Heboh kawan-kawan sekolah aku nak minta suami masing-masing belikan I-pad2. OK aku tipu. 2 orang je. Sorang memang dah pakai samsung tab. Kebanyakan memang dah beli smartphone (chup, smartphone tu apa ek? Blackberry kira smartphone tak?). Hanya aku dan beberapa orang lagi yang masih layan henfon biasa-biasa ni.
Memang cantik tapi mau habis sebulan gaji aku.. huhu |
Seorang kawan aku (lelaki) dah selamat dah beli samsung tab (maafkan aku kalau aku asyik salah term dan nama sebab aku bukanlah seorang gadget savvy). Huh! Dia memanglah seorang lelaki yang gila gadget. keluarkanlah apa sahaja gadget yang menarik, tak lama lepas tu dia mesti beli (tak setia langsung pada gadget sedia ada kan?)
See?? Boleh tambah keybard what?? Tapi tambah duit la.. |
Alkisah, seorang kawan aku yang kepingin sangat nak pakai I-pad2 tu minta pandangan aku dan Anis. So, dengan jujurnya aku dan Anis pun memeberi la pendapat..
Soalan kitorang pada kawan kitorang ialah:
1- Adakah akak seorang yang gila internet? nak update status walau di mana berada?
2- Apa sebabnya akak nak beli I-pad? Apa kelebihan I-pad yang komputer lain takde?
Jawapan yang kami terima ialah, " Akak takde la asyik nak main internet. Cuma akak malas dah nak bawa laptop pergi kerja. Berat."
"Then, kenapa akak tak beli je netbook? Rasanya netbook lebih murah dan dia ada keyboard. Kalau I-Pad tu, dia touch screen. Nak keyboard boleh tapi kena tambah duit."jawab aku
"tapi, honestly, i sendiri tak suka pakai netbook. Tak feel ok nak buat kerja. Tak nampak, kecil sangat.. Baik pakai laptop besar. Puas hati nak buat kerja." Anis pula memberi pendapat.
"Haa.. why not, akak beli je laptop yang besar tapi ringan? Ada la beberapa laptop yang besar dan nipis.." aku meracun dia untuk beli laptop yang lebih mahal. Haha.. suami dia mampu.. tak salah kalau dia nak beli. Lain la aku dan Anis yang lebih baik simpan duit banyak-banyak kalau nak pergi jalan-jalan.
At last, kawan kami membatalkan hasrat nak beli I-Pad2.. Terima kasih kepada aku dan Anis.. Hahaha...
Please don't get me wrong. 1st of all, aku bukan la seorang yang anti-apple atau anti-gadget. Cuma, disebabkan kemajuan teknologi hari ini, aku yakin yang gadget-gadget ni akan terus berevolusi dan menjadi lebih hebat dari ke hari.
Tapi, kita sebagai pengguna patut tahu adakah kita benar-benar memerlukan sesuatu barang itu. Kalau kita tak perlu I-Pad, buat apa beli? Kalau yang kita perlukan adalah sebuah komputer, belilah komouter. Jangan beli produk lain yang kemungkinan besar kita tak perlu pun.
Untuk orang lain yang sentiasa kena update dengan dunia luar dan selalu kena buat presentation, I-Pad, Samsung Tab mungkin terbaik untuk mereka tapi cikgu??? Perlukah? Sedangkan cikgu lebih banyak menggunakan komputer untuk tujuan menaip (soalan, surat, masukkan data, dll)
Jujur, aku sendiri terliur dengan gadget-gadget yang menarik ini. Tapi setiap kali aku membuat penialaian adakah ini keperluan atau kehendak, aku dapati ia lebih kepada kehendak. Nafsu semata-mata!! Chewah!! Sedangkan aku mungkin lebih memerlukan duit tu di masa hadapan (nak jalan-jalan, beli rumah, jalan-jalan, beli kereta, jalan-jalan, nak kaya, jalan-jalan..)
Sekarang aku tengah berangan nak beli laptop yang lebih kecil (ringan sebenarnya) tapi setiap kali aku terfikir yang aku sudah ada Adik Toshi yang tak beri aku masalah ni, keinginan tu terbantut sekejap. 1 je masalah adik toshi ni.. berat gila.. Adeh!!!
Kesimpulannya, nak beli apa-apa sahaja sekalipun, sila tengok keperluan. Kalau tak perlu, tangguhkan la dahulu. Dapat-dapat mereka yang gajinya sederhana sahaja seperti aku. Lebih baik simpan duit tu untuk pergi haji dan buat beli rumah ok..
Kalau ko banyak duit, lantak la ko nak buat apa sekali pun.. Duit memang untuk dibelanja.. Bukan bawa masuk kubur... Oh, jangan lupa menderma dan berzakat pula ya.. Dan yang paling penting, jangan sebab nak duit banyak, ko tak kisah apa cara ko dapat duit tu..
Ada duit semua impian akan jadi kenyataan.
BalasPadamKadang-kadang apabila sesorang itu bertanyakan pendapat sebenarnya dia cuma mahu menyedapkan hati kawan-kawan sedangkan pilihan sudah pun dibuat...
yup.. betul tu. ada duit, nak buat apa pun boleh.. hehe
BalasPadamxpe.. at least kami dah bg pendapat. kalau dia beli juga, kami tumpang pakai la.. hehehehe
smartphone tu amende sebenarnye???? bole buat ckp telefon ke tak??
BalasPadameh.. org2 skrg ni suke beli bnda mcm tu ye... awak tak rase mcm lebih kurang nk bertanding ke?? org tu ade aku nak ade jugak..
kalau sy ade duit lebih, baik sy simpan buat beli rumah... takpun buat pegi mekah ke, melancong ke, melencong ke.. huhu
*kalau org tengok fon sy, mesti deorg kate 'minah ni sgt outdated" kottttt ;p
haha.. kadang2 bukan nak bertanding.. tak nak tertinggal.. tapi tu la.. kena tau takat kita.. lain orang lain la dia punya passion..
BalasPadamfon saya pun buruk tapi sayang lagi.. hehe
SAYA PUN NK IPAD!NGEE
BalasPadamTERIMA KASIH UTK INFO KAD RAYENYE..HARAP CIKGU MAI GUMBIRE ITA DAA.;)
hehe.. kalau orang bagi free, saya pun nak ipad tu.
BalasPadamtq.. hepi sangat2.. =)