percaya la bila aku kata, aku la antara manusia yang paling cepat sentap! tapi ada pelbagai level kesentapan itu. juga cara yg berbeza untuk aku bereaksi (terkedu, memek muka, suara, bahasa badan, kecik hati dll) atau membalas (dgn sengaja) terhadap perkara yang menyentapkan aku tu.
biasanya, aku akan cool di hadapan org yg buat aku sentap itu TETAPI huhu.. kalau itu adalah kes berat, maka aku akan ingat sampai bila2.. kalau sekadar gurauan atau keterlanjuran, aku sentsp jap je.. aku ni mmg RAM je byk.. lepas restart, ok la.. hard disk aku biasa guna utk benda2 yg lebih penting dan xsentap.
aku akan sentap kalau:
1- orang marah aku (jgn la marah.. aku dah tua.. tegur boleh la).
2- bila org tiba2 x layan aku (kecik hati seh.. xtau hujung pangkal).
3- bila org x layan aku seperti yg aku harapkan (huhu.. ok la.. aku manja. suka mengada2.. xsuka, bagitau. aku xkan mengada lagi. ok?)
4- bila orang kutuk aku.. depan2 org (habis, nak kutuk belakang orgkah?)
5- bila org yg aku nampak baik depan aku, tiba kutuk aku (kalau org tu aku xsuka or mmg selalu kutuk org, aku dah paham dah.. dia tu yg masalah sebenarnye)
6- bila org rejek aku (err.. bukan rejek jadi awek je ye. segala jenis rejek)
7- bila org tolak pendapat aku (aku tidak bodoh. so, tolong pertimbangkan segala yg aku kata.)
8- bila org keluarkan statement mcm dia lagi hebat dr aku or aku x sehebat dia (ye la.. ko hebat..)
9- bila org yg xkenal aku suruh aku diet!(kau nak aku diet, ko teman aku sekalik ok?)
10- bila aku angkat tgn nak bercakap tp org buat dunno (aku dah bersopan camtu, ko xnak layan.. haruskah aku bertempik begitu je?)
11- bila org potong baris tanpa gaya terdesak atau rasa bersalah (especially kalau minta kwn chupkan.. tensi aku!)
12- org malukan aku depan org ramai (ni utk kes berat. kalau sekadar dgn kwn2.. n tujuan bergurau, aku leh terima. kalau x..aku ada maruah ok! tolong jaga gak.)
13- bila org yg xkenal aku judge aku terlalu awal (gelojoh ke.. anak org asli ke.. xmalu ke.. sila kena aku dulu before ko decide kesantunan, keseganan serta keturunan aku ye!)
huhu.. the list never end.. baik kita tukar topik!
Cari cerita lama
Aku terkini
sebelum komen, baca dulu komen orang lain boleh? Bosan la nak balas komen yang sama.. sebab jawapan aku mesti sama punya. tak pasal2 aku jadi astro karang ulang tayang beberapa kali
* jangan orang astro sentap pulak dengan aku, suda
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
oh! adakah sy yg telah menyentap kamu?
BalasPadamoh tidak!! kamu jgn khuatir. heheh
BalasPadamoh! nasib baik..
BalasPadamhehe.. perempuan jarang membuat diri ini sentap.. tapi, kalau dah sentap... siap la org itu..
BalasPadam