hampir 1 minggu aku x update.. nak buat camane?? ternyata, tugas sebagai supir murid amat memenatkan. lepas maghrib je aku tido.. isyak aku, biasa dalam kul 5.30pg.. huhu.. sangat teruk.. aku tau. k la, aku nk cerita sikit pe benda yg aku buat kat kat stadium mini sri permaisuri (SMSP) selama 1 minggu nih..
hari 1 (isnin - 8/3/10)
1st day.. xtau macam mana kejohanan olahraga dijalankan. dengan penuh beria, nak hantar budak ke stadium pada pukul 7.30 pagi.. marah segala apa yg menhalang aku daripada sampai ke sana on time.
tengok2, rupanya, acara 100meter yg budak aku masuk, hanya akan bermula pada pukul 10 pagi dan daftar pada pukul 9.30 pagi.. apa nak buat? duduk2 je la.. mujur ada radhi yg terpaksa jadi ajk PA system. ada geng nak melepak.
kedua2 wakil sekolah xlepas pun saringan.. haha!!! nak buat macam mana? org lain berlatih 2 bulan sebelum kejohanan, dorang berlatih 2 hari sebelum kejohanan. selepas rehat sikit2, dalam pukul 11 atau 12 lebih, aku ajak mereka balik. aku hantar Annabelle sampai umah. Zi Jun plak nak balik ke sekolah sebab kami sangkakan ada raptai sukan. Zi Jun nak ajar kawan dia step pergerakan berirama.
tengok2, xde raptai. belajar seperti biasa. huhu.. aku pergi ke kelas. yin kun dan siew teng buat amali. budak melayu semua buat fail.. konon.. haha.. aku x puas hati. aku keluarkan semua soalan pengiraan kos yg ada, dan aku suruh semua buat latihan
aku panggil budak yg x reti dan cuba buat depan aku. risau weh.. SPM dah dekat, pengiraan kos, 1 hape pon dorang x reti..
=================================================================
hari 2 (selasa - 9/3/10)
dengan x bestnye, hari ni adalah hari sukan sekolah aku. dan aku xdapat pergi. selalu camtu. kalau x ada hal lain, mesti aku jadi ajk makanan. xdapat nak join kemeriahan sukan. benci!
disebabkan dah berpengalaman, aku x la lagi tergesa2 nk gi stadium. sampai stadium, tengok jadual.. eh, sempat gi stadium bola sepak cheras (STBSC) - tempat sukan sekola diadakan ni! aku hantar masya n zaleela ke sana. annabelle dan zi jun aku tinggalkan.. ada acara kan??
aku xtau la berapa kali aku ulang alik antara 2 stadium tu. walaupun dekat, agak tensi gak berulang alik gitu.. tapi aku gak yg cari penyakit.. nak sangat tengok pergerakan beriramadan aerobik. haha.. dapat la tgk pergerakan berirama. aerobik aku terlepas sbb tunggu zi jun dan annabelle daftar dulu. lepas tengok pergerakan berirama, aku, zaleela n masya, balik ke SMSP.
sampai2 tgk dah setel. zi jun dapat masuk next round. tapi annabelle x. kenapa annabelle x? annabelle diam.. zi jun tolong jawab, " annabelle tolong sorang peserta. peserta itu pengsan. annabelle tolong angkat dia"
hahaha.. giler kentang aku gelak masa tu.. adoi.. "annabelle, PBSM ada, awak teruskan lari je.. x payah tolong.. haha" tapi aku tengok annabelle nak nangis. rupanya, dia dah kena marah dulu dengan kak baniyah. hehe..
menunggu acara 200meter (acara zaleela n masya) sangat lama. mereka buat pada pukul 4.00 petang.. adoii.. sementara menunggu acara mereka dilangsungkan, kami duduk di astaka. huhu.. radhi pon join duduk kat situ. aku x sabar tunggu 2 acara je. 2000m dan 3000m lari berhalangan untuk L18.. huhu.. very excited. aku ajak radhi tengok sekali.
huhu.. ternyata, acara tu memang best.. peserta yg masuk memang hebat. bayangkan je, mereka kena berlari 2km dan 3km. sambil berlari, mereka akan menempuh 4 halangan (pagar besar) kalau x silap dan 1 halangan berair.. masa kat halangan berair ni, nak xnak, kena la panjat palang tu, dan lompat. dah la dalam kolam tu.
masa acara 2000meter, ada antara peserta yg kecil2 je.. huhu.. ok.. mereka x menang tapi mereka tamatkan larian. aku mmg kagum dengan mereka. dan juara serta naib juara acara tersebut telah pun memecah rekod kejohanan. radhi paling x boleh blah, ada sorang peserta, siap cuci muka tiap kali sampai kat kolam tu.. haha.. kiut!! dan ada sekali, ada sorang peserta terjatuh dalam kolam tu. sebab tu aku tau, kedalaman terdalam kolam tu adalah paras pinggang.
masa acara 3000meter, kebanyakan peserta lebih besar dari acara 2000meter.. ye la.. lagi jauh kan? huhu. lagi sekali, aku dan radhi menjamu mata dengan kehebatan atlet L18 tu.. tapi, xtau la.. mungkin kerana jarak, ataupun mereka lari terlalu laju ataupun kerana dah terlalu lama panaskan badan, pada round ke3, ada la 5 orang kot.. tergolek kat tepi pdg.. kelam kabut pbsm dibuatnye..
lepas acara tu, terus acara 200meter. habih je acara, x tunggu lama, aku pun ajak budak2 aku balik..
balik agak lambat tapi xpe la. puas hati tgk acara lari berhalangan tu. bukan calang2 org boleh masuk.. mau x cramp kaki.. kejap berlari.. jap melompat, siap ada air.. mmg respek..
==========================================================
stop sini dulu.. sambung next time utk hari ketiga dan keempat
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Semua orang boleh komen. Dan aku laparkan komen dari korang.
Tapi letak la nama.. Tak suka nak panggil korang Tanpa Nama