KLIK LAJU-LAJU!

MARI BLOGWALKING DENGAN APESAL.COM

Yang Baik Hati =)

Cari cerita lama

Aku terkini

sebelum komen, baca dulu komen orang lain boleh? Bosan la nak balas komen yang sama.. sebab jawapan aku mesti sama punya. tak pasal2 aku jadi astro karang ulang tayang beberapa kali

* jangan orang astro sentap pulak dengan aku, suda

Rabu, 28 Mac 2012

Cerita takde motif dan hala tuju

Rasa macam dah lama tak update blog ni. Betul tak? Tak betul? maknanya aku syok sendiri la ni? Huhu..

Serius, minggu ni patutnya aku agak sibuk tapi aku buat-buat tak sibuk. Banyak kerja patutnya aku siapkan tapi aku buat toya. Banyak hutang kerja yang perlu aku bayar tapi aku takde mood nak bayar. Tak nak bayar boleh?

Balik rumah tiap hari, benda pertama yang aku buat ialah online. Apa yang aku buat? Baca komik. Biasanya menjelang pukul 10 malam, aku dah drain.. tidur awal. Ni belum tidur lagi sebab baru nak cas telefon.. huk3..

Siang tadi kelas aku dihadiri oleh 7 orang murid sahaja. Sekali lagi, 7 ORANG SAHAJA. Jangan tanya aku mana budak lain. Aku sendiri bengang dengan perangai mereka tu. Yang bestnya, bila 7 orang sahaja yang buat amali, adalah sangat mudah aku nak menjaga budak-budak ni.. Takde gaduh-gaduh.. meja sorang 1.. pergh.. indah betul rasa!

Yang tak bestnya ialah, SEMUA budak melayu ponteng. Aku tak tahu la apa yang bermain di kepala otak mereka. Tak ingat ke tahun ni nak SPM? Tak terasa ke nak siapkan semua kerja cepat supaya ada masa untuk study? Aku tak sabar nak tunggu Isnin depan untuk tanya apa sebab mereka tak hadir. Lepas tu bunuh setiap dari mereka.

Yang tingkatan 4 pula, semua bercita-cita nak pindah sekolah. dahsyat sangat ke aku tahun ni? Kalau dah tahu tak minat, buat apa bagi nama nak masuk kelas aku dulu? Dan aku dah pun bagi peluang untuk mereka tukar kelas. Kenapa tak beritahu terus pada aku?

Neh.. Tak payah fikir sangat la. Tadi, akak yang jual barang Mary Kay kata muka aku nampak tua sangat dah. Jadi, malas la aku nak fikir pasal budak-budak ni. Kalau nak belajar, aku ajar. Aku ajar betul-betul.. Tak nak belajar, cepat-cepatlah tentukan apa yang mereka nak. Jangan susahkan diri sendiri.

oh, esok aku akan ceritakan tentang budak aku yang bersusah payah lari dari kelas amali aku. Malam ni dah panjang sangat dah..

Mode: Kelabu asap..

Khamis, 22 Mac 2012

Tahniah dan Good Luck!

Rabu lepas keputusan SPM diumumkan. Alhamdulillah budak aku lulus belaka. Sebenarnya itu sudah dijangka sebab mata pelajaran yang aku ajar bergantung pada amali. Kalau cukup semua amali, murid dijamin lulus dalam SPM. Tapi itu sahajalah jaminannya. Untuk seseorang murid mendapat gred yang baik, mereka tetap perlu berusaha.

Jujur, aku agak terkilan sebab ada antara mereka yang gagal matematik. Bagi aku, matematik pelajaran yang mudah (aku belajar matematik dalam Bahasa Malaysia). Aku sangat pelik bagaimana seseorang boleh gagal matematik. Kemudian aku teringat yang mereka belajar matematik dalam Bahasa Inggeris.

