KLIK LAJU-LAJU!

MARI BLOGWALKING DENGAN APESAL.COM

Yang Baik Hati =)

Cari cerita lama

Aku terkini

sebelum komen, baca dulu komen orang lain boleh? Bosan la nak balas komen yang sama.. sebab jawapan aku mesti sama punya. tak pasal2 aku jadi astro karang ulang tayang beberapa kali

* jangan orang astro sentap pulak dengan aku, suda

Selasa, 9 Ogos 2011

TERIMA KASIH SEBAB BAGI BONUS..

Alhamdulillah.. sangat gembira bila tau yang kaki tangan kerajaan dapat bonus 1 bulan gaji. Seperti biasa, kerajaan ambil pendekatan beri separuh bonus masa nak menyambut aidilfitri dan separuh lagi masa hujung tahun nanti (Betul ke? Confident je aku. Harap-harap ye la)

Cuma, aku rasa aku lebih suka bila kerajaan bagi bantuan sama banyak pada semua penjawat awam. Macam tahun lepas kerajaan bagi semua penjawat awam RM1000. Aku lebih suka macam tu. Cuma amaun RM1000 tu terlalu sedikit. Aku cadangkan, bagi RM3000 pada semua penjawat awam..

Lalu korang pun akan berkata, "sangat tidak bersyukur perempuan ini"...
Oh yeah!! Oh yeah!!!

Hahaha... Seriously, manusia memang takkan puas dengan apa yang dia dapat. Tapi cadangan yang aku bagi ni bersebab. Sebab-sebabnya ialah:
1- Kebanyakan kaki tangan kerajaan yang bergred dan bergaji rendah terdiri daripada mereka yang baru berkeluarga. Anak semua kecil-kecil dan ada dalam 3-4 orang. Diharapkan dengan sumbangan/bonus sebanyak tu, dapat juga mereka menyimpan sedikit.. Serius, boleh tak korang bayangkan macam mana mereka hidup di KL dengan gaji bawah RM1000?? Sewa je dah RM500 minimum.. Belum lagi makanan, lampin anak, kenderaan
2- Kebanyakan orang yang bergred dan bergaji tinggi adalah mereka yang sudah tua. Denagn kata lain, anak semua dah besar panjang. Siap dah kerja jadi doktor lagi... Jadi, tak perlu la bagi mereka bonus sampai 1 bulan. RM3000 tu untuk seorang pun dah cukup. Percayalah, mereka tak perlu risau lampin cucu diorang
3- Secara logiknya, kerajaan akan sangat berjimat kalau semua kaki tangan kerajaan dapat bonus RM3000 seorang. kalau tak percaya, cuba kira sekarang. (ok, aku mula menyesal minta RM3000 je. Nak RM4000 boleh tak? Kerajaan tetap dapat jimat banyak dari bagi bonus ikut gaji. hehehe- See?? Manusia tak pernah puas dengan apa dia dapat)

Tu je buat masa ni. Sila ingat, aku sangat bersyukur denagn apa yang aku ada walaupun jujur, aku memang tak pernah puas. Ada je benda baru yang aku nak. Tapi serius, aku bersyukur sebab Allah memang mudahkan perjalanan aku. Cuma, aku selalu terfikirkan nasib mereka yang bergaji kecil ni. Aku kagum bagaimana mereka boleh hidup di bandar bernama KL ni..

6 ulasan:

  1. niat ko mmg suci murni. aku setuju dgn pendapat ko pasal kos sara hidup yg tinggi so bonus kena bagi lebih. cuma aku kurang setuju bila nak pukul sama rata semua dpt 3k. sbbnya tugas dan tanggungjawab tidak sama bagi setiap penjawat awam terutama bagi golongan gred 41 dan ke atas. kerja teruk2 pikir polisi dan dasar, pikir masalah rakyat, kemudian dpt bonus sama dgn PAR. da la skrg ni level exec xde claim berbanding staff sokongan. boleh dikatakan level sokongan kadangkala claim bulanan lebih tinggi dari gaji exec. exec jugakla terkebil2 gaji x cukup tp keje terus.

    ni cuma pendapat aku je berdasarkan pengalaman hidup aku ;-)

    BalasPadam
  2. sebab kerja tak sama la gaji mereka tak sama.. Dan kita dapat gaji 12x setahun. Bonus ni sekali setahun (ok la.. 2x tapi dapat setengah setengah)

    tapi ni kalau ko tengok dalam pay slip gaji kami dia akan tulis sebagai Bantuan Kewangan Kerajaan (BKK). Pada aku, tak salah sekali sekala kita bagi semua sama. Lagipun, kalau takde orang bawah, orang atas patah kaki juga.

    Kalau bagi 3K, orang bergaji macam kita tak rugi apa sangat pun tapi kita dah bagi banyak kegembiraan pada orang yang selama ni tak berapa mampu..

    BalasPadam
  3. oh.. lupa.. by the way, bukan semua PAR dapat nak claim2.. Macam PAR aku, aku rasa payah dia nak claim apa2..

    BalasPadam

Semua orang boleh komen. Dan aku laparkan komen dari korang.
Tapi letak la nama.. Tak suka nak panggil korang Tanpa Nama