KLIK LAJU-LAJU!

MARI BLOGWALKING DENGAN APESAL.COM

Yang Baik Hati =)

Cari cerita lama

Aku terkini

sebelum komen, baca dulu komen orang lain boleh? Bosan la nak balas komen yang sama.. sebab jawapan aku mesti sama punya. tak pasal2 aku jadi astro karang ulang tayang beberapa kali

* jangan orang astro sentap pulak dengan aku, suda
Memaparkan catatan dengan label aku semata2. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label aku semata2. Papar semua catatan

Isnin, 18 Februari 2013

Ketagih Flow Free Pulak Dah...

Aku ada 1 masalah besar. Aku tengah ketagih main game. 

Nope, bukan game facebook. Aku malas nak bagi komitmen dan aku benci terpaksa ikut masa dia. bukan masa aku.

Bukan juga game tembak-tembak ke, Super Mario ke, bahkan bukan Pacman pun sebab aku sangat tak cekap bila benda tu perlu kepantasan jari dan mata (aku main snake dalam Nokia pun tak pernah dapat makan lebih dari 10)

Bahkan, main Bejeweled pun aku tak boleh sangat. Nyampah!

Game yang aku tengah ketagih sangat ni ialah Flow Free. Poin utama permainan ni hanyalah sambungkan 2 titik yang sama warna tanpa langgar trek warna lain. Kalau berjaya pada percubaan pertama, dia akan bagi markah penuh. kalau ada kena buat 2-3 kali, dia setel gak tapi markah tak Perfect. Yang bestnya, kau boleh try balik level tu sampai dapat markah Perfect (Perfect tu perkataan yang dia guna. Maknanya level tu ko setel dengan cun dan sempurna pada sekali percubaan).


Mana aku dapat game ni? Ala.. kat browser Google Crome tu kan ada bahagian application.. aku ambil kat situ je.. dia bagi link terus. tak pun, cuba korang klik link INI. Tapi, aku rasa, kalau korang tak install application ni, rekod permainan korang yang lalu, dia tak simpan la kot. Aku tak pasti.

Cuba la main.. Cuba la.. kalau korang suka puzzle, mesti korang suka game ni. Tapi sori la.. Kalau korang ni jenis yang gemarkan kepantasan, game ini bukan jawapannya.

Oh, by the way, masa aku tulis entry ni, aku tengah berada di level 3 (9x9) regular pack.

Ahad, 2 September 2012

Syarat calon suami aku nanti ialah..

Serius aku tak sangka. Rupa-rupanya kawan-kawan dan makcik aku ambil serius syarat-syarat bengong yang aku cipta untuk bakal suami aku.. hahah.. Patut la mereka tak pernah kenalkan aku dengan sesiapa. Rupanya mereka takut aku reject siang-siang orang yang mereka nak kenalkan.

Apa agaknya syarat aku yang berat tu? Hahah.. syarat-syaratnya ialah:
- Hensem
- Kurus
- Tinggi
- Putih
- Baik
- Kaya

Aku rasa tu je kot. Hah?? Korang berbulu baca syarat aku? Korang pun ambil serius jugak? Memang la sama dengan kawan-kawan aku. Hahah...

Tapi serius. 4 syarat fizikal yang pertama tu sebenarnya adalah kecenderungan aku. Aku memang minat lelaki yang putih, kurus, tinggi dan hensem. Kenapa? Sama la jugak kenapa korang minat orang hitam manis, orang ketak, orang sepet, orang mata bulat.. macam tu je. Aku mudah tertarik dengan lelaki yang ada keempat-empat ciri tu. Tapi tak bermakna aku tak minat orang yang tak kurus. Aku minat gak apa Ako Mustafa? Haha..

Dan, keempat-empat ciri tu takde pada aku. Jadi, adalah penting aku dapatkan 4 baka fizikal tu supaya anak aku nanti tak gemuk, pendek, hitam tak cerah (aku cerah sebenarnya tapi tak nampak cerah. camne tu?) dan tak berapa cantik. Aku tau bagaimana perasaan jadi orang begitu. Sepanjang masa rasa low self-esteem. Dapat pulak ada kawan yang suka sangat nak banding-banding. "Yeay!! Aku lagi ringan!!".. "Kau pendek, kau depan sekali". Setiap kali. Kalau bergambar pulak, mesti kena duduk tepi sekali. Masa jadi cikgu ni je la aku dapat merasa bergambar kat tengah. Tu belum cerita lagi apa yang budak laki sekolah aku dok humpat aku dulu. Tah apa yang diorang benci sangat kat aku tah?

Mesti ada orang kata, "Tak bersyukur sungguh kamu ni!".. Ya ampun.. Aku bukan tak bersyukur. Aku sedar,  ada orang lagi malang nasib dia dari aku. Serius aku insaf dengan kesempurnaan yang tuhan bagi pada aku. Tapi, itu kelemahan aku. Sepanjang hidup aku, aku rasa sangat kurang keyakinan diri sebab aku tak secantik orang lain. Aku tak minta untuk jadi cantik. Aku hanya nak bakal anak aku nanti hidup dengan ada keyakinan terhadap diri sendiri.  Jadi aku terasa adalah menjadi kewajipan pada aku untuk mencari baka yang baik untuk anak aku.. hehehe

Aku rasa orang takkan pertikai syarat baik. Jadi aku skip ke syarat kaya. Kaya tu subjektif. Aku ada keinginan nak ada rumah atas tanah. Aku dah terbayang, raya nanti, semua anak balik. Masing-masing ada bilik kecil untuk keluarga mereka. Ada ruang untuk mereka parking kereta. Pada aku, kalau pada masa tua nanti suami aku boleh dapatkan kami 1 tanah dan dirikan rumah yang macam aku bayangkan tu, kaya la tu.