Itulah masalahnya bila budak yang lemah terpaksa belajar perkara yang penting dalam bahasa asing (bahasa penjajah kalau ikutkan). Kalau dari asasnya dah lemah, bila dia dah meningkat ke tingkatan 5, nak menguatkan asas je dah menjadi 1 tugas untuk cikgu mereka. Dapat pulak, murid-murid aku tu agak pasif bila bab bertanya pada guru.
Kalau rasa gembira cepat lompat!

Tapi, aku gembira sebab sekurang-kurangnya aku dapat tengok budak-budak aku tu menjerit "Ya Allah!! Syukurnya dapat keputusan ni!!" Haha.. keputusan dia tak hebat tapi kalau dia rasa itu sangat hebat, siapa aku untuk mengadili dia? Mungkin sebelum ni dia jauh lebih teruk. Mungkin dia selama ni tidak menjangka yang dia boleh mendapat A dan B untuk sebarang subjek. Dan yang paling penting, sekurang-kurangnya dia bersyukur dengan apa yang Tuhan beri kepadanya.

Ini membuatkan aku terfikir, mudahnya untuk menggembirakan budak-budak ni. Tapi aku boleh faham dengan kegembiraan mereka itu.

Untuk murid-murid aku dan semua orang. Tahniah untuk apa yang telah dikecap dan Good Luck untuk apa yang bakal korang tempuhi di masa hadapan. Tak kisahlah apa yang korang nak buat, yang penting, buat betul-betul

Ahad, 18 Mac 2012

Cerita tentang Parking!

Semalam aku pergi MATTA Fair. Dah beberapa kali MATTA Fair aku pergi. Tapi kali ni je takde hasil. Kenapa? Tahun ni aku kena bajet sikit. Huk3..

Dan aku rasa, MATTA Fair semalam la yang paling sesak aku pergi (ye ke?) sampaikan tempat letak kereta di The Mall penuh. Sampaikan ada juga la bibit-bibit pergaduhan sebab jalan 2 hala jadi sehala dan masing-masing tak nak undur kereta. Muahaha..

Akhirnya, kami letak kereta di Perhentian Putra. Aku memang suka letak kereta di Hentian Putra sebab harga dia memang murah. RM3 sekali masuk. Gila murah untuk tapak letak kereta di KL. Bila dah masuk dalam tu, barulah aku tahu kenapa kadar letak kereta sangat murah. Rupanya, tempat letak kereta tu diuruskan oleh DBKL.

Bercakap tentang tempat letak kereta diuruskan oleh DBKL, aku sebenarnya berharap sangat agar segala tanah lapang yang ada di sekitar Jalan TAR, Jalan Dang Wangi dan kawasan-kawasan sekitarnya adalah milik DBKL. Aku bengang betul dengan mereka yang jadikan tempat-tempat lapang tu sebagai tempat letak kereta yang SANGAT MAHAL!

Korang agak-agak je la.. Kalau dah kadar letak kereta dia RM5 untuk sejam pertama. Lebih sikit dari sejam, kena bayar RM7. Kalau nak hari raya, dan-dan semua tempat letak kereta up rate dorang. Ni la masalah bila bagi tanah lapang pada orang perseorangan. Dia buat ikut suka hati dia je.

Paling teruk, ada sekali tu, siap aku nyaris nak bertumbuk (sebab bergaduh memang dah la kan?) dengan orang yang jaga tempat letak kereta tu sebab dia dakwa yang aku dah lebih sejam padahal, aku memang dah set masa 10 minit sebelum satu jam aku dah bergerak ke kereta aku. Memang dasar cekik darah! Nasib baik akhirnya dia mengalah.

Tu tak puas hati tentang pemilik tempat letak kereta. Sekarang aku nak kutuk pula pengguna-pengguna yang memang tak sedar diuntung.

Masa kami letak kereta di Hentian Putra tu, kawasan paling bawah memang kosong. Termasuk kereta Fadhlina, ada dalam 6 buah kereta kalau tak silap. Yang lain semua takut nak letak kereta mungkin takut hujan dan tempat tu dinaiki air.

