Semalam adalah hari terakhir Pn. Halfah di sekolah kami (buat masa ni). Ramai cikgu yang jiwang nangis masa tu.. hehe.. aku? Err.. Adakah aku akan nangis untuk orang yang mendapat kenaikan pangkat? Kalau aku nangis untuk dia, aku kena juga nangi untuk semua kawan aku yang pindah sekolah. Ini adalah perpisahan yang sementara..
Tapi aku bukan nak cerita tentang perpisahan. Aku nak cerita semula pada korang cerita yang disampaikan oleh pengetua aku.
Macam ni cerita dia..
===============================================
Pada suatu masa dahulu, di sebuah negeri padang pasir, ada seorang pedagang dan orang suruhannya sedang dalam perjalanan untuk berdagang barangan mereka. Sila ingat, keadaan di padang pasir adalah berangin dan kering..
Kadangkala, dalam perjalanan, mereka berdua akan berhenti seketika. Dalam masa mereka berehat, orang suruhan itu akan menulis di atas pasir segala rungutan dan rasa tak puas hatinya terhadap tuan (bos) nya. Perlu diingat lagi, pedagang itu hanyalah insan biasa. Dia ada banyak keburukan dan kelemahan. Ada la beberapa perhentian, itu la yang dilakukannya. Dia akan tulis dan tulis sehingga hatinya puas.
Pada satu hari, mereka perlu menyeberangi sungai (jangan tanya aku mana datang perahu dan adakah unta mereka naik perahu sama-sama atau adakah perahu tu ada pilotnya atau tak. Aku tak berani nak tanya masa pengetua aku tengah bercerita di tengah perhimpunan). Dalam masa mereka cuba menyeberang sungai, perahu mereka terbalik.
Pedagang itu menyelamatkan orang suruhannya dan membawanya ke darat. Sebaik sahaja hilang penatnya, orang suruhan itu dengan segera menulis (ukir) di ata batu yang berhampiran..
"Hari ini, tuanku telah menyelamatkan nyawa aku..."
Pedagang itu hairan lalu bertanya, "Mengapa, selama ini, kau menulis segala rungutan dan benda yang kau benci tentang diri aku di atas pasir. Tapi hari ini, kau menulis tentang ini di atas batu?"
Orang suruhan itu menjawab, "Sesungguhnya, aku menulis keburukan mu dan segala rungutanku di atas pasir kerana pasir akan terbang ditiup angin dan rungutan itu akan hilang. Aku harap, seperti mana rungutan aku itu hilang, begitu juga aku akan melupakan segala rasa tidak puas hati aku."
"Tetapi, aku tidak sekali-kali ingin lupa apa yang telah engkau (tuan) lakukan untuk aku hari ini. Jadi aku tuliskan di atas batu agar ia kekal selama-lamanya."
Tulis banyak-banyak, sampai jadi batu bersurat.. yeay!! |
================================================
Pengetua aku kata, moral dari cerita ini ialah, kita hendaklah melupakan segala keburukan orang dan cuba ingat yang baik-baik sahaja tentang seseorang itu. (moral dari orang suruhan)
Bagi aku pula, pedagang itu juga bagus kerana walaupun dia tau yang orang suruhannya tu banyak tak puas hati, mengumpat dia (dengan pasir), dia tetap tidak berkira dan menyelamatkan orang suruhannya tu.
So, apa pula pengajaran yang korang dapat dari cerita ni?
Moral of the story.. kalau tak puas hati dengan orang jangan luah diblog! :D hehe..
BalasPadamnape lak x boleh?? jangan la letak nama... hahaha
BalasPadamblog tu macam diari.. personal. kalau nk baca silakan tapi jangan la sentap