza otak laki dan otak perempuan
![]() |
| sekali lagi, aku telah memilih Homer impson.. apakah?? |
Sabtu, 23 Oktober 2010
sesi menyeksa otak sendiri
apa aku buat hari ni? basically, masa aku online, aku x habis2 menyiasat adakah aku seorang yang berotak kiri atau kanan. aku asyik tengok gambar ni. rupanya aku seorang yang berotak kanan.. rupanya aku seorang yang kreatif. yang artistik.. sedangkan selama ni aku pikir aku seorang pemikir, seorang yang realistik, seorang yang logik! ah, rupanya aku belum cukup kenal dengan diri aku..
pas dah puas mencuba utk melihat pompuan itu berpusing pada arah yang lain, aku tgk pula koleksi gambar2 ilusi optik. aku mmg suka sebab aku suka nak buktikan yg mata aku x mudah ditipu. walaupun, ada beberapa gambar mmg berjaya menipu akal aku..
lepas dah tengok ilusi optik tu, terasa gatal lak tangan ni nak cuba menyelesaikan soalan duga akal.. huhu.. susah!!! maklumlah, aku ni belajar sains dengan math aliran BM.. x pandai BI.. x mcm korang semua.. =p
tapi aku pedulik hapa.. ni tengah bertungkus lumus la ni cuba jawab. hahah!! kalau korang mmg budak math sains aliran BI, cuba la jawab! aku cabar neh!
Sabtu, 18 September 2010
KUIZ- PENGEMBARAAN YANG MENDEBARKAN!! (baca dengan suara ala2 doraemon)
Selasa, 14 September 2010
KUIZ- ANDA DAN CINTA
![]() |
| x panas lagi nih.. jalan dekat ke jauh? |
![]() |
| merah ke putih? |
![]() |
| tekan loceng je. sape kata leh ushar? |
![]() |
| kiut tul.. |
| tolong la jangan buat sampai gini ye.. |
![]() |
| sekali lagi, jalan dekat/ jauh? |
Sabtu, 17 Julai 2010
RAHSIA DIRI ADA PADA HARI DILAHIRKAN
Khamis, 18 Mac 2010
aku dan sesuatu 1

===========================================================
"maaf, saya duduk sebelah awk ye?" suara itu mematikan lamunanku.
aku menganggukkan kepala. malas nak ambil kisah. dia ni pun 1. duduk je la.. aku bukan bayar utk 2 kerusi.
"awak dari mana?" dia cuba menegurku.
"ampang" jawabku sepatah.
"ampang??" wajahnya berkerut.. "err.. sejak bila komuter lalu ampang?"
baru aku sedar maksudnya yang sebenar. aku tersenyum dan menjawab soalannya.
sungguh tidak disangka, perbualan kami begitu lancar. perjalanan komuter yang tidak berapa laju membolehkan kami berbual panjang. banyak yang kami kongsikan.
pernah, komuter terhenti di tengah2 perjalanan akibat gangguan teknikal. biasanya, aku akan marah tetapi, kali ini aku gembira kerana ini bermakna aku mempunyai lebih masa dengannya.
dari perbualan, aku mendapat tahu yang dia bekerja di KL dan tinggal di seremban. banyak lagi yang aku tahu. tapi, ahh.. malas ku nak huraikan satu2..
'serdang'
ah, cepat benar dah sampai ke serdang. kenapa terasa laju sangat perjalanan hari ni? lagi 2 stesen, aku terpaksa turun. aku x puas hati. aku masih mahu bersama dengannya. mahu mendengar suaranya.
dia seperti dapat mengesan keresahanku. dia berkata, "pertemuan memang macam ni. ada permulaan dan ada penamat. kita mesti jangka benda ni. walau seindah mana pertemuan, pasti ada perpisahan. ini kita kena terima kerana kita mempunyai destinasi yang berbeza. cuma, dengan izinNya kita bertemu di tengah jalan."
entah kenapa, aku juga dapat mengesan perubahan dalam nadanya. kami saling berpandangan. kemudian, aku mengalihkan semula pandangan ku ke luar. kami menghabiskan sisa2 perjalanan dengan senyap.