Ok! Aku takde masalah kalau dorang nak sayang kereta dorang. Tapi aku menjadi marah apabila mereka meletak kereta mereka di tepi laluan hingga menyusahkan orang nak lalu. Ye la.. fikir la.. Kalau dah pacuan 4 roda duduk tengah jalan, tak ke orang lain tak boleh lalu?

Ada juga kereta yang letak kereta betul-betul di bawah notis, "Dilarang meletak kereta di sini". Punya la degil kan? Siap ada yang parking kereta di cerun untuk pergi ke tingkat lain. Ada yang parking sangat dekat dengan simpang. Ya ampun!!! Aku memang baran! Niat di hati, nak je aku keluarkan duit syiling, pastu seret di kereta-kereta tu semua! Puas hati den!
Kalau la aku naik kereta kebal ni, dah lama aku lenyek 14 buah kereta tu!

Mujur, aku masih ada hati perut (tambahan pula aku tak nak tunjuk kejahatan aku di depan makcik si Fadhlina tu) maka, aku pun tak la keluarkan duit syiling dan calarkan kereta-kereta itu. Kalau aku buat, alamat, selamat la 14 buah kereta mahal tu! Tapi kami mengadu jugak la kat adik yang jaga kaunter bayaran pasal kereta-kereta tersebut. Oh, betapa kami harap kereta tu kena rantai!

Bukan dekat situ je. Dekat Ampang Point pun, situasi yang sama berlaku. Letak kereta di tepi jalan hingga jalan yang sepatutnya 2 lorong jadi 1 lorong. Siap parking di bawah papan "Zon Tunda" lagi!

Ni la masalah rakyat Malaysia. Bila orang bagi parking mahal, kau mengeluh. Bila dah bagi parking murah, ko bertindak pentingkan diri. Apa salah kalau ko parking di bawah? Kalau takut sangat kena banjir, ko parking la jauh sikit dari longkang. Banyak lagi kosong kot? Lagipun, berapa peratus kemungkinan ko akan pergi MATTA Fair sampai tak ingat dunia? Sebab, pada masa aku balik (pukul 3.30 lebih kurang) hujan tak turun pun lagi. Apatah lagi banjir.

Tolonglah rakyat Malaysia. Boleh tak sekali sekala, jangan pentingkan diri? Jangan malas sangat boleh tak? Ini baru cerita pasal parking. Belum lagi cerita pasal sampah. Berdating makan makanan ringan lepas tu buang je macam tu. Serius aku tak faham perempuan yang tak kisah pakwe dia buang sampah depan mata dia.

Sekali lagi, jangan la terlalu pentingkan diri. Dunia ni bukan untuk awak je. Mungkin pada korang benda ni kecil je. Tapi merosakkan bumi, mengganggu orang, sebenarnya korang dapat saham dosa kecil.

Aku tak la baik orangnya. Tapi aku takde la terlalu mementingkan diri. Kalau dah terpaksa takpe. Tapi kalau ada banyak lagi tempat kosong, tolonglah parking kereta di tempat yang sepatutnya. Jangan sampai DBKL nyampah dan serahkan pengurusan parking tu pada pihak swasta pulak. Tak pasal-pasal parking ikut jam. Tak ke naya?

Rabu, 14 Mac 2012

Perang dalam diri

Isu kehilangan dan kematian adik Dirang di Johor Bharu. Aku berperang dengan diri aku sendiri. Jujur, aku rasa mak dia ada saham dalam kejadian tu. 

Aku 1: Serious shit, how come dia boleh biar anak dia pergi kedai sedangkan dia layan FB? Kalau dia bagi alasan dia tengah sibuk buat kerja rumah ke, sakit tak boleh bangun ke, logik la jugak. Ni sebab FB. Tak patut betul!

Aku 2: Mungkin dia dah biasa. Sebab dengar cerita, kedai tu dekat je dengan rumah diorang. Biasanya takde pape. Kali ni pulak benda nak jadi.

