KLIK LAJU-LAJU!

MARI BLOGWALKING DENGAN APESAL.COM

Yang Baik Hati =)

Cari cerita lama

Aku terkini

sebelum komen, baca dulu komen orang lain boleh? Bosan la nak balas komen yang sama.. sebab jawapan aku mesti sama punya. tak pasal2 aku jadi astro karang ulang tayang beberapa kali

* jangan orang astro sentap pulak dengan aku, suda

Sabtu, 22 Disember 2012

Jalan-jalan di Singapura (bahagian 4)

Assalamualaikum..

Lama dah aku tak update blog ni. Malas. Tu je alasan aku. Dah-dah la salahkan benda lain..

Sebenarnya, banyak perkara berlaku masa bulan November hari tu. Tapi Aku takde resa na menaip. Ni pun aku menaip sebab aku rasa aku kena bertanggung jawab ke atas apa yang aku dah mulakan. Oh, ini mengingatkan aku kepada kerja sekolah yang aku tak buat-buat lagi. Hahah..

Jadi, seperti yang aku janjikan, ini adalah bahagian ke 4 tentang lawatan aku ke Singapura. Kalau nak baca tentang yang sebelum ni, klik la kat link ni:

Apa yang aku nak cerita ye? Hurrmmm..


PERSIAPAN PERGI JALAN-JALAN (tanpa pakej):



1- Sila tahu apa tujuan korang nak gi sana. Adakah untuk menikmati pemandangan? Adakah untuk melihat monumen? Untuk berhibur? Untuk menikmati makanan?

- Untuk bahagian ni aku buat silap. Aku tak tahu apa tujuan aku pergi ke Singapura. Banyak kali aku ditanya 'nak ke mana?' 'tahu tak cara nak pergi?'. Aku pergi memang pakai terjah tanpa fikir panjang. So, korang tau la apa akibatnya kalau buat sesuatu tanpa tujuan kan? Korang akan lost. Takde hala tuju.

2- Dah tau mana nak pergi, sila la cari maklumat, macam mana caranya korang nak pergi ke tempat yang hendak dituju tu.
-Dah semestinya, kalau Singapura ni, yang mudahnya adalah dengan menaiki MRT. Sebab? Kitorang tak reti nak drive kat Singapura. Lagipun dengar cerita macam leceh je. Lagipun harga parking dia agak meruntun jiwa jugak la. Kalau boleh, dapatkan terus peta-peta yang sepatutnya. 

3- Jangan lupa juga survey kat mana korang nak tidur. Jangan la bajet yang korang ni hebat sangat sanggup tidur kat mana-mana. 
-Macam aku aritu, aku survey bilik guna Asiaroom.com. Dapat la bilik RM120/malam termasuk cukai. Aku suka Asiaroom sebab dia bagi dari serendah-rendah bajet yang ada.

4- Tukar duit siap-siap
- Biasanya tukar duit kat Malaysia lagi untung. Tapi beza sikit je kalau tukar kat sana pun. Kalau korang guna ATM maybank, korang boleh buat roaming supaya boleh cucuk duit kat oversea. Sila buat sebelum bergerak ke sana. Boleh gak pakai kad kredit tapi aku tak reti. hehe.


5- Sila maklum yang kebanyakan negara luar ni jenis wipe je.. istinjak tanpa air. 
-Hehe.. so, kalau korang tak biasa, maka, sila la bawa botol air kosong banyak-banyak untuk tadah air sebelum berurusan di bank. Aku dapat pengajaran ni masa pergi China dulu.

6- Kalau boleh, bajet siap-siap perbelanjaan
- Hurmm.. harga barang kat Singapura lebih kurang harga barang kat Malaysia. TAPI kadar matawang dia tak sama. SGD1 = RM2.50. Jadi, kalau korang beli nasi goreng biasa kat Malaysia RM4, kat sana SGD4. Jadi, agak-agak la nak makan berapa kali sehari, dan berapa bajet makan.


APA YANG AKU NAMPAK

1- Harga barang mahal
-Serius, masa mula-mula aku sampai Singapura, aku asyik ulang "Aku sayang Malaysia" "Nasib baik aku duduk Malaysia". Haha.. Semua benda mahal kot. So, aku agak terkira-kira apa aku nak beli, nak makan. Ye la.. mungkin kalau aku bergaji SGD mungkin aku tak kisah sangat kot. Makanan punya harga macam ok la kot. Tengok tempat. Tapi yang aku tak boleh terima ialah, ada setengah tempat tu (bukan hotel), selipar jepun pun mahal. Tak terhadam aku!

2- Bahasa
- Huhu.. bukan berniat nak racist tapi aku mendapati, kalau nak tanya apa-apa, kalau tanya pada orang cina, dia akan jawab BI tapi kalau tanya bangsa lain, ada harapan jawapan dalam BM. Maka, dalam masa aku kat Singapura tu, aku memang sangat tere bertanya arah dalam bahasa inggeris. Nak tulis balik dah lupa dah. Haha

3- Pengangkutan Awam
- Hurmm.. MRT. Nak kata kedudukan dekat, ada la 7 minit gak berjalan dari hotel. Tapi dah namanya pergi negeri orang, pandai la nak hidup kan? Kalau kat sini, ada aku nak jalan? Waalaikumussalam. Dan jaringan antara MRT dia boleh tahan bagus gak la. Walaupun kadang-kadang antara stesen pertukaran tu tak dekat, tapi tak terasa sangat sebab sepanjang perjalan berbumbung dan berhawa dingin (macam dalam bangunan). Macam kita, nak tukar, kena keluar jalan, lalu panas bagai. Masa menunggu pun pendek sedikit. Memang beza 1-2 minit tu tak banyak tapi, bilangan orang dalam tren sangat berbeza dalam 1-2 minit tu. Tu yang buat orang Malaysia berkira kot. Tapi aku nampak, kita sedang berusaha ke arah yang lebih baik.
-Teksi, rate agak mahal. Kalau malam, lagi la mahal. Dan, mereka biasa call teksi kalau kat kawasan Orchard Road. So, kalau ada teksi  lalu, tak yah la susah-susah tahan. Ada orang punya tu.
- Kat sana ada lorong bas. Malaysia pun ada. Tapi rakyat kita selfish di negara sendiri. Peduli hapa dengan lorong bas? Yang penting, dia cepat. Rakyat kat sana ikut peraturan sebab tak nak kena saman.


4- Sampah
- Aku duduk kat Geylang.. Ada je sampah. Cuma mungkin la tak sedahsyat Chowkit. Heheh..

5- Orang sana tak gemuk.
- Huhu.. mungkin gaya hidup dia sangat laju, sibuk, dan mereka bergantung pada MRT, jadi mereka bergerak sangat laju. Berjalan pun laju. Masa masuk dalam MRT, boleh dikatakan, payah nak jumpa orang gemuk. Selalunya, kami-kami la yang paling gemuk. Huhu.. 
See?? Diorang tak gemuk kan?


*****************************************

Secara keseluruhan, perjalan aku ke Singapura memang agak terkebil-kebil sebab kami tak berapa tahu apa yang kami nak lihat di Singapura (aku nak dating je sebenarnya. hahah) tapi bagi aku, terkebil-kebil tu juga merupakan 1 pengalaman. Memang tak sama dengan pengalaman kalau berjalan dengan pakej yang lebih teratur dan dah tau tarikan tempat yang dilawati.

Pape pun, aku ok je. Nama pun cari pengalaman. Mungkin pergi lagi kot lain kali. Tapi kali ni, tujuan nak masuk USS je la. Aku sebenarnya tak heran sangat taman tema sebab aku seakan ada nasib buruk dengan taman tema. Tiap kai pergi, mesti ada barang hilang. Tapi kali ni, try je la kot. Mana tau. itu pun tengok keadaan macam mana.

Dari segi bajet...
Hari pertama - RM 192.13
Hari kedua - RM 139.50
Hari ketiga - RM 44.45
Jumlah - RM 372.08 @ SGD 148.83

Tolak RM 171.70 yang aku dah spent siap-siap sebelum masuk Singapura dan setelah balik semua ke JB, jumlah perbelanjaan aku setelah jejak kaki ke Singapura ialah RM 200.375 @ SGD 80.15

p/s: Puan Zaiton, saya belanja RM200 ok! Hahah.. Tapi saya rasa lebih sikit sebab kira-kira aritu macam RM225.. huhu

Ahad, 28 Oktober 2012

Bila Nak kahwin?

Pernah tak korang ditanya, " Bila nak kahwin?"
Apa jawapan korang?

Aku dah pernah try bagi macam-macam jawapan. Dari " tahun depan (tapi tak tau tahun bila)", "tunggu kurus" hinggalah " tunggu orang pinang"

Serius, aku sangat terharu sebenarnya dengan mereka yang ambil peduli dengan keadaan aku yang masih membujang. Terima kasih sebab risau aku tua sebelum sempat beranak. Terima kasih sebab risau aku mati keseorangan. Demi Allah, aku pun tak terbayang hidup sorang-sorang sampai ke tua. Aku sama macam orang lain, berharap untuk punya keluarga sendiri. Tak nak hidup sorang-sorang masa tua nanti. Tapi, adakah aku fikirkan benda tu sepanjang masa?

