KLIK LAJU-LAJU!

MARI BLOGWALKING DENGAN APESAL.COM

Yang Baik Hati =)

Cari cerita lama

Aku terkini

sebelum komen, baca dulu komen orang lain boleh? Bosan la nak balas komen yang sama.. sebab jawapan aku mesti sama punya. tak pasal2 aku jadi astro karang ulang tayang beberapa kali

* jangan orang astro sentap pulak dengan aku, suda

Rabu, 29 Oktober 2008

eksperimen:

kalau korang perhatikan betul2..ada salah satu label dlm blog ini ialah eksperimen..
apa dia eksperimen tu?
sebenarnya aku minat sangat tangkap gambar..aku minat fotografi..suka tangkap gambar...ubahsuai gambar...tunjuk gambar...tapi aku x mampu nak beli kamera mahal (DSLR), so, aku pakai je kamera panitia aku (satu2 nye sbb aku suka pegang barang panitia)

so, post2 yang ada label eksperimen tu, maknanya ada la gambar yang aku try tangkap..ada yg cantik..ada yang hampeh...berikut adalah contoh2nye...

handphone aku..dah la model klasik..warna pon klasik je...heheh..

donat yang dibawa oleh poh yen..(kalau x silap la..) pada hari amali donat
not so sure coklat ni milik sape...tapi kemungkinan besar, coklat ini berinti durian..

coklat sebelum diletak inti...licin berkilat tandanya dah cukup beku...

telinga kak faridah..(keh..keh..leh..)

from kl to tapah....to kl

xtau nape, aku tiba rajin sangat nk gi hantar laptop yg diamanahkan ni ke bidor..sanggup nk hantar by hand tuh? pelik kan..
yang lagi peliknye, mak aku bagi. tapi kena bawa kawan la.

yang lagi2 pelik, dia kata kalau bawa keta, bawa la ika sekali.

pastu, gi la lawat cik ro...ok...aku dah paham..mak nk aku gi tgk cik ro sebenarnye...

bertolak lambat sikit sbb nak ajak kak ina. dia kena hantar budak2 balik dulu.so, bertolak kul 1 lebih..

sempat gak la kak ina tanya..tau x jalan? hehe...mana tau..first time gi perak naik keta. selama ni naik bas konsortium je..so, kami amik MRR2..sampai selayang..amik jln ke ipoh..eh, jln belakang la plak..tapi setelah puas aku ngamuk cari hiway, akhirnya, jumpa gak tol rawang..huhuh...

dengan skil pemanduan aku yang tah apa2 tah, kami sampai di bidor kul3.30 petang..aku xtau bidor ni. selama ni lalu je..tu pun sbb bas lalu.aku pon telefon la org yg sepatutnya aku jumpa..5 kali call kot...xangkat2 gak..ahh..!!!ni yg tensen ni..nak gi tapah lagi..

kul4, gi gak ke tapah..aku sms org yg sepatutnya aku jumpa, saya gi tapah. ada la lagi aku tulis tapi xnk cakap..

sampai umah cik ro, dia sambut aku..waa!!!apis dah besar la..tahun lepas pendek lagi..citer2 sikit..baru dapat tau cik ro accident..pastu gi bantai amik buah mangga depan rumah. bagus la tu rumaizah..

since aku dah janji dgn ika nk gi mandi sungai, aku cakap kat cik ro, nak gi kuala woh..cik ro kata gi la..sng je...jln tegak je...apis lak kata, jln dia susah..karang nanti kak mai terlepas simpang..bla..bla.bla..

bawa apis jadi tourist guide. apis bawa ikmal jadi teman..baru darjah 4 rupanya ikmal tu..tengok2, xde la susah pon cari kuala woh tu..senang je..saje je apis main politik..cakap je la nak ikut..cit! ko tipu akak, pis? hampeh...

punya la semangat nk mandi..rupa2nye aku tertinggal baju spare..pedulik..dah datang lebih 200km..aku peduli hape..masuk gak dlm air walaupon xde baju spare..

adik tuan laptop bagi no lain utk dihubungi..ok..so, set, kitorang jumpa gi masjid tapah kul 6.30..

hantar apis balik umah..salam dgn cik ro, terus gi ke masjid..pas bagi laptop, sempat lagi org itu buat marketing kat aku..hehe..kitorang terus balik kl..

ye..aku balik kl dgn baju aku yg basah..(ke lembap?)singgah r&r tapah..pekena kuey teow sup kegemaran aku, beli buah, bergambar sikit...terus balik kl..dlm keta, mkn donut kak ina belanja..sampai umah kul 10.30 lebih kurang...ni la gambar yg sempat di tangkap...

ika dalm usaha mengeringkan baju kat atas batu..

