KLIK LAJU-LAJU!

MARI BLOGWALKING DENGAN APESAL.COM

Yang Baik Hati =)

Cari cerita lama

Aku terkini

sebelum komen, baca dulu komen orang lain boleh? Bosan la nak balas komen yang sama.. sebab jawapan aku mesti sama punya. tak pasal2 aku jadi astro karang ulang tayang beberapa kali

* jangan orang astro sentap pulak dengan aku, suda

Isnin, 8 Februari 2010

kadang kala kita perlu melupa dan memaafkan


hidup memang akan memberi kita banyak pengalaman.. dan pengalaman sepatutnya banyak mengajar kita.. dan pengajaran yg kita terima, sepatutnya menjadikan kita lebih matang.. begitu la lumrah hidup.. kalau kita x putuskan rantaian itu, sepatutnya, pada suatu tahap, kita menjadi sangat matang berbanding diri kita suatu masa dahulu.

apa aje yg aku cakapkan nih? haha.. hurmm.. cane nk cakap ni ye? haha.. aku pasti akan perlukan masa yg sangat panjang untuk menyiapkan entry kali ni kerana kematangan bukan la kepakaran aku. cuma, aku terasa 2-3 menjak ni, aku lebih matang daripada sesetengah orang yg lebih dewasa dari aku (aku harap mereka x baca blog ni. takut mereka terasa hati)

hurmm.. aku pasti, setiap kita mesti pernah berjumpa dengan 1 orang yg kita sangat x suka. tapi kita xleh lari dr dia. kita kena hadap dia. berpura2 boleh menerima dia. sedangkan kat belakang dia, mmg kita kutuk la sakan. biasanya kawan keje la.. ada je yg x kena tentang dia. dia tu manusia bongkak ke.. mulut longkang ke.. batu api ke.. ada x? mesti ada kan?

apa agaknya yg menyebabkan kita xsuka dia ye? sejauh mana kebencian kita pd dia akan mengaburkan mata kita? sebab, walau sejahat mana pon dia, aku yakin, org yg kita benci sangat2 ni mesti ada juga kelebihan dia. cuma, kebencian kita pada dia menyebabkan kita xnampak atau xnak terima yg dia ada kelebihan.

aku kenal seorang ni.. mmg org x suka dia la. ramai x suka dia. so, apa je yg dia cakap, org akan anggap dia mengarut, or cakap ikut sedap, or dia saje nk tembak org. mungkin sebab dia mmg selalu buat camtu kot? tu yg org anggap, tiap kali dia cakap, mmg tu la tujuan dia. nak tunjuk yg dia bagus dan org lain x.

aku termasuk la dalam salah seorang yg xsuka dia (kan dah kata, aku mudah terpengaruh? hehe..). cuma, xtau nape, tiba hari ni, bila org bercakap yg buruk ttg dia, aku dah xnak campur. xbermakna yg aku dah suka dia, cuma, aku terfikir, yg manusia2 yg xsuka dia terlalu x suka dia, hinggakan semua benda yg dia ckp, org tolak. walaupon benda tu betul.

yup, mungkin nada seperti memerli. yup, nada dia seperti saje nak malukan org di depan org lain.. mmg tu pon sifat dia yg org xsuka selama ni. cuma, xtau nape, tadi aku terpikir, mungkin gak dia xde niat pon nak menyindir org. mmg tu yg dia nk cakap. dia bukan bersikap sinikal. dia cuma menyatakan kebenaran kerana mahu semua org tahun kebenaran (walaupon cara dia silap sbb mmg ramai org terasa dgn dia)

hari ni, buat pertama kalinya, hati aku membela orang ini. sebab aku terasa, kali ini, kesilapan bukan datang dari dirinya. sebaliknya datang daripada semua orang yg membencinya. mereka dah terlalu kabur dgn kemarahan mereka (maaf jika aku tersilap). mereka sentiasa mencari kesilapannya..

aku cuma terfikir, 'dah2 la.. cuba la melupakan dan memaafkan kesilapan dia.. semua kesilapan adalah disebabkan kebodohan.. jgn la menjadi bodoh kerana melayan kebodohan itu..sebaliknya, kita jadikan iktibar supaya kita x melakukan kebodohan yg sama'

aku xtau la kalau tajuk aku kena dgn isi yg aku nk sampaikan atau x. ataupun sama ada korang semua paham ke x apa yg aku cakap, cuma sekali lagi, jom la kita lupakan kemarahan kita pada org yg kita benci tu.. sbb rasanya dalam 10 benda yg dia cakap, mesti ada 1 atau 2 yg kita boleh pakai tapi kita tolak mentah2 semata2 sbb kita benci pada dia.

kalau dia buat salah lagi, kita marah dan benci dia balik k?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Semua orang boleh komen. Dan aku laparkan komen dari korang.
Tapi letak la nama.. Tak suka nak panggil korang Tanpa Nama