Tett!!! Aku tak fikirkan benda tu sepanjang masa. Aku lebih risau berat badan yang tak turun-turun. Aku risaukan simpanan aku yang belum banyak lagi. Aku risaukan tiket yang makin lama makin mahal hingga aku tak mampu nak jalan-jalan. Ahh!! Pendek kata, banyak je benda yang aku fikirkan.

Ayah aku adalah antara orang yang risau aku tak kahwin-kahwin lagi. Ye la.. kawan yang sebaya dekat kawasan ni, masing-masing dah kahwin. Pernah sampai 1 tahap, ayah aku terfikir nak pinang laki untuk aku. aku ulang balik dengan huruf besar. "AYAH AKU NAK PINANGKAN MANA-MANA LAKI UNTUK AKU". Mujur dia tak cakap depan aku. Dia cuma cakap dekat mak. 

Adakah aku begitu terdesak? Aku harap tak la. Aku kesian sebenarnya dekat ayah aku. Serius, dia dah berumur 60 tahun dan dia je pakcik tua kat sini yang masih belum ada cucu. Aku faham kerisauan dia. Mesti dia asyik fikir, apa yang tak kena sampai anak dara dia tak laku-laku sampai sekarang?

Tu belum cerita lagi tentang saudara mara yang asyik bertanya. Tanya direct kat aku takpe la. Ni siap bercerita kat belakang. Aik??!! Kenapa kau risau pasal aku? Sebab anak kau semua dah kahwin? Jadi kau dah takde apa nak risau? Begitu? Kalau betul risau, tolong la carikan. Jangan sekadar bertanya dan bercerita.

Tapi sekarang aku rasa aku dah dapat jawapan yang baik kalau-kalau aku ditanya lagi lepas ni.

Baru-baru ni, ustazah kat sekolah aku bercerita tentang jodoh. Tentang dia orang Terengganu yang tak suka orang Terengganu tapi akhirnya kahwin dengan orang Terengganu juga. Ikutkan dia dah bertunang dengan orang lain dah tapi sebab jodoh, jadi juga dengan orang yang dia tak suka tu.

Ok, cerita tu nampak cliche. Memang la.. Sebab ni blog aku. Aku tak nak cerita pasal ustazah tu panjang-panjang. Aku cuma nak sedut ayat ustazah tu iaitu:
" Pada masa kita disenyawakan, telah tertulis untuk kita jodoh, ajal dan maut kita. Dah siap tertulis denagn sape dan bila kita kahwin. Sebab tu, kadang-kadang kita nak juga tapi tak dapat. Maknanya bukan rezeki kita, bukan hak kita, bukan jodoh kita la. Dan ada juga yang kita elak, tapi memang itu la yang ditentukan untuk kita. Kadang-kadang kita rancang nak kahwin umur berapa tapi Tuhan dah tentukan lebih dulu nak kita kahwin bila"

Tu jawapan pertama yang aku akan guna lepas ni. Dan ada lagi 1 jawapan yang aku rasa sesuai juga untuk digunakan lepas ni iaitu:
"Tuhan takkan uji hambaNya dengan ujian yang tak mampu mereka pikul. Mungkin, ujian untuk aku ialah jodoh yang lambat. Tu bermakna aku mampu terima ujian tu. dan mungkin, ujian jenis ni  je la yang aku mampu tanggung. Tuhan tak bagi ujian tu pada kau mungkin sebab kau tak boleh hidup tanpa pasangan kau."

Aku harap, dengan jawapan ni dan nada yang betul, aku dapat la membuatkan orang yang banyak soal tu diam sekejap. Berhenti-berhenti la kata aku memilih. Beli ikan di pasar pun kita nak pilih yang elok. Inikan pula lelaki yang bakal jadi pasangan seumur hidup. Takkan tak boleh memilih kot? Lagipun, kita boleh memilih kalau ada calon. Kalau takde calon, nak pilih apanya?

Ok, saje je tulis pasal ni. Takde isu atau cerita pun di sebaliknya. Cuma, aku dah takde idea sangat dah nak tulis apa.. hehehe...

Aku akan jawab A terus sebab terharu yang dia tak bagi  pilihan jawapan 'NO'



Rabu, 10 Oktober 2012

Entry pertama Oktober ini

Setengah jam aku biarkan ruang untuk mengarang entry ni terbuka. Dengan harapan, ada la idea yang datang menjengah. Hampa! Takde apa pun yang datang.

Untuk bulan Oktober ni, aku masih belum tulis apa-apa kat blog. Pencapaian terteruk aku buat masa ni. Aku sedar yang aku bukan la to blogger macam sesetengah orang tu. Kalau xde entry pun tetap ada orang datang blog. Blog aku ni memang la mengharapkan kawan-kawan penulis yang selama ni saling blogwalking dan sekali-sekala, orang yang mencari maklumat membacanya.

Aku pelik, apa yang menyebabkan susah benar aku nak menulis (menaip) kebelakangan ni. Nak salahkan aku selama ni berbaring, sekarang aku dah duduk dah. Nak kata hidup aku takde cerita, agak mustahil. Setiap hari kita ada cerita yang berbeza.

Cuma, mungkin sebab aku semakin tua, aku makin tak pandai bercerita. Kalau dulu, masa aku sedih pun aku boleh cerita. Masa aku marah pun aku boleh cerita. Tapi sekarang? Semua cerita tu macam lebih baik aku simpan sorang-sorang je. Sebab aku tau xde orang yang minat nak baca.

Adakah ni petanda awal yang aku akan berhenti menulis blog? Huhu.. Aku harap aku takkan berhenti sebab aku yakin, satu hari nanti, blog ni akan jadi tempat aku luahkan perasaan balik. Mungkin bila aku gembira. Mungkin bila aku patah hati. Yang pasti, aku akan bagitahu kalau aku kurus! Hahaha..

Oh, aku tengah sedih sebenarnya sekarang ni. Tapi aku nak cuba kawal perasaan sedih sebab ketegangan boleh menambah kegemukan. Aishh!!!

Haha!! Aku suka nyanyi dan aku tau suara aku teruk! 

Isnin, 24 September 2012

Jalan-jalan di Singapura (bahagian 3)

Aku tak pasti dah berapa hari sejak entry pertama pasal aku jalan-jalan kat Singapura dan aku masih takde mood sebenarnya tapi aku bertekad kena habiskan jugak. Lantak la. Kalau nak baca Bahagian 1 dan 2 boleh klik sini:
Jalan-jalan di Singapura (bahagian 1)
Jalan-jalan di Singapura (bahagian 2)

Jalan-jalan di Singapura (bahagian 4)

============================================

Hari Ketiga (30/5/2012 - Rabu)


Hari terakhir. Hari ni akan balik ke Batu Pahat. Dan nampak gayanya aku takde can la nak jumpa orang kegemaran aku.. huhu.. eh, tah-tah dia tengah shooting kat KL kot masa tu? Oh, Aaron Aziz!! Haha..

Kami kemas beg dari malam tadi. Hari ni niatnya nak cari sarapan kat tempat yang best sikit. Jadi, kalau kena keluar awal cari makan, tu la yang kami akan buat. 

Kami check-out hotel. Kami tanya la orang kaunter macam mana nak pergi Chinese Garden. Tiba adik tu kata, "tak best la pergi situ kak. Baik pergi Botanical Garden". Ah.. kat mana pulak tu?

Jeng! Jeng! Jeng!!!! Adik tu keluarkan peta. Peta yang menunjukkan stesen MRT dan tarikan di sekitarnya. Erkk?? Awat dia tak tunjuk awal-awal??? jawapan dia "Dah akak tak mintak!" Erk!

Pergi ke MRT bersama misi. Nak pergi Marina Bay. Orang kata cantik nak bergambar situ. Lepas beli tiket, pandangan teralih ke belah kiri "Eh, cafe ni halal la!!" Nama cafe tu Ananas Cafe. Aku tak sure MRT lain ada ke tak tapi kat MRT Al- Juneid ada cafe ni.

Boleh tahan juga la menu dia. Aku beli bubur ayam (memang kegemaran aku). Budak lain beli nasi lemak dengan lauk sampingan. Serius aku suka bubur ayam aku! Dah la sedap! murah lak tu!
Bubur aku yang best! Macam bubur McD ok!

Nasi lemak Fadh. Juga SGD2! Antara makanan murah kat Singapura

Lepas makan, kami pergi ke Marina Bay. Hurmm.. secara dasarnya dia adalah pusat membeli-belah ala-ala KLCC.. Besar. Tapi 1 kedai pun kami tak masuk. Lalu je. Tujuan kami nak bergambar je. Nak dapatkan view. Nak tunjuk bukti dah sampai Singapura. Hahaha!!! Jadi, Ini buktinya!! Tadaa!!