ada sikit mcm minah indon..tu la..pakai lagi tudung indon..tu yg mudah n kaler hitam..

aku xtau bila ada minah saleh naik keta aku

aku juga tengah keringkan baju..hehe..xde baju spare

dari kiri korang: ika, kak ina, ikmal n apis

Jumaat, 24 Oktober 2008

Rahmat Allah (motivasi buat yang kecewa)

KENAPA AKU DIUJI?
"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji org2 yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dan sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg dusta."
-Surah Al-Ankabut ayat 2-3

KENAPA AKU TAK DAPAT APA YG AKU IDAM-IDAMKAN?
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui."
-Surah Al-Baqarah ayat 216

KENAPA UJIAN SEBERAT INI?
"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya."
-Surah Al-Baqarah ayat 286

RASA FRUST?
"Jgnlah kamu bersikap lemah, dan jgnlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah org2 yg paling tinggi darjatnya, jika kamu org2 yg beriman."
- Surah Al-Imran ayat 139

BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?
"Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya kamu berjaya (mencapai kemenangan)."
-Surah Al-Imran ayat 200

"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk" -Surah Al-Baqarah ayat 45

APA YANG AKU DAPAT DRPD SEMUA INI?
"Sesungguhnya Allah telah membeli dr org2 mu'min diri, harta mereka dengan memberikan syurga utk mereka..."
-Surah At-Taubah ayat 111

KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?
"Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain drNya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal." -Surah At-Taubah ayat 12

AKU DAH TAK DAPAT BERTAHAN LAGI!!!!!
"... ..dan jgnlah kamu berputus asa drp rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dr rahmat Allah melainkan kaum yg kafir."
-Surah Yusuf ayat 12

moga menjadi motivasi kepada mereka yang selalu rasa dilupakan..Allah x lupakan kita...

WANITA ITU ISTIMEWA

1. Kecantikan seorang wanita ialah terletak sejauh mana ia dapat menahan(menjaga) malunya, sementara kegagahan seorang lelaki ialah terletak sejauh mana ia dapat menahan (menjaga) marahnya.

2. Orang yang membujang adalah orang yang belum menemukan penghibur duka dan dia baru memperolehinya dengan berkahwin.

3. Suami adalah orang yang mencari kebahagiaan hidup dengan menghilangkan sebahagian kemerdekaannya.

4. Wanita menghadapi banyak permasalahan; sebahagian diatasi dengan berkahwin dan sebahagian yang lain diatasi setelah dia masuk ke liang kubur.

5. Mata yang paling indah tetapi juga harus diwaspadai adalah mata kaum wanita.

6. Jangan menyalahkan perasaan isteri anda kerana perasaannya yang terbaik ialah ketika ia menerima anda sebagai suami.

7. Perawan tua ialah wanita yang kehilangan kesempatan menyusahkan seorang lelaki.

8. Yang diinginkan seorang gadis dari dunia ini hanyalah seorang suami, dan apabila ia sudah memperolehinya, ia menginginkan segala- galanya.

9. Wanita bisa memaafkan suatu pengkhianatan suaminya, tetapi dia tidak bisa melupakannya.

10. Kecantikan wanita tidak bererti apa-apa dibandingkan dengan kemuliaan akhlak dan perilakunya.

11. Sebelum kahwin, wanita hafal seluruh jawaban dan sesudah kahwin, ia hafal seluruh pertanyaan.

12. Barangsiapa mengahwini wanita kerana hartanya, maka dia telah menjual kemerdekaannya.

13. Wanita adalah bintang dan pelita bagi lelaki. Tanpa pelita, lelaki bermalam dalam kegelapan.

14. Wanita lebih cepat daripada lelaki dalam menangis dan dalam mengingatkan peristiwa yang menyebabkan dia menangis.

15. Wanita tertawa bila ia mampu dan menangis apabila ia menginginkan sesuatu..

16. Pudarlah kebahagiaan seorang wanita jika ia tidak mampu menjadikan suaminya teman yang termulia.

17. Wanita sangat berlebihan dalam mencintai dan membenci, dan tidak mengenal pertengahannya.

18. Wanita selalu tergolong manusia halus dan lembut sampai saat dia berkahwin.

19. Tidak mungkin seorang lelaki hidup bahagia tanpa didampingi oleh isteri yang mulia.

20. Wanita hidup untuk berbahagia dengan cinta, sementara lelaki mencintai untuk hidup berbahagia.

21. Kebijaksanaan wanita terletak di dalam hatinya.

22. Seorang wanita yang bijaksana menambahkan gula pada kalimatnya setiap kali berbicara dengan suaminya, dan mengurangi garam pada ucapan suaminya.

