Huhu... Seminggu sebelum puasa hari tu, di keheningan pagi aku nak pergi kerja, aku telah dilanggar oleh kereta exora... Huk3...
Mujur owner exora tu tak banyak cerita, dia sanggup je bayar ganti rugi.
Mula-mula aku ingat sikit aje la.. Tapi bila aku perasan yang pintu bonet pun kemik, bumper pun pecah sikit, bumper pun dah jatuh dan main cuddle-cuddle dengan ekzos (maka bising la sebab En. Ken ni memang nervous breakdown sikit. Kuat menggigil), dengan reverse sensor 1 dah tak duduk kat soket dia.. pantang reverse mesti bunyi macam kereta dah nak langgar benda, aku tau ni mesti banyak kena ni. Maklumlah, sebab warna En. Ken ni kan lain dari yang lain.. Warna dia 1 set je dah berapa. Menyesal aku pilih kaler ni. Aish....
Aku pun mensurvey la kat area Ampang ni, kat mana yang murah.. Dulu dah pergi kedai zali. Dia la yang catkan kereta aku. Tapi aku nak survey tempat lain gak. Mana tau ada yang lagi murah..
Bengkel 1
Aku pergi kedai zali. Dia kata, kalau takat ketuk dan cat, dia cas rm500 lebih sebab warna tu mahal (padahal aku tahu cat aku ada lagi baki kat kedai dia.. Haha =p). Dia boleh siap dalam 2 hari.
Bengkel 2
Aku survey pulak harga di kedai di Bandar Baru Ampang. Uncle tu kata perlu rm400 lebih kalau ketuk dan cat. Kalau ganti bumper perlu rm700 lebih.. Pun boleh siap dalam 2 hari.
Bengkel 3
Orang yang langgar aku cakap, dekat Cheras Baru ada bengkel ketuk murah di belakang petronas. Aku try la pergi sana. Tak jumpa la pulak.. Ye la, bukan tempat aku, tak berani la nak jadi kucing lorong (alleycat) nak menyerbey. So, sekali pusing aku tak jumpa, terus aku balik
Bengkel 4
Last sekali, aku g ke bengkel dekat taman tasik. Bengkel yang mengadap pasar malam hari Khamis dan Ahad. Bengkel ni kata untuk ketuk dan cat dia cas rm400 lebih.. Kalau tukar bumper rm500 lebih. Aku jadi "Whatt???? Murahnya!!!" ( tapi cakap dalam hati je la. Mana boleh cakap kuat- kuat. Nanti tak boleh tawar lagi). Tapi orang ni ambil masa 3 hari. Kalau bulan puasa, 5 hari. Aku jadi alamak, kena cepat! Aku survey dah selasa, kalau nak 3 hari, esok (rabu) gak kena hantar. Kalau tak, seminggu la aku takde kereta.
Siap tampal dengan sweet tape lagi ok.. Punya la tak nak lampu tercabut.. Nampak tak bumper cuddle dengan ekzos? |
Hari Jumaat, dengan berdebarnya, aku pergi menjemput En. Ken.. Takut kalau warna tak sama. Berdebar nih.. Berdebar!
Alhamdulillah, En. Ken kembali hensem seperti dulu. Takde lagi kemik2.. Reverse sensor pun ok dah. No more bunyi bising (ekzos dah bercerai dengan bumper). Lampu pun dah masuk balik..
Setelah aku tawar sikit.. Aku hanya perlu bayar rm550.. Pada aku memang murah sangat la. Bumper kenari je dah rm220 paling murah. Cat aku je 1 set dah rm250.. Boleh la kata upah susah payah dia ketuk, cat, beli bumper, buatkan nombor plet, letak klip kat kereta semua dia cas rm80 je.. Mu ah kan? Sangat murah.. Terima kasih encik Mustafa..
Bengkel en. Mustafa ni ialah bengkel 4. Nama bengkel dia M&D. No telefon dia 017-882 5093. Aku memang up sangat bengkel dia ni..
Aku takde la harap kereta korang problem.. Tapi kalau korang perlukan khidmat ketuk dan cat, boleh kontek en mustafa. Bengkel dia boleh buat kerja lain gak, tapi kawan dia la yang buat.
Alhamdulillah, orang yang langgar aku tu jujur orangnya. Dia bayar aku tanpa banyak soal. Malah tak minta diskaun pun. Terima kasih en. Roslan..
