KLIK LAJU-LAJU!

MARI BLOGWALKING DENGAN APESAL.COM

Yang Baik Hati =)

Cari cerita lama

Aku terkini

sebelum komen, baca dulu komen orang lain boleh? Bosan la nak balas komen yang sama.. sebab jawapan aku mesti sama punya. tak pasal2 aku jadi astro karang ulang tayang beberapa kali

* jangan orang astro sentap pulak dengan aku, suda

Selasa, 2 Februari 2010

jangan percaya cermin itu!

(cermin hanya akan tunjukkan apa yg kita nak tengok)


tau x kenapa masa eksperimen, kita kena amik bacaan masa pemerhatian sekurang2nye 3x? kalau x silap aku, masa aku buat final year project, aku buat 6x bacaan kot. kalau x silap la.. kenapa? ini kerana, ralat sentiasa wujud masa eksperimen dijalankan..

ada pelbagai jenis ralat.. tapi jangan tanya aku.. aku cikgu MPV.. gi tanya cikgu firol.. dia cikgu sains. huhu.. ralat berlaku sebab halangan dr persekitaran.. kelemahan alat dan kelemahan pemerhati sendiri.

tp aku bukan nak cerita pasal eksperimen.. aku nk cerita pasal cermin. atau refleksi... atau cara kita melihat sesuatu perkara. dan subjek yg aku nk guna kali ini adalah diri sendiri.

pernah x korang tengok cermin dan mula mengesan 1001 mcm kelemahan pada diri korang kat depan cermin tu?

well, cermin hanya tunjuk apa yg korang nk tengok. kalau ko dah kata ko huduh.. mmg cermin tu akan tunjuk yg ko huduh.. kalau ko kata ko cun, ko akan nampak diri ko mmg cun sakan la dlm cermin tu. walaupun hakikatnya...

so? sape yg paling sesuai utk menjadi pengadil, sape diri kita sebenarnye? well.. amik pendekatan eksperimen sains.. ko tengok diri ko.. cari baik buruknye.. pastu ko gi dapatkan org lain pulak utk menjadi cermin ko..

berapa pemerhatian? dapatkan bacaan sebanyak mungkin. kalau berani, dapatkan juga pemerhatian dr musuh ketat ko.. sesungguhnye, musuh la yg paling byk tahu kelebihan dan keburukan ko.. (tp dia mungkin hanya akan gitau ko keburukan ko.. kalau dia x profesional la) tp, musuh yg bagus akan turut kenal pasti kelebihan musuh..

dapatkan juga pemerhatian dari org yg tersayang. sbb kadang2, bagaimana kita lihat diri kita x penting, yg penting, bagaimana org tersayang kita menilai kita.. percayala.. pandangan dorang akan menjadi sgt penting bg kita.

bila ko dah dapat bacaan daripada semua org yg perlu, ko pon boleh la mula membuat kesimpulan. wangikah engkau? busukkah engkau? cantikkah? huduhkah? ini barulah penilaian yg adil..(kalau ko rasa ko tetap bengong, tolong minta khidmat nasihat org utk buat kesimpulan ye. nk buat cane, ada sesetengah org memang x mampu nk buat deduksi..)

selamat mengenal diri ye! gudlak!

5 ulasan:

  1. wahh best entri ni.... dua kali baca..

    BalasPadam
  2. hehe.. bila dah byk kali, mmg terasa best post ini.. hehe.. tq en. firol

    BalasPadam
  3. ckgu mai...hasil penulisan yg bernas...interesting coz it;s related with me..aku kan inferiority complex!!!benci cermin..coz cermin ckp aku hodoh..
    huhu!tulih la byk2 lagi...i like..heheh

    BalasPadam
  4. zurisai: siyes aku xtau apa yg ko risau sgtpasal diri ko tu.. adakah kerana ko kurus? caye la.. aku jeles sgt hakikat yg kurus.. apa lagi yg ko risaukan?

    ko x huduh la.. gi tanya cermin ko (en bustamin) itu

    BalasPadam

Semua orang boleh komen. Dan aku laparkan komen dari korang.
Tapi letak la nama.. Tak suka nak panggil korang Tanpa Nama