KLIK LAJU-LAJU!

MARI BLOGWALKING DENGAN APESAL.COM

Yang Baik Hati =)

Cari cerita lama

Aku terkini

sebelum komen, baca dulu komen orang lain boleh? Bosan la nak balas komen yang sama.. sebab jawapan aku mesti sama punya. tak pasal2 aku jadi astro karang ulang tayang beberapa kali

* jangan orang astro sentap pulak dengan aku, suda

Sabtu, 24 September 2011

Mari minta duit hantaran banyak-banyak!!!!

Tadi aku pergi ke persatuan Salah Cakap. Dia ada la post tentang hantaran untuk perempuan. Berapa RM untuk orang taraf pendidikannya mana. Lepas tu, ada la dia buat sikit dialog lelaki yang minta kurang dan bila last sekali, lelaki tu seperti samakan perempuan dengan kereta. Dia kata, apa kata, dia buat downpayment 2k. Balik rumah, dia test drive, kalau puas hati lepas tu dia bayar bulan-bulan. Kalau tak, dia pulangkan sahaja, ambillah RM2k tu.

Aku menyelar post itu dengan mengatakan, Sedapnya samakan perempuan dengan kereta. No wonder kalau tiba dapat baby, tak nak, buang sahaja di tepi jalan.

2 lelaki membalas. 1 berkata, "tepuk sebelah tangan tidak berbunyi". 1 lelaki pula mengatakan, sebaik-baik perempuan adalah yang rendah maharnya. Lagipun, hantaran mahal-mahal, tiba-tiba tengok tak pandai memasak"

Dah tentu la aku balas balik. Aku kata, kalau ikutkan tanggungjawab laki yang sediakan makan pakai.

Haha.. dan aku diselar sebagai Perempuan Moden.

Ok, sebenarnya, aku juga anggap yang aku perlu ada pengetahuan buat kerja rumah sebelum berkahwin. Tapi, seriously guys, adakah pandai memasak adalah prasyarat pertama untuk perempuan menjadi isteri korang? Kalau ye, kenapa tak pastikan dari awal yang bakal isteri anda tu pandai memasak? Kenapa komplen lepas tu?

Dan, kalau korang boleh berprasyarat nak isteri pandai memasak, maknanya kami pun bolehlah letak prasyarat kami juga kan? Dan, setahu aku, bukan tugas isteri memasak dan buat kerja rumah. Benda tu jatuh jadi wajib bila suami dah sediakan semua bahan dan bagi arahan untuk memasak. Itu pun jatuh hukum wajib sebab isteri kena patuh arahan suami. Bukan sebab isteri pandai masak.

Ye, aku tahu, mesti ada orang yang bengang dengan statement aku ni. Sekali lagi aku ingatkan, aku bersetuju yang perempuan perlu bersedia sebelum kahwin. Tapi, janganlah jadikan alasan yang orang tu tak pandai memasak untuk korang komplen. Benda tu boleh selidik dari awal.

Untuk orang yang masih keliru.. Hantaran bukanlah mas kahwin. Duit hantaran biasanya digunakan oleh keluarga perempuan untuk buat kenduri. Ye, aku pun tak rasa yang orang perlu demand dut hantaran banyak-banyak. Buat sekadar yang termampu. Tapi, dengan kos sara hidup sekarang, bergantung juga dengan lokasi kenduri nak diadakan, aku rasa, logik je jumlah duit yang diminta. Dan aku rasa, rata-rata pihak perempuan minta RM10k. Kalau lebih tu, sebab mereka tahu pihak lelaki mampu (ataupun sebenarnya nak tolak cara halus.. sengaja letak hantaran tinggi dengan harapan pihak lelaki give up). 

Aku bukan benci lelaki.. Aku cuma benci dengan sesetengah sikap lelaki yang suka kritik habis-habis sikap perempuan. Kata perempuan leceh la.. slow la.. tak pandai masak la. Kadang-kadang aku terfikir, kenapa mereka suka cari kelemahan perempuan?

Syukur, tak semua lelaki begitu. Ada je kawan-kawan aku yang tak pandai masak tapi hidup bahagia dengan suami mereka. Give and take la.. Yang perempuan cuba improve diri. Yang laki cuba terima dan dalam masa yang sama, bagi galakan pada isteri. Bukan kondem tak habis-habis.

Dan kalau tengok betul-betul, yang biasanya suka kondem ni, orang bujang kan? Orang dah kahwin tak banyak songeh.. Hahahah. 

4 ulasan:

  1. Hmmm.. isu panas ni :D

    Apa pun terlalu banyank sangat kriteria dan ciri-ciri idaman akan menyempitkan lagi usaha untuk mencari pasangan yang sesuai.

    BalasPadam
  2. hurmm x tau la.. tapi freaky suka perempuan yang maharnya rendah :P

    BalasPadam
  3. aku pun nak letak syarat tinggi kt lelaki. aku nak lelaki yg bole jadi imam. rata2 lelaki skrg terutama student aku bila suh jadi imam sume tolak.

    BalasPadam
  4. anif: yup, makin banyak syarat, makin kurang calon yang sesuai.. hehe

    freaky: mahar = mas kahwin.. hantaran tu lain..

    Fadh: aku sentiasa mahukan suami yang boleh pimpin aku ke syurga (despite of syarat2 duniawi aku tu la.. hahaha)

    BalasPadam

Semua orang boleh komen. Dan aku laparkan komen dari korang.
Tapi letak la nama.. Tak suka nak panggil korang Tanpa Nama