KLIK LAJU-LAJU!

MARI BLOGWALKING DENGAN APESAL.COM

Yang Baik Hati =)

Cari cerita lama

Aku terkini

sebelum komen, baca dulu komen orang lain boleh? Bosan la nak balas komen yang sama.. sebab jawapan aku mesti sama punya. tak pasal2 aku jadi astro karang ulang tayang beberapa kali

* jangan orang astro sentap pulak dengan aku, suda

Isnin, 8 Ogos 2011

Syaitan kena ikat tapi...

Kalau tak silap aku, dulu ada orang bagitahu aku, masa bulan Ramadhan, syaitan semua kena ikat. Tapi kenapa aku tengok minggu lepas, banyak sangat laporan kat berita kata orang kena bunuh?

Kalau diperhatikan, kebanyakan kes, semuanya serangan/ mayat dijumpai di rumah mangsa. Berita macam ni yang membuatkan semua rumah mengambil dasar pintu tertutup. Tak nak dah biar pintu tak berkunci, apatah lagi terbuka.

Contoh terdekat rumah aku la. Dulu rumah kami pintu terbuka je. Sengaja nak bagi angin masuk. Sebab tu peminta sedekah suka datang rumah kami. Sampai 1 tahap, peminta sedekah ni pakat bagi salam kat rumah aku je. Tak try pun rumah lain sebab rumah orang lain memang takkan buka pintu. Tapi sekarang ni, mak aku sendiri asyik pastikan yang pintu kami berkunci. Terutama masa ayah ke surau. Takut sangat kalau tiba-tiba ada orang yang tak diingini yang masuk.

Aku adalah orang yang berpegang kalau dah ajal, kaedah macam mana pun, meninggal juga la. Tapi aku lebih tenteram kalau orang tu mati sebab sakit atau kemalangan (ok aku jahat) tapi apa yang aku sampaikan di sini ialah, aku lebih suka kalau kematian tu bukan disebabkan oleh sikap manusia yang kejam.

Ye sacara saintifiknya manusia juga adalah sejenis haiwan tapi boleh tak jangan berperangai macam haiwan? Ada sebabnya kenapa Allah bagi kita akal. Tolong gunakan boleh tak? Ada sebab juga kenapa Allah bagi kita hati dan perasaan.

Dan yang paling utama, haiwan membunuh untuk memstikan kelangsungan hidup dia. Dia membunuh (lebih tepat memburu sebenarnya) untuk mendapatkan makanan. Yang kau manusia, kau dah samun orang tu, dah la. Buat apa nak ambil nyawa?

Dah la. Aku nak pastikan aku dah kunci pintu ke tak Aku harap semua umat Islam selamat dari melakukan kejahatan dan menjadi mangsa kejahatan.. hurmm..

5 ulasan:

  1. manusia skrg dah banyak yang hilang akal

    BalasPadam
  2. hurmm.. tu yang risau tu..

    BalasPadam
  3. haa,..kita tetap kena hati2 kan..amik lgkh berjaga2..

    BalasPadam
  4. MARI MENDIDIK ANAK-ANAK KAT SEKOLAH KITA JANGAN JADI PEMBAWA MASALAH SOSIAL BERAT2. AHAKS!!

    BalasPadam
  5. nia: betul tu. tapi tak best nye hidup dalam ketakutan

    anna: hurmm.. kalau boleh biar tak jadi pembawa masalah langsung

    BalasPadam

Semua orang boleh komen. Dan aku laparkan komen dari korang.
Tapi letak la nama.. Tak suka nak panggil korang Tanpa Nama