Huhu.. sori.. Janji nak update kelmarin. Ni dah berhari-hari baru aku update bahagian 2. Boleh la kata aku sibuk beraya.. heheh.. Kalau nak baca bahagian 1 boleh baca kat
Jalan-jalan di Singapura (bahagian 1)
Jalan-jalan di Singapura (bahagian 1)
==========================
Hari Kedua (29/5/2012 - Selasa)
Hurmm.. masih lagi terkesan dengan kepenatan semalam. Aku demam. Malam tak payah cerita la. Siap berdengkur. Punya la dahsyat..
Kami gerak pukul 8 kot.. Aku dah lupa. Kami ambil keputusan untuk sarapan di kedai mamak yang berhampiran dengan hotel kami. Aku yang dalam keadaan bajet gila pilih untuk makan nasi lemak kosong berlauk telur. Aku tak ingat aku minum air apa. Mungkin teh ais la kot. Sebab untuk nasi lemak basic + air, aku dicaj SGD4.30.
syahdu kan? |
Berbalik kepada pantai-pantai di Pulau Sentosa. Ada 3 atau 4 pantai di sini. yang aku ingat ialah Siloso dan Palawan. Lagi 2 aku lupa (sori..) dan pantai ni boleh dikatakan sangat bersih. Aku tak pasti la sebab orang Singapura memang pembersih atau pekerja pembersihan Pulau Sentosa sangat cekap. Cuma 1 downside mandi kat sini ialah, kau boleh nampak kapal daa kat belakang. aish!!
Pantai Siloso |
Kawasan paling hujung di Singapura |
Ikutkan aku sangat teringin nak naik skyline dan luge. Tapi atas sebab-sebab tertentu, kami batalkan. Nak naik segway. Mahal gila ok! SGD12 untuk 5 minit. Kejadah? Ada orang kata ada di Taman Tasik Perdana. Baik naik di situ je. Ada juga sky ride. Pun mahal. Boleh dapat kat Genting highland.
Last-last kami ambil keputusan nak try 4D cineblast. Aku dan Fadh beli 2 je. Extreme Log Adventure (naik 1 benda macam bot, lepas tu kita terasa macam kita ni kayu balak dan melalui perjalanan kayu balak dari masa ditebang hingga ke tempat pengumpulan balak. Best!) dengan Pirate (cerita pendek pasal seorang budak cuba gagalkan usaha lanun rampas harta bapa dia. Memang real la lebah dia. huhu). Kami tak try Desperado (naik atas plana mekanikal dan cuba tembak penjahat dekat skrin. Siap ada markah lagi!) dan mungkin kami tersilap sebab Acap dengan Safwan main Desperado 4 kali! Kalau bukan sebab kami suruh berhenti, aku rasa sampai ke malam mereka masih main Desperado tu.
Dan aktiviti paling penting yang kami lakukan di Pulau Sentosa ialah bergambar dekat globe USS. Tak masuk pun USS sebab tak bawa duit. Bergambar je dulu. Lain kali kot.
Pukul 3 lebih. Kami dah penat dan lapar. Kami pun pergi ke Vivo City untuk makan. Berpusing-pusing cari foodcourt halal, Mujur ada. Aku makan nasi goreng biasa. Hohoho.. puas hati. Kenyang! Air aku tak beli. Aku just minum air yang aku bawa (jimat beb!)
Sama ada aku memang kantoi adalam bab arah ataupun Vivo City sengal sebab tak buat papan tanda ke surau, kami gagal jumpa surau. Aku dah mula baran. Dah la aku baran dengan toilet dia yang sangat cerewet. Takde air 1 hal. Nak tadah air kat sinki pun payah. Sakit hati aku!
Last-last, kami balik. Malas nak cari. Jama' takhir la hari ni. Kami pergi ke Bugis street untuk cari cenderamata. Berdasarkan pemerhatian aku selama ni, adalah sangat useless aku beli barang macam-macam. So, aku tumpang Fadh untuk beli keychain (SGD5/12pcs). Fadh, Safwan dan Acap beli t shirt. Ok gak la harganya. SGD10 boleh dapat 3 atau 4 t shirt.
Lepas shopping, kami balik. Penat kot! Malas nak fikir nak dinner di mana, kami ambil keputusan untuk makan mi segera je. Kami beli di 7E yang berhampiran dengan hotel kami. Jenama Myojo. Ni la satu-satunya barang buatan Singapura yang aku beli. Hehe..
product of Singapore |
Dan sekali lagi, malam itu, selepas solat, kami pengsan! Tapi mesti kemas barang dulu!!! Esok nak gerak pagi-pagi. Banyak lagi tempat nak cover. Acap je yang masih bertenaga. Entah berapa banyak tempat malam tu dia jalan sorang-sorang aku pun tak pasti..
So, catatan perbelanjaan untuk hari kedua yang panjang ialah:
1- Sarapan: RM10.75 (SGD4.30)
2- Tambang MRT Al-Juneid - Front HArbour: RM4.50 (SGD1.80)
3- Sentosa Express (2 hala): RM7.5 (SGD3)
4- 4D Log Ride + Pirate: RM75 (SGD 30)
5- Nasi goreng di Vivo City: RM11.25 (SGD4.50)
6- Tambang MRT Frount Harbour - Bugis: RM4.50 (SGD1.80)
7- Keychain 12pcs: RM12.5 (SGD5)
8- Tambang MRT Bugis - Al-Juneid (ulang alik): RM3.25 (SGD 1.30)
8- Tambang MRT Bugis - Al-Juneid (ulang alik): RM3.25 (SGD 1.30)
9- Mi segera: RM6,25 (SGD2.5)
JUMLAH = RM135.50 (SGD54.20)
so.. tinggal 2 bahagian je lagi. Tunggu!!!
Betul-betul control budget ni! :D
BalasPadamsaya je yg bajet gila2.. kwn sy ok je.. hehe.. kena jimat.. byk lg tempat lain nk pergi..
BalasPadamSalah tu... Singapura kan pulau, dikelilingi air, jadi ada beberapa pantai yang lagi seperti pantai East Coast, pantai Changi. Bukan kat Sentosa je... Sekian, terima kasih.
BalasPadamoh.. ye ke?? saya silap la tu.. aritu baca katbe tah kata tu je pantai kat singapore.. saya akan betulkan ye..
BalasPadamtq..
Asa syarikat pinjaman pinjaman bersedia untuk meminjamkan mana-mana jumlah yang anda perlukan untuk memulakan perniagaan peribadi anda. kami memberi pinjaman pada kadar faedah 3%, juga jika anda ingin membeli rumah di atas ansuran bulanan kita juga boleh menjual rumah untuk anda. supaya Sila memohon pinjaman pertanian pertanian. jika anda memerlukan hubungan pinjaman e-mel kami: asaloantransfer@gmail.com, anda juga boleh menghubungi e-mel ini: finance_institute2015@outlook.com, Mungkin ada banyak sebab mengapa anda perlu akses kepada beberapa wang tunai tambahan - daripada yang tidak dijangka pembaikan kereta atau rumah untuk membayar perkahwinan anda atau cuti khas. Tetapi apa sahaja yang anda memerlukannya, apabila anda meminjam antara $ 5,000 USD untuk 100,000 USD di atas.
BalasPadampengkhususan Syarikat.
1) Kami memberi pinjaman pada kadar faedah 3%.
2) Kami juga boleh membeli sebuah rumah pilihan anda dalam mana-mana lokasi pilihan anda.