Aku bukan nak laki kaya yang mewah gila-gila.. Aku tak minta kereta Polo. Aku tak minta dia ada Ferrari. Tidak la sekaya tu. Cuma aku nak boleh hidup senang. Aku takde la kena fikir 18 kali kalau nak beli apa-apa. Kalau nak berjalan tu, takde la aku perlu bajet gila-gila macam sekarang.

Tapi.. Kalau la dapat laki kaya gila kat aku, takkan aku nak tolak kan? Hahaha..

Pastu, ada pulak kawan aku yang berkata, " Kau ni.. ada ke letak syarat macam tu. Soleh tak nak? Beriman? Bertanggungjawab? Penting tu.."

Hurmm... Bagi aku, soleh, beriman, bertanggungjawab tu semua wajib. Aku tak yah letak syarat. 

Macam ni la. Anggap aku nak beli kereta. Anggap la syarat-syarat yang aku letak kat atas tadi macam aksesori. Melengkapkan dan menjadi kelebihan sesebuah kereta dari kereta lain. Lebih kurang macam syarat nak kereta jimat minyak, road tax murah, selesa, senang cari spare part (eh, aku tengah cerita pasal En. Ken ke?) 

Manakala, ciri-ciri beriman, soleh, bertanggungjawab dan lain-lain tu sama seperti kereta mesti boleh isi 4 orang.. ada bonet, boleh bergerak, ada bumbung dan lain-lain lagi. Kalau syarat macam ni pun aku kena nyatakan, maka perlu la aku nyatakan yang aku nak bakal suami aku nanti lelaki.

So, kepada kawan-kawan dan makcik aku, jangan la pening-pening nak carikan orang nak matchkan kat aku. Kenalkan aje.. Aku on je... Malah, boleh dikatakan, orang yang aku minat dari zaman sekolah sampai la sekarang, takde pun ciri-ciri tu (kadang-kadang tak putih pun, kadang tak tinggi pun, kadang tak hensem pun).. Tapi aku minat gak.. Sebab, aku jumpa kelebihan lain yang menarik perhatian aku.

Tapi aku ada pengakuan. Aku kalau orang matchkan ni, tak pernah menjadi. Bukan apa. Segan. Kalau bukan aku yang segan, laki tu yang segan. Macam ada 1 expectation dari perkenalan tu. Dia jadi tak natural. Huhu.. Harap-harap lepas ni, jadi la... Lalala

Apa lagi? Pergi skodeng orang sekeliling dan kenalkan kat aku cepat! Hahaha..

Oh, sila bagitau siap-siap kat orang yang korang nak kenalkan kat aku tu yang aku ni tak pandai masak dan mengemas. Masak aku boleh belajar la.. tapi kalau mengemas tu... err.. Boleh tak laki aku tu macam Amir Asyraf (Vanila Coklat) pandai mengemas? Nanti aku belajar la slow-slow...

Nak suami macam Amir Asyraf boleh? Pandai kemas rumah tu!!!
p/s: Mesti korang nyampah aku buat entry gini. Tapi kalau orang cantik buat entry gini, mesti korang setuju kan?

Isnin, 23 Julai 2012

Mohon Kemaafan Di Bulan Ramadhan

Aku ada terima email yang mengatakan bahawa
"puasa orang yang berdosa sesama manusia lain adalah tak diterima. Maka, bermaaf-maafan la kamu sebelum menunaikan ibadat puasa.."

ok.. sebenarnya email tu xde la sependek itu. dan mungkin ada memerlukan pembetulan ayat. Maksud aku, ayat email tu betul cuma bila aku yang sampaikan, korang kena cuba faham balik maksud ayat tu betul-betul sebab aku akui Bahasa Malaysia aku agak berterabur.

Aku sedar yang agak terlambat sebenarnya aku tulis entry ni. Puasa dah 3 hari dah. Kalau ikut peratus, dah 10% (silap-silap 12%) selesai dah bulan Ramadhan ni. Tapi, tak kira la, lambat ke cepat ke, aku tetap nak

"Minta maaf banyak-banyak kepada semua yang mengenali aku, yang baca blog aku, yang bertegur sapa dengan aku, yang berinteraksi secara langsung atau tak dengan aku."

Aku sedar, kadang-kadang tu, aku memang cakap ikut sedap tekak dan buat korang terasa hati. Takde niat nak lukakan perasaan cuma memang begitu cara aku. Hanya orang yang biasa dengan aku je yang kurang sikit sentap dengan aku. Tu pun kadang-kadang sentap gak.


Aku harap, permohonan maaf aku ni dipertimbangkan. Kalau ada yang tak puas hati, ada hutang yang aku terlupa, sila la email atau pm aku (aku sendiri tak pasti macam mana korang nak pm) dan kita bincang cara baik. Hutang, insyaAllah akan aku setelkan juga.

Akhir kata, moga Ramadhan kali ni membawa keberkatan buat kita dan seluruh keluarga kita serta umat Islam seantero dunia. Aku juga berharap yang Ramadhan kali ni akan menjadikan aku insan yang lebih baik (ye, aku agak jahat tahun ni.. kenapa la makin tua makin jahat?)

Sabtu, 14 Julai 2012

Ada cerita tapi tak boleh nak beritahu

Dah masuk tengah bulan Julai. Entry aku untuk bulan ni baru ada 2. Bulan lepas ada la 6 entry. Bulan Mei dulu 7 entry.

Nampak gaya, makin lama, makin slow aku menulis. Selalu la aku tertanya-tanya "kenapa?" dan aku rasa aku dah tahu jawapannya.