23. Cincin perkahwinan adalah cincin termahal di dunia, sebab mengharuskan pemberinya mengingatkan harganya setiap bulan tanpa henti.

24. Sesungguhnya tidak ada wanita yang sangat cantik, yang ada ialah kaum lelaki yang sangat lemah bila berhadapan dengan kecantikan.

25. Bagi lelaki, yang terakhir kali mati ialah jantungnya dan bagi wanita adalah lidahnya.

26. Wanita tidak diciptakan untuk dikagumi semua lelaki tetapi sebagai sumber kebahagiaan seorang suami.

27. Pada waktu bertunang, lelaki banyak berbicara dan perempuan mendengarkan. Pada saat perkahwinan, perempuan berbicara dan pengantin lelaki mendengarkan. Sesudah perkahwinan, suami dan isteri banyak berbicara dan para jiran tetangga mendengarkan.

28. Setiap wanita mempunyai dua mata. Adapun wanita yang cemburu berlebihan mempunyai tiga mata. Satu di sebelah kanan, satu di sebelah kiri dan yang ketiga diarahkan kepada suami.

29. Wanita pada umumnya takut akan tiga hal : tikus, munculnya uban dan wanita-wanita cantik yang menjadi saingannya.

30. Isteri yang bersikap jujur dan setia kepada suami meringankan setengah beban kehidupan suaminya.

31. Seorang wanita menghadapi kesulitan apabila ia berada di antara lelaki yang dicintainya dan yang mencintainya.

Mencari Cinta

Suatu pagi yang dingin, terjadilah satu perbualan antara seorang guru falsafah dan pelajarnya...

pelajar: guru, apakah erti cinta..?bagaimanakah saya boleh mendapatkannya...?

guru: ada sebuah ladang gandum yang luas didepan sana. berjalanlah kamu dan jangan sesekali kamu berundur. kemudian ambillah satu ranting. sekiranya kamu mendapati ranting tersebut sangat menakjubkan, ertinya kamu telah menemui cinta.

pelajar tersebut pun berjalan dan tidak berapa lama dia kembali dengan tangan yang kosong.

guru bertanya: mengapa kamu tidak membawa sebatang ranting pun...?

pelajar menjawab: saya hanya terpaksa memilih satu ranting saja, dan sewaktu berjalan saya tidak boleh mengundur kebelakang semula. sebenarnya saya telah berjumpa dengan satu ranting yang paling menakjubkan tapi saya tak tahu apakah yang akan menakjubkan di hadapan sana nanti, maka saya biarkan ranting itu lalu saya dapati tidak ada lagi ranting yang paling menakjubkan selain daripada yang saya lihat tadi. jadi saya tidak mengambil sebatang pun akhirnya.

gurunya menjawab: ye, itu lah cinta...

dihari lainnya pula pelajar tersebut bertanya kepada gurunya, apa itu perkahwinan...?

guru: ada hutan yang subur didepan sana. berjalanlah kamu. tapi janganlah kamu sesekali mengundur kebelakang. tebanglah sepohon pokok saja. dan tebanglah jika kamu merasakan bahawa pohon tersebut adalah yang paling cantik,segar dan tinggi, kerana kamu telah menemukan apa itu perkahwinan.

pelajar tersebut pun berjalan, dan tidak berapa lama, dia datang semula dengan membawa sepohon kayu, walaupun pohon tersebut tidaklah berapa segar, cantik dan tinggi pada pandangan guru tersebut.

maka gurunya pun bertanya: mengapa kamu memotong pohon seperti ini....?

pelajar itu menjawab: sebab, berdasarkan pengalaman ku sebelum ini, aku hanya berjalan separuh daripada hutan tersebut dan aku takut akan kembali dengan tangan kosong. jadi saya mengambil kesempatan menebang pohon ini lalu dibawa kesini. pada pandangan saya ianya adalah pohon yang terbaik buat saya. saya tidak mahu kehilangannya atau menyesal kerana tidak memilihnya...

maka guru itu menjawab: itulah perkahwinan.......
.
.
.
.
.
.
.

Kesimpulannya... janganlah terlalu memilih, tiada manusia yang sempurna di dunia ini.
Kalau dah dapat yang rasa macam ok jer tu.. rembat je cepat..

Lepas tu, cepat-cepat kumpul duit kahwin dan langsungkan perkahwinan..

Rabu, 22 Oktober 2008

plz reply....

kalau la korang leh beli barang dari us, apakah barang yang korang nak beli?
-pinggan mangkuk?
-beg tangan n kasut?
-gajet2 elektronik (henset, laptop, ps2, ps3...bla3...)?
-barangan bayi?
-kasut2?

x kisah la..korang nyatakan je....tolong reply...nak cari idea nih..

