KLIK LAJU-LAJU!

MARI BLOGWALKING DENGAN APESAL.COM

Yang Baik Hati =)

Cari cerita lama

Aku terkini

sebelum komen, baca dulu komen orang lain boleh? Bosan la nak balas komen yang sama.. sebab jawapan aku mesti sama punya. tak pasal2 aku jadi astro karang ulang tayang beberapa kali

* jangan orang astro sentap pulak dengan aku, suda

Khamis, 18 Mac 2010

aku dan sesuatu 1


setelah hampir 10 minit menunggu, akhirnya komuter yg aku tunggu tiba. aku melangkah ke dalam, memilih tempat duduk di sebelah tingkap dan merenung ke luar. aku x mengendahkan orang lain di sekeliling aku. aku selalu begitu.

===========================================================

"maaf, saya duduk sebelah awk ye?" suara itu mematikan lamunanku.
aku menganggukkan kepala. malas nak ambil kisah. dia ni pun 1. duduk je la.. aku bukan bayar utk 2 kerusi.
"awak dari mana?" dia cuba menegurku.
"ampang" jawabku sepatah.
"ampang??" wajahnya berkerut.. "err.. sejak bila komuter lalu ampang?"
baru aku sedar maksudnya yang sebenar. aku tersenyum dan menjawab soalannya.

sungguh tidak disangka, perbualan kami begitu lancar. perjalanan komuter yang tidak berapa laju membolehkan kami berbual panjang. banyak yang kami kongsikan.

pernah, komuter terhenti di tengah2 perjalanan akibat gangguan teknikal. biasanya, aku akan marah tetapi, kali ini aku gembira kerana ini bermakna aku mempunyai lebih masa dengannya.

dari perbualan, aku mendapat tahu yang dia bekerja di KL dan tinggal di seremban. banyak lagi yang aku tahu. tapi, ahh.. malas ku nak huraikan satu2..

'serdang'
ah, cepat benar dah sampai ke serdang. kenapa terasa laju sangat perjalanan hari ni? lagi 2 stesen, aku terpaksa turun. aku x puas hati. aku masih mahu bersama dengannya. mahu mendengar suaranya.

dia seperti dapat mengesan keresahanku. dia berkata, "pertemuan memang macam ni. ada permulaan dan ada penamat. kita mesti jangka benda ni. walau seindah mana pertemuan, pasti ada perpisahan. ini kita kena terima kerana kita mempunyai destinasi yang berbeza. cuma, dengan izinNya kita bertemu di tengah jalan."

entah kenapa, aku juga dapat mengesan perubahan dalam nadanya. kami saling berpandangan. kemudian, aku mengalihkan semula pandangan ku ke luar. kami menghabiskan sisa2 perjalanan dengan senyap.

'UKM'
aku telahpun sampai di perhentianku. aku keluar. tidak seperti selalu, kali ini, aku biarkan komuter hilang dari pandangan mataku barulah aku melangkah keluar stesen. dalam hatiku berharap yang kami akan bertemu lagi walaupun aku tahu bukan mudah untuk itu berlaku

=======================================================

lamunanku terputus bila aku tersedar ada orang di sebelahku.
"oh.. sorry.. terkena awak ke?"
aku hanya tersenyum sambil menggelengkan kepala.
"awak asal dari mana?.." dia bersuara.. dan kami mula berbicara ceria..

p/s: huhu.. cerita ni metafora moden.. aku jarang naik komuter. tapi pada aku, mcm tu la hubungan kita sesama manusia. ada pertemuan, ada perpisahan.. dan aku dah selalu mengalaminya..

pedih? sudah pasti.. serik? tentu tidak. masih banyak lagi orang yang kita boleh kenal dalam perjalanan ini.

8 ulasan:

Semua orang boleh komen. Dan aku laparkan komen dari korang.
Tapi letak la nama.. Tak suka nak panggil korang Tanpa Nama