Aku seorang yang suka bercerita. Ada masalah aku cerita. Ada benda gembira, aku cerita. Dan aku berpegang kepada prinsip yang kita tak boleh cerita semua pada 1 orang yang sama. Ada orang sesuai cerita A, ada orang sesuai dengan cerita B

Dan blog merupakan satu medium untuk aku bercerita cerita-cerita yang aku tak boleh nak cerita pada kawan-kawan aku di alam nyata. Di dunia nyata, aku nampak gagah, ceria, skema (aku tak tau macam mana aku boleh letak 3 kriteria tu dalam 1 ayat) sedangkan di dalam blog aku lebih jiwang, banyak berfantasi dan... entah. Korang yang selalu baca blog aku lebih tahu jawapannya.

Tapi, kebelakangan ni, aku dapati aku dah tak kuat nak bercerita. Kalau aku bercerita dan orang potong tengah jalan pun, aku dah tak beria nak sambung cerita aku. Jujur, aku bukan hanya diam di blog. Dekat facebook pun aku takde post apa-apa sangat dah sekarang. Aku lebih gemar bagi/balas komen orang je.

Serius, dengan hilangnya semangat berkobar-kobar aku untuk bercerita, dengan kurangnya semangat aku untuk menulis blog, aku macam dah hilang sebahagian dari diri aku. Aku nak menulis tapi apa yang nak aku ceritakan?

Aku sangat menghargai korang yang datang menjengah ke blog aku walaupun di kala aku takde idea. Terima kasih. Aku sayang blog ni. Aku tak nak berhenti bercerita.


Cuma, buat masa ni, aku takde cerita yang aku boleh kongsi dengan korang. Kalau aku asyik cerita pasal cinta aku yang tak kesampaian pun, korang mesti menyampah gak kan? balik-balik cerita yang sama. Jadi, lebih baik aku diam dan tunggu ada cerita yang sesuai untuk diberikan.

Terima kasih.. Huhu.. sorry la ye tak tulis lagi entry g ke Singapore.. tunggu gambar dan harga tiket.. hehe..

p/s: 2-3 menjak ni aku selalu out station. Seronok gak.. Kalau la tak mengenangkan kerja yang menunggu, aku nak je out staion sokmo!

Isnin, 11 Jun 2012

Aku - En. Ken = Aku + LRT + bas

Kisahnya... En. Ken masih di spa. ke tukang jahit? Aku memang agak bengang la.. Tapi apa lagi aku nak kata? Nak tak nak, pagi tadi, ayah kena la hantar aku pergi kerja. Mujur jalan agak tenang hari ni.Orang malas pergi kerja lagi kot?

Kebetulan, hari ni aku kena tengok perlawanan bola lisut (softball) antara rumah sukan. Maka balik lambat la aku. Tak sempat nak join mak balik.

Sila ingat, aku bekerja betul-betul di hadapan Tasik Titiwangsa. Dan hari ni aku merancang nak balik naik LRT. LRT terdekat ialah di Stesen Titiwangsa. Untuk ke sana, aku bercadang nak jalan kaki je.. sebagai usaha untuk memahami seseorang yang aku kenal yang suka berjalan. Lagipun, kalau aku boleh berjalan di Singapura, kenapa aku tak boleh berjalan di KL?

5.34 petang
Aku keluar dari pagar sekolah. Aku jalan ke Jalan Tun Razak, naik jejantas menyeberang ke sebelah HKL dan menyusur menuju ke LRT. naik lagi 1 jejantas di hadapan hospital. Lalu belakang kedai-kedai.. naik tangga. Tak perasan pulak ada eskalator.. huk3... 3 tingkat kot..

Lepas beli tiket, aku baru perasan yang aku pergi tu stesen monorel. Nak pergi kel LRT, sila seberang lagi.. sempat juga aku melihat kereta yang tak berapa banyak petang tadi. Kenapa hari aku tak bawa kereta, jalan nampak best??? hahaha.. Rasa nak maki diri sendiri.. Dah jalan jauh..  Adalah lebih dekat jika aku jalan lalu Istana Budaya, Jalan Titiwangsa, seberang jejantas ke Hospital Tawakal dan jalan terus je ke LRT.. huhu.. takpe.. tabahkan hati.. Sape suruh tak tau kat mana stesen tu/.

6.05 petang
Sampai ke platform. Pergi hujung sebab nak tempat duduk.. Hahaha.. Terlepas tren ke Ampang. Kalau la tren tu bas, aku kejar je. tak jauh pun.. tapi dah terlepas..

6.10 petang
Tren Ampang lalu lagi. Dapat tempat duduk!!! Hahah.. Logiknya memang dapat la memendangkan Stesen Titiwangsa ni stesen ke3 dari hujung. Orang ramai naik di Stesen Masjid Jamek.

6.39 petang.
Keluar dari Stesen Cempaka. Cadangnya nak naik bas sebab nak jimat dan sebagai tanda protes teksi-teksi tu suka tunggu orang. Bas 324 dah tiba. Tapi pintunya ditutup. Penumpang kena tunggu di luar. Tak tahu berapa minit mereka dah menunggu depan pintu. Tapi aku bas 323 dan bas belum muncul lagi.

6.45 petang
Bas 323 sampai. Yang peliknya dia tak buka pintu untuk penumpang naik. Pemandu turun. Kami tunggu depan pintu.. Makin lama orang makin ramai. Aku dah makin bosan. Apa alasan pemandu tunggu lama-lama? Nak bagi nas penuh baru nak jalan? Patut la orang sanggup naik teksi yang mahal dan tunggu orang tu. Bas lagi lama kena tunggu.

Aku naik STAR LRT.. (yang garisan kuning) naik di Titiwangsa dan turun di Cempaka.

6.57 petang
Pintu  bas dibuka. Aku bayar RM1 untuk tiket. Kalau naik teksi kena bayar RM4, tunggu orang dalam 5 minit dan kena kongsi teksi dengan orang lain. Untung betul pemandu teksi kat Stesen Cempaka tu. Dah la mereka marah kalau pemandu teksi luar mengambil penumpang di situ. Dengan kata lain, teksi luar hanya boleh turunkan penumpang sahaja. Ambil penumpang tak boleh.