Ahad, 19 Oktober 2008

lunch at corus hotel, jln ampang

date: 18/10/2008
time: 12pm-4pm

aku mmg dah plan nak melaram aritu..nape? setahun sekali beb..tiap hari aku bagi org makan nasi, arini aku nk bagi dorang makan piza..(korang paham ke nih?)

11.00 am:
rumah aku kat ampang hulu langat selangor..biasa klu gi klcc mmg bajet 1 jam...mana shida ni...dah kul 11 dah...hurmm...

11.15am:
-kak mai gi la mekap dulu. takut xsempat lak karang.nnti kita jumpa
-k.rin, saya gi umah akak skrg

11.30 am:
-mana kwn kata nk join?
-dh lambat. lain kali la...

11.40 am:
-mai, k. nurul ni..akak gi sendiri la..selamat bermekap...

11.45 am:
-shida dh sampai. nak tunggu luar ke dlm?
-tunggu dlm.

12.05 pm:
-tanx k. rin...

12.10 pm:
-give me 5 min
-take ur time...

12.20 pm:
dah lmbt ke kita ni?

12.25 pm:
-che mai, ko katne? nape x sampai lagi?
-jln jem kak...
-aah..parking pon xde..kena parking ampang park

12.30 pm:
-eh mai, ko kat mane ni? nape xsampai lagi?
-kat ampang poin
-ampang poin?jauh lagi tu?
-hahahah...
-nape semua tanya kita ek? kita je ke yg xsampai lagi?

12.45 pm:
-ek eleh..x sabarnye org ni....klu ye pon nk parking...
-try tgk baper kena byr?
-ok la kak...
-alahai..nape la jauh sangat kita parking..kurus kita..

12.55-x hingat... pm:
-oo...patut la ko lambat sgt...ni rupanye keje ko..
-oo...patut la...lambat tul ko dtg
-betul kata ko..akak mmg terperanjat...
-ko lambat giler..sampai vvip sampai pon korang x sampai lagi..
-patut la shida..rupa2nye dorang panggil nama kita 2-3x kita x nyahut...
-nape ko gi keje x mekap mcm arini?
-waa...ni mekap camni ni mau 40 minit ni...

nak tau rupa yg nampak macam grand sangat tu camne?
ni la dia...



kontrol cun beb...

dengan shida


me n my tablemate


tolong sorok muka kecewa tu leh x?aku mmg xcomel orgnye..ni pon perlukan masa setengah jam utk jadikan muka aku secomel tu...

to all guys:
tolong hargai isteri or awek korang yg try melawa utk korang..serious...nk mekap je setengah jam..nak tanggal mekap, especially klu x bawa mekap remover, mau dekat 10 minit...sakit lak tu lap pakai tisu...

to all girls:
sblm korang nk mekap grand2, pastikan korang facial dulu..kalau x, white head korang blok goundation dr meresap ke dlm kulit...hahaha...aku cakap dr pengalaman...




Ahad, 12 Oktober 2008

kuiz utk mengenal perasaan sendirik

benda ni boleh gak la dipercayai..guna dia untuk menyelamai sendiri perasaan kita yang x berapa kita sendiri kenal. percaye la, aku dah try..(dulu la. sekarang x nak dah sbb aku takut dgn keputusan yg aku dapat nnti..wakakaka!!!).Jangan baca jawapan dahulu! Lakukan satu persatu.

Ambil pen kertas dan mulakan kuiz ini.Apabila anda pilih nama,pastikan anda kenal orang itu dan jangan fikir lama- lama!

*1 - Tulis nombor 1 sampai 11 dalam satu baris

*2 - Untuk nombor 1 dan 2, tulis dua nombor yang anda suka.

*3 - Untuk nombor 3 dan 7, tulis nama jantina yang berlainan
jantina yang anda kenal.Seorang untuk satu nombor.

*4 - Untuk nombor 4,5 dan 6, tulis nama anggota keluarga atau
kawan - kawan.

*5 - Tulis empat tajuk lagu pada nombor 8,9,10 dan 11.



JAWAPAN

*1 - Anda mesti beritahu( nombor dalam baris 1) orang tentang permainan ini dalam masa ( nombor dalam baris 2 ) hari untuk impian anda tercapai.

*2 - Nama di dalam baris 3 ialah nama seseorang yang anda cinta

*3 - Nama di dalam baris 7 ialah seseorang yang anda suka tapi
tidak kesampaian.

4*- Anda sangat ambil tahu tentang orang yang anda letak
dalam baris nombor 4.

