Aku mula terasa yang bulan mengambang memang memberi kesan pada aku. Sekarang aku rasa... hurmm... kosong! Aku rasa, tiap bulan, aku mesti mengalami perasaan yang aku tengah rasa sekarang. Cuma aku tak pasti bila. Jadi aku anggap-anggap je la biasanya rasa ni hadir masa bulan mengambang.. Aci tak? Hahaha...
Awww!!!! |
Aku tak nak fikir pasal diet lagi dah. Biar la. Dah merajuk dengan penimbang. Nyampah!
Benci! |
Tadi hari pertama aku mengajar kelas peralihan. Aku buat ejaan je tadi. Rabu ni baru aku suruh mereka bawa buku aku. Aku bercadang nak ajar mereka macam ajar budak darjah 1. Takpe ke? Biarlah.. Biar ajar macam budak-budak asalkan mereka pandai nanti.. ye tak?
Masa solat maghrib tadi, aku terdengar bai roti punya motor.. Hurmm... Kesian dia.. Dalam orang semua tengah berbuka, dia pula terpaksa jual roti untuk menyara hidup dia. dah la untung tak seberapa.. Aku harap, murahlah rezeki bai roti tu dan semua peniaga sekalian.. dan juga semua umat Islam.. Betapa mudahnya hidup aku berbanding mereka. Hurmm...
Rindu masa dulu-dulu.. selalu beli dengan bai roti la.. |
Sekarang ni, aku suka bebenor update blog macam ni je kan? Tah la.. Takde cerita yang nak aku kupas panjang lebar. Takpe la.. Bukan ada orang baca pun. Sekadar nak luah perasaan.
p/s: Siapa ada buku latihan darjah 2 yang dah tak pakai? Bagi aku boleh? Aku nak guna untuk ajar budak-budak peralihan ni..
cikgu mai ok tak ni?
BalasPadamhrp2 oklah iya....daa
ajar peralihan ok ke mai? hehe..
BalasPadamkf: ok ja.. hehe
BalasPadamkak nia: hari pertama ok.. xtau la lepas ni macam mana.. saya cikgu yang garang kat sekolah.. budak tak berani sangat kot.. kot la..
rindu nk beli roti dgn moto ting ting ting tu jugakkkk!!!
BalasPadamhaha.. kat sini ada 1 bai rroti jual pukul 11 lebih.. hehe
BalasPadam