7.27 petang
Bas sampai ke perhentian bas depan 7E. Aku berjalan ke rumah.

7.31 petang
Aku masuk pintu rumah, letak beg dan terus cari air sejuk.. haha..

Tempoh dari sekolah ke rumah dengan menaiki pengangkutan awam.. 1 jam 57 minit.. Kalau naik kereta lebih kurang 45 minit. jarak rumah ke sekolah lebih kurang 13km.

Ikutkan ok je. Dan ramai warga Kl yang tempuh benda ni hari-hari.. tu belum cerita yang berulang ke Seremban dengan tren dan bas... tapi serius.. AKU NAK EN. KEN CEPAT!!!!

Dan kepada mereka-mereka yang naik pengangkutan awam tiap hari.. SAYA RESPEK DENGAN ANDA YANG TIDAK JEMU! ANDA HEBAT!


Isnin, 4 Jun 2012

Demam dan cuti dan demam

Pergh.. Aku tak ingat bila kali terakhir aku update blog ni. Macam dah lama gila. Aku malas la nak kata blog bersawang segala bagai.. Tapi.. komputer aku agak dah tebal jugak la habuknya (padahal dari dulu sentiasa berhabuk. Yang tak berhabuk bahagian keyboard je)

Alkisahnya, aku telah memanfaatkan minggu pertama cuti aku dengan pergi ke Singapura. Dengar cerita bukan main best lagi. Jadi, nak juga la aku tengok negara yang berjiran dengan kita tu.

Yang kurang bestnya, hari pertama gerak, aku dah mula demam sikit. Sakit tekak juga. Tiba-tiba je. Yang bestnya, disebabkan sakit tekak, takdelah aku beli air yang pelbagai perisa. Aku setia kepada air masak je.

Dan aku masih demam. Ye.. aku masih demam seminggu kemudian.. Aku ingatkan, aku hanya akan sakit semasa berada di Temasik. Rupa-rupanya, balik ke Malaysia atau lebih tepat lagi ke Semerah (kampung mak aku), demam aku agak kebah tapi batuk dan sakit tekak masih macam tu. Harus tak aku salahkan air sarsi dan durian dalam hal ini?
Sampai 1 tahap, aku cekik sikit leher aku, baru aku sanggup telan ludah. Punya la sakit sakit tekak kali ni.. huhuhu.. takpe takpe.. ujian..

Dan hari ni, aku mengajar budak aku dengan keadaan tekak aku sakit.. huhuhu.. Serius, kalau orang lain, aku rasa dah kurus dah. Mana taknya, nak telan makanan, punya la perit... Tapi.. hari ni aku dah makan mi bandung, spageti, bebola ayam, nasi, dan perut aku masih nak sesuatu... hurmm.. apakah itu?

Bagi aku masa. Aku akan tuliskan pengalaman berjalan ke Singapura. Esok mungkin aku boleh siap bahagian 1. Ala.. bukan banyak pun aktiviti tapi aku memang suka tulis ikut hari.. So, tengok esok ye.. Hurmm.. kena ajak Fadh keluar la gini.. esok Taman Melur takde letrik.. TNB nak tukar meter..


Rabu, 22 Februari 2012

Update Aku, Adik Toshi, Ram dan External HD

Akhirnya, adik toshi pulih.. Takde la aku sentap dan cuak lagi nk on komputer..

Wahai encik kedai, saya nak pulangkan ram awak. Dia tak berfungsi kalau dok sorang. Nape la awak tak check betul-betul masa jual? RM110 tau! sekarang, saya ada ram 2gb tak tau nak buat apa.

Encik kedai juga.. betul ke casing external HD saya tu rosak? Ke kabel dia je? Kawan saya pakai tadi ok je? (tapi kabel lain la..) Saya tak la ralat nak bagi casing tu pada kawan saya. Yang saya ralat adalah sebab saya kena beli casing harga RM50 (kedai lain RM40) sedangkan kalau kabel je mungkin murah..

Boleh jugak berlaku ram tak compatible antara 1 sama lain ye?

Isnin, 20 Februari 2012

Kesal dan Keliru

Berbual dengan mak. Mak serius berjaya buat aku menyesal sebab tak pilih untuk bersara pada umur 60. Katanya, kalau pilih untuk bersara umur 60 ni, banyak kelebihan berbanding mereka yang pencen umur 56/58.

Aku agak nyesal sebab sekarang ni, perkhidmatan aku 31 tahun 3 bulan. Kalau aku ambil cuti tanpa gaji, boleh ambil kurang dari 1 tahun je la. Kalau terlebih karang, tak cukup 30 tahun perkhidmatan, tak dapat pencen 60% dari gaji mati..

Tapi, seriously, aku larat ke kerja lebih dari umur 56 tahun? Hurmmm... kalau la aku dah tak layak nak dapat pencen penuh, apa kata, aku minta je cuti tanpa gaji banyak-banyak, sekadar cukup untuk syarat minimum dapat pencen 50% gaji? Ok tak? Tapi 50% dengan 60% tu banyak bezanya woo... Kalau gaji mati 5000, tak ke 500 beza pencen tu? Banyak tu....

Huhuhu.. Aku benci bila aku sangat materialistik. Tapi aku memang materialistik pun. Hahaha..

Dalam hal lain yang tak berkaitan... Aku masih tak tau nak sambung belajar dalam bidang apa.. Tolong bagi idea kat aku boleh tak? Aku sangat teringin untuk sambung belajar. Nope. Tak nak ambil pedagogi.. atau kemahiran berfikir. Aku tak minat subjek gitu..