5* - Nama orang dalam di baris nombor 5 ialah seseorang yang
sangat mengenali anda

6* - Nama orang di baris nombor 6 ialah seseorang yang
membawa tuah kepada anda.

7* - Nama lagu dalam baris 8 ialah lagu yang menceritakan
tentang orang yang anda tulis dalam baris 3

8* - Judul lagu dalambaris 9 ialah lagu untuk orang yang di baris 7

9* - Judul lagu di baris 10 memberitahu tentang apa yang ada
dalam minda anda selalu.

10* - Judul lagu dalam baris 11 memberitahu tentang perasaan
anda terhadap kehidupan anda.

KIRAAN TAJUL MULUK

Petua Melihat Rumahtangga Bersama Pasangan

Bunyi sebutan nama; iaitu jika bunyi di :-

Depan (bila sebut, vokal u: contoh nu, rul, hu)= Markah 9
Atas (bila sebut, vokal a: contoh ha, jar, sal, ma)= Markah 8
Bawah (bila sebut, vokal i: contoh him, ziz, mi)= Markah 5

Contoh:-

Nama Lelaki : azizan
Sebutan : A + zi + zan
Markah : 8 + 5 + 8
Jumlah : 21

Nama Perempuan : Noor Rumaizah
Sebutan : noor + ru+ mai + zah
Markah : 9 + 9 + 8 + 8
Jumlah : 34

So Jumlah Keseluruhan : 21 + 34 = 55

Mencari baki :-

Jumlah 55 dibahagi pula dengan nombor 9, 7, 5 dan 3.

Iaitu:-

55 bahagi 9... baki ialah 1
55 bahagi 7... baki ialah 6
55 bahagi 5... baki ialah 0
55 bahagi 3... baki ialah 1

** Oleh itu baki ialah 1, 6, 0 dan 1 (baca dari atas ke bawah)

Peringkat perjalanan usia perkahwinan (9, 7, 5, 3)

# 9 - Di masa muda (awal perkahwinan)

# 7 - Di masa memasuki pertengahan

# 5 - Di masa menghadapi masa tua

# 3 - Di masa tua (penghujung perkahwinan)

Jika baki :-

0 - Bulan Purnama
Di waktu ini rumah tangga sangat bahagia, hidup penuh dengan aman dan damai. Tidak berlaku kekecohan. Jika pasangan ini subur kemungkinan mendapat ramai anak.

1 - Biji Di Tasik
Di waktu ini pasangan hidup dengan keadaan kewangan yang hanya cukup makan. Tidak mewah (dengan kadar masing-masing) dengan kata lain tidak cukup duit atau susah sedikit untuk mendapatkan duit. Rezeki payah.

2 - Anak Raja Sekandang
Di waktu ini pasangan suami isteri romantis, rasa secocok, rasa sama padan dan saling memahami. Maka rumahtangga menjadi bahagia.

3 - Anak Raja Kepanasan
Di waktu ini sering berlaku pertengkaran, bergaduh, bermasam muka iaitu dengan kata lain perselisihan faham sering berlaku. Jika dibiarkan berlarutan rumahtangga akan hancur.

4 - Abu Atas Tunggul
Di waktu ini duit ada tapi tidak pernah cukup. Jika dapat wang pun hanya sekadar dapat lihat sahaja. Wang itu cepat habis digunakan. Ada-ada saja perkara yang hendak dibelanjakan. Senang datang senang habis. Poket sentiasa kosong.

5 - Telaga Di Bawah Bukit
Di waktu ini rezeki datang melimpah-limpah. Tidak menghadapi masalah kewangan. Hidup senang.

6 - Tanduk Seberkas
Di waktu ini pasangan menjadi romantis, penuh kemesraan dan penuh kasih sayang.

7 - Naga Seru
Di waktu ini pasangan tidak tenteram kerana masalah kuat cemburu. Selalu tidak percaya pada pasangan.

8 - -sama seperti nombor 0-

so, utk aku:
mula2 kawin (1):
Di waktu ini pasangan hidup dengan keadaan kewangan yang hanya cukup makan. Tidak mewah (dengan kadar masing-masing) dengan kata lain tidak cukup duit atau susah sedikit untuk mendapatkan duit. Rezeki payah.

pertengahan perkahwinan (6):
Di waktu ini pasangan menjadi romantis, penuh kemesraan dan penuh kasih sayang.

masa dah tua (0):
Di waktu ini rumah tangga sangat bahagia, hidup penuh dengan aman dan damai. Tidak berlaku kekecohan. Jika pasangan ini subur kemungkinan mendapat ramai anak.

masa dah nak tunggu waktu (1):
Di waktu ini pasangan hidup dengan keadaan kewangan yang hanya cukup makan. Tidak mewah (dengan kadar masing-masing) dengan kata lain tidak cukup duit atau susah sedikit untuk mendapatkan duit. Rezeki payah.

kiranya, aku x digalakkan bersama dengan si azizan ni la...hahahah

Peringatan : Korang jgn percaya sangat.. ni saje jek utk mengisi masa terluang sambil membuat kerja kira-mengira.. ehehehe...

