KLIK LAJU-LAJU!

MARI BLOGWALKING DENGAN APESAL.COM

Yang Baik Hati =)

Cari cerita lama

Aku terkini

sebelum komen, baca dulu komen orang lain boleh? Bosan la nak balas komen yang sama.. sebab jawapan aku mesti sama punya. tak pasal2 aku jadi astro karang ulang tayang beberapa kali

* jangan orang astro sentap pulak dengan aku, suda

Jumaat, 2 September 2011

Catatan Syawal 1432H Bahagian 1

Lama aku tak update. Ada macam-macam sebab. Sebab utama adalah aku takde idea. Takde cerita sangat. Hinggalah aku balik beraya.

Raya kali ni agak sederhana. Mungkin kerana hakikat yang duit aku pun agak sederhana amaunnya. Ya, aku dapat bonus setengah bulan gaji.. Dan aku dapat tunggakan selama 8 bulan. Memang best! Masa tengok akaun bank... WALAWEH!!!! 
Agak-agak berapa RM ada ni?

Tapi, setelah ditolak hutang (jangan berhutang tanpa sebab ye kawan-kawan) dan membaiki En. Ken kesayangan (hurmm.. haritu aircond je prob. Tiba-tiba semalam dengan bau hangit, asap putih, aircond bocor.. apakah?) maka duit aku tinggal tak berapa banyak la.
Asap putih ye.. en. ken? bukan..

Tahun ni aku dapat menganyam ketupat dengan jayanya. Aku juga dapat memasukkan beras dalam ketupat (dengan dibantu oleh adik saudara aku). Aku juga dapat tengok CSI (yang diulang-ulang) di ASTRO. Tahun ni kami tak gerak ke mana-mana. Sekadar duduk di rumah menunggu tetamu sebab dah menjadi kebiasaan, sanak saudara yang akan mengunjungi rumak atuk aku sebab atuk aku merupakan Pak Long/ Abang Long.

Jahat tak jahat, kami di rumah yang menjadi tukang bancuh air dan mencuci gelas, mengira, berapa rombongan yang dah datang, dan berapa lagi yang akan datang =) (penat woo basuh gelas..)
banyak gelas terlibat woo..

Masuk hari kedua, kami dah tak larat nak makan makanan raya. Kami dah mula mencari ikan dan sayur untuk dijadikan lauk. Tapi, seperti yang dijangka, tidak banyak kedai yang buka.

Masuk raya ketiga, kami dah mula terintai-intai kedai Hasim di pekan (mi bandung kedai Hasim sangat Rock ok!!) tapi kedai dia sentiasa penuh. Tapi petang tersebut kami dapat juga pergi kedai Hasim sebab kami menerima tetamu yang tak dijangka.
Aku rasa sebenarnya ni gambar mi rebus. Setahu aku, mi bandung takde tauhu kan?

Petang raya ketiga, kami diziarahi oleh cucu atuk aku (sepupu aku) yang dah lama terpisah. 2 orang anak pakcik aku dengan isteri pertama dia. Mereka curi-curi pergi ke rumah ayah mereka dan pakcik aku bawa mereka ke rumah atuk aku. 2 orang lagi adalah anak pakcik aku yang dah lama membawa diri (ada konflik sikit dulu) tapi berhubung semula sebab mereka perlukan atuk aku sebagai wali.

Aku bukan seorang yang mudah menangis. Tapi aku sangat happy. Ye, mereka takkan boleh mesra lagi dengan kami seperti kami rapat dengan sepupu-sepupu lain tapi.. sekurang-kurangnya kami berkenalan semula. =)

Aku dengan makcik pergi ke kedai Hasim membeli nasi goreng dan mi goreng untuk tetamu-tetamu istimewa kami (lauk di rumah habis sebab beli cukup-cukup). Tapi mak dan ayah aku tak sempat untuk membeli mi bandung. Sold out! Inilah kali pertama kami balik kampung tak dapat makan mi bandung. Frust beb!

Catatan kali ni tiada motif. Hanya kisah raya tahun aku kali ni. Mungkin, ada orang akan kata, entry aku patutnya dia singkan kepada beberapa entry. Biarlah.. Aku memang tak pandai menggarap cerita. Kalau aku pandai, dah lama BM aku dapat A1 (kalau sekarang, A+)

Ada cerita lain. Tapi nanti-nanti la aku cerita. Aku ni tengah potong baris adik aku guna komputer ni.. Huhu..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Semua orang boleh komen. Dan aku laparkan komen dari korang.
Tapi letak la nama.. Tak suka nak panggil korang Tanpa Nama