Bagi idea please??? Aku ingat nak ambil geografi. tapi dengar cerita, ada di USM je. Kalau nak dekat dengan rumah, UPM atau UKM la.. Tapi orang kata, UPSI, lecturer dia boleh lebih kurang.. hurmm..

Bagi pendapat ok? Kalau boleh nak apply tahun ni. Lagi lama tangguh, lagi tua aku. Makin kurang kebolehan nak serap ilmu

Rabu, 15 Februari 2012

'Perkembangan" terkini aku.. huk3..

Semalam, Kak Anita panggil aku dan cuba bercakap dengan nada serius (sesuatu yang sangat susah untuk dia lakukan bila dia cuba berlawak). Aku try la juga mendengar apa yang dia nak cakap. Mana tau ada benda yang aku buat silap (memang kepakaran aku la since aku memang seorang yang panas baran)

Bila aku dah cuba dengar dia dengan serius, tiba-tiba dia keluarkan sekeping kertas yang bertulis "YOU HAVE TO LOSE SOME WEIGHT!"

Huk3... Yup, aku dah masuk kategori obes dah. Bukan tak cuba diet, tapi agak susah. Aku memang makan sekali je (sarapan) di sekolah. Balik rumah, petang baru la aku makan. Kalau lapar gila, aku makan 2 round. Kalau biasa-biasa je, aku makan la 1 round je. Malam aku jarang makan.

Masih, berat aku naik macam harga hartanah di kawasan Lembah Klang. Serius aku juga kecewa dengan 'perkembangan' aku kerana berat yang naik dengan hebat bermakna:
1- Makin banyak la baju-baju aku yang tak boleh dipakai. Dengan kata lain, aku kena beli baju baru. Bukan murah tau baju kurung sepasang. lAgipun, apa aku nak buat dengan baju-baju dan seluar-seluar yang aku dah beli dulu?
2- Kalau nak apply insurans/ takaful, aku kena buat medical check up. Dorang takut aku ada penyakit.
3- Aku nampak semakin rendang. Aku dah la memang pendek. Serius aku tak suka.
4- Kemungkinan untuk dapat penyakit mungkin agak tinggi.
5- Aku nampak lebih tua dari yang sepatutnya. Dan aku sangat tak suka itu. Aku nak nampak muda!!!!

Disebabkan dah banyak kali cuba untuk diet dan gagal, aku agak give up la.. Oh, jangan tak bagi aku makan nasi. Agak kurang berkesan di situ. Aku takkan puas selagi tak dapat nasi. Macam ada yang kurang. Dan aku tak boleh lewat makan. Lambat sikit je, mula la aku angin teruk. Dan angin tu serang kepala. Serius aku tak suka

Bagi idea macam mana aku nak kurus? Jangan bagi benda yang susah nak buat. Yang senang-senang sudah..

Kucing adalah sangat untung! Gemuk macam mana pun, nampak comel jugak. Dan tak perlu risau baju tak muat. Huhuhu...

Isnin, 16 Januari 2012

Mekap simple (simple ke??)

Mood malas aku datang balik. Malas update blog, malas buat kerja. Ok, aku tipu. It's more like aku selalu malas dan mood rajin yang sekali-sekala datang.. Apa nak jadi aku nih?

Dalam kemalasan aku update blog, aku rajin pulak pergi tengok youtube dan buka FB 24 jam. Biar je terbuka walaupun takde aktiviti. Tak baca komik, sikit-sikit je baca blog. tengok youtube pun klip yang pendek-pendek je. Takde mood nak tengok yang panjang, walaupun cite Detective Conan.

Ok la... aku admit. Aku sebenarnya tengok klip cara mekap. Seronok woo tengok orang mekap.. Agak seronok tengok muka berubah warna.. Hahaha..

Bercakap pasal mekap, ramai kawan aku selalu suruh aku pakai mekap. Termasuk la kawan laki (kagum kan? Berani sungguh laki itu komplen aku). Ya, aku akui, muka aku memang agak plain dan monotone. Dah muka luas, warna tak menarik, tak try pulak tambah warna lain. Tapi nak buat macam mana? Memang tak rajin..

Korang pernah tengok klip orang mekap? Try tengok, serius seronok. Sambil tu korang akan sedar yang simple mekap tu tak la simple sangat. Natural look tu takde la natural pun. Semua tu dicapai dengan susah payah (at least untuk aku).

Seriously juga, kebanyakan yang buat klip mekap tu orang yang cantik. sangat cantik sampai aku terfikir, kenapa dia bersusah payah mekap? Percaya la, kalau orang macam diorang tu, tak mekap pun, ramai lelaki minat. Jadi, apa motif diorang bersusah payah?

Haha.. rilek, aku bukan kondem diorang. Memang tu minat diorang. Sebab tu diorang tak kisah bersusah payah. Aku? cuci muka pun pakai sabun mandi. Ni sabun mandi dah habis, ada aku tak cuci muka esok ni kot. Aishh!!!

Tapi rasanya aku dah kena mula pakai pelembap la.. Muka aku dah start kering. Bila pakai bedak, mula la jelas segala kulit yang mengelupas. Sangat tak comel! Sebab tu aku tak pakai bedak (alasan!). Apa pelembap yang paling tak berminyak? Cadangkan kat aku.