Aku 1: Ya.. logik jugak.. Tapi macam mana dia boleh biar budak 5 tahun pergi kedai sendiri?

Aku 2: Ala.. dulu-dulu pun kita pergi kedai jugak masa kecik-kecik (tapi bila fikir balik, rasanya umur 5 tahun aku tak pergi kedai kot. masa darjah 3-4 baru berani balik sekolah sendiri)

Aku 1: Tapi itu dulu.. Dulu lebih selamat dari sekarang. Kalau ikutkan, dulu kecoh orang culik budak pastu bawa pergi Siam potong kaki tangan tapi tak masuk berita pun. Ni dah masuk berita. Dah banyak kes.. Takkan tak boleh ambil pengajaran lagi?

Aku 2: Err... Dia tak sangka. Selama ni ok je.

Aku 1: Ayah dia pun satu, dah tau dapat sms ugutan, tu, bagitau la polis ke supaya ambil tindakan. Bagitau la juga pada bekas isteri dia tu supaya jaga anak baik-baik. Ni tak... Biar je... Lagi satu, yang pergi gatal pinjam dekat Along tu buat apa? kan dah banyak kali pesan jangan pinjam pada Along?

Aku 2: Err.. err.. Dia tak terfikir kot? Dia ingat orang tu main-main je. Lagipun belum tentu tyu kerja Along.

Aku 1: Apa-apa hal pun, aku paling tak puas hati dengan mak dia. Leka sangat dengan FB sampai tak sedar anak tak balik rumah. Kalau bukan laki dia la tanya anaknya mana, sampai ke sudah dia tak tau anak dia hilang.

Aku 2: Ya, aku pun tak puas hati. Tapi, jangan la cakap lebih-lebih.. kita tak tau apa masalah dia sebenarnya.. Takut nanti kita kata orang lebih-lebih, 1 hari nanti, Tuhan tunjuk kat kita pulak.. Ambil pengajaran je dah la...

Aku 1: Aku benci tul bila ko kata macam tu. Ye la.. ye la.. Aku stop.

Selasa, 13 Mac 2012

Jurang pelarasan gaji agak besar (itu pendapat aku)

Kalau aku komplen, mesti ada orang kata aku ni banyak songeh. Tak bersyukur. Tapi aku nak nak bagi pendapat jugak.. boleh?

Apa la agaknya yang aku tak puas hati kali ni? Ok la.. Tak puas hati tu agak kuat perkataannya. Kurang puas hati je sebenarnya. Aku kurang puas hati dengan SSM.

Ya Allah Rumaizah!!! Apa lagi yang kau tak puas hati ni???

Aku tak puas hati sebab:
Pelarasan kenaikan sebanyak 13% adalah untuk mereka dari gred 1-54

Anggap la orang N1 tu start di P1T1, gaji dia adalah RM649.15 (Rujuk Sini) kenaikan 13%, bermakna, pelarasan gaji baru dia ialah RM733.54 (naik RM84.39)

Anggap pula orang tu N54 start di P1T1, gaji dia adalah RM5160.68 (Rujuk Sini), kenaikan 13% bermakna pelarasan gaji baru dia ialah RM5831.57 (naik RM670.89).

Korang nampak tak apa yang aku cuba sampaikan? Serius aku rasa ada jurang yang terlalu besar antara pelarasan gaji gred N1 dan N54. Malah kalau, korang perhati, kenaikan yang N54 tu dapat adalah hampir sama dengan gaji asal N1 tu..

Jujur, aku sangat bersyukur dengan kenaikan yang mereka bagi ni.. Banyak kot! Aku sendiri tak terbayang gaji aku banyak tu (saya berjanji akan bekerja bersungguh-sungguh.. huk3). Cuma, aku rasa, bila nak naikkan gaji ikut peratus tu, elok la pecahkan gred kerja tu pada beberapa kumpulan gred yang hampir setara misalnya N1-N16, N17-N26, dan seterusnya.

