Cari cerita lama
Aku terkini
sebelum komen, baca dulu komen orang lain boleh? Bosan la nak balas komen yang sama.. sebab jawapan aku mesti sama punya. tak pasal2 aku jadi astro karang ulang tayang beberapa kali
* jangan orang astro sentap pulak dengan aku, suda
Isnin, 1 Februari 2010
aku, dia dan gambar FB
kisah lama.. baru nak cerita..
ingat x aku kata ada seorang kawan aku kenalkan aku dgn kwn dia. kira nk matchmaking la ni.. dia kata, dulu dia match kan adik angkat dia dgn abg dia.. berjaya.. so, aku rasa, dia positif sgt la yg hubungan aku dan kawannya ini akan menjadi..
guess what? jangkaan dia meleset. kenapa? hurmm.. mamat yg dia kenenkan itu hensem gak la.. harus sudah mempunyai awek (sbb tu kwn aku pelik mengapa dia masih xde awek). aku try gak la kwn dgn mamat itu.. agak payah.. kerana wavelength kami berbeza..
hingga la 1 malam, aku beranikan diri menegur mamat itu di chatbox fb aku.. aku tegur dia kerana describe diri dia sedang mencari kebahagiaan.. so, aku mengoffer diri utk matchkan dia dgn kwn aku. tapi dia turn table balik kat aku.. dia lak yg bagi aku tips cane nak buat laki tertarik utk kwn dgn aku..
tau apa tips dia? well, dia suruh
1- tukar gambar profile kat fb tu.. menurut dia, gambar aku tu (gmbr tgh tunduk mkn tembikai tanpa tangan..) membuatkan aku kelihatan seperti seorang yg gelojoh dan rakus..
2-tapi.. jgn buang lagi.. aku hanya harus menukar gambar aku itu, setelah aku bersukan, berdiet dan berjaya menurunkan berat badan. lepas dah kurus, tangkap gmbr baru, then, baru post gambar baru aku tu..
apa agaknya yg aku pikir masa tu ek? hahaha.. aku mmg dah tau mamat ini demand orgnye.. so, aku xde la sound dia direct2 tu gak.. bila aku citer kat kawan aku tu, dia pon kata, " tukar la gambar yg ayu pasni." aku jawab.. "saya xde gambar ayu. tukar la cane pon, buruk gak rupa saya"
payahnya nak puaskan hati lelaki kan? ini baru sikit.. aku kena bergambar dgn ayu la.. kena kurus la.. dan bila aku kenangkan pengalaman lalu aku.. aku buat 1 keputusan.
no, aku xkan ubah diri aku semata2 utk nk tarik perhatian lelaki. malang utk aku dan lelaki itu jika aku terpaksa berlakon utk tarik perhatian dia. malang utk dia jika dia hanya sedar segala kelemahan aku (yg sgt byk itu) selepas kami berkahwin.
aku x menolak untuk berubah.. aku yakin, kalau aku suka seseorang itu, aku sanggup berubah utk dia.. supaya aku dapat sesuaikan diri dgn dia.. tp bukan mcm apa yg mamat tadi suruh.. berubah supaya aku menjadi seperti apa yg lelaki (dia terutamanya) sudah acuankan.. x adil.
aku harap, post ni x menyakitkan hati mana2 org. aku just nak luahkan apa yg terbuku kat hati aku selama 2 minggu ni.. terasa frust bila org judge kita dr gmbr n saiz kita.. ye, aku mmg x cun.. kalau ko nak cari org cun, sila cari org lain.. bukan aku..
so, dah terjawab dah kan kenapa aku x letak gmbr kat fb? tunggu la aku ayu ke.. kurus ke.. x pon, tunggu la aku kawin dgn laki yg hensem, kaya, putih, tinggi n kurus.. aku post gambr profile byk2.. kalau x, biar la kosong je.. kang ada org sakit mata pulak..
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
patut la fb dia xde gmbar ek.. mule2 sy rase pelik jugak.. skrg baru faham.
BalasPadampoyonye laki mcm ni.. patutla single mingle jingle bell jingle bell.. ape dia igt dia perfect sgt ke? eh emo lak sy... teng teng teng..
ade senior sy dulu bf dia mcm ni la.. sume org menentang.. sebabnya laki tu xde la bagus mane pun, nak demand lebih2 apsal? siap suruh senior sy brush up english dia lagi.. hello.. kalo awk tu bercakap omputih sampai berterabur gigi iye la jugak kan.. pastu siap suruh pakai celak swoh besarkan mata.. adoiyai!!! oppss... emo lagi..
begini my fren, kalo seseorang lelaki tu syg kat kite, dia akan terima kita seadanya.. gemuk ke, kurus ke, hitam ke, putih ke, jongang ke, tak ke, jerawat penuh ke, muka licin ke, mcm mane pun kita dia akan terima.. kalo awal2 dh nak itu ini, bape lama kita nak hidup dlm kepalsuan...
rasenye ni komen paling panjang dr saya setakat ini.. harap maklum.... wawawawawa
oryza sekali komen punye panjang...
BalasPadammasing2 ada pendapat masing2...
semnjk aku letak avatar blog gmbr orang pakai baju hujan kuning..semua ingat aku macam serial killer
firol: jarang-jarang... kadang-kadang aje;p org suke judge berdasarkan ape yg dia nampak aje.. itu silapnye..
BalasPadamhehe... cik oryza.. i like..
BalasPadamyup.. laki mmg suka pompuan yg cun.. aku pon suka laki hensem.. tp tolong la jgn menentang kalau ada perempuan yg xnak tunjuk betapa lawanya dia tu..
yup, ada org mmg cantik, bergambar cane pon cantik. utk aku, kena berusaha.. n trust me, aku xkn sepanjang masa cantik.. kalau dia suka aku sbb aku cantik, tiba tengok aku huduh, x ke kecewa? aku xnk kecewakan dia dr awal je.. haha
sgt x menghargai usaha aku kn?
firol: ah, kalau kamu serial killer, kamu xkan pakai baju hujan kuning.. kamu akan pakai baju hujan hitam..
hahaha..yelah tu brat...jangan lupa ada juga yg tak pandang pada rupa tapi pada fulus...
BalasPadamaku terjumpa prmpn camni..huuuu tau la aku ada motor je
firol: kawan la ngan rumaizah:)
BalasPadamrumaizah: kawan la ngan firol:)
i likeeeee:)
firol: hurmm.. perempuan kena pandang harta.. tu ukuran laki tu mampu sara dia ke x.. kalau dia rasa laki tu x mampu nk maintain dia (kes wanita high maintaenance la nih)baik dia blah awal2.. baik utk kesihatan kedua2 belah pihak..
BalasPadamxpe.. bak kata kenu reeves.. someone somewhere out there is waiting for you..
cik oryza: ni kita kawan la ni.. kan firol kan? kan?