Maafkan aku kalau entry kali ni sangat geli geleman tapi aku nak tanya jugak.
"Siapa rindu aku?? Angkat tangan tinggi-tinggi cepat!!"
Jelas, aku sedang berada dalam kerunduman idea. Aku tak tahu apa nak tulis dalam blog. Tak nak salahkan kerja sebab sepanjang bulan puasa ni aku tak sesibuk mana. Tak nak salahkan adik-adik yang balik dan berebut untuk online sebab waktu kami online berbeza (tapi dalam hati, ada gak la salahkan. kena beratur ok). Semuanya memang atas kelemahan aku sendiri.. huhu..
Tapi takpe la. Malam ni mungkin malam terakhir aku online sebelum Syawal menjelang. Jadi aku nak ambil kesempatan ini untuk minta maaf banyak-banyak dekat semua yang membaca blog ni. Minta maaf kalau aku terlebih cakap sampai korang terasa. Kurang bagi maklumat sampai korang rasa entry tergantung. Maaf kalau apa yang aku cakap buat korang tersinggung. Seriously, aku dah cuba tapis bahasa aku sebaik mungkin. Aku yang sebenar adalah lebih.. err.. baran? Kurang asam?
Pendek kata, maafkan aku atas segala keterlanjuran yang aku telah lakukan. Blog ini sebenarnya adalah tempat aku meluah rasa. kalau korang tak kenal aku di dunia nyata, kemungkinan besar cerita tu takde kaitan dengan korang. Jadi tak perlu la terasa. Mungkin prinsip kita tak sama. Itu sahaja... Sekali lagi, minta maaf banyak-banyak..
Seperti biasa, gambar adalah dicuri. Yup.. aku sedar kat situ tulis 1430H.. Tak kisah la tahun bila, motif gambar tetap sama.. Maafkan aku.. m( _ _ )m |
p/s: Aku sedang berusaha untuk tulis cerita.. ala.. cersapen (cerita sangat pendek) je.. tapi aku perlukan masa untuk mengeluarkan idea.. tolong doakan idea tu keluar dgn lancar ye
Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf Zahir & Batin :D
BalasPadamsama juga di sini.. selamat hari raya eidulfitri
BalasPadam