* saje letak nama sendirik..tapi tolong ye, xkenal sesapa dengan nama azizan...nama itu hanya utk tujuan komersil

DIFFERENT BETWEEN LOVE N LIKE

aku amik ni dari forum yob4ever yg aku selalu masuk utk baca lawak dia. tanx to the person yg beria suruh aku gi sana

In front of the person you love your heart beats faster
But in front of the person you like you get happy

In front of the person you love winter seems like spring
But in front of the person you like winter is just beautiful winter

If you look into the eyes of the one you love you blush
But if you look into the eyes of the one you like you smile

In front of the person you love you can't say everything on your mind
But in front of the person you like you can

In front of the person you love you tend to get shy
But in front of the person you like you can show your own self

When the one you love is crying you cry with them
But when the one you like is crying you end up comforting

The feeling of love starts from the eye
And the feeling of like starts from the ear

So if you stop liking a person you used to like
All you need to do is cover your ears, but if you try to close your eyes
Love turns into a drop of tear and remains in your heart foreverafter


aku sendiri xsure yang mana satu aku nak..heheh..aku sayang kat semua org yg terlibat dlm hidup aku. x kisah la dia suka aku atau x. ohh..klu dia benci aku...aku yakin, kebencian dia tu berbalas..

blog2 org lain..

kat sini aku ada letak 2 blog org yang aku pernah baca n suka baca.

1 szakif punya...i like his way of writing. so sempoi n direct i think.

2. si nie_feng punya...dia ni, mmg rajin la dalam bab mengurus blog n forum..but i bet kat blog ni akan ada byk download slot especially filem2 (sebab tu la kegilaan dia)

anyway, both guys are great frens..gi la jenguk..mmg berbaloi. sape yg suka membaca, gi kat szakif, sape yg suka filem n pelakon2 cantik, gi la kat nie_feng tuh!! selamat mengklik!

Jumaat, 10 Oktober 2008

mas kahwin yang hilang..

sebenarnya dah lama aku dengar tentang ebook ni..dah lama gak nak beli tapi asik nk tangguh je...ye la..tah apa isi dalam pon aku xtau..buatnya tak best,membazir je duit aku.

sampai la baru2 ni aku terbaca satu preview ebook dr org yg sama. cara nak setelkan hutang ke apa tah. xkisah ler tajuk dia..yg penting, aku suka baca preview tu. sekali lagi, aku takat tu je...

sampai la baru2 ni aku sedar yg setelah 2 thn aku keje dgn gaji yg agak besar, aku hanya ada rm500 (anggaran la) je dalam bank (rm2+++ tu kira besar la pada aku walaupon gaji sheila rm3+++...heheh...Alhamdulillah...ada keje gak at least). nak kata aku berbelanja, suka beli barang, x gak..aku la org paling bajet kat sekolah tu...cane ni?

aku sampai siap tanya kak yati cane dia urus duit.aku risau..last2 aku beli la buku mas kahwin yg hilang tu..tolong ye..bukan dah nak kahwin..tapi aku nakbelajar mengurus duit supaya leh kawin cepat.

kenapa aku nak kaya sangat ni? jawapannya, aku redha klu aku x kawin..TETAPI aku mesti la menjadi anak dara yang kaya..aku nak gi oversea..teringin nak tengok dunia..nak merasa makan best2 tanpa perlu pikir ada duit x nak bayar..hurmm..byk la lagi...tapi....kumpul duit dulu...

ye la..klu x kumpul duit, mana ada duit..kalau xde duit, cane nak habiskan duit tu dgn buat benda yang aku suka?

aku bukan materialistik ye...cuma, aku ni x baper rajin orgnye..jadi, aku harap, aku mampu gajikan maid utk mak aku...

kenapa Rumaizah x nak melawa?