Dari Marina Sand Bay menghadap Bandar Singapura

Budak peramah dengan pakcik peramah

Lepas bergambar dan budak laki 2 orang tu puas sembang dengan sorang pakcik ni, kami pun bergerak ke MRT. Masa ni, KESEMUA beg kami diperiksa. Makcik yang periksa tu baik. Siap buat lawak lagi tapi dia tetap periksa semua beg.

Fadh nak beli lagi cenderamata. Jadi, sekali lagi kami ke Jalan Bugis. Lagipun, Restoran Zam Zam terletak di  Jalan Arab yang memang dekat dengan Stesen Bugis.

Selepas menambah cenderamata, kami try jugak beli air buah yang dijual di situ dan seperti yang aku jangka, rasanya agak tawar (air + buah je kot) tapi ok la jugak.. dan kami pun mencari Restoran Zam Zam..

Fadh apa lagi! dengan pantas dia order Murtabak Singapore perisa kambing. Acap perisa ayam kot. Aku? Nasi goreng biasa! Hahaha.. Murah dan kenyang untuk perut aku.

aku makan nasi goreng yang boleh tahan. Fadh dan murtabak kambing dia. Semua order air kathira (yang warna putih tu) kecuali aku. Tak minat! Huhuhu

Lepas makan, kami solat di Masjid Sultan. Lepas solat, kami pun bergerak ke stesen MRT Bugis untuk beli tiket ke Woodland. Di Woodland, kami naik bas ke ICQ (kastam johor) dan dari situ, kami tukar bas lagi ke stesen bas Larkin.

Di Larkin, aku ambil tiket ke Batu Pahat sementara 3 kawan aku balik ke KL

So, perbelanjaan aku pada hari ketiga
1- Sarapan (bubur ayam) = RM5 (SGD2)
2- MRT Al-Juneid - Marina = RM3.75 (SGD1.50)
3- MRT Marina - Bugis = RM2.75 (SGD1.10)
4- Nasi goreng biasa = RM10 (SGD4)
5- MRT Bugis - Woodland = RM5.50 (SGD2.20)
6- Bas Woodland - ICQ = RM3.25 (SGD1.30)
7- Bas ICQ - Stesen bas Larkin = RM1.70 (SGD0.68)
8- Bas Larkin - Batu Pahat = RM10 (SGD4)
9- Air buah Bugis Street = RM2.50 (SGD1)
Jumlah = RM44.45 (SGD17.78)

Dalam bahagian 4, kita akan buat kesimpulan, kesilapan dan pengajaran sepanjang berada di Singapura ye

Sabtu, 15 September 2012

Gemuk sebab tak makan

Korang sedia maklum yang aku ada masalah obesiti. Huhu.. ye. tu bukanlah sesuatu yang boleh dibanggakan. Macam-macam la ubat diet aku pernah try. Tak berjaya. Makin gemuk ada la.

Oleh itu, aku ambil keputusan untuk pergi ke fakulti perubatan UPM pada hari Jumaat lepas. Niat di hati nak try dapatkan susu sama macam Fadh. Susu free tuh! Hehehe..

Macam biasa, kalau aku nak pergi mana-mana mesti dengan Fadh dan Saufi. dan of course Fadh kena ada sebab dia yang nak tunjuk jalan.

Sampai je kat klinik kaunseling pemakanan tu (ye, aku kena kaunseling), aku dan Saufi ambil berat badan dan ukuran ketinggian. So, kami sekali lagi tahu keputusan yang dah memang tahu. Kami obes!! Huhu..

Lepas tu kami ambil pula tekanan darah. hurmm.. Dulu aku ada masalah tekanan darah rendah. Sekarang, tekanan darah aku dah mula tinggi. Tahniah kepada darah sebab berjaya rentas garis normal 2 kali. Huhu.. Last sekali, kami ambil bacaan kolesterol dan bacaan kolesterol aku lebih dari yang sepatutnya... aish!!

Semasa sesi berjumpa dengan dietitian, beliau memang la tanya dengan terperinci apa yang aku makan dalam sehari. Dari sarapan hingga makan malam. Dari saiz nasi yang aku ambil, sampai la sama ada dalam sandwic ada letak mentega atau tak. Kuih berapa keping.. Atas meja ada makanan tak. Detail gila kan?

Akhir sekali, sesi nasihat (kaunseling sebenarnya). Masa ni aku dan Saufi jalani sesi bersama. Haha.. aku request nak 2 orang sebab takut kena marah sorang-sorang. Hahaha..

Nasihat untuk En. Saufi ialah, tolong kurangkan amaun tiap kali makan. Baru la aku tau betapa banyaknya dia makan.. Isk3... Untuk pengetahuan korang, sekali dia makan, nasi dia adalah sebanyak 1 mangkuk sup ye! Gila banyak! Hahah.. beliau juga dinasihatkan agar tidak crash diet (aku la orang yang bagitau dia ni suka crash diet. hahaha!!!) Beliau juga dinasihatkan agar melakukan defisit kalori dengan mengurangkan jumlah makanan yang diambil sehari. Bersenam juga dapat membantu beliau.

Bersenam juga dapat membina otot yang akan menggunakan lebih banyak tenaga apabila bekerja.
Untuk aku pula, dietitian kata aku makan tak banyak dah. Ok dah. Cuma metabolisma aku adalah sangat rendah sebab aku tak makan tengah hari dan sangat tidak bersenam. Jadi, aku juga digalakkan untuk makan dengan kerap (makan tengah hari adalah wajib) tetapi amaun makanan hendaklah kecil. Aku disarankan untuk makan dalam 1200kcal sahaja sehari. Senaman adalah perlu. Aku angguk je la.

Temu janji kami yang seterusnya adalah pada 5 Oktober nanti. Aku sepatutnya hilang 3kg masa tu. Ngeri weh!!! Boleh ke? Dah la aku naik 2kg dalam masa 2 hari nih... Apa kes?

Pape pun, doakan la aku kurus ye? Aku dah malas nak tambah koleksi baju aku. Jangan risau, kalau aku kurus pun, baju saiz S aku masih ada lagi.

Khamis, 13 September 2012

Deja Vu - Shahanshah

Huhuhu.. aku tak berapa tahu lagu ni. Ake pernah dengar sekali je kot dalam kereta. Tu pun tang korus je. Dan aku rasa korus dia sgt kena dengan aku.. huhuhu..

Jadi, nah! Ambil ni! Pergi karaoke!

p/s: ada orang kata tajuk dia deja vu. Ada orang kata Seperti Deja Vu. Aku nyanyi je.. Takde sebut pun tajuk dia

===============================================

Tajuk: Deja vu
Artis: Shahanshah


Kau muncul di depan itu
Tika aku mula melupakanmu
Kini ku dalam pertama
Seperti dejavu kau pun tahu

Tanpa ada penjelasan
Kau datang dan pergi
Aku cuma mainan
Cinta ku bukan palsu
Tak seperti cintamu

Tuhan tolong jauhkan diriku
Dari si dia kerna ku tak mampu
Menahan dari mencintai dirinya
Kerna cintamu tak mungkin ku miliki

Kau pergi sekali lagi
Tika aku mulai mengharapkanmu
Cintaku bukan palsu
Tak seperti cintamu

Tuhan tolong jauhkan diriku
Dari si dia kerna ku tak mampu
Menahan dari mencintai dirinya
Kerna cintamu tak mungkin ku miliki


Dari wikipedia:
Déjà vu, from French, literally "already seen", is the phenomenon of having the strong sensation that an event or experience currently being experienced has been experienced in the past.

Selasa, 4 September 2012

Jalan-jalan di Singapura (bahagian 2)

Huhu.. sori.. Janji nak update kelmarin. Ni dah berhari-hari baru aku update bahagian 2. Boleh la kata aku sibuk beraya.. heheh.. Kalau nak baca bahagian 1 boleh baca kat

Jalan-jalan di Singapura (bahagian 1)
==========================

Hari Kedua (29/5/2012 - Selasa)

Hurmm.. masih lagi terkesan dengan kepenatan semalam. Aku demam. Malam tak payah cerita la. Siap berdengkur. Punya la dahsyat..

Kami gerak pukul 8 kot.. Aku dah lupa. Kami ambil keputusan untuk sarapan di kedai mamak yang berhampiran dengan hotel kami. Aku yang dalam keadaan bajet gila pilih untuk makan nasi lemak kosong berlauk telur. Aku tak ingat aku minum air apa. Mungkin teh ais la kot. Sebab untuk nasi lemak basic + air, aku dicaj SGD4.30.
syahdu kan?
Hari ni, kami rancang nak pergi Sentosa Island!!!! Yeehaa!!! Ok, aku tak tahu kenapa aku excited tapi boleh la. Kami ambil MRT ke Front Harbour. Dekat situ, kami pergi Vivo dan ambil Sentosa Express ke Pulau Sentosa. Ada 4 stesen dan kami pergi ke stesen paling hujung iaitu kawasan pantai.