'UKM'
aku telahpun sampai di perhentianku. aku keluar. tidak seperti selalu, kali ini, aku biarkan komuter hilang dari pandangan mataku barulah aku melangkah keluar stesen. dalam hatiku berharap yang kami akan bertemu lagi walaupun aku tahu bukan mudah untuk itu berlaku
=======================================================
lamunanku terputus bila aku tersedar ada orang di sebelahku.
"oh.. sorry.. terkena awak ke?"
aku hanya tersenyum sambil menggelengkan kepala.
"awak asal dari mana?.." dia bersuara.. dan kami mula berbicara ceria..
p/s: huhu.. cerita ni metafora moden.. aku jarang naik komuter. tapi pada aku, mcm tu la hubungan kita sesama manusia. ada pertemuan, ada perpisahan.. dan aku dah selalu mengalaminya..
pedih? sudah pasti.. serik? tentu tidak. masih banyak lagi orang yang kita boleh kenal dalam perjalanan ini.
contest.. try la
aku cadang nak masuk tender pertandingan ni. hehe.. cuba nasib.. tapi aku gerenti, kalau cikgu firol masuk citer pasal ubern, mesti dia menang.
kuiz ni dianjurkan oleh baiz. harap2, dapat la.. saguhati pon jadik la.. (ada ke saguhati?)
p/s: try la.. ne tau.. rezeki..
========================================================
Hi semua!
Kali ni bme-hotperfume ingin menganjurkan satu contest... Yang mana contest ni bertajuk “aku & sesuatu”..erm macam best je tajuk ni..sebab tu la aku pilih tajuk ni..hehe..simple dan unik je word tue kan???hikhik..
Kalau korang nak taw ape tugasan yang perlu dilakukan lets read term and condition below..wah2..hancus bahasa..rojak2..biase la tue kan..hehehe..
Contest ini terbuka kepada semua blogger Malaysia…
Syarat-syarat penyertaan:
- Mestilah mempunyai blog
- Jadi followers blog http://bme-hotperfumes.blogspot.com (x nak follow pon x pe..hikhik..tp lebih bagus lagi korang follow jela)
- SAPE yang join this contest bme-hotperfume akan jadi follower dorang..(dgn kerelaan hati..hehe)
- letakkan banner contest kat atas ni kat side bar blog anda
- Link kan blog ini dalam blog list korang
- buat 1 entry dengan tajuk "AKU & SESUATU".. wat entry about kisah gambar yang korang post kan tue.. contohnye pic anda bersama kucing or something yang anda sayang..lebih kurang cm tuh la..kalau boleh link kan terus ke blog http://bme-hotperfumes.blogspot.com
- Last sekali tinggalkan entry anda & url blog anda di comment box entry saya...
Hadiah-hadiah untuk pemenang:
1ST prize = (2 botol pek 30ml & 2 botol pek 5ml & 2 pek aroma therapy cone produk keluaran hot perfume)
2ND prize = (1 botol pek 30ml & 2 botol pek 5ml & 2 pek aroma therapy cone produk keluaran hot perfume)
3RD prize = (1 botol pek 30ml & 1 botol pek 5ml & 1 pek aroma therapy cone produk keluaran hot perfume)
*jenama perfume boleh dipilih sendiri
Tarikh tutup : 31 march 2010..
Hope u all enjoy yaaaaaa…..
ps:/
-Criteria yang perlu ada dalam entry tue..cerita yang menarik, gambar yang dapat menarik perhatian bme-hotperfume..hikhik gambar tue x kisah la nak edit cm ner pon janji menarik..
-sebarkan la kepada kawan2…ajak dorang join…teringin jugak nak baca kisah2 menarik anda semua :)
-sebarang persoalan boleh bertanya di shout mix di atas..tq
Ahad, 7 Februari 2010
Canon A 710 IS - part 3
Canon A 710 IS- part 2
Canon A710 IS - part 1
gambar2 ni aku tangkap guna kamera panitia aku.. canon A710 IS... mahal kamera ni.. tp mmg berbaloi2 dengan hasilnya.. kalau aku mampu, mmg nak sambar gak la 1 kamera yg mahal sikit.
