KLIK LAJU-LAJU!

MARI BLOGWALKING DENGAN APESAL.COM

Yang Baik Hati =)

Cari cerita lama

Aku terkini

sebelum komen, baca dulu komen orang lain boleh? Bosan la nak balas komen yang sama.. sebab jawapan aku mesti sama punya. tak pasal2 aku jadi astro karang ulang tayang beberapa kali

* jangan orang astro sentap pulak dengan aku, suda

Rabu, 17 Februari 2010

bertepuk sebelah tangan tak kan berbunyi


betul ke statement tu? hurmm.. statement orang dulu.. mungkin zaman tu belom ada kompang atau persidangan parlimen. kenduri kawen pon setakat jamuan makan2 dan paling grand ada persembahan silat pulut.. xde perarakan pengantin dengan paluan kompang macam sekarang.

hakikatnya, bertepuk sebelah tangan tetap berbunyi. malah kalau ikutkan, bunyi yang terhasil lebih merdu daripada dua belah tangan yang bertepuk. kalau tak, takkan la kumpulan dikir barat, kumpulan nasyid semua beria memalu alat muzik masing2 kan?

kalau x caye, cuba tepuk apa2 menggunakan sebelah tangan korang.. ok x bunyi dia? pastu, try lak tepuk menggunakan kedua2 tangan korang. mana lagi merdu? bunyi bertepuk sebelah tangan, atau kedua2 belah tangan?

kalau gi parlimen pon, mana ada para wakil rakyat menepuk tangan? semua pakat tepuk meja. peraturan kot. aku xsure. tunggu aku jadi wakil rakyat untuk surekan boleh?

cuma, serius.. bertepuk sebelah tangan agak menyakitkan.. bunyinya merdu tapi sakitnya tidak dapat dikongsi.. hanya tangan yang bertepuk yang merasa.. kompang mana ada rasa apa2.. meja pon x rasa apa2.. apatah lagi nak berkongsi.. nyata2lah mereka itu benda bukan hidup.

berbanding dengan bertepuk menggunakan kedua belah tangan, sakit bertepuk tangan tu pasti dirasakan oleh keduanya.. betul x? bila dah sakit, pandai2 la sama2 kurangkan keberiaan bertepuk tampar.. ala2 slow motion gitu.. yang penting.. langkah seiringan (lagu exist)...

so, suka hati korang la nak bertepuk sebelah tangan atau 2 belah tangan.. bertepuk 2 belah tangan, x semesti merdu bunyinya tapi dua2 saling paham rasa yang dialami.. bertepuk sebelah tangan, mungkin lagi lemak merdu bunyinya.. tapi ready je la tangan tu merah sebab sakit.. tiap2 pilihan ada kelebihan dan kelemahan.

by the way, tolong jangan kompang or bergendang di meja makan or meja belajar.. x berkat ilmu dan rezeki org kata..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Semua orang boleh komen. Dan aku laparkan komen dari korang.
Tapi letak la nama.. Tak suka nak panggil korang Tanpa Nama