Yup, tu pun belum cukup baik tapi sekurang-kurangnya takdela besar sangat jurang pelarasan gaji tu.. 

Aku bukan nak berlagak baik konon fikir orang lain. Tapi aku rasa, kita kena pertimbangkan masalah mereka yang bergaji rendah ni (dan, buat apa bagi gaji terlalu besar untuk sesetengah orang tu? hehe - ada unsur dengki di situ) dan aku rasa, kalau takde orang bawah, orang atas pun tak boleh buat kerja kan? Pokok kalau takde akar, tak boleh tumbuh jugak. Kita saling memerlukan..

Terima kasih kerana sudi membaca pendapat aku kali ini. Sekali lagi diingatkan, aku sangat bersyukur dengan kenaikan gaji baru aku ni. Aku cuma memberi beberapa cadangan penambahbaikan yang boleh dipertimbangkan bila nak buat pelarasan gaji lagi nanti.

Sila ingat yang aku memberi pendapat berdasarkan pandangan aku sahaja. Aku memang tak fikirkan masalah orang atas. Hehe.. Oleh itu, kalau rasa pendapat aku ni tak releven, atau tak boleh diterima akal, buat toya sudah.. Jangan hentam aku pulak. Nanti aku padam komen yang mengutuk aku tu. hahaha..

Ada sebabnya kenapa aku sekadar cikgu sekolah dan bukan akauntan apatah lagi terlibat dalam mesyuarat pelarasan gaji nih.. hehehe

Sama la aku pun. hahaha
Sekadar untuk perbandingan:
Pada pendapat aku, aiskrim perisa coklat lebih sedap dari aiskrim perisa vanila. Dan roti krim jagung adalah lagi sedap dari roti krim coklat..
Tak setuju? Itulah pendapat.. Tak semestinya sama.. =D

Isnin, 12 Mac 2012

En. Ken Sudah Hensem Sikit!!!! =D

Baru lepas ambil En. Ken dari kedai ketuk. Walaweh!!!! Rasa tak biasa pulak tengok bumper En. Ken duduk di tempat asal di balik. Huhuhu.. Terharu!!!

Apakah yang telah diketuk oleh En. Kedai Ketuk? Dia telah:
1- Menarik keluar balik bumper yang dah termasuk ke dalam
2- Dia kat bracket (betul ke eja?), pin segala bagai dah patah. Dia ganti baru..
3- Dia ketuk mud guard
4- Dia ketuk bumbung
5- Dia ketuk kat bucu belakang sikit

Aku tak minta dia cat sebab aku bercadang nak cat baru kereta aku..

So, berapakah caj yang dia kenakan pada aku? RM80. Pada aku agak murah la memandangkan kerja yang dia buat agak banyak. Sebelum ni aku tanya kedai-kedai lain, rata-rata caj RM300 untuk ketuk dan cat mudguard dan bumper (ya, harga ni pun masih murah lagi sebenarnya)

Aku rasa, macam ni la reaksi aku bila tengok En. Ken  dah tak kemik sana-sini!! En. Ken nampak lebih tinggi dan tegap tau!
Nak hantar kereta kat kedai yang aku pergi ni?ok, maklumat dia seperti berikut:
Kedai ketuk dan cat murah di Ampang
- Terletak bertentangan dengan Ampang Water Front 2. Kalau dari Bukit Belacan, Kdai dia ni sebelum simpang masuk Kosas.
- Owner dia Zali.
- Nombor telefon dia 0192635033.

Esok lusa, aku nak hantar kereta aku untuk repair tingkap dan pintu pula di kedai yang berjiran dengan kedai En. Zali tu. Moga En. Ken lebih sejahtera dan dapat berkhidmat dengan baik untuk selamanya lepas ni... =)

Ahad, 11 Mac 2012

Terukir Di Bintang - Yuna

Haha.. aku sangat suka lagu ni ya! Bila dengar iklan di tv guna lagu ni, aku automatik jadi Yuna tak bertauliah. Haha!! Tapi lirik masih tak hafal lagi la..