Selasa, 2 Februari 2010
jangan percaya cermin itu!
ada pelbagai jenis ralat.. tapi jangan tanya aku.. aku cikgu MPV.. gi tanya cikgu firol.. dia cikgu sains. huhu.. ralat berlaku sebab halangan dr persekitaran.. kelemahan alat dan kelemahan pemerhati sendiri.
tp aku bukan nak cerita pasal eksperimen.. aku nk cerita pasal cermin. atau refleksi... atau cara kita melihat sesuatu perkara. dan subjek yg aku nk guna kali ini adalah diri sendiri.
pernah x korang tengok cermin dan mula mengesan 1001 mcm kelemahan pada diri korang kat depan cermin tu?
well, cermin hanya tunjuk apa yg korang nk tengok. kalau ko dah kata ko huduh.. mmg cermin tu akan tunjuk yg ko huduh.. kalau ko kata ko cun, ko akan nampak diri ko mmg cun sakan la dlm cermin tu. walaupun hakikatnya...
so? sape yg paling sesuai utk menjadi pengadil, sape diri kita sebenarnye? well.. amik pendekatan eksperimen sains.. ko tengok diri ko.. cari baik buruknye.. pastu ko gi dapatkan org lain pulak utk menjadi cermin ko..
berapa pemerhatian? dapatkan bacaan sebanyak mungkin. kalau berani, dapatkan juga pemerhatian dr musuh ketat ko.. sesungguhnye, musuh la yg paling byk tahu kelebihan dan keburukan ko.. (tp dia mungkin hanya akan gitau ko keburukan ko.. kalau dia x profesional la) tp, musuh yg bagus akan turut kenal pasti kelebihan musuh..
dapatkan juga pemerhatian dari org yg tersayang. sbb kadang2, bagaimana kita lihat diri kita x penting, yg penting, bagaimana org tersayang kita menilai kita.. percayala.. pandangan dorang akan menjadi sgt penting bg kita.
bila ko dah dapat bacaan daripada semua org yg perlu, ko pon boleh la mula membuat kesimpulan. wangikah engkau? busukkah engkau? cantikkah? huduhkah? ini barulah penilaian yg adil..(kalau ko rasa ko tetap bengong, tolong minta khidmat nasihat org utk buat kesimpulan ye. nk buat cane, ada sesetengah org memang x mampu nk buat deduksi..)
selamat mengenal diri ye! gudlak!
Ahad, 17 Januari 2010
orang yang bercinta itu selfish
seorang kawan aku lak, sedang menerima kunjungan dr rerama baru yg padanya manis untuk usianya. tahniah! bila dah dapat rerama baru, mula la dia terkenangkan kisah lama dia. bagaimana dia sanggup lawan cakap mak dia utk bersama org yg dia suka.. lalu dia pon berkata, " cinta itu x buta tapi menjadikan seseorang itu buta.."
pada pendapat aku lak. cinta itu menjadikan seseorang itu selfish. pentingkan diri. org lain dia xkisah. yg penting, dia dan kekasih hatinya. betul x? (statement ini masih dalam kajian. xtentu lagi boleh jadi teori yang boleh diguna pakai atau tidak.)
nape aku ckp org yg bercinta itu selfish? ye la... kdg2 ada org bercinta tu sanggup ketepikan mak ayah.. kawin lari.. padahal, confirm2 la mak ayah yg jaga dia dari kecik.. ketepikan agama dan maruah sampai terlanjur la..
tu belum cerita lagi, org yg bercinta tu x pikir org keliling dia yg lain yg turut sayang dan amik berat tentang diri dia (cth: cerita cinta balqis- aku benci cerita tu) buat keputusan mcm dunia tu berpusing keliling dia je. org lain x penting.
even kalau kata org yg bercinta tu sanggup berkorban utk org yg dicintainya, sebenarnya dia berkorban tu utk kepuasan diri dia. dgn berkorban utk org yg dia cinta, dia rasa dia dah cukup bagus. padahal, dalam masa dia berkorban, org keliling dia pon terlibat. tp dia xperasan. sbb? dia selfish.