Tahukah anda yang orang Singapura takde pantai lain selain yang terdapat di Pulau Sentosa ni? Maka, andai kata mereka teringin nak berkelah, maka Pulau Sentosa ni la tempatnya. Ada pembaca beritahu aku, selain Pulau Sentosa, Singpura ada beberapa pantai lagi. Huhu.. maaf ye. Aku silap sebelum ni. Masih ada beberapa pantai di Singapura seperti Pantai Changi, Pantai di East Coast Park, Sembawang Park dan Pasir Ris Park. Ada juga Pulau Ubin dan Pulau Kusu.

Berbalik kepada pantai-pantai di Pulau Sentosa. Ada 3 atau 4 pantai di sini. yang aku ingat ialah Siloso dan Palawan. Lagi 2 aku lupa (sori..) dan pantai ni boleh dikatakan sangat bersih. Aku tak pasti la sebab orang Singapura memang pembersih atau pekerja pembersihan Pulau Sentosa sangat cekap. Cuma 1 downside mandi kat sini ialah, kau boleh nampak kapal daa kat belakang. aish!!


Pantai Siloso

Kawasan paling hujung di Singapura


Ikutkan aku sangat teringin nak naik skyline dan luge. Tapi atas sebab-sebab tertentu, kami batalkan. Nak naik segway. Mahal gila ok! SGD12 untuk 5 minit. Kejadah? Ada orang kata ada di Taman Tasik Perdana. Baik naik di situ je. Ada juga sky ride. Pun mahal. Boleh dapat kat Genting highland.

Segway yang mahal.

Last-last kami ambil keputusan nak try 4D cineblast. Aku dan Fadh beli 2 je. Extreme Log Adventure (naik 1 benda macam bot, lepas tu kita terasa macam kita ni kayu balak dan melalui perjalanan kayu balak dari masa ditebang hingga ke tempat pengumpulan balak. Best!) dengan Pirate (cerita pendek pasal seorang budak cuba gagalkan usaha lanun rampas harta bapa dia. Memang real la lebah dia. huhu). Kami tak try Desperado (naik atas plana mekanikal dan cuba tembak penjahat dekat skrin. Siap ada markah lagi!) dan mungkin kami tersilap sebab Acap dengan Safwan main Desperado 4 kali! Kalau bukan sebab kami suruh berhenti, aku rasa sampai ke malam mereka masih main Desperado tu.

2 hero yang tak bosan-bosan main Desperado

Dan aktiviti paling penting yang kami lakukan di Pulau Sentosa ialah bergambar dekat globe USS. Tak masuk pun USS sebab tak bawa duit. Bergambar je dulu. Lain kali kot.


Pukul 3 lebih. Kami dah penat dan lapar. Kami pun pergi ke Vivo City untuk makan. Berpusing-pusing cari foodcourt halal, Mujur ada. Aku makan nasi goreng biasa. Hohoho.. puas hati. Kenyang! Air aku tak beli. Aku just minum air yang aku bawa (jimat beb!)

Sama ada aku memang kantoi adalam bab arah ataupun Vivo City sengal sebab tak buat papan tanda ke surau, kami gagal jumpa surau. Aku dah mula baran. Dah la aku baran dengan toilet dia yang sangat cerewet. Takde air 1 hal. Nak tadah air kat sinki pun payah. Sakit hati aku!

Last-last, kami balik. Malas nak cari. Jama' takhir la hari ni. Kami pergi ke Bugis street untuk cari cenderamata. Berdasarkan pemerhatian aku selama ni, adalah sangat useless aku beli barang macam-macam. So, aku tumpang Fadh untuk beli keychain (SGD5/12pcs). Fadh, Safwan dan Acap beli t shirt. Ok gak la harganya. SGD10 boleh dapat 3 atau 4 t shirt.

Kedai di Bugis street. Nasib baik tutup hari tu. hahaha!!

Lepas shopping, kami balik. Penat kot! Malas nak fikir nak dinner di mana, kami ambil keputusan untuk makan mi segera je. Kami beli di 7E yang berhampiran dengan hotel kami. Jenama Myojo. Ni la satu-satunya barang buatan Singapura yang aku beli. Hehe..

product of Singapore
Dan sekali lagi, malam itu, selepas solat, kami pengsan! Tapi mesti kemas barang dulu!!! Esok nak gerak pagi-pagi. Banyak lagi tempat nak cover. Acap je yang masih bertenaga. Entah berapa banyak tempat malam tu dia jalan sorang-sorang aku pun tak pasti..


So, catatan perbelanjaan untuk hari kedua yang panjang ialah:
1- Sarapan: RM10.75 (SGD4.30)
2- Tambang MRT Al-Juneid - Front HArbour: RM4.50 (SGD1.80)
3- Sentosa Express (2 hala): RM7.5 (SGD3)
4- 4D Log Ride + Pirate: RM75 (SGD 30)
5- Nasi goreng di Vivo City: RM11.25 (SGD4.50)
6- Tambang MRT Frount Harbour -  Bugis: RM4.50 (SGD1.80)
7- Keychain 12pcs: RM12.5 (SGD5)
8- Tambang MRT Bugis - Al-Juneid (ulang alik): RM3.25 (SGD 1.30)
9- Mi segera: RM6,25 (SGD2.5)
JUMLAH = RM135.50 (SGD54.20)

so.. tinggal 2 bahagian je lagi. Tunggu!!!

Isnin, 3 September 2012

Duit Raya 2012

Duit raya.. Biasanya budak yang dapat. Tapi tahun ni atas cadangan Shairah, aku bagi duit raya pada makcik pakcik aku. Alasan Shairah, " sebab mak ayah dia yang bagi kita duit raya selama ni." hahah.. Dan aku terpedaya. Maka, no no duit raya untuk sepupu kecil tapi duit raya untuk makcik pakcik.

Tapi, bila aku hulur duit raya pada makcik pakcik aku, mereka semua terkejut. "Ye ke ni? Sampul kosong aku tak nak la." jawapan aku ialah "Betul.. buat apa nak tipu? Hanya untuk makcik dan pakcik. Anak-anak along tak bagi."

Aku rasa ada betulnya bagi duit raya kat pakcik makcik ni sebab secara logiknya, mereka yang banyak berbelanja bila raya tiba. Nak beli baju, nak beli makanan, semua mak ayah yang buat. Jadi, walaupun duit yang aku bagi tak banyak, aku rasa mereka layak mendapatnya.

Ada yang kata, "bagi duit raya kat kanak-kanak lagi bagus sebab mereka tu tak banyak dosa. Masih belajar lagi.." Haha... kan? 

Tapi, bak kata Haji Bakhil, " Budak kecil tak boleh pegang duit banyak-banyak." dan aku setuju. Sebab mereka banyak duit la nanti mereka tambah koleksi mainan, beli top up la, tukar handphone la.. Zaman dah berubah kan?

Dan mereka akan kata lagi, " Tapi budak kecik lagi happy dapat duit raya. Orang tua tak sangat.."

Banyaknya duit raya dia!!! Ambil gambar dari SINI

Ye ke? Cuba korang bagi duit raya dekat orang tua. Korang akan nampak 1 reaksi yang lain dari mereka. Serius. Aku nampak reaksi tu dari pakcik makcik aku. Mereka rasa tak percaya. Mereka tak sangka ada orang ingat mereka. Lebih-lebih lagi kalau kau bagi pada pakcik makcik yang kau jarang bersembang. Makcik yang dah biasa, jadi jurucakap lagi bagi pihak aku. Haha..

Tapi aku tak tau la kalau aku yang perasan sorang. Tapi, entry ni tertulis sebab aku rasa gembira sangat dapat duit raya masa pergi open house Sabtu lepas. See?? Siapa kata orang tua tak happy dapat duit raya?  Tah berapa kali aku cakap terima kasih pun aku tak ingat. Aku memang happy sangat-sangat. Bercampur segan.. hihihi..

Cuma 1 yang aku kurang suka. Masa raya haritu, ada la budak yang berbunyi, " Jangan pergi dekat dia. Dia bagi RM1 je. Sikit". Memang selamat la budak tu kena ceramah dengan aku. 

Bukan budak je yang ada bunyi. Makcik aku sorang pun ada yang bunyi macam tu. Aku tau dia gurau tapi gurau tu, biar la bertempat.. boleh tak? Jangan tunjuk sangat yang kau materialistik boleh tak? Tapi disebabkan dia orang tua, aku takde la membidas sangat. Ikut mulut aku yang laser ni, memang... aiii.... nak kena ni. Tapi aku biar otak kawal lidah aku dulu.

Duit raya.. Tak boleh dinafikan, walaupun berapa umur kita, bila kita dapat duit raya, kita tetap happy gila. Cuma ingat 2 perkara:
1- Setiap RM1 yang kita bagi pada orang, kecil je nilai dia
2- Setiap RM1 yang kita dapat dari orang, sangat besar nilai dia.

