Percaya atau tak, aku tak beli lagi baju raya sebab hari t masa cuba, semua baju tak muat. Hilang terus mood nak beli baju. Mujur Kak Anita offer untuk buatkan baju ntuk aku. Terima kasih akak.
Banyak benda yang berlaku sebenarnya dalam masa aku tak menulis ni. Paling grand ialah aku bergaduh dengan anak murid aku. Aku nak denda budak-budak tu balik lewat sebab takde orang mengaku sorokkan kelapa parut kawan dia. Lagi best, dia tuduh tuan punya kelapa yang buat.
Aku cuma denda mereka balik pukul 4 je. Dah mereka tak nak ramas dan tepek kelapa ke muka, tu je la pilihan yang ada. Nak buat macam mana? Banyak denda dah tak valid untuk budak zaman sekarang. Takut nanti membawa cacat. Lebik sungguh mereka nih! Aku ingatkan mereka protes macam tu je. Rupa-rupanya..
Ketuk ketampi adalah antara denda yang dah tak boleh dikenakan terhadap budak |
Anak murid aku tu jumpa pengetua untuk mengadu. Sekali lagi aku ulang. JUMPA PENGETUA!! Hebat kan mereka? Aku sendiri tak jumpa pengetua mengadu tentang mereka, mereka pula yang buat begitu. Siap la mereka ugut nak report polis kalau aku denda mereka. Waaa!!!!
Mujur, pengetua dan cikgu-cikgu lain semua di pihak aku! Hahaha... Jadi, Isnin lepas, aku masuk kelas dengan mata berpasir. Sakit je mata tengok mereka semua. Aku siap mogok tak nak bercakap dengan mereka. Aku minta Kak Mas yang tengok kompeten atau tak. Masalahnya, mereka langsung takde rasa bersalah. Mereka tegur aku macam takde apa-apa yang berlaku.
Tapi, janji ditepati. Mereka tetap kena balik pukul 4. Nak tak nak mereka kena pasrah la kan? Banyak yang aku boleh buat kalau mereka balik lambat. Latihan, ajar mereka. Lantak la... Buat je semua. lama kot pukul 11.10 am- 4.00pm? Hahah!!!
Cuma, jujur, aku rasa marah pada orang memang akan buat kita sakit. Masa aku marah budak-budak tu, masa aku rasa mata aku berpasir, aku ada sedikit rasa sakit dada. Mujur aku jenis marah kejap je. Dendam je lama. Jadi, takde la teruk sangat sakit dada tu.
5 Ilmu, kalau rasa nak balik awal, sila mengaku siapa yang sorok kelapa tu. Kalau tak, awak balik pukul 4 sampai la SPM
Kesian cikgunya pun balik lewat...
BalasPadamDorang nak buat pulut panggang kot kelapa tu... hehe..
balik pukul 4 xpe lagi.. memang saya balik lambat... kalau betul buatpulut panggang xpe.. ni terbuang gitu je =(
BalasPadamshian akak..
BalasPadamsabor ajelaa budak2 nie..
huhu.. tu la.. sakit hati je hadap dorang masa tu.. tapi sekarang dah ok dah sikit.. dorang stay sampai pukul 4.. buat latihan bagai.. pasrah je kan? hahaha
BalasPadamBila baca entri ini teringatkan pada zaman sekolah. Biar pecah perut jang pecah di mulut. Gasak satu kelas kena denda.
BalasPadamyup.. disebabkan cikgu dia ni pun bukan la kategori murid contoh, maka cikgu dia pun faham..
BalasPadamKita tengok, cikgu menang ke.. budak.. buat masa ni, cikgu la sebab dorang masih stayback.. hehehe