haritu aku makan (atau telan?) 1 ubat ni.. bentuk dia 4 segi yg xberbucu tajam, warna putih. ada la iras2 gula2 atau chewing gum untuk segarkan nafas..
sementara nak dapatkan air, aku terasa yang ubat tu agak manis gak rasanya.. terus aku terpikir nk terus kemam ubat tu... nak tau, rasa dia mmg manis ke?
kemam x sampai 1 minit, rasa manis bertukar jadi pahit.. haha!! mujur cawan yg berisi air dah ada dalam tangan. terus aku minum air utk mudahkan telan.
waktu tu aku terfikir..."hurmm.. rupanya manis tu adalah 1/10 dari rasa pahit.."
mungkin tu jugak yg berlaku dalam hidup.. rasa manis dgn sesuatu perkara... bahagia gile masa mula2.. pada awalnya.. tapi lepas tu, sebahagian besar adalah rasa pahit atau dugaan.. haha!! xsangka aku dapat pengajaran dari sebiji ubat.
beberapa hari lepas, aku nk makan ubat tu lagi (aku amik sekali sehari).. baru aku perasan kat botol tu ada tulis "..coated tablets". la... rupanya dia coated.. maknanya, rasa manis tu coat pil yg pahit tu, supaya kita sanggup letak dlm mulut. mungkin gk, bau pil tu sangat teruk sampai perlu disalut dgn gula...
terus, aku terpaksa tukar pendapat aku yg lebih awal. manis bukanlah sebahagian dari rasa pahit.. sebaliknya, rasa manis digunakan untuk mengaburi sifat sebenar ubat tersebut..
pape pun, tetap leh apply dalam hidup.. kalau korang berhadapan dengan perkara yg sangat menyeronokkan, bersedialah untuk menghadapi dugaan selepas tu. x kira la dugaan itu datang bersama berita baik tersebut.. atau, pahit sebab korang terpaksa lepaskan kegembiraan tu bila sampai masa nanti.. yg penting, ready je la.. sebab xde benda yg kekal dlm hidup ni.. semuanya bergantung kepada bagaimana kita beradaptasi dengannye..
xsuka rasa pahit? sape yg suka? tapi ingat la.. ubat yang pahit tu yg mujarab.. sama gak dengan hidup kita.. pengajaran yg perit tu yg menjadikan kita lebih matang dalam meneruskan hidup (atau x?)
pape pon, aku ni sgt la lambat utk serik.. telan ubat pahit byk kali pon, xkisah nk telan lagi.. dah banyak kali menghadapi situasi akibat tersalah buat keputusan, aku masih xserik lagi utk buat silap.. xtau la tu sifat yg baik atau x?
apa komen korang?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Semua orang boleh komen. Dan aku laparkan komen dari korang.
Tapi letak la nama.. Tak suka nak panggil korang Tanpa Nama