Aku ada 1 pengakuan. Aku seorang yang sangat selekeh. satu-satunya rejim keacntikan kulit yang aku amalkan ialah cuci muka. Tapi, jujur aku katakan, aku sangat suka tengok perempuan make up. Aku sangat suka tengok perubahan yang berlaku pada wajah orang yang make up tu.
Jadi, sekarang ni, aku tengah khusyuk tengok youtube. terjumpa la pulak cara-cara nak buat mask dan tonaer ni.. Benda ni aku pau dari bubzbeauty di youtube.. hehe.. Kalau orang biasa minat Michelle Phan, aku plak minat bubz ni.. kiut gile!!!
Mask:
Bahan-bahan:
1 sudu teh cuka epal (apple cider)
2 sudu teh air teh hijau
7 sudu teh gula
1 sudu teh madu
botol kaca untuk penyimpanan
Langkah-langkah pemprosesan:
1- Campurkan semua bahan. Gaul hingga sebati.
2- Masukkan dalam botol kaca dan simpan dalam peti sejuk semalaman
Kaedah guna:
1- Ratakan mask ke seluruh bahagian muka kecuali mata dan mulut.
2- Urut muka dalam pergerakan membulat 2-5 minit. Jangan lebih 5 minit.
3- Biarkan mask pada muka selama 10 minit
Toner dari gambaran penulis |
Toner
Bahan-bahan
1- 1/3 cawan cuka epal (apple cider)
2- 2/3 cawan air teh hijau
Langkah penghasilan:
1- campur kedua-dua bahan dalam botol
2- goncangkan botol dan simpan semalaman
Cara guna:
1- Sapu ke seluruh muka dan tepuk2 biar meresap dalam kulit
2- Pakai waktu malam sahaja. Bau cuka masam. Tak menarik untuk dibawa ke pejabat =p
p/s: dia kata, pakai 2 kali seminggu, dalam 2 minggu akan nampak perbezaan
p/p/s: Apple cider juga elok untuk orang yang nak kurus
p/p/ps: Jangan tanya aku la aku buat ke tak. Aku cuci muka tiap hari pun dah cukup bagus! Haha..
Ingatkan resepi buah kuih Raya. Rupanya ramuan buat masker mahu muka dihinggap semut :-)
BalasPadamBagus buat masker dari bahan-bahan organik tidak ada campuran kimia yang memberi kesan kepada kulit
yup.. biar muka dinaiki semut.. semut tu la yang tanggalkan sel kulit mati.. hehe
BalasPadamboleh je nak bagi resepi kuih.. tapi tak rajin buat.. hehe
btol2,,,
Padam