Kenapa aku suka? Sebab muzik dia sangat comel dan sweet.. Ala-ala muzik klasik dari Itali (ok, aku hentam je..Apa yang aku tau pasal muzik klasik?). Ok la.. lagu dia ala-ala iklan Enchanteur dan macam muzik dalam filem Hong Kong bila mereka nak gambarkan zaman 50-60an..

Apa-apa pun, sila la nikmati lagu ni ya. At least, nikmati ia sementara di tengah glamer.. Nanti giliran lagu lain pula

===================================================
Tajuk: Terukir Di Bintang
Artis: Yuna


Jika engkau minta intan permata tak mungkin ku mampu
Tapi sayangkan ku capai bintang dari langit untukmu
Jika engkau minta satu dunia akan aku cuba
Ku hanya mampu jadi milikmu pastikan kau bahagia

Hati ini bukan milik ku lagi
Seribu tahun pun akan ku nanti
Kan… kamu…

Sayangku
Jangan kau persoalkan siapa di hatiku
Terukir di bintang tak mungkin hilang cintaku padamu


p/s: Aku tak berapa minat Yuna tapi aku kena akui aku suka nilai seni pada gambar-gambar dia (yup, bukan kerja dia tapi tu menunjukkan dia pandai pilih orang yang bagus), dan ada beberapa lagu dia yang aku suka

Sabtu, 10 Mac 2012

Operasi make over En. Ken

Disebabkan aku tak berapa layak nak tukar kereta, maka aku bercadang untuk memberi nafas baru kepada En. Ken. Ok, perlukan pembetulan di situ.. Bukan nafas baru, tapi lebih kepada sesi pemulihan.. huk..huk.

Tadi, aku hantar En. Ken ke gym di mana badannya akan diketuk supaya dia dapat balik shape dia. Aku hanya boleh dapat balik En. Ken pada hari Isnin. Takpe la.. Asalkan hasil dia ok. Mula-mula ingatkan nak mekapkan terus tapi tauke kedai kata ambil masa 2 minggu kalau nak cat cantik. 2 minggu... aku nak pergi kerja macam mana? maka aku pun tangguhkan la cadangan nak cat baru.

Masa nak serah kunci pada encik tauke, aku sempat la tanya, kalau nak repair kereta hantar mana yang ok? Tauke cadangkan hantar kat jiran tetangga dia. Oh, ok la tu.. Dekat. Tak perlu aku berfikir susah payah. Hurm.. Bukan la aku dah tak nak pergi ACT dah. Cma, orang ACT tu baik sangat. Mereka tak nak buat kalau benda tu tak serius.. Sebab dia tak nak aku belanja benda tak perlu.

Tapi aku nak En. Ken seperti baru jugak! Tapi aku buat sikit-sikit la. Mana yang mampu dulu. Repair pintu dan tingkap, belt dan mounting dulu. Lain kali aku nak tukar segala lampu yang pecah, beli sticker reflector (dalam banyak-banyak benda, reflector ni yang ayah aku risau.. huhu), tukar no plet (yang ada ni dah patah kena langgar.. Kalau mampu, tukar tinted baru (yang ni dah mengelupas) dan akhir sekali baru cat.

Hoho!!! Berapa banyak la agaknya kos semua sekali? Aku harap aku mampu la buat semua tu. Sedikit demi sedikit. Dan akhirnya En. Ken akan jadi sangat menawan seperti dahulu.. yeeha!!!

Bila En. Ken dah hensem, aku letak gambar dia untuk tatapan korang ok?

Oh, kenapa la aku pandai belanjakan duit tapi tak pandai nak cari dan kumpul?? Serius kena belajar menabung dari sekarang!
Bukan aku je! Korang pun kena mula simpan duit dari sekarang!