Jangan komplen, jangan banding. Lagipun, ini berkaitan dengan keseronokan mengumpul duit dari sanak saudara kan? Dan sila ingat. Dengan RM1, kau boleh dapat 2 keping kuih. Nak banyak lagi, kumpul lagi duit baru beli..

Akhir sekali, duit raya aku sekarang dah RM6. Korang ada? Hahaha..

p/s: aku dah tahu.. Budak kecil dapat duit raya rasa gembira. orang tua dapat duit raya rasa terharu. =)

Ahad, 2 September 2012

Syarat calon suami aku nanti ialah..

Serius aku tak sangka. Rupa-rupanya kawan-kawan dan makcik aku ambil serius syarat-syarat bengong yang aku cipta untuk bakal suami aku.. hahah.. Patut la mereka tak pernah kenalkan aku dengan sesiapa. Rupanya mereka takut aku reject siang-siang orang yang mereka nak kenalkan.

Apa agaknya syarat aku yang berat tu? Hahah.. syarat-syaratnya ialah:
- Hensem
- Kurus
- Tinggi
- Putih
- Baik
- Kaya

Aku rasa tu je kot. Hah?? Korang berbulu baca syarat aku? Korang pun ambil serius jugak? Memang la sama dengan kawan-kawan aku. Hahah...

Tapi serius. 4 syarat fizikal yang pertama tu sebenarnya adalah kecenderungan aku. Aku memang minat lelaki yang putih, kurus, tinggi dan hensem. Kenapa? Sama la jugak kenapa korang minat orang hitam manis, orang ketak, orang sepet, orang mata bulat.. macam tu je. Aku mudah tertarik dengan lelaki yang ada keempat-empat ciri tu. Tapi tak bermakna aku tak minat orang yang tak kurus. Aku minat gak apa Ako Mustafa? Haha..

Dan, keempat-empat ciri tu takde pada aku. Jadi, adalah penting aku dapatkan 4 baka fizikal tu supaya anak aku nanti tak gemuk, pendek, hitam tak cerah (aku cerah sebenarnya tapi tak nampak cerah. camne tu?) dan tak berapa cantik. Aku tau bagaimana perasaan jadi orang begitu. Sepanjang masa rasa low self-esteem. Dapat pulak ada kawan yang suka sangat nak banding-banding. "Yeay!! Aku lagi ringan!!".. "Kau pendek, kau depan sekali". Setiap kali. Kalau bergambar pulak, mesti kena duduk tepi sekali. Masa jadi cikgu ni je la aku dapat merasa bergambar kat tengah. Tu belum cerita lagi apa yang budak laki sekolah aku dok humpat aku dulu. Tah apa yang diorang benci sangat kat aku tah?

Mesti ada orang kata, "Tak bersyukur sungguh kamu ni!".. Ya ampun.. Aku bukan tak bersyukur. Aku sedar,  ada orang lagi malang nasib dia dari aku. Serius aku insaf dengan kesempurnaan yang tuhan bagi pada aku. Tapi, itu kelemahan aku. Sepanjang hidup aku, aku rasa sangat kurang keyakinan diri sebab aku tak secantik orang lain. Aku tak minta untuk jadi cantik. Aku hanya nak bakal anak aku nanti hidup dengan ada keyakinan terhadap diri sendiri.  Jadi aku terasa adalah menjadi kewajipan pada aku untuk mencari baka yang baik untuk anak aku.. hehehe

Aku rasa orang takkan pertikai syarat baik. Jadi aku skip ke syarat kaya. Kaya tu subjektif. Aku ada keinginan nak ada rumah atas tanah. Aku dah terbayang, raya nanti, semua anak balik. Masing-masing ada bilik kecil untuk keluarga mereka. Ada ruang untuk mereka parking kereta. Pada aku, kalau pada masa tua nanti suami aku boleh dapatkan kami 1 tanah dan dirikan rumah yang macam aku bayangkan tu, kaya la tu.

Aku bukan nak laki kaya yang mewah gila-gila.. Aku tak minta kereta Polo. Aku tak minta dia ada Ferrari. Tidak la sekaya tu. Cuma aku nak boleh hidup senang. Aku takde la kena fikir 18 kali kalau nak beli apa-apa. Kalau nak berjalan tu, takde la aku perlu bajet gila-gila macam sekarang.

Tapi.. Kalau la dapat laki kaya gila kat aku, takkan aku nak tolak kan? Hahaha..

Pastu, ada pulak kawan aku yang berkata, " Kau ni.. ada ke letak syarat macam tu. Soleh tak nak? Beriman? Bertanggungjawab? Penting tu.."

Hurmm... Bagi aku, soleh, beriman, bertanggungjawab tu semua wajib. Aku tak yah letak syarat. 

Macam ni la. Anggap aku nak beli kereta. Anggap la syarat-syarat yang aku letak kat atas tadi macam aksesori. Melengkapkan dan menjadi kelebihan sesebuah kereta dari kereta lain. Lebih kurang macam syarat nak kereta jimat minyak, road tax murah, selesa, senang cari spare part (eh, aku tengah cerita pasal En. Ken ke?) 

Manakala, ciri-ciri beriman, soleh, bertanggungjawab dan lain-lain tu sama seperti kereta mesti boleh isi 4 orang.. ada bonet, boleh bergerak, ada bumbung dan lain-lain lagi. Kalau syarat macam ni pun aku kena nyatakan, maka perlu la aku nyatakan yang aku nak bakal suami aku nanti lelaki.

So, kepada kawan-kawan dan makcik aku, jangan la pening-pening nak carikan orang nak matchkan kat aku. Kenalkan aje.. Aku on je... Malah, boleh dikatakan, orang yang aku minat dari zaman sekolah sampai la sekarang, takde pun ciri-ciri tu (kadang-kadang tak putih pun, kadang tak tinggi pun, kadang tak hensem pun).. Tapi aku minat gak.. Sebab, aku jumpa kelebihan lain yang menarik perhatian aku.

Tapi aku ada pengakuan. Aku kalau orang matchkan ni, tak pernah menjadi. Bukan apa. Segan. Kalau bukan aku yang segan, laki tu yang segan. Macam ada 1 expectation dari perkenalan tu. Dia jadi tak natural. Huhu.. Harap-harap lepas ni, jadi la... Lalala

Apa lagi? Pergi skodeng orang sekeliling dan kenalkan kat aku cepat! Hahaha..

Oh, sila bagitau siap-siap kat orang yang korang nak kenalkan kat aku tu yang aku ni tak pandai masak dan mengemas. Masak aku boleh belajar la.. tapi kalau mengemas tu... err.. Boleh tak laki aku tu macam Amir Asyraf (Vanila Coklat) pandai mengemas? Nanti aku belajar la slow-slow...

Nak suami macam Amir Asyraf boleh? Pandai kemas rumah tu!!!
p/s: Mesti korang nyampah aku buat entry gini. Tapi kalau orang cantik buat entry gini, mesti korang setuju kan?

Sabtu, 1 September 2012

Hujan turun, jualan tak laku

Aku suka hujan. Siapa yang tak suka hujan? Semua orang suka hujan. Betul tak?

Tapi, tiap kali hujan turun pada petang Sabtu, aku mula la terfikir, kesiannya peniaga pasar malam (pasar malam dekat rumah aku tiap Sabtu). Mesti tak ramai orang pergi beli hari ni. Mesti barang mereka tak habis. Apa agaknya terjadi dengan barang jualan mereka tu? Terbuang begitu sahaja kah?

Kalau hujan, mesti hasil jualan peniaga pasar malam merosot kan?
Sama juga tiap kali aku tengok orang jual barang mainan di pasar malam. Kadang-kadang aku terfikir, berapa banyak sangat la jualan dia pada hari itu. Yang lebih buat aku syahdu ialah, biasanya yang jual permainan ni orang Melayu. 

Ok. yang pastinya, orang yang jual mainan takkan buang barang dia kalau tak laku sebab mainan tak basi. Tapi, berapa banyak sangat la dia dapat 1 malam.

Kenapa aku kecoh nak fikir tentang hasil jualan orang? Sebab, aku selalu buka gerai tiap kali sekolah aku buat bazar. Dan setiap kali tu aku akan beria beli barang dan Kak Mas akan beria masak. Dan aku sangat tahu betapa kecewanya tiap kali barang yang kami masak tak habis.

Mujur, duit yang kami guna adalah duit bengkel. Mujur juga, bukan aku yang penat jagar gerai. Budak yang jaga (tapi sebab tu juga la tak berapa nak jalan. Budak aku pasif sikit. Pemalu konon). Mujur juga makanan tu tak terbuang sebab kami boleh bagi budak-budak tu makan.