Last sekali, aku nak share kat korang step-step biasa orang mekap:
1- Pakai toner (tutup liang roma)
2- Pakai moisturizer (lembapkan kulit)
3- Pakai concealer (nak tutup cela)
4- Pakai foundation ( bedak asas. dah pakai ni, muka nampak berseri)
5- Pakai bedak (serap minyak.. nampak seperti kemasan matte)
6- Pakai eye liner (aku nak try gak. Macam best)
7- Pakai maskara (seriusly akan bagi efek pada saiz mata)
8- Pakai blusher (bagi pipi nampak segar)
9- Pakai lip balm, lipstik dan lip gloss
Percaya tak, kalau aku kata, ni baru sebahagian je? Serius aku terkejut bila tengok koleksi mekap budak zaman sekranag. Seriu buat aku rasa segan dengan mereka. Gambar ehsan blog INI <--(klik )

Ada kawan aku kata, yang lain dia tak kisah tapi dia wajib pakai maskara. Ada kawan aku wajib blusher. Ada kawan lain wajib lipstik. Aku? err.. err.. Kalau pakai lipstik tu aku bajet cun gile dah.. haha

Last sekali, aku nak share gambar aku yang telah diedit (guna photoshop) oleh kawan aku. Tah la. Mungkin dia rasa muka aku plain sangat, dia tambahkan warna kat gambar aku.. haha..
Mula-mula dia buat lipstik warna pink. Aku minta warna pic. Tengok-tengok pink lagi sesuai..  Tapi gambar ni, lipstik pic je... Aku memang tak pandai match warna.. Patut la tiap kali mekap rasa pelik je

Jumaat, 23 Disember 2011

Aku, blog dan iklan.. dan korang... =)

Aku pergi melawat blog orang tadi. Dia ada la cerita pasal pengiklanan dalam blog. Ye.. aku  pun ada.. Tuu.. Nuffnang kat atas tu ha! (kalau rajin, sila klik terus ye)

Bila aku baca komen orang yang datang, ramai yang kata nuffnang la yg paling sikit bagi tips (upah) kalau kita pasang iklan kat blog. Rata-rata, ramai kata innity yang terbaik.. Income mudah masuk.

Huhu.. sebagai seorang yang tamak, aku pun pernah gak teringin nak pasang Innity kat blog. Tapi nak buat macam mana? Syarat no. 1 dia ialah, 100k pelawat sebulan ataupun 20k pelawat unik sebulan. Blog aku? huhu.. jap aku nak check jap.

Huhu.. Sangat tak mencapai syarat.. aku hanya ada 1k je pelawat unik.. Maka, tak dapat la aku nak pasang Innity.. sedih woo..

Tapi, biar la.. Aku menulis untuk diri aku -lepas tension (wait, aku sangat kurang menulis lately.. adakah ini bermaksud aku tak tension? Tett!!! Salah ye adik-adik!!), dan untuk orang yang nak mendengar (membaca) cerita aku. Yang nak bertegur sapa dengan aku (sebab tu, aku jamin, setiap komen korang pasti dibalas. Kalau aku tak balas, sila gegar pintu umah mak ayah aku ni..)

Aku ingat nak menulis malam ni. Nak cerita pasal househunting yang aku lakukan tapi nanti la.. sakit kepala (wait! aku dah menulis pun.. ngee!!). Takpe.. aku tetap nak cerita pasal aktiviti beli rumah aku.. Sebab aku nk pendapat korang..

Dah la. Sakit kepala. Stop kejap. Bila tak sakit kepala, aku akan tulis lagi.. best-best. Dengan harapan boleh dapat 100k pelawat sebulan (hahahaha.. )

Kepada yang sayang aku, korang boleh add aku kat FB. Taip nama aku, yang ada gambar tembikai tu la aku (fikir betul-betul sebelum add sebab tindakan korang akan mendedahkan hakikat yang korang sayang aku... Hahahaha)

p/s: sapa nama aku? memang nak kena belasah la kalau korang tanya soalan tu...
p/p/s: Ramai gak nama Rumaizah dalam dunia Malaysia ni ek? Tapi aku je gambar tembikai.. hahaha
p/p/p/s: Aku sayang korang yang selalu baca blog aku... mmmuuaaahhhh
Ini bukan aku. Tolonglah percaya

Isnin, 28 November 2011

Aku frust + stress

Jumaat (25/11/11), 7.30pm

Entry ini adalah entry terjadual. Dengan kata lain, ia mungkin tak menggambarkan perasaan aku pada waktu tu tapi sekurang-kurangnya ia menggambarkan perasaan aku sekarang.

Hurmm.. Aku berada dalam keadaan frust. apakah perkataan frust dalam BM? Kejap aku nak Google translate.. Ok..Google translate kata takde perkataan frust. yang ada frustrated. Dalam BM bermaksud kecewa. Ya, aku sedang kecewa sekarang.

Kenapa?

Aku bakal berumur 30 pada tahun depan tapi apa yang aku ada? Aku tak ada rumah lagi. Aku belum sambung belajar lagi. Aku takde pakwe.

Aku dah biasa duduk dalam rumah yang besar jadi, bila aku nak beli rumah, aku terbayang, rumah aku, mestilah sekurang-kurangnya sebesar rumah yang mak ayah aku mampu sediakan untuk kami adik beradik. Tapi, disebabkan aku bekerja di KL, dengan peruntukan perumahan aku, aku tak layak nak beli apartment pun dah. Rumah flat je layaknya. Berlaku jugaklah house hunting hingga ke Seremban tapi siapa nak duduk di sana? Terfikir juga hendak membeli rumah flat dan sewakan sahaja tapi ayah hanya mencebik. Boleh pulak dia cadangkan aku membeli rumah di Ijok sana. Apa hal? Stress aku!

Aku memang nak sambung belajar tapi aku sedar aku tak boleh buat dua benda dalam satu masa. Sebab tu aku nak ambil cuti untuk sambung belajar. Sanggup la aku tunggu sehingga ada orang ganti aku mengajar dan kononnya MPV nak mansuh. Tiba, dengar cerita, KPM letak peraturan ketat nak mampus terhadap orang yang nak sambung belajar sepenuh masa. so, korang agak-agak, aku akan sambung belajar tak sudahnya?

