KLIK LAJU-LAJU!

MARI BLOGWALKING DENGAN APESAL.COM

Yang Baik Hati =)

Cari cerita lama

Aku terkini

sebelum komen, baca dulu komen orang lain boleh? Bosan la nak balas komen yang sama.. sebab jawapan aku mesti sama punya. tak pasal2 aku jadi astro karang ulang tayang beberapa kali

* jangan orang astro sentap pulak dengan aku, suda

Rabu, 25 Julai 2012

Doa/ bacaan nak cari barang.

Huhu.. hari ni aku nak bagitau korang beberapa ayat bacaan yang aku selalu gunakan dalam kehidupan harian.. Chup!! Aku bukan nak jadi ustazah yang bagi ceramah motivasi. Aku cuma nak share beberapa petua yang agak berkesan untuk aku.

Ayat ketika nak cari barang yang hilang (baca sepanjang masa korang mencari benda tu)
1- Baca Surat Adh-Dhuha.. atau
2- Selawat
InsyaAllah, mesti jumpa benda tu. Lain la kalau orang dah ambil benda tu.. Payah sikit la. Kalau rajin google, sebenarnya ada banyak lagi doa mencari barang tapi disebabkan aku dah hafal surah Dhuha ni, aku baca surah ni je la. InsyaAllah jumpa je

Antara benda yang aku selalu tercicir atau letak merata.. Kalau boleh misscall kan senang?

Kalau nak mengadap orang yang digeruni (takut kena marah ke, pemantau nak datang ke.. baru lepas hilangkan basikal ke)
1- Baca Bismillah 50 kali sambil niat dalam hati, "Ya, Allah, lembutkanlah hati dia.."
Siyes berkesan. Aku tak tau la orang tu betul-betul jadi lembut hati ke atau dia memang baik hati ke atau aku yang makin konfiden masa mengadap dia. tapi memang berkesan..

Sebelum jawab exam
1- Doa terang hati (baru nak baca terang hati? Tu bukan masa belajar ke? haha..)
2- Surah Al-Insyirah (sebelum jawab. Ni untuk tetapkan hati masa menjawab)
3- Selawat tiap kali ada soalan yang xleh jawab

Tu je kot.. Yang lain-lain, korang lagi tere kot.. meh la share sekali.. =)

6 ulasan:

  1. :D Bagus tips ni..

    Tapi selalunya kalau barang hilang, marah dahulu..sambil mencari!

    Semoga kita berubah kearah yang lebih baik. Amin.

    BalasPadam
  2. Hehe.. kalau tak urgent, saya tak marah.. saya memang selalu lupa letak barang di mana.

    BalasPadam
  3. Ayat tenang hati tengah tensen.. ada tak?

    BalasPadam
  4. Air penerang hati sangat popular apabila peperiksaan besar semakin hampir. :-)

    BalasPadam

Semua orang boleh komen. Dan aku laparkan komen dari korang.
Tapi letak la nama.. Tak suka nak panggil korang Tanpa Nama