Tapi tu cerita kami. Macam mana pula cerita penjual pasar malam? Macam mana pula cerita pekedai runcit? Ye la.. Sekarang kan banyak pasar raya. Kadang kala, kami membeli juga di kedai runcit. Tapi bila tiba aktiviti restock barang dapur, aku sendiri pergi carrefour je. Senang. Semua ada.

Macam mana nasib peniaga kecil ni? Hurrmm....


Jumaat, 31 Ogos 2012

Jalan-jalan di Singapura (Bhgn 1)

Bismillahir rahmanir rahim...

Aku mulakan penulisan kali ni dengan basmalah sebab aku risau entry kali ni pun separuh jalan je. Sekali lagi, aku salahkan kedudukan laptop aku di atas lantai yang menyebabkan aku tak berapa selesa menaip.. jap aku ubah kedudukan jap.

OK. Kali ni aku nak ceritakan trip aku ke Singapura bersama dengan kawan aku pada cuti sekolah dulu (bukan cuti raya ni ye.. Cuti bulan 6). Haha.. Aku tau cerita basi. So what? Mana lagi korang nak dapat cerita basi kalau bukan dari blog aku kan? Heheh..

Jalan-jalan di Singapura (Bhgn 2)
Jalan-jalan di Singapura (Bhgn 3)
Jalan-jalan di Singapura (Bhgn 4)

=================================================

Hari Pertama (28/5/2012 - Isnin)

Sila ingat, duit yang aku bawa adalah SGD80 (RM200) untuk 3 hari 2 malam.

Aku siap lambat. Haha.. Bas pukul 8.30 am kot... Pukul 7.30 am aku baru start En. Ken.. Ambil Fadhlina dan Safwan. Lepas tu ke Bukit Indah ambil Saufi sebab dia yang akan hantar En. Ken balik. Masa tu Fadh dah bising suruh aku laju. Dia risau tertinggal; bas. Aku lak lek je... Padahal tak tau TBS (terminal Bersepadu Selatan) kat mana. OK, aku takde lak rilex sebenarnya cuma masa tu kereta aku membawa 4 orang dewasa yang bersaiz XL. Jadi aku terasa yang inersia dia agak di luar kawalan kalau bawa laju-laju.. Kenari je kot. Kesian dia.. Dan tuan dia kalau ada pape jadi nanti.

Sempat pun sampai ke TBS. Acap tengah berurusan di kaunter tiket. Jangan tak tau, nak beli tiket sekarang kena bagi no IC bagai. Fadh pula pergi kedai beli roti dan susu kotak sebagai sarapan kami.

Dipendekkan cerita, kami sampai ke Singapura dalam pukul 1 lebih kot. Kami turun di Beach Road. Agak-agak waktu Zohor gitu. Tapi disebabkan hotel kami check in pukul 3, kami pun berjalan-jalan la dulu. Kami pergi ke stesen MRT Nicoll Highway. Tanya MRT mana paling dekat dengan Arab Street. Orang tu kata, jalan depan ni je.. Maka kami pun jalan..

Sampai la ke Jalan Baghdad kot.. Aku tak ingat. Yang pastinya kami dah lapar, jadi kami makan la kat Cafe Gelam. Ikutkan Fadh nak cari Restoran Zam Zam. Takpe la.. makan ni dulu la.. Lapar sangat dah ni. So, untuk lunch pertama aku di Singapura, aku makan Mi Rebus dengan Teh O ais. Yang lain makan nasi. 

Kami bertanya pada orang kedai macam mana nak pergi ke Mustafa (Gedung ala-ala Mydin. Orang kata lagi murah dari Mydin. Isk.. Kena check ni. Betul ke?). Orang tu kata, kalau naik teksi, dalam SGD5. Kalau jalan kaki dalam 15 minit. Mengenangkan yang kami ni tidak berduit. Kami pun pilih untuk berjalan kaki. Lagipun, orang tu kata jalan terus je boleh sampai.

Lalu pasar barang antik tapi tak berani berhenti. Mahal kot walaupun barang lama. huhuh

Orang tu tipu!!! Lebih kurang 30 minit kot kami jalan. Dah la tak terus je.. Ada pulak pembinaan bagai tapi akhirnya kami sampai juga la. Masa tu, kasut Fadh dah barai. Terus pergi ke bahagian kasut. Aku tengok je la. Pada aku, tak la murah sangat. Harga bedak Silky Girl dia sama dengan harga kat Guardian kat One Utama (ikut matawang dia). Yang murah kat situ ialah minyak wangi dia. Barang lain tak murah sangat. Ye la. Dia pun import dari Malaysia kan?

Pukul 4 lebih kami check in hotel kami Fragrance Crystal yang terletak kat Lorong Geylang 18. Hotel ni kami dapat murah gak la. Terima kasih kepada AsiaRooms.com. Jaraknya 5 minit Jalan kaki ke MRT Al-Juneid.

hotel kami

Serius kami penat gila! Kami macam dah ronda 20% Singapura dalam usaha mencari Mustafa tadi (dan tak dapat hasil). Aku penat gila. Mandi sikit-sikit, solat. Rancangannya pukul 5 nanti nak pergi bergambar ke Merlion dan pergi Orchard Road pada sebelah malam. Tapi..

Aku sorang terpergi Orchard Road awal. Tak join bergambar dekat Merlion. Huhu.. ada janji dengan seseorang. Hehe.. Kena ambil peluang. Dah la susah nak jumpa.. Sembang punya sembang, dah malam.. Fadh, Acap dan Safwan dah sampai ke Orchard Road, kami pun makan la di KFC yang berhampiran.

Secara umumnya, Orchard Road ni ala-ala kawasan Bukit Bintang di Malaysia. Ada kedai-kedai berjenama. Orang kata harga barang-barang kat sini murah dari di Malaysia. Tapi disebabkan aku leka bersembang dan 3 kawan aku dah penat masa sampai ke Orchard Road, maka kami tak la window shopping (plus, aku cuma ada SGD80 ok?)

Cer teka. Mana 1 Merlion?

Safwan dan Acap dan... err.. apa tu ek?

Acap dan Fadh dan beberapa lelaki asing. Tak malu sungguh Fadh berlagak kasual dengan pakcik itu.

KFC Fadh. Tapi aku amik kulit semua. Aku makan burger je


Lepas makan, kami dah tak larat. Ingat nak balik naik teksi je. Kaki dah sakit tapi nak tunggu teksi punya la sengsara.. Maka, naik MRT juga la kami.. Nak kena menapak ke hotel lagi... 1 hal la pulak..

Sampai hotel, mandi lagi. Rendam kaki dalam air panas. Sembang sikit. Akhirnya aku dan Fadh berdengkur..

Dan aku demam.. hahah

So, catatan perbelanjaan untuk hari pertama ialah:
1- Hotel: RM120 (SGD48)*
2- Bas TBS-Singapore: RM36 (SGD14.4)*
3- Roti dan susu (sarapan): RM2.5 (SGD1)**
4- Panadol: RM1.5 (SGD 0.6)**
5- Mi rebus + Teh O ais limau: RM10.75 (SGD4.30)
6- Tambang MRT Farrer Park - Al-Juneid: RM4 (SGD1.6)
7- Tambang MRT Al-Juneid - Orchard x 2 (ulang alik): RM7.5 (SGD 3)
8- KFC Kids Meal: RM9.88 (SGD3.95)
JUMLAH = RM192.13 (SGD76.85)

* - Bayaran yang aku dah buat siap-siap sebelum berjalan. Jadi tak masuk dalam bajet SGD80 aku..
** - Barang yang dibeli di Malaysia. Sebab tu harga dia murah.

Kita sambung Bahagian 2 esok OK?
  

Khamis, 16 Ogos 2012

Andai Ku Bercinta Lagi- MOJO

Hoho.. sekarang tengah minat lagu ni... walaupun takde kaitan dengan aku.. hahahah...
========================================================

Tajuk: Andai Ku Bercinta Lagi
Penyanyi: MOJO

Kini kau tiada
Senafas pun ku perlu mencuba
Kau bawa pergi sebahagian
Dari jiwa raga

Bersendiri 
Hidup umpama hilang erti
Bagaimanakah
Meneruskan hayat ini

Andai ku bercinta lagi
Suatu hari nanti
Tunjukkan di mana 
Ruang hati untuknya yang masih belum kau huni?

Apabila tiba waktu bersemuka
Ku perlu pejamkan mata
Dan memaksa lafaz cinta
Dengan bayangmu di minda

Tiada pengganti bisa hadir
Dan mampu menyembuh
Rawan di hati
Meleraikan semangat ku runtuh

Bersendiri
Masa umpama tak beralih
Berapa lama lagi harus ku merintih

Andai ku bercinta lagi
Suatu hari nanti
Tunjukkan di mana 
Ruang hati untuknya yang masih belum kau huni?