Serius, sebelum ni aku tak berapa kisah takde pakwe. Selama ni aku ada ramai kawan yang boleh melayan aku sms. Tapi semenjak 'dia' berkahwin dan 'dia' (yang seorang lagi) sudah tiada masa untuk aku, aku makin sunyi. Sape nak jadi kawan sms aku?

Jumaat, 11 November 2011

2011 tahun lemau

1 minggu lagi sebelum sesi persekolahan tahun 2011 berakhir. Bermakna tinggal 1 minggu untuk semua cikgu menyerahkan segala tugasan mereka selama 1 tahun. Termasu aku. Ada aku kisah? Semua kerja aku masih beum siap (ok, ada la 1 dah siap tapi kalau kata semua tk siap nampak lagi brutal).

Macam biasa, nampaknya aku akan berkampunglah di sekolah masa cuti ni. Ya... cuti sekolah = murid bercuti. Cuti sekolah tak bermaksud sekolah tutup dan memang sangat tak bermaksud yang cikgu bercuti. Kalau cikgu tu bercuti, ada 2 sebab je.
1- Dia tak jaga peperiksaan SPM atau STPM
2- Dia memang tip top ah! Segala kerja dia berjaya setelkan.

Tak perlulah aku bagitau yang aku tak termasuk dalam golongan tip top tu kan? Ke korang nampak aku tip top? Aku maybe pandai... tapi bukan tip top. Kalau korang tengok meja aku, korang mesti akan kata budak ni fail (gagal) dalam bab management (pengurusan). Muahahaha...

Mujur, ada la sorang kawan aku yang memberitahu aku memang ada tahun-tahun tertentu kita memang akan berasa lemau yang amat. Semua kerja buat takde mood. Aku rasa tahun 2011 adalah tahun lemau aku la kot.. Kerja panitia aku bukan main banyak lagi aku hutang. Kerja sebagai guru kelas pun, aku akan berhutang sampai minggu depan. Mujur aku bukan JK 3K tahun ni. Kalau tak, menangis la Kak Halfah.. Huhuhu...

Masalah lemau ni bukan melanda di tempat kerja je. Kalau korang selalu baca blog aku, korang akan mendapati aku juga sangat lemau di blog. Dah takde dah cerpen-cerpen cinta lara tahun ni.. Ada.... tapi baru 3 ayat. Ada idea tapi tak tahu nak susun ayat. ada at least 3 entry aku yang ditanda sebagai draft. 

Mujur, dalam kemalasan aku, ada juga orang yang sudi datang baca blog ni dan komplen entry aku makin lemau.. Tanx Wan. Semua teguran amat bermakna. Kedatangan orang ramai juga bermakna income nuffnang aku tetap bergerak. Terima kasih..

Dan, walaupun aku lemau yang amat tahun ni, Allah dah bagi peluang pada aku untuk menikmati banyak nikmat dunia. Aku dah pergi KK. Fadhlina banyak kali belanja aku makan. Sheila pun belanja aku...

Uh uh... Bos dah ajak pergi surau.. sambung lain kali...

Terima kasih semua...

Sabtu, 27 Ogos 2011

Maaf zahir dan batin

Maafkan aku kalau entry kali ni sangat geli geleman tapi aku nak tanya jugak.
"Siapa rindu aku?? Angkat tangan tinggi-tinggi cepat!!"

Jelas, aku sedang berada dalam kerunduman idea. Aku tak tahu apa nak tulis dalam blog. Tak nak salahkan kerja sebab sepanjang bulan puasa ni aku tak sesibuk mana. Tak nak salahkan adik-adik yang balik dan berebut untuk online sebab waktu kami online berbeza (tapi dalam hati, ada gak la salahkan. kena beratur ok). Semuanya memang atas kelemahan aku sendiri.. huhu..

Tapi takpe la. Malam ni mungkin malam terakhir aku online sebelum Syawal menjelang. Jadi aku nak ambil kesempatan ini untuk minta maaf banyak-banyak dekat semua yang membaca blog ni. Minta maaf kalau aku terlebih cakap sampai korang terasa. Kurang bagi maklumat sampai korang rasa entry tergantung. Maaf kalau apa yang aku cakap buat korang tersinggung. Seriously, aku dah cuba tapis bahasa aku sebaik mungkin. Aku yang sebenar adalah lebih.. err.. baran? Kurang asam?

Pendek kata, maafkan aku atas segala keterlanjuran yang aku telah lakukan. Blog ini sebenarnya adalah tempat aku meluah rasa. kalau korang tak kenal aku di dunia nyata, kemungkinan besar cerita tu takde kaitan dengan korang. Jadi tak perlu la terasa. Mungkin prinsip kita tak sama. Itu sahaja... Sekali lagi, minta maaf banyak-banyak..
Seperti biasa, gambar adalah dicuri. Yup.. aku sedar kat situ tulis 1430H.. Tak kisah la tahun bila, motif gambar tetap sama.. Maafkan aku.. m( _ _ )m

p/s: Aku sedang berusaha untuk tulis cerita.. ala.. cersapen (cerita sangat pendek) je.. tapi aku perlukan masa untuk mengeluarkan idea.. tolong doakan idea tu keluar dgn lancar ye

Ahad, 14 Ogos 2011

Nak update pendek tapi terpanjang

Aku cuba buat update pendek-pendek je.. Ucapkan Good Luck pada aku

1- MATTA Fair sedang berlangsung di PWTC.. Aku berharap sangat ada geng untuk berjalan hujung tahun ni. Tolong la ada geng!! Tolong la ada.. Aku teringin nak berjalan masa cuti panjang.