3minggu lepas...
"waa...mai. suit la warna lipstik tu..ha..lain kali pakai la camni..bru cantik.."
"aku 'xnampak Cik Mai arini...sebab dia pakai lipstik..aku xcam.."
"ha..tinggal x pakai eye shadow je..."

sebelum raya
"wa...cikgu nampak lain arini...cikgu pakai lipstik eh?"

semalam...
"ha..cantik pon baju pakai...satu je silap lagi..tudung tu biasa sangat..patut naik sikit kat situ ..ha...mcm tu..."
"xreti nak buat..lagi pon nak cepat"
"xpe. biar akak tolong..ha..cenggini..pastu ko letak ni kat sini..ko tarik ke sini...ha..dah siap. senang je..."
ha..dah pakai tudung cantik camni, jalan pon kena la comel2 ye..? jgn mcm kartun"

tadi..
"waa...Mai..baju ko dah ceria..wah..lipstik pon dah pakai...muka nampak berseri-seri..ko dah BERTUNANG ke? ke ko dah JUMPA sesapa? ko dengan sapa sekarang?"
"tengok la adik kita sekarang ni..bukan main lagi dia...blusher je xpakai lagi"

aku: ARRGGGHHH!!!!!!!

Khamis, 9 Oktober 2008

my mother taught me...(gurau je..)

My Mother taught me about Envy...
"There are millions of less fortunate children in this world who don't have wonderful parents like you do."

My Mother taught me about Behavior Modification...
"Stop Acting like your father!"

My Mother taught me about the Circle of Life...
"I brought you into this world and I can take you out."

My Mother taught me about Stamina...
"You'll sit there 'til all that spinach is finished."

My Mother taught me about the science of Osmosis...
"Shut up and eat your Supper!"

My Mother taught me about Contartionism...
"Will you look at the dirt on the back of your neck!"

My Mother taught me Irony...
"Keep laughing and I'll give you something to cry about."

My Mother taught me to appreciate a job well done.
"If you're going to kill each other, do it outside... I just finished cleaning."

My Mother taught me about Time Travel...
"If you don't straighten up, I'm going to knock you into the middle of next week!"

My Mother taught me about Foresight...
"Make sure you wear clean underwear, in case you're in an accident."

My Mother taught me about Logic...
"Because I said so, that's why."

hari boria!!!

arini aku pakai salah satu baju raya aku (masih raya lagi kan?). tiba2 disambut oleh Yus yg berkata, " eh..eh..baju sama dgn Rosam la.."

"oo..sama ke?"

"sama sangat.."

"oo..xpela.."

"xpe..?"

"jap..dia pakai hari ni ke?"

"ye la...tudung pon nak sama kaler..eeii...tolong la..."

"isk..berdebor nak tengok nih..."


tapi, biasa la..bila kita tunggu, mmg payah nak jumpa org tu..walaupon dia satu tempat dengan kita...

akhirnya selepas 3 jam..

"woii...la..patut la..aku dah tau...kak liza la salah tegur aku..dia panggil aku mai..mai.."

'aku lak yus pagi2 bagitau baju sama dengan rosam la..."

"nape la dlm byk2 warna, byk2 hari, baju ni yang ko beli? ko minat laki aku gak ke mai? baik ko ngaku.."

"well..klu dia bujang..nk la..dah kawin..i x minat.."

pe pendapat korang? sama x?

Rosam dengan senyum kontrolnye..


nape la aku x cukup inci?

nak jadi budak bunga manggar kunun..agak2 kalu ngaku budak form3 org caye x? yg kat tengah tu cikgu la..kak add..

p/s: aku paling suka ayat shida yang berbunyi..ni baju batik sekolah yang baru ke..? nape shida xtau..?

Rabu, 8 Oktober 2008

Latest Pict...



dah lama sebenarnya aku nak tangkap gambar dgn baby kesayangan aku nih..dah lama dah dapat dia..tapi asik x sempat je...

hari ni, aku bergambar jap dgn dia..hehehe...
oh...citer pasal ayah atuk, nnti dulu ye..aku nk besarkan gambar dia. baru la jelas muka hero aku tuh... pastu ada sikit gmbr yg aku amik dr bengkel..tunggu...

Ahad, 5 Oktober 2008

selamat hari raya....

ayah atuk yang baju putih...mak atuk baju hitam....
gambar famili di pagi raya..kat umah atuk di batu pahat, johor
tahun ni, baju raya disponsor oleh Oden yang bekerja sebagai kastam..tema tahun ini ialah warna hijau..jgn main2..mahal baju2 kami ni...mmg bukan yg akan aku dan mak beli la..(sbb tu dia yg beli)
so, thn depan, aku lak yg belikan la..rasa bersalah weii..malu giler...heheh...
nape aku selit gambar mak atuk n ayah atuk? sbb aku nk citer pasal ayah atuk aku..aku bangga giler kat dia...tapi bukan kat post ni..kena tunggu dulu..hehehe...
so, inilah gambar latest...not so kurus...muka petak cam buku matematik tp xpe la..spek baru tu...
raya kali ni, kami x gerak mana2 pon..cuma malam raye, aku gi parit sulong dengan harapan dapat beli tempeyek tapi xde...1 pasar round tapi xde..isk...
raya pertama x gerak..atuk aku ni pak long..so, segala adik2 dia dgn ank sedara dia, dtg melawat masa raya pertama tu..kami jadi la tukang buat air (mak) dan tukang angkat dulang...
raya kedua baru la kami ke rumah mak long. pastu umah tok uteh kot...pastu umah tok andak...lepas hantar oden ke stesen bas, kami ke rumah cik din lak...
raya ke 4 kami ke rumah cik han (on the way balik kl)..aku rasa aku xmkn byk tp serius aku tau aku gain weight..tensen wehh!!!!

