Apakah rasa makanan yang paling sedap? Manis? Kalau macam tu, gula la makanan paling sedap di dunia. Bukan manis? Habis tu? Pedas? Kalau macam tu, cili la makanan paling sedap dalam dunia. Bukan juga? Habis tu? Masam? Senanglah.. makan sahaja cuka setiap hari.
Apa pula rasa yang paling tak sedap? Pahit? Habis tu, kenapa ramai orang berhabis duit untuk minum kopi di Starbucks?
Hakikatnya, makanan yang sedap tak terdiri dari satu rasa sahaja. Beberapa rasa dan rencah dimasak bersama barulah menghasilkan masakan/makanan yang sedap. Misalnya tomyam (oh, tiba-tiba teringin nak makan tomyam pulak dah). Pada tomyam ada rasa masam, manis, masin dan pedas. Sama juga dengan kopi. Rasa pahit ditambah rasa lemak dan manis... Ummm...
Perghh.. |
Yup, memang rasa pahit kopi lain. Tak sama dengan pahit panadol. Tapi masih lagi pahit kan?
Dan, walaupun aku sangat suka tomyam, aku rasa, aku tak mampu nak menelan tomyam setiap hari dalam setahun. Kadangkala aku perlukan variasi dalam hidup.
Begitu juga dengan hidup. Memang secara teorinya, kita nak hidup kita manis sahaja. tak nak lah pahit-pahit ni. Tak nak lah nangis-nangis, syahdu-syahdu ni. Kalau boleh, tiap hari nak hidup dengan tersenyum dan gelak ketawa.
Hakikatnya, hidup ni sama juga macam masakan. Perlukan adunan secukup rasa. Takkan manis sentiasa. Mesti ada masam, masin, pedas dan pahit (hoh, tadi kata suka kopi la, koko la.. tapi pahit tak suka). Dan jika kita dah biasa dengan adunan itu, sekali-sekala, Tuhan akan bagi kita adunan yang baru (asyik tomyam je, sekali-sekala pekena paprik pun sedap juga kan?)
Aku suka paprik yang berkuah. Boleh letak kat nasi |
Kenapa? Supaya hidup kita lebih berperisa. Supaya kita dapat belajar dari apa yang kita lalui. Supaya kita tidak rigid (kaku/kelu/terkedu) bila berhadapan dengan sesuatu perkara.
Ye, kadangkala kita tak sukakan perisa yang kita tak biasa. Tapi, kalau kita belajar untuk menerima dan menyesuaikan diri dengan perisa baru tu, mungkin satu hari nanti kita dapat menerimanya.
Dan yang paling penting, Kita akan paling menghargai sesuatu makanan tu semasa kita lapar (tak percaya, cuba la bagi makanan kat orang yang kebuluran/ dah beberapa hari tak makan).
Kalau diterjemahkan dalam kehidupan, kita akan menghargai apa yang kita miliki pada waktu kita sangat memerlukannya. Jadi, bersabarlah kalau nikmat tu belum tiba lagi. Pada saat kita memerlukannya, Tuhan pasti akan beri dan masa tu, alangkah nikmatnya hidup ni.
Oh, kalau kita tengok ada orang susah hendak menerima apa yang berlaku dalam hidup dia, jangalah maki dia. Sebaliknya pimpin dia untuk menerima apa yang berlaku. Ajar dia makan tomyam tu. Mana tau, lain kali, dia pula yang akan ajar kita makan laksam?
Oh, kalau kita tengok ada orang susah hendak menerima apa yang berlaku dalam hidup dia, jangalah maki dia. Sebaliknya pimpin dia untuk menerima apa yang berlaku. Ajar dia makan tomyam tu. Mana tau, lain kali, dia pula yang akan ajar kita makan laksam?
saya suka ayam kicap. mase sy degree dulu, hari2 ambik kuah kicap. sayur je tukar2. mesti org kate sy ni org yg membosankan;p hihi
BalasPadamhehe.. sama macam adik saya.. asyik nak makan sup je...tapi kalau ada bajet lebih atau orang yang belanja, dia akan pilih makanan lain.. hehe
BalasPadamKadang-kadang ada juga yang selesa dengan makan makanan yang sama setiap hari.. tanpa jemu.
BalasPadamMungkin sudah selesa dengan rasa yang dia tahu "confirm" sedap atau sengaja tidak mahu ambil risiko kehilangan rasa yang biasa.
Apa pun makanan yang sedap tentunya makanan yang kurang MSG :) hehe..
hidup ni mcm boomerang iya..klu nk manis ..berilah sstu yg manis dri diri kite kepd urg lain...opss !!
BalasPadamps:-pahit perlu, manis pun perlu...seimbang..;)
Anif: tak dinafikan ada orang macam tu. tapi dia rugi la sebab tak rasa banyak lagi benda yang sedap. hehe
BalasPadamkay-f: buat baik dibalas baik kan? =)
BalasPadamTIADA YANG SEDAP MELAINKAN YANG SEDAP-SEDAP BELAKA... OH TOMYAM~~
BalasPadam**kecur liur tengok gambar tomyam yg sangat kaw di atas. nampak sungguh yuMMy!!
ye.. tomyam kat kg baru sedap x?
BalasPadam