2- Aku sedang khusyuk membaca blog-blog orang. blog Miss Morbids, bro, dont  like that la bro, utar boy comic, Bolehland, Eggyolk, Pajama forest dan Kontrol Histeria . Blog Miss Morbids, dont like that bro dan utar boy memang buat aku ketagih. Aku baca dari awal entry hingga latest entry dia. Bolehland, Pajama forest dan Eggyolk tengah on the way. Best la blog-blog ni. cuma kadang kala aku boring bila entry tu balik-balik adalah entry untuk promot barang untuk masuk pertandingan (ok, aku jeles sebenarnya sebab aku tak pernah jon pertandingan). Blog Kontrol Histeria pulak.. hurmm.. hurmm... Aku baca sebab aku suka idea dorang.. Cuma kadangkala.. terlalu urgh.. sadis? Entalah tapi aku masih baca. biasanya aku baca cerita yang ringan je la.. Yang ngeri-ngeri aku tak sanggup.

3- Hari ini birthday dia. Hari ini dia akan ke Korea. Aku?

Ahad, 7 Ogos 2011

Selera makan tetap membara di bulan Ramadhan

Sedar tak sedar, dah seminggu dah kita puasa. Aku tengok anak bulan pun dah mula remaja. Dah separuh dah. Macam cepat sangat masa berlalu. Fasa pertama Ramadhan dah nak berakhir dah.

Kononnya, aku bercita-cita untuk melatih diri aku untuk jangan makan banyak-banyak masa bulan puasa ni. Masa sebelum puasa dulu, dah pasang niat, konon masa sahur dan berbuka nak makan kurma sahaja. Sila baca sekali lagi NAK MAKAN KURMA sahaja.

Hakikatnya, dah dua hari aku makan nasi 2 round masa berbuka. Habislah.. Baju-baju semua memang dah makin mengecut (sila baca dan fahamkan betul-betul).. Ada peluang la raya ni aku pakai baju saiz L pula. Ternyata aku belum cukup bijak mengawal nafsu makan aku ni..
Harap-harap, aku lebih bijak dalam 3 minggu akan datang ni. Sangat tak best untuk beralih saiz. Baju semua elok lagi.. Sayang nak buang.

Kalau korang ada idea macam mana nak kekang selera makan aku yang hebat ni, sila beritahu aku ya?

Khamis, 23 Jun 2011

Wayang cerita korea

Sekarang aku macam dah tetapkan kuota 1 filem korea sehari untuk diri aku. Macam-macam cerita Korea yang aku dah tengok. Biasanya aku akan pilih genre yang ringan. Dan disebabkan aku seorang yang hopeless romantic, maka aku biasanya akan menonton cerita genre komedi romantik.

1 lagi prasyarat untuk aku menonton ialah, hero dan heroin haruslah orang yang cantik.. ok, aku tipu. Aku tak kisah heroin tapi aku sangat kisah hero. Hero mesti hensem!

Sambil-sambil aku browse filem dan pelakon di mysoju.com, aku ternampak la pulak OST My Girl. Aku pun apa lagi, mula la cari karaoke OST My girl. Sambil aku berkaraoke, aku pun menatap la wajah Seol Gong Chan aku lagi.. Waaa... Dia sangat hensem!!!! Waaa!!!! Seol Gong Chan hsi...

Itulah punca kenapa saya jarang update status.. sila maafkan saya yeh??? yeh?? yeh la...

Ahad, 15 Mei 2011

jangan baca kalau tak suka entry jiwang dan leleh

Pagi tadi aku ambil keputusan untuk beritahu dia yang aku suka dia. Aku cuba untuk buatkan perkara itu nampak ringan walaupun ia merupakan 1 beban untuk aku. Beban kerana suka pada orang yang tak boleh aku suka. Orang yang tak patut aku suka.

Aku juga minta agar dia block aku dari FB dia sebab kalau aku masih dalam lingkungan kawan dia, aku mesti selalu 'mengintai' perkembangan terkininya..

Balasan daripadanya ialah " Terima kasih untuk perasaan itu" tapi dia masih belum block aku dari FB dia.

macam mana agaknya aku nak beritahu dia yang aku tahu aku ni tiada makna pada dia, yang kehadiran/ ketidakhadiran aku dalam hidup dia tak beri kesan pada dia, yang aku hanya sekadar hobi bagi dia TAPI aku tak rasa macam tu?

Adalah sangat penting bagi aku agar dia block aku. Kenapa bukan aku yang block? Haha.. aku dah cuba tapi tak berjaya. Aku akan add dia semula bila rindu aku bertamu semula. Kalau dia yang buat, aku yakin keadaan tu akan kekal selamanya.

Sekali lagi, hati aku tersalah parking. Aku tahu, Allah hanya akan menguji hambanya dengan ujian yang mampu hambanya terima. Cuma, aku terasa penat. Aku mesti lebih berhati-hati lepas ni. jangan ulang kesilapan yang sama.

Sekali lagi, hati aku terluka dan kosong kembali.. Tapi aku yakin, semuanya akan pulih paling lama pun 6 bulan lagi.

Sambil-sambil tu, untuk mempercepatkan lagi proses pemulihan, apa kata korang kenalkan aku dengan kawan-kawan korang yang hensem, putih, kurus, baik, kaya, dan single? Itulah ubat yang paling mujarab untuk aku.. Hehehe...

Kenalkan tau!

Selasa, 5 April 2011

Hurmm..

Esok..
1- Pertandingan Usahawan Muda
* Kena buat susun atur meja
* Sediakan borang pemarkahan

2- Pertandingan Inovasi Produk
* Kena buat susun atur meja
* Sediakan borang pemarkahan
* Sediakan hadiah untuk pemenang

3- Latihan Rumah Sukan
* Agihkan Tugas Guru
* Rancang Latihan

4- Latihan Bola Jaring
* Stayback?

Argghhh!!! Kenapa baru bulan April?? Hurmm... =(