Cari cerita lama
Aku terkini
sebelum komen, baca dulu komen orang lain boleh? Bosan la nak balas komen yang sama.. sebab jawapan aku mesti sama punya. tak pasal2 aku jadi astro karang ulang tayang beberapa kali
* jangan orang astro sentap pulak dengan aku, suda
Rabu, 3 Februari 2010
kini aku tidak menyanjungmu lagi!
aku dah dislink kan (ada kah perkataan itu?) blog ini dari fb ku.. kenapa? aku xnk dah kwn2 aku dtg ke blog ni.. hurmm.. bukan xnk.. tp aku takut kalau ada post yg aku terkomen pasal mereka dan mereka membacanya, jadi isu pulak nnti..
kerana... ye.. kerana aku nk komen ttg org yg aku kenal.. org yg jadi rakan aku.. rakan di fb dan luar fb.
pernah dulu, aku menghormatinya dia (mereka).. dia (mereka) mmg orang yg baik.. walaupun mulut laser, tapi biasa la.. kami semua mulut laser.. jadi, perkara itu x menjadi kudis langsung bagi aku.. sekali lagi.. dia (mereka) baik orangnye.. dan cekap serta bagus dalam melakukan sesuatu kerja.
dia (mereka) juga dihormati kerana ketangkasan dia (mereka) membuat kerja. dia (mereka) disenangi semua. termasuk juga aku.
tetapi, bila berlaku sesuatu perselisihan (pertembungan?), dia (mereka) sudah tidak sehaluan lagi dgn 1 rakan dia (mereka). rakan yg pernah menjadi tempat dia (mereka) meminta tolong bila perlu. aku malas nak cerita apa perselisihan (pertembungan) tersebut.. terlalu berjela.. dan bukan juga urusanku..
cuma, yg aku kesalkan adalah apabila dia (mereka) menjadikan facebook (yang ditatapi semua) sebagai medan utk dia (mereka) mengutuk rakan dia (mereka) itu.. sungguh aku tersentak setiap kali aku membaca post dia (mereka) di situ.
apakah tidak cukup lagi dia (mereka) mengutuk bekas rakan mereka itu setiap masa? perlukah dia (mereka) mengaibkan bekas rakan dia (mereka) itu di khalayak semua? walaupun diakui dia (mereka) tidak menyebut nama. tapi bagi aku benda itu sangat jelas kelihatannya.
bekas rakan dia (mereka) baru2 ini dilanda petaka. ahli keluarganya sakit hingga terlantar di hospital. tetapi dia (mereka) tidak percaya. dari seseorang, aku mendapat tahu yg dia (mereka) pernah ditipu dengan senario yg sama oleh bekas rakan dia (mereka) itu.. oleh itu, tidak mudah bagi dia (mereka) untuk percaya.
begitu beria dia (mereka) cuba membuktikan kepalsuan berita dari bekas rakan dia (mereka) itu. sehingga tergamak la mereka memeriksa di hospital semata2 untuk membuktikan yg bekas rakan dia (mereka) itu seorang pendusta!
malah, dia(mereka) turut menulis di FB
"macam mana ada orang tergamak doakan yg buruk2 terhadap keluarga sendiri semata2 utk mendapat simpati org lain?"
ye.. aku xkan lupa ayat itu.. mungkin strukturnya tidak tepat, tapi itulah ayatnye..
hari ini, ahli keluarga bekas rakan dia (mereka) yang sakit itu telah meninggal dunia. innalillah.. moga dipermudahkan hitungan buatnye.. dan aku tertunggu2.. apakah pula respon dia (mereka) setelah mengetahui perkara ini?
puaskah hati kau (kalian)? sudah tebukti bukan, yg dia (bekas rakan kamu) bukanlah seorang pendusta! adakah kau (kalian) akan menjilat semula semua ludah kau (kalian) itu?
nampaknya aku tersilap. kematian juga xdapat melembutkan hati dia (mereka) itu.. dia (mereka) telah menulis ini di fb..
"manusia ini kekadang lupe untuk menghargai seseorang sehinggalah seseorang itu hilang atau pergi yang xkn kembali...justeru itu wahai mbe2 di fb ni..hargailah setiap insan yang ada disisi anda..."
ah.. ternyata aku telah tersilap. tersilap besar! rupanya masih ada ruang untuk dia (mereka) mengungkit salah bekas rakan dia (mereka) itu.
maafkan aku.. hormatku pada kau (kalian) sangat surut kini. aku xkan menafikan segala kebaikan kau (kalian). tetapi hormatku mula terhakis pada hari kau (kalian) memburukkan dia secara terang di fb. makin terhakis apabila kamu tetap tidak mahu mengaku bersalah meragui dia. sebaliknya mengucapkan kata2 itu pula.
maafkan aku. aku juga manusia seperti kau (kalian) amat penting bagi aku untuk mempunyai pendirian sendiri dan bukan sekadar ikut-ikutan orang lain.. kita masih boleh berkawan.. tapi janganlah diharap aku akan begitu menyanjung kau (kalian) seperti mana aku pernah menyanjung kau (kalian) dahulu..
Label:
cerita,
keliru,
luahan rasa sendiri,
me n fren
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
emmm....susah nak cakap manusia ni macam2 perangai yang kadnag2 buat kita pening
BalasPadamuh..uh.. paham ke apa yg sedang dibebelkan? terharu neh kalau paham..
BalasPadam