Aiseh..
BalasPadamNasib baik jumpa bengkel yang bagus & orang yang langgar pun ok! :)
yup yup.. mujur sangat.... kalau la org tu tipu, mmg sy rugi gitu je la.. saya selalu blur lepas kena langgar. selalu sangat kena langgar lari.. hew hew hew...
PadamAlana die kat mane bengkel nih... bole bg alamat penuh...?
BalasPadamTau x Klinik Maamor di pasar malam ahad di taman tasik? Kat situ ada banyak bengkel. Bengkel en. Mustafa ni ialah bengkel 4. Nama bengkel dia M&D. No telefon dia 017-882 5093.
BalasPadamSy nk tnya klo cat 1body luar n dlm bper yek..kete iswara erobek
BalasPadam1st, tgk warna... Kalau kaler biasa dlm 1800 dpt kot. Kalau kaler pelik2 mcm en. Ken.. Mahal sikit la.. Sy kena 2200 tp papehal kena survey
PadamBengkel M&D Auto
PadamTaman Tasik Tambahan
Ampang....alamat nye...yana
Tq yana bg alamat.. =)
PadamTq yana
PadamUlasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
PadamSama2 kasih....
BalasPadamAssalamualaikum .. Nak Tanya .. biasa kalau ketuk sahaja , berapa erk bayarannye..??
BalasPadamXtau la nak cakap. Tgk kedasatan kemik juga. Awk area mana? Katanya di keramat pun ada kedai yg best (murah + cantik kerjanya)
PadamAbgu mstafa stop utk bln pose sbb bt aktiviti msjid and smgu lps raya jalan blik
BalasPadam. kol tadi
Sy petang td keluar parking tersagat dgn tembok. Habis kemek pintu belakang & tertanggal cat. Berapa anggaran kos agak2 untuk bahagian yg kena tu? And utk 1 kereta cat balik colour lain berapa pulak kos nya? Terima kasih.
BalasPadamXtau la nk ckp... Tp bab cat semula kereta tu, ready la dlm 2.5k max...
PadamDengar cte, kat keramat au3, ada kedai ketuk/cat yg murah dan cantik...
Okey la tuh. Aku pagi ni je dah 2kali xcident nk otw gy tmpt kje.
BalasPadamhuii.. awat dasat sgt sampai 2x kemalangan? rumah dan ofis dekat ke jauh?
PadamDah lebih Rm300 ni..patut abang tu buat repot saja..Saman baru RM300..
BalasPadamsy nk ketuk kereta. sy ddk area cheras , blh suggest bengkel yg terbaik dan murah ?
BalasPadamHurm... Pada saya la... Ce cari tempat iks.. Biasa mesti ada tempat ketuk.. Pape hal, survey
PadamErmm..agak agak berap ekk kluw kereta nissan..dia kemek taak der laa teruk sangat bahagian pintu jer..jauh tak bengkel ni dari area hulu langat. Thnks
BalasPadamAsa syarikat pinjaman pinjaman bersedia untuk meminjamkan mana-mana jumlah yang anda perlukan untuk memulakan perniagaan peribadi anda. kami memberi pinjaman pada kadar faedah 3%, juga jika anda ingin membeli rumah di atas ansuran bulanan kita juga boleh menjual rumah untuk anda. supaya Sila memohon pinjaman pertanian pertanian. jika anda memerlukan hubungan pinjaman e-mel kami: asaloantransfer@gmail.com, anda juga boleh menghubungi e-mel ini: finance_institute2015@outlook.com, Mungkin ada banyak sebab mengapa anda perlu akses kepada beberapa wang tunai tambahan - daripada yang tidak dijangka pembaikan kereta atau rumah untuk membayar perkahwinan anda atau cuti khas. Tetapi apa sahaja yang anda memerlukannya, apabila anda meminjam antara $ 5,000 USD untuk 100,000 USD di atas.
BalasPadampengkhususan Syarikat.
1) Kami memberi pinjaman pada kadar faedah 3%.
2) Kami juga boleh membeli sebuah rumah pilihan anda dalam mana-mana lokasi pilihan anda.
Salam puan , saya ada email puan . Harap dapat di beri pandangan puan tetang situasi saya
BalasPadamhttp://www.mudah.my/Cat+kereta+specialist+guna+oven-27376154.htm
BalasPadamNk tnya kdai dkt mna area langgar
BalasPadam