Apabila tiba waktu bersemuka
Ku perlu pejamkan mata
Dan memaksa lafaz cinta
Dengan bayangmu di minda

Malam tidak berpurnama
Fajar tiada kejora
Aku hilang di dalam gelita kalbu
Tanpa dirimu asaku mati  


Andai ku bercinta lagi
Suatu hari nanti
Tunjukkan di mana 
Ruang hati untuknya yang masih belum kau huni?

Apabila tiba waktu bersemuka
Ku perlu pejamkan mata
Dan memaksa lafaz cinta
Dengan bayangmu di minda

Haha!!! lagu ni bukan Mojo Jojo yang nyanyi ok?

==========================================================

Dah habis copy paste, baru aku tau betapa sadisnya lagu ni.. adoi... kesian awak..

Rabu, 15 Ogos 2012

Awak kan bujang..

Bila aku pergi ke blog orang lain, antara benda yang paling orang tak suka nak dengar ialah soalan "Bila nak kawin?"

Ok, aku juga pernah melalui era tu. Orang asyik bertanya bila aku nak kahwin. Tapi, selepas suatu ketika, soaan tu senyap je. Jadi, dah takde apa yang nak dirungutkan. Sekurang-kurangnya untuk hal itu.

Yang aku bengang sekarang adalah ayat yang bunyinya macam ni:
1- "Awak kan bujang.. Duduk dengan mak lagi.. Tak payah nak keluar duit untuk anak. Mesti banyak duit.. Kaya dia ni" 
2- " Kayanya.. sedekah la sikit kat aku. Aku tak banyak duit"

Ok. Pertama sekali, ayat yang pertama tu aku sering dengar dari kawan-kawan aku yang rata-rata suaminya adalah orang yang bergaji besar. Kereta mereka pun hebat. Rumah mereka pun. Apa motif mereka cakap macam tu pada aku?

Kadang-kadang, bila aku dah bengang, aku jawab je " Saya tak kahwin lagi. Saya kena tanggung hidup saya sendiri. Awak tu lagi untung. Ada suami nak tanggung hidup awak. Duit tu untuk awak je."

Yang kedua, masalahnya dengan manusia ni ialah, mereka sengaja nak cari pasal. Bila aku tak beli barang sebab memang nak berjimat (dan aku memang tak minat baju, aksesori yang mahal), mula la nanti tanya buat apa nak jimat sangat. Tentu-tentu la aku berjimat sebab nak menyimpan duit kan?

Lepas tu nanti, mula la kata aku banyak duit la.. bla bla bla...

Hello!!! pernah dengar tak frasa "perbelanjaan berhemat"? Tahu tak kita tak perlu beli benda yang bukan keperluan. Sekadar kehendak. Apatah lagi kalau tak hendak. Lantak aku la kalau aku tak minat baju mahal ke.. tudung mahal ke.. Kenapa kau susah hati?

Sebab aku berjimat la aku boleh simpan duit. Kenapa aku simpan duit? Sebab, macam aku kata tadi, aku kena tanggung hidup aku sendiri. Ya, aku duduk dengan mak ayah. Takkan duduk free tak bagi pada mereka kot? Dan aku kena la menyimpan kalau-kalau perlu untuk kecemasan nanti. Mana tau aku tiba-tiba nak kahwin. Takkan aku tak sediakan duit langsung kot? Dan sebab aku berjimat la aku boleh pergi mana aku nak.

Tolong la.. Aku dah bosan dengar ayat-ayat tu. Terutamanya jika ia dikeluarkan oleh orang yang lakinya kaya. Walaupun untuk bergurau. Serius, cari la ayat lain untuk bergurau. Lain la kalau keluarga kau memang tak berapa ada. Boleh juga la aku terima.

Aku menyampah korang dok ungkit pasal harta aku. Salah ke kalau aku rasa cukup dan korang tak?

Terima kasih sebab selalu kata aku kaya dan banyak duit. Aku amin je setiap doa korang tu. Tapi, seperti mana korang bosan orang asyik ungkit tentang duit korang, aku juga bosan korang asyik ungkit tentang harta aku yang tak seberapa ni.

Serius aku tak faham kenapa orang jeles dengan orang yang bawa kenari tahun 2003, telefon basic, takde tablet ni. Tapi kalau aku betul kaya pada pandangan korang, Alhamdulillah lah. Kena bayar zakat la ni maknanya


Ahad, 12 Ogos 2012

lailatul qadar kah?

Huhu.. aku dulu pernah forward entry tentang malam yang dijangkakan berlaku lailatul qadar. Kalau nak baca, boleh tengok SINI. Sekali lagi aku nak ingatkan, dijangka.. Yang betul-betul, Allah je tau.

So, kalau ikutkan kiraan tu, malam tadi la lailatul qadar.. (dan aku baru tengok tarikh jangkaan tu kejap ni ha)..Huhu.. mungkin gak kot sebab hari ni aku tengok hari redup je. Berbanding dengan hari-hari sebelum ni yang agak terik.

Bila mengenangkan yang malam tadi mungkin lailatul qadar, mula la aku dok menghitung amal aku malam tadi..

Sedihnya, malam tadi aku takde buat amal banyak mana. Lepas terawikh, aku terus tidur sebab sakit kepala. Aku harap, tidur aku tu dikira sebagai ibadat.

Korang pula macam mana? Adakah terasa-rasa yang malam tadi lailatul qadar gak?

Khamis, 9 Ogos 2012

Rasa nak ponteng la esok

Niat di hati, aku nak buat roti nak bagi 1 sekolah (hebat kan cita-cita aku?). Saje nak bagi.. nak kongsi apa yang bengkel aku dah ada.. Nak kata banyak sangat duit kami, tak la jugak tapi boleh la..

Selasa lepas, aku dan budak tingkatan 4 buat la roti guna tepung 3kg. Sempat la agihkan. Tapi form 3 je dapat. Ada lagi 5 tingkatan. Banyak gila!

So, hari ni aku bercadang la nak buat 5kg tepung pula. Punya la aku semangat pergi bengkel awal timbang barang dengan harapan budak masuk tinggal adun dan masukkan inti je. Sekali, bila aku nak adun, Ha!!! Amik kau, rupa-rupanya aku tertukar bakul kat kedai. Dalam beg aku bukan tepung roti. Sebaliknya tepung biskut. Apa aku nak buat dengan tepung biskut 5kg? Banyak gila tu!!

Atas belas ehsan PK koku, aku pun minta ikut dia keluar untuk beli tepung. Nak beli tepung roti susah, aku belasah je la tepung gandum biasa. 

Balik sekolah, aku minta la budak tolong adunkan roti aku. Tepung 5kg... Bahan untuk setiap adunan aku dah timbang. Tinggal adun dengan tepung je.

Masalah kedua muncul bila aku tengok ada sebahagian doh ni tak naik-naik.. Apa halnya? Tak baca Bismillah apa? Aku terlebih adun ke? Dan persoalan aku terjawab..

Rupa-rupanya, ada 1 mangkuk berisi yis, gula dan susu yang tak digunakan. Habis tu, budak aku tu adun tepung dengan apa? Dengan air, telur dan lelemak je? Adeh!!! Patut la doh tak naik..

Maka, 1 kerja la aku kena cari balik doh yang tak naik (doh tu dah isi inti) uli balik, letak yis dan gula. dan yang paling bestnya, aku kena tunggu semua ban siap diperap sebab aku nak tengok doh mana tak naik.

ye, dengan gagahnya, aku uli doh macam ni sampai rata yis dan gula.. gagah gila kan? kan?

So, sekarang, aku tengah sakit tangan (sebab asyik uli doh yang tak naik) dan kaki (berdiri terlalu lama)... huhu.. tapi sekranag dah ok la.. Kalau aku sakit gini, budak-budak aku mesti lagi penat (secara logiknya, diorang buat kerja lebih dari aku la kan??). Mesti ramai yang ponteng esok.. Adeh!

4 Ilmu, jangan ponteng ye!

Sabtu, 4 Ogos 2012

Gaduh dengan murid

Dah 15 hari puasa. Kalau witir, dah kena doa qunut dah. Kali ni, terasa cepat betul Ramadhan berlalu.

Percaya atau tak, aku tak beli lagi baju raya sebab hari t masa cuba, semua baju tak muat. Hilang terus mood nak beli baju. Mujur Kak Anita offer untuk buatkan baju ntuk aku. Terima kasih akak.

Banyak benda yang berlaku sebenarnya dalam masa aku tak menulis ni. Paling grand ialah aku bergaduh dengan anak murid aku. Aku nak denda budak-budak tu balik lewat sebab takde orang mengaku sorokkan kelapa parut kawan dia. Lagi best, dia tuduh tuan punya kelapa yang buat.