mercun 16 das

aku pernah tanya kat beberapa kwn laki aku.." saya suka sangat tengok bunga api mcm yg sambut merdeka tu..tahun baru...yg pertandingan kat putrajaya tu...agak2, kalau saya ajak laki saya nanti, diorang nk x?". aku xdapat respon walau 1 pon walaupun sms tu dihantar ke 5-6 orang...cit! kedekut punya laki. mentang2 bukan awek dia..

so, agak2 la org yg terbaca ni kan..suami aku nk x gi tgk bunga api dgn aku? aku rasa, kalau aku nak kuar dengan dia, mmg hanya untuk jalan2..tengok bunga api..lampu2 kecil kat kl waktu malam...gi tasik n taman kat putrajaya...

nape? sebab aku xsuka tengok wayang...sakit telinga la...

berbalik kepada cerita mercun..raya kali ni, adikku telah membawa balik beberapa kotak mercun..salah satu darinya berbentuk kotak. salah dua sebenarnya...masa kotak 1st launch aku x tgk pon..tapi adik aku kata cantik..ni yg aku x puas hati ni...kotak yg kedua mmg aku simpan baik2...aku nk tgk..xpeduli apa orang kata..tapi aku ada satu problem..

aku ni pengecut giler nak main mercun..hehe..aku takut aku x cukup laju..nak x nak kena guna khidmat cik roy..masa dia bakar, 1 famili dok tunggu mercun tu (kecuali cik joe yang tgk rempit vs impak maksima)

mmg best giler..ada16 das..cantik..rasa x caye gk bunga api atas kepala aku..seronok giler...maybe korang nk kata..apa la minat ni..tu pun nk kecoh..come on..give me a break..aku x pernah tgk mercun dkt2...dan bila dah tgk..rasa x cukup...

pas main mercun, aku layan la bebudak ni main bunga api..(well, aku arah dari jauh ala2 remote control..then aku try la sebatang dua bunga api tuh)

aku soh adik aku bawa balik bunga api sikit. nk lepas gian kat kl ni..hehe..klu nk join main, gitau ye

raye..intro je nih...

hurmmm..nak tulis tapi xletak gmbr kat pc lagi....ada gmbr raye 1 famili dgn baju raye hijau...

hehehe..mesti tensen korang semua

aku yang....

aku xtau nak letak tajuk apa...nak letak aku ni tipikal..terus terang, aku sendiri xtau apa tu tipikal..hahaha....

hurrmm...aku pernah kata aku suka tgk my girl.. selain my girl, aku suka tgk sassy girl chun hyang, operation love..apa lagi citer2 cinta yg aku xkn miss ek? hurmm..

apa yg wat aku suka tgk cite2 tu? well of course hero yg hensem la..pastu, aku suka tgk hero n heroin dlm citer2 sangat beria2 mempertahankan cinta diorang n mengejar apa yg dorang nak (arghh!!! rumaizah..what r u doing? semua org tau ko jiwang pasni!!) lantak la korang nk kata apa...hehe...

tapi tu masa tgk citer la...aku ni sebenarnye mmg suka benda yang x macam aku..aku suka tgk org mempertahankan cinta diorang, tapi aku xkan wat camtu. mcm dlm citer2 yg aku sebut td..klu dorang berkenan kat sape2, dorang akan usaha kejar..aku? x...aku lak akan biarkan org tu pergi dengan alasan klu dia dh suka org lain, nak kata apa lagi? xkn nk pksa kot? aku akan lepaskan dia...doakan dia hepi...n kalau xmampu hidup dgn hakikat yg aku x penting lagi dlm hidup dia, aku akan blah jauh2...humm..aku ni...mmg..

kadang2 aku pikir, nape la aku mudah sgt give up sdg'n dalam islam suruh berusaha.. tapi satu lagi side akan kata..kalau dah jodoh aku dgn dia, lambat cepat dgn dia gak...(kalau korang sabo, berpegang la pada yg tu..hasilnya sgt lambt sbb korang akan asik lepas'n org yg korang suka gara2 xyakin pada diri)...

moral daripada post ni? humm..cari la sendiri...hehehe

hurmm..