Khamis, 8 Mac 2012

Nak tukar kereta tapi... tak jadi la!

Aku sembang dengan dia (orang yang aku minat) dalam YM. Antara soalan awal dia ialah "Kenari apa khabar?" aku pun ceritakan perancangan aku terhadap En. Ken..

Jawapan dari dia mudah je.. "Beli baru je la.." Tu bukan kali pertama dia bagi cadangan macam tu. Dah banyak kali dah. Sampai ada la sekali tu aku tanya pada dia, " Buruk sangat ke kenari saya?"

Hurmm.. Aku sayang En. Ken. Yup, dia bukanlah kereta yang terhebat sebab dia banyak kali juga meragam. 
1-Aircond rosak
2- kemalangan kecil yang mengakibatkan dia lekuk sana sini, warna pun memang out dah
3- bunyi belt (tak pasti yang mana satu) yang mengejutkan jiran aku saban pagi
4- tingkap dan pintu yang dah tak berapa nak ikut arahan (suka hati dia nak kunci ke tak)
5- enjin yang sangat menggoncang body (orang kata mounting dah tak elok)
6- tinted cermin dah mula mengelupas

Oh, lupa.. body yang dimaksudkan ialah body kereta

Jujur, ada jugak la aku pasang niat nak tukar kereta lain. Mula-mula ingat nak tukar ke Viva je tapi bila fikir balik.. orang bisanya kalau tukar kereta makin upgrade. Nape aku downgrade pula? Lagipun, kalau tukar kereta, aku kena bayar bulan-bulan. En. Ken ni dah habis bayar dah.

Jadi, aku tengok la majalah (ke katalog?) motor trader, kalau-kalau ada kereta dalam bajet (aku macam minat Honda Jazz). Dalam masa tu aku perasan 1 perkara..
" Harga Kelisa terpakai adalah lebih mahal dari Kenari terpakai yang sebaya dengannya"


lagi mahal dari


Why? Why? Aku sangat kecil hati ye.. Kenapa pula Kelisa lagi mahal? 

Terus aku tak jadi nak jual En. Ken! Baik aku baiki dan pakai dia sampai tua! Huh! Tak pun, aku akan pakai sampai ada orang sanggup nak mewarisi En. Ken. Aku takkan give up dia lagi. Biar la belanja sikit untuk upgrade kereta ni dari kena ada komitmen tiap bulan (jangan lupa yang aku baru beli rumah).

Huhu.. cerita pasal rumah, mengingatkan aku yang aku perlukan penasihat kewangan!!! Aku nak tau kalau aku ada buat silap dalam rancangan kewangan aku. Siapa sudi bantu??? 

Isnin, 5 Mac 2012

Update pendek kala takde idea

Entry pendek je. Obviously aku takde idea.. hik3...

Cuti sekolah akan tiba tak lama lagi. Apa rancangan korang untuk cuti kali ni? Partner in crime aku ajak pergi Cameron Highland. Aku on je.. Nak juga berjalan walaupun dalam negeri. Nak berjalan jauh-jauh, akaun gaji tak berapa nak bagi. Lagipun aku takde kawan nak pergi. Tengok la hujung tahun ni. Dengar cerita, ada rombongan nak pergi Korea pada harga RM2300++. Macam ok kot.

Aku ada dua set kertas soalan yang masih belum bertanda. Takde mood!

Menghitung hari... Start hujung minggu ni cuti!!! Yeay!!!!

p/s: Sorry. Aku memang tak boleh nak tulis pendek-pendek macam orang lain. So not me..
p/p/s: entry pendek, tak yah gambar la kan? kan?

Khamis, 1 Mac 2012

Bos Berjiwa Staf

Jumpa dalam 9 gag. Kalau la semua bos / orang atasan berfikir macam dia.. kan bagus? Well, aku takde la minta gaji mereka tu rendah dari staf dorang. Cukup la sekadar dorang fikir tentang staf bawahan sebelum buat sesuatu yang mementingkan diri sendiri.