Aku cuma denda mereka balik pukul 4 je. Dah mereka tak nak ramas dan tepek kelapa ke muka, tu je la pilihan yang ada. Nak buat macam mana? Banyak denda dah tak valid untuk budak zaman sekarang. Takut nanti membawa cacat. Lebik sungguh mereka nih! Aku ingatkan mereka protes macam tu je. Rupa-rupanya..
Ketuk ketampi adalah antara denda yang dah tak boleh dikenakan terhadap budak

Anak murid aku tu jumpa pengetua untuk mengadu. Sekali lagi aku ulang. JUMPA PENGETUA!! Hebat kan mereka? Aku sendiri tak jumpa pengetua mengadu tentang mereka, mereka pula yang buat begitu. Siap la mereka ugut nak report polis kalau aku denda mereka. Waaa!!!!

Mujur, pengetua dan cikgu-cikgu lain semua di pihak aku! Hahaha... Jadi, Isnin lepas, aku masuk kelas dengan mata berpasir. Sakit je mata tengok mereka semua. Aku siap mogok tak nak bercakap dengan mereka. Aku minta Kak Mas yang tengok kompeten atau tak. Masalahnya, mereka langsung takde rasa bersalah. Mereka tegur aku macam takde apa-apa yang berlaku.

Tapi, janji ditepati. Mereka tetap kena balik pukul 4. Nak tak nak mereka kena pasrah la kan? Banyak yang aku boleh buat kalau mereka balik lambat. Latihan, ajar mereka. Lantak la... Buat je semua. lama kot pukul 11.10 am- 4.00pm? Hahah!!!

Cuma, jujur, aku rasa marah pada orang memang akan buat kita sakit. Masa aku marah budak-budak tu, masa aku rasa mata aku berpasir, aku ada sedikit rasa sakit dada. Mujur aku jenis marah kejap je. Dendam je lama. Jadi, takde la teruk sangat sakit dada tu.

5 Ilmu, kalau rasa nak balik awal, sila mengaku siapa yang sorok kelapa tu. Kalau tak, awak balik pukul 4 sampai la SPM

Rabu, 25 Julai 2012

Doa/ bacaan nak cari barang.

Huhu.. hari ni aku nak bagitau korang beberapa ayat bacaan yang aku selalu gunakan dalam kehidupan harian.. Chup!! Aku bukan nak jadi ustazah yang bagi ceramah motivasi. Aku cuma nak share beberapa petua yang agak berkesan untuk aku.

Ayat ketika nak cari barang yang hilang (baca sepanjang masa korang mencari benda tu)
1- Baca Surat Adh-Dhuha.. atau
2- Selawat
InsyaAllah, mesti jumpa benda tu. Lain la kalau orang dah ambil benda tu.. Payah sikit la. Kalau rajin google, sebenarnya ada banyak lagi doa mencari barang tapi disebabkan aku dah hafal surah Dhuha ni, aku baca surah ni je la. InsyaAllah jumpa je

Antara benda yang aku selalu tercicir atau letak merata.. Kalau boleh misscall kan senang?

Kalau nak mengadap orang yang digeruni (takut kena marah ke, pemantau nak datang ke.. baru lepas hilangkan basikal ke)
1- Baca Bismillah 50 kali sambil niat dalam hati, "Ya, Allah, lembutkanlah hati dia.."
Siyes berkesan. Aku tak tau la orang tu betul-betul jadi lembut hati ke atau dia memang baik hati ke atau aku yang makin konfiden masa mengadap dia. tapi memang berkesan..

Sebelum jawab exam
1- Doa terang hati (baru nak baca terang hati? Tu bukan masa belajar ke? haha..)
2- Surah Al-Insyirah (sebelum jawab. Ni untuk tetapkan hati masa menjawab)
3- Selawat tiap kali ada soalan yang xleh jawab

Tu je kot.. Yang lain-lain, korang lagi tere kot.. meh la share sekali.. =)

Isnin, 23 Julai 2012

Mohon Kemaafan Di Bulan Ramadhan

Aku ada terima email yang mengatakan bahawa
"puasa orang yang berdosa sesama manusia lain adalah tak diterima. Maka, bermaaf-maafan la kamu sebelum menunaikan ibadat puasa.."

ok.. sebenarnya email tu xde la sependek itu. dan mungkin ada memerlukan pembetulan ayat. Maksud aku, ayat email tu betul cuma bila aku yang sampaikan, korang kena cuba faham balik maksud ayat tu betul-betul sebab aku akui Bahasa Malaysia aku agak berterabur.

Aku sedar yang agak terlambat sebenarnya aku tulis entry ni. Puasa dah 3 hari dah. Kalau ikut peratus, dah 10% (silap-silap 12%) selesai dah bulan Ramadhan ni. Tapi, tak kira la, lambat ke cepat ke, aku tetap nak

"Minta maaf banyak-banyak kepada semua yang mengenali aku, yang baca blog aku, yang bertegur sapa dengan aku, yang berinteraksi secara langsung atau tak dengan aku."

Aku sedar, kadang-kadang tu, aku memang cakap ikut sedap tekak dan buat korang terasa hati. Takde niat nak lukakan perasaan cuma memang begitu cara aku. Hanya orang yang biasa dengan aku je yang kurang sikit sentap dengan aku. Tu pun kadang-kadang sentap gak.


Aku harap, permohonan maaf aku ni dipertimbangkan. Kalau ada yang tak puas hati, ada hutang yang aku terlupa, sila la email atau pm aku (aku sendiri tak pasti macam mana korang nak pm) dan kita bincang cara baik. Hutang, insyaAllah akan aku setelkan juga.

Akhir kata, moga Ramadhan kali ni membawa keberkatan buat kita dan seluruh keluarga kita serta umat Islam seantero dunia. Aku juga berharap yang Ramadhan kali ni akan menjadikan aku insan yang lebih baik (ye, aku agak jahat tahun ni.. kenapa la makin tua makin jahat?)

Sabtu, 21 Julai 2012

Tulis nama atas batu...

Semalam adalah hari terakhir Pn. Halfah di sekolah kami (buat masa ni). Ramai cikgu yang jiwang nangis masa tu.. hehe.. aku? Err.. Adakah aku akan nangis untuk orang yang mendapat kenaikan pangkat? Kalau aku nangis untuk dia, aku kena juga nangi untuk semua kawan aku yang pindah sekolah. Ini adalah perpisahan yang sementara..

Tapi aku bukan nak cerita tentang perpisahan. Aku nak cerita semula pada korang cerita yang disampaikan oleh pengetua aku.

Macam ni cerita dia..

===============================================

Pada suatu masa dahulu, di sebuah negeri padang pasir, ada seorang pedagang dan orang suruhannya sedang dalam perjalanan untuk berdagang barangan mereka. Sila ingat, keadaan di padang pasir adalah berangin dan kering.. 

Kadangkala, dalam perjalanan, mereka berdua akan berhenti seketika. Dalam masa mereka berehat, orang suruhan itu akan menulis di atas pasir segala rungutan dan rasa tak puas hatinya terhadap tuan (bos) nya. Perlu diingat lagi, pedagang itu hanyalah insan biasa. Dia ada banyak keburukan dan kelemahan. Ada la beberapa perhentian, itu la yang dilakukannya. Dia akan tulis dan tulis sehingga hatinya puas.

Pada satu hari, mereka perlu menyeberangi sungai (jangan tanya aku mana datang perahu dan adakah unta mereka naik perahu sama-sama atau adakah perahu tu ada pilotnya atau tak. Aku tak berani nak tanya masa pengetua aku tengah bercerita di tengah perhimpunan). Dalam masa mereka cuba menyeberang sungai, perahu mereka terbalik.

Pedagang itu menyelamatkan orang suruhannya dan membawanya ke darat. Sebaik sahaja hilang penatnya, orang suruhan itu dengan segera menulis (ukir) di ata batu yang berhampiran..
"Hari ini, tuanku telah menyelamatkan nyawa aku..."

Pedagang itu hairan lalu bertanya, "Mengapa, selama ini, kau menulis segala rungutan dan benda yang kau benci tentang diri aku di atas pasir. Tapi hari ini, kau menulis tentang ini di atas batu?"

Orang suruhan itu menjawab, "Sesungguhnya, aku menulis keburukan mu dan segala rungutanku di atas pasir kerana pasir akan terbang ditiup angin dan rungutan itu akan hilang. Aku harap, seperti mana rungutan aku itu hilang, begitu juga aku akan melupakan segala rasa tidak puas hati aku."

"Tetapi, aku tidak sekali-kali ingin lupa apa yang telah engkau (tuan) lakukan untuk aku hari ini. Jadi aku tuliskan di atas batu agar ia kekal selama-lamanya."
Tulis banyak-banyak, sampai jadi batu bersurat.. yeay!!

================================================

Pengetua aku kata, moral dari cerita ini ialah, kita hendaklah melupakan segala keburukan orang dan cuba ingat yang baik-baik sahaja tentang seseorang itu. (moral dari orang suruhan)

Bagi aku pula, pedagang itu juga bagus kerana walaupun dia tau yang orang suruhannya tu banyak tak puas hati, mengumpat dia (dengan pasir), dia tetap tidak berkira dan menyelamatkan orang suruhannya tu.

So, apa pula pengajaran yang korang dapat dari cerita ni?