aku rasa aku dah jatuh cinta (haha.. xtau berapa lama) sbb aku dah amik keputusan. biarla aku tersalah parking, aku tetap xnk berganjak. selagi aku x nyusahkan sesapa. kalau ada org yg akn menempik dan hon berkali2, maybe waktu tu aku baru nk alih ke parking yg lain.
paham? xpaham? lantak! yg penting aku paham! haha.. selfish kan aku? tu tanda aku dilamun cinta.. hahaha
Khamis, 14 Januari 2010
Tag: kaca mata dan anda
masa form 1 (1995).. gatal sangat nak pakai spek..
2. Bagaimana anda tahu yang anda memerlukan kacamata ketika itu?
ntah.. gatal kot.. power sikit je padahal. lagipon kaw2 kena tipu dgn org kedai spek tu.. power xsampai 100 dah suruh pakai.. hampeh..
3. Berapa ‘power’ pada permulaan anda berkaca mata
tah.. 50 ke.. 75 ke.. 100 ke.. xingat..
4. Jenis/bentuk kaca mata anda yang pertama
frame penuh kaler hitam.. titanium kalau x silap. bentuk agak bulat.. jenama kingfisher. kenapa aku ingat? tu spek aku plg mahal.. siyes kena paw dgn cina tu.
5. Jenis/bentuk kaca mata anda yang terkini
separuh rim.. segi empat.. kaler merah.. jenama giordano kunun
6. Berapa power terkini anda ?
175 kiri kanan. ye, aku mmg balance orgnye.
7. Berapa banyak koleksi kaca mata yang anda ada dari dulu hingga kini
mau dekat 10 kot. penah 1 masa tgh hyper, tiap thn tukar spek
8. Jika anda ada sentiment tidak suka berkaca mata sepeti saya, sila nyatakan sebab musabab
of course la berspek menyebabkan aku nampak tua.. dan mata menjadi kecik. dan tudung nampak berpetak. dan aku kurang selesa masa makan. rasa makanan terlalu dekat. dan gambar aku menjadi x best. xnmpk mata. dan aku terasa diri ini cacat.
9. Yang mana anda lebih gemar. Kaca mata atau contact lens? Kenapa ?
kaca mata. sbb xyah tonyoh jari kat mata. tp mmg x dinafikan pakai contact lens, dunia terasa lebih bermakna.. hurmm.. nak makan carrot byk2 la..
10. Opto pilihan?
dulu, focus point. tapi pastu, mana2 kedai spek yg leh buat spek harga RM100 aku suka. x pon, kedai melayu..
11. Pasangan anda berkaca mata ?
carikan pasangan utk aku.. nnti aku gitau.
Orang yang bertuah di tag adalah :
ala.. kwn blogger x ramai..
* cik oryza.. awak je la harapan bangsa.. su dah jawab
Sabtu, 9 Januari 2010
beza lelaki dan perempuan menangani perasaan sedih akibat putus cinta
1) Lelaki tidak pernah rasa simpati pada diri mereka sendiri. Kalau mereka putus cinta, tidak pernah terbawa-bawa dan bila bertemu kawan, bertanyakan teman wanitanya,dengan selamba mereka jawab ''Oh, aku dengan dia dah putus.'' Kemudian mereka berlalu minum teh tarik. Berlainan pula dengan gadis. Mereka lebih banyak yang menjawab, ''Tolong, jangan tanya pasal mamat tu lagi!''
2) Lelaki melihat masalah utama ialah kehidupan mereka. Bagaimana nak teruskan kehidupan, nak cari kerja dan sebagainya biarpun hubungan cinta sudah putus. Gadis lebih memikirkan 'hubungan percintaan' mereka yang terputus, kenapa mesti jadi begitu!
3) Pada lelaki ada teman wanita, satu bonus. Gadis pula merasakan mesti ada teman lelaki, kalau tidak hidup tak lengkap.
4) Tanpa teman wanita, lelaki memikirkan tentang kerjaya, sukan, keluar dengan teman dan mendengar muzik.
5) Bila putus cinta, lelaki anggap gadis itu tidak sesuai untuknya dan dia tinggalkan gadis itu untuk cari gadis yang lain.
6) Lelaki tidak suka membincangkan isu peribadi kerana tidak suka merosakkan emosi, hingga ada ungkapan , 'lelaki tidak suka mendengar dan wanita tidak tahu baca peta.'
7) Lelaki berani bersumpah yang mereka tidak kecewa ditinggalkan teman wanita, walhal mereka sebenarnya sedih dan terluka.
8) Lelaki tidak menangis macam budak kecil kerana mereka tidak pernah bersimpati pada perasaan.
9) Lelaki tidak menganggap putus cinta satu truma atau sejarah sebaliknya gadis merasakan ia truma dalam hidup mereka.
p/s: so, girls.. jgn la terlebih2 sangat feeling tu.. bagi 20% suda.. 5% je kalau boleh. dah kawin, bagi yg baki tu..
p/p/s: jgn la anggap aku ni anti laki plak ye? xde anti2 nye.. dari zaman aku dibuli oleh mereka, hingga la skrg, aku x anti dgn laki.. segan je.. awww.. aww.. aww!!!
Selasa, 5 Januari 2010
aku dan cinta - BEBERAPA TANDA YANG AWAK TELAH JATUH CINTA
pastu, aku belek lagi mesej aku.. jumpa lak email yg ni... dari saudara richie
masa aku mula2 baca tajuk emel ni, aku dah risau.. sbb aku tau sape yg aku akan terbayang bila terbaca tanda2 yg dinyatakan..-dia...
tp, sangkaan aku meleset.. baca statement pertama, aku xterbayang sape2.. masuk statement ke2, aku dah terbayang 2 org.. statement ke3 jd 3 org.. masuk statement 4, dah 4 muka yg terbayang kat kotak pikiran aku.. sampai la habis.. berlegar2 kat otak aku muka 4 orang ni silih berganti.
aku pejam mata. geleng kepala. giler rumaizah ni!
Khamis, 31 Disember 2009
orientasi..derma darah.. dah kurus? yeay!!!
kul12 lebih aku gi pusat darah. ada 2 tujuan...
1) nak timbang berat (mcm siot je.. tapi dah aku timbang b4 puasa kat situ..)
2) derma darah (of course..xkn kenduri kawin kan?)
sampai kat pusat darah,a ku menikmati pemandangan yg jarang2 sekali aku lihat sebelum ni.. bapak ramai org dtg derma darah.. seat menunggu hampir penuh ok.. pastu, ada plak parents yg yg tanya kalau2 ank dia umur 14 thn leh derma gak.. isk.. dasat...
hurmm.. masuk ni dah 6x aku derma...2x sblm ni, aku pitam sikit before sempat penuh 450ml.. so, kali ni, pegawai yg bertugas, bg aku beg kecik (350ml. utk mereka yg 45-50kg). pegawai tu pon amik bacaan darah aku sampai 3x.. katanya darah aku agak rendah. dan aku disuruh mkn dahulu b4 derma sbb dah lama sgt aku mkn.. kena isi perut lagi...
adeh... td dh mkn biskut.. masuk pantry tu, dpt biskut lagi.. n air milo.. betapa aku xsuka milo panas.. mmg nk buat aku termuntah.. dan mengantuk.. nk kata xcukup tido.. rsanya, keje aku membuta je semalam. haha..
sekali lagi, bila aku masuk tempat derma, semua katil pendermaan penuh.. biar betul?? lepas katil dah kosong, baru aku dapat derma..
huhu.. betapa lajunya darah aku memenuhi beg kecik tu.. menyesal lak rasa x minta beg besar sikit. isk.. bila nurse tu dtg sbb nk amik beg tu, terasa mcm darah tu lmbt lak nak penuh. adoii... buat malu aku jek..
lepas dah penuh, dia potong wayar, dia amik darah, dia cabut jarum... aku dah batuk... betul2 pon ada.. buat2 pon ada (bengong).. yeah.. insiden biasa berlaku.. aku nk pitam... nurse berkejar ke katil... tarik, turunkan katil..
wah... best giler bila terasa darah mengalir ke otak... mcm tekak yg kering dibasahi air sejuk.. perghh... xlama lepas tu, datang air kotak tebu kat aku.. hehe..
keputusan:
1) berat sebelum bulan puasa (3 jam selepas mkn soto)=> 67.8kg
berat siang td (selepas 4.5jam makan bihun sup) => 61.3kg..
yeehaa!!!!
2) darah sempat diambil sebanyak 350ml.. dan dpt air kotak.. dan air milo lg.. (siyes nk muntah masa tu gak)
tgn aku masih lagi lebam.. nk manjakan diri xnk angkat benda berat.. tgk la thn depan.. eh, dah thn ni.. klu rajin, aku derma lagi.. leh tgk berat naik ke turun.. hehehe
p/s: pas dah derma, baru aku tau nape ramai org gi derma.. rupa2nya aritu ada iklan merayu org derma darah sbb bekalan darah x cukup.. bagus la.. sambutan mmg hangat.. prihatin gak sesetengah rakyat malaysia nih.. terima kasih malaysia!
Rabu, 23 Disember 2009
pengajaran dari sebutir ubat
sementara nak dapatkan air, aku terasa yang ubat tu agak manis gak rasanya.. terus aku terpikir nk terus kemam ubat tu... nak tau, rasa dia mmg manis ke?
kemam x sampai 1 minit, rasa manis bertukar jadi pahit.. haha!! mujur cawan yg berisi air dah ada dalam tangan. terus aku minum air utk mudahkan telan.
waktu tu aku terfikir..."hurmm.. rupanya manis tu adalah 1/10 dari rasa pahit.."
mungkin tu jugak yg berlaku dalam hidup.. rasa manis dgn sesuatu perkara... bahagia gile masa mula2.. pada awalnya.. tapi lepas tu, sebahagian besar adalah rasa pahit atau dugaan.. haha!! xsangka aku dapat pengajaran dari sebiji ubat.
beberapa hari lepas, aku nk makan ubat tu lagi (aku amik sekali sehari).. baru aku perasan kat botol tu ada tulis "..coated tablets". la... rupanya dia coated.. maknanya, rasa manis tu coat pil yg pahit tu, supaya kita sanggup letak dlm mulut. mungkin gk, bau pil tu sangat teruk sampai perlu disalut dgn gula...
terus, aku terpaksa tukar pendapat aku yg lebih awal. manis bukanlah sebahagian dari rasa pahit.. sebaliknya, rasa manis digunakan untuk mengaburi sifat sebenar ubat tersebut..
pape pun, tetap leh apply dalam hidup.. kalau korang berhadapan dengan perkara yg sangat menyeronokkan, bersedialah untuk menghadapi dugaan selepas tu. x kira la dugaan itu datang bersama berita baik tersebut.. atau, pahit sebab korang terpaksa lepaskan kegembiraan tu bila sampai masa nanti.. yg penting, ready je la.. sebab xde benda yg kekal dlm hidup ni.. semuanya bergantung kepada bagaimana kita beradaptasi dengannye..
xsuka rasa pahit? sape yg suka? tapi ingat la.. ubat yang pahit tu yg mujarab.. sama gak dengan hidup kita.. pengajaran yg perit tu yg menjadikan kita lebih matang dalam meneruskan hidup (atau x?)
pape pon, aku ni sgt la lambat utk serik.. telan ubat pahit byk kali pon, xkisah nk telan lagi.. dah banyak kali menghadapi situasi akibat tersalah buat keputusan, aku masih xserik lagi utk buat silap.. xtau la tu sifat yg baik atau x?
apa komen korang?
Ahad, 25 Oktober 2009
blog berwajah baru...
kedai aku sangat la sederhananya banding dengan kedai org lain.. harap2 ada la yg sudi jenguk. aku minta kwn aku tolong buat banner. dia ada hal la plak.. nk kena dia nih..
anyway, aku harap, korang puas hati jamu mata kat kosmetik baru blog aku ni ye.. x mudah tau..sbb